Anda di halaman 1dari 12

Patologi Nasionalisme Melayu

OLEH

AHMAD FUAD RAHMAT

Bangsa

Masalahnya bermula dengan idealisme negara-bangsa; kerana


koherensinya bergantung kepada wujudnya manusia yang dianggap
sebagai pemilik tanah yang sah. Ia berakar kepada kepercayaan bahawa
wilayah adalah harta – sesuatu untuk dimiliki – dan bahawa loyalitasnya
kepada manusia bermaksud, antara lain, kesediaan untuk
mempertahankan keutuhan wilayah untuk memastikan ia dipunyai oleh
bangsa.

Ini menuntut batas sempadan nasional yang jelas, yang mana – paling
tidak pada zahirnya – tampak seperti ide yang cukup mudah. Hal menjadi
kompleks apabila kita bertanya untuk siapa sempadan itu dimaksudkan.
Ia tidak boleh menjadi negara-bangsa, jika tiada bangsa untuk dimulakan.

Tetapi identiti tidak seperti tanah tidak boleh ditutup dan dibatasi. Budaya
tidak berkembang dalam kekosongan. Ia dipugar dari interaksi dan
percampuran antara satu sama lain. Perkataan-perkataan yang baru,
pandangan dan praktis dicedok sementara yang lain pudar, dalam proses
organik yang lembap, wewenang dan samar dalam kontak dan migrasinya
sepanjang masa.

Agenda nasionalis terasing dengan realiti ini. Keyakinan terhadap


keharmonian antara identiti dan wilayah – atau malah identiti sebagai
wilayah – dalam berdepan dengan perubahan budaya yang tak terelakkan
yang tak mampu dikawal atau dijangka, bermakna bahawa setiap bangsa
akan sentiasa menemuii dirinya dalam posisi untuk terpaksa mendefinisi
semula kondisi keahliannya, untuk menentukan apa atau siapa yang patut
atau tidak patut dinyahkan. Budaya juga telah diberi batas sebagai
hasilnya.

Imaginasi nasionalis harus, dalam perkataan lain, menanggapi bagaimana


tersirat sekalipun bahawa terdapat intipati yang mengakari aliran budaya
dan identiti, dari mana faham ‘yang lain’ yang begitu umum dalam
politik nasional diabsahkan. Penandanya boleh jadi apa saja dari bahasa,
agama, etnik, kaum atau sejarah yang sama. Ia malah boleh menjadi satu
set nilai atau ciri-ciri yang umum. Tiada sesuatu dari ini yang eksklusif,
tentunya. Pada sebarang waktu, bergantung kepada isu dan kesempatan,
faktor-faktor yang lain boleh ditimbulkan untuk menyatakan
ketaksamaan.

Islam

Islam sebagaimana kita telah saksikan berkali kali ditonjolkan


secara menyolok dalam percubaan untuk memberi bayangan utama
kepada identiti Melayu. Ia malah disuguhkan sebagai kondisi:
perlindungan ke atas Melayu, kita dimaklumkan berulang kali,
bergantung kepada kelestarian Islam.

Sejarah telah banyak merakam tentang ini. Perkembangan Islam pada


kurun ke 15 di Nusantara tertumpu pada atasan Melayu yang gah dengan
empayar pemerintahan yang besar, di mana selama berabad kerajaan
Melayu menguasai perdagangan, menghasilkan hubungan diplomatik dan
angkatan laut yang meletakkan Selat Melaka dalam peta perdagangan
dunia.

Ini bermula sebagai lebih pada urusan elit saja, kerana kalangan pemeluk
Islam yang terawal di Semenanjung adalah di kalangan kelas ningrat dan
saudagar. Ia hanya setelah Islam akhirnya sampai kepada orang
kebanyakan bahawa kehadirannya yang menentukan dalam faham identiti
Melayu bermula. Beransur-ansur, Islam telah dihargai sebagai satu
kekuatan pencerahan, sebagaimana ia mengilhamkan orang Melayu untuk
meninggalkan cara hidup animistik dan tahyul kepada tahap peradaban
yang lebih tinggi. Keperluan kepada pengajian al-Qur’an sebagai amalan
rituil yang basik bermakna bahawa Islam juga adalah konteks di mana
orang Melayu mengalami pendedahan pertama mereka kepada pengajian
yang sistemik, walaupun kebanyakannya secara tidak formal. Malah,
Islam sebagai pendidikan kekal menjadi kes bagi kebanyakan orang
Melayu selama berabad.

Tetapi sementara pendidikan dan memori terhadap empayar telah


membentuk ikatan Melayu dengan Islam, teras perundangannya
menjamin ia kekal menjadi alat yang berguna. Seseorang akan
benar, sebagai contoh, untuk menyingkirkan polemik Hudud yang
berulangan sebagai peragaan politik antara dua parti untuk
menyah-Islamkan yang lain, tetapi dalam melakukannya tidak harus
lupa sebanyak mana Islam, dengan daftar perintah dan larangannya
yang tak berakhir, menjadi sumber yang nyaman terhadap
kepatuhan dan kawalan.
Islamisasi

Ia tidak akan menjadi begitu bermasalah, jika tidak kerana bagaimana


tekanan terhadap lebih banyak Islam sebenarnya datang dari atas. Hari
ini, pengabsahan Islam semakin meningkat dalam mencari benda duniawi
seperti perubatan, fesyen dan hiburan, sepertimana dapat dilihat dalam
tren kehidupan halal yang meningkat. Diskusi akademik tentang sains
Islam telah menghasilkan berjilid literatasi teoretis, meskipun dengan
kesan yang tipis terhadap praktis sains atau penemuan yang bermakna.
Tidak berpuas hati dengan kurikulum yang kaku dalam pengajian Islam
di sekolah-sekolah kebangsaan, lebih banyak sekolah Islam swasta,
termasuk tadika, lanjut didirikan di seluruh negara. Senarainya boleh
terus bertambah.

Negara tiada keperluan untuk mempeduli dan menangani tuntutan di atas,


kerana alasan yang mudah bahawa sebarang usaha pengislaman, melihat
pada keadaan sekarang, hanya akan menyelamatkan lebih banyak definisi
Melayu tentang Malaysia. Justeru ia tidak sama sekali mengejutkan untuk
melihat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sentiasa
bersedia mencari jalan memperkukuh kepimpinan Melayu, tanpa
keraguan untuk bersaing dalam gelanggang ini. Mereka malah kelihatan
telah terangsang cabarannya, unggul – dalam istilah realpolitik – dalam
memastikan pemasukan polisi Islam yang drastik ke dalam negara
Malaysia.

Ahli sejarah menyorot awal 1980 an sebagai titik permulaan yang


penting. Revivalisme Islam adalah tuntutan oleh akar umbi Melayu yang
tangguh waktu itu. Pemerintah, yang akhirnya diperkuat dengan
kredibiliti Anwar Ibrahim dan latar Islamnya, menggerakkan projek
Islamisasinya dengan mendalam dan menyeluruh sebagai respon terhadap
tuntutan ini: Bank Islam diperkenalkan. Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (IIUM/UIA), yang banyak dibiayai oleh dana Saudi,
ditubuhkan. Begitu juga dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM), yang sejak dibangunkan telah menjadi corong intelek menentang
pluralisme dan gejala murtad. Polisi luar yang lebih berorientasikan Islam
dikemukakan. Undang-undang baru dikenakan, mengharamkan
pengimportan daging yang tidak halal dan kunjungan orang Islam ke
kelab kasino. Perkahwinan dan khutbah dibuat berdasar kepada
pentauliahan Islam dan pengijazahan sijil.

Hari ini, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) adalah jabatan


ketiga yang paling tinggi didanai di bawah Pejabat Perdana Menteri,
menerima RM402 juta pada tahun 2010 sahaja. Ia bergerak dalam
jaringan institusi Syariah yang lain yang mutakhir ini dibangunkan
dengan pesat secara berturut-turut seperti Jabatan Kehakiman Syariah,
Malaysia pada Mac 1998 dan bahagian Syariah dalam pejabat Peguam
Negara pada 2003. Yang akhir adalah untuk memastikan bahawa semua
undang-undang – termasuk undang-undang antarabangsa Malaysia
diratifikasikan – yang patuh Syariah. Pada 2009, rencana untuk
menubuhkan Jabatan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah
dirangka.

Kuasa

Tetapi untuk apakah kuasa itu?

Dengan penuh keheranan, penerusan keberadaan puak konservatif dalam


politik Melayu mencadangkan bahawa peningkatan Islamisasi kerajaan,
dengan perwakilan yang besar dari orang Melayu dalam ketumbukan
tentera, polis, perkhidmatan awam, kabinet, golongan borjuis kecil dan
ahli perbankan, dengan tambahan kepada sembilan raja kita, adalah
bagaimana jua masih tidak mencukupi untuk meredakan rasa terancam.

Ia boleh juga diperhujah bahawa kuasa yang signifikan yang orang


Melayu telah kumpul melalui kerajaan dan birokrasi sepanjang tahun
hanya suatu pemangkin kepada tuntutan konservatif yang lebih besar,
kerana dalam tangan yang gelisah tiada jumlah kuasa yang akan cukup
jika tidak diterjemahkan kepada kawalan yang total.

Oleh itu ianya kemungkinan lebih tepat untuk mengimbau kuasa yang
dipegang dulu untuk melihat apakah perlindungan yang dimaknakan
dengan kuasa pertamanya. Dan kerana ini kita akan terpaksa menyelidiki
terhadap kegelisahan sebelumnya, suatu yang lebih penting dalam
mengemudi politisasi identiti Melayu yang menyeluruh, dan itu adalah
kebimbangan hilang kawalan terhadap kompleksiti multi budaya di
Malaysia.

Untuk menerangkan, dakwaan konservatif bukan perihal Melayu telah


berada di sini sebelum semua yang lain. Tetapi, Melayu, pada satu saat
adalah rakyat sebuah empayar medieval yang agung, yang telah
membentuk adat dan peradaban, dan konsekuensinya terhadap
kepentingan yang historik, dari Semenanjung.

Ianya justeru merupakan ketidakadilan yang paling pahit dalam imajinasi


nasionalis Melayu bahawa kemerdekaan dari cengkaman kolonialisme
selama berabad bermula dengan ramai orang Melayu tersepit dalam
kemiskinan tegar. Terdapat 70% dari rakyat Malaysia yang miskin pada
waktu itu, yang terbatas kebanyakannya dalam pekerjaan kasar yang
rendah. Pendidikan Universiti jauh dari dicapai dan dengan sedikit, malah
tidak bernilai, pemilikan modal (Melayu memilki hanya 4% dari semua
perniagaan). Penguasaan Melayu terhadap negara tidak lebih dari upacara
keresmian walaupun dengan proklamasi kejayaan mencapai Merdeka.

Melayu hakikatnya menjadi lebih miskin pada dekad yang berikutnya,


suatu realiti yang lekas menggerakkan tuntutan yang kita semua telah
akrab dengannya sekarang: bahawa hanya penyuburan material orang
Melayu dapat memperbaiki hubungan antara-kaum kerana mereka tidak
lagi akan menanggung malu menjadi pribumi yang miskin.

Malu dan kebencian terhadap diri

Sikap malu ini meninggalkan tanda yang pahit yang mendalam, kerana
kuasa politik sebenar yang kecil yang Melayu dapat tuntut juga
diterjemahkan menjadi krisis terhadap harga diri. Yang terburuk dari ini
terus dipengap dalam tradisi panjang terhadap kebencian akan diri di
mana seseorang dapat temui dalam pemikiran elit Melayu, di mana
kemiskinan Melayu sering dihuraikan sebagai akibat yang nyata dari
kemalasan.

Dilema Melayu oleh Tun Dr Mahathir Mohamed (Perdana Menteri


Malaysia yang paling lama berkhidmat selama 22 tahun) mampu bertahan
kerana beberapa alasan sebagai percubaan yang sering dikitar semula
untuk mempertahankan tesis tersebut. Tidak hanya ia menarik hubungan
kausal yang langsung antara kemalasan Melayu dan kemiskinan, ia juga
bagaimana pun turut diangkat sebagai suatu pembuktian terhadap
inferioriti bangsa Melayu.

Tetapi jika kita semua menyingkap buku itu dari asalnya, ia boleh
menjadi seakan percubaan yang payah yang dibuatnya untuk menjelaskan
hubungan tersebut dengan dalih pada evolusi sains. Jika tidak, Dilema
Melayu hanya sekadar mengulangi suatu jejak yang telah sedia ditemukan
di kalangan birokrat Melayu yang awal. Apa pun jua, ia telah diterbitkan
hanya setahun setelah Revolusi Mental, karya yang lebih panjang
memuatkan esei yang juga menekankan tentang kemiskinan-kelesuan-
inferioriti idea Melayu, kali ini oleh tokoh pendidik Melayu yang paling
terkemuka dalam kerajaan ketika itu.

Ianya pedih, walaupun bukan tidak adil, untuk mengakui bahawa terdapat
beberapa bayangan yang tak terhindarkan terhadap semua itu,
terutamanya apabila ditinjau dari perspektif sejarah yang luas. Munshi
Abdullah, perintis pemikiran reformis Melayu, telah dahulu mengeluh
terhadap inferioriti Melayu – juga dengan cara dakwaan umum yang
mudah tentang kemalasan Melayu – seawal British menduduki Selat.
Bahkan, ianya bersandarkan kekagumannya yang mendalam terhadap
sains dan teknologi British di mana sifat kemalasan, kerendahan,
kekekokan, kebodohan dan ketahyulan Melayu yang sering beliau
catatkan yang selalu “dilukiskan” dalam karyanya (walaupun sering,
bagaimanapun, dengan alasan keprihatinan dan perhatiannya yang
mendalam yang ditaruhnya terhadap kemajuan Melayu).

Semangat cinta yang keras ini bergema semula pada awal kurun ke 20,
kali ini dalam karya Pendeta Za’ba yang juga tidak kurang empedunya.
Ahli sastera Melayu moden ini mengatakan bahawa bangsa Melayu
adalah miskin dalam “semua lapangan hidup”- dalam perangai, tingkah
laku dan pandangan hidup, “dalam semua kondisi dan keperluan untuk
menjadikan sesuatu kaum itu besar dan tinggi”.

Remaja melayu menghabiskan banyak waktu dalam aktiviti yang sesia,


katanya, dan “karam dalam menurutkan kehendak duniawi dan hewani
mereka” sementara tiada pandangan yang jauh atau kebijaksanaan dalam
berbelanja. Kaum tua mereka, di pihak yang lain, terpersuk dalam
kepercayaan tahayul yang jahil. Karya-karya sastera Melayu juga “lemah
dan bukan suatu bentuk yang dapat mencetuskan semangat dan
memberdaya fikiran”. .

Seseorang boleh berhujah bahawa keterus terangan seperti itu adalah


lazim dalam semua retorik nasionalis. Ia boleh disamakan secara analogi
kepada jenis kritikan yang langsung yang kita telah semua hadapi dalam
satu cara atau lainnya dalam perbantahan keluarga yang hangat, hanya
pesan akhirnya dalam kes ini tentunya lebih luas dan lebih berunsur
politik, untuk memancing Melayu supaya bangkit dan berjuang.

Tetapi apa yang membuatkan keasyikan di atas dengan inferioriti ras


yang nyata merusak adalah kesimpulan yang ditarik pada akhir
kesemuanya: preskripsi akhir elit Melayu terhadap kemerdekaan bukan
revolusi atau pemberontakan terhadap pemerasan dan keterbelakangan.
Sebaliknya, langkah ke hadapan difahami dalam etos kapitalis, melalui
kerja keras, pergantungan kepada diri sendiri dan perusahaan swasta,

Halangan
Peranan utama penjajahan British dalam melanjutkan mitos pribumi
malas adalah subjek yang baik ditangani dalam perbincangan yang lain,
walaupun ianya memadai pada batas ini untuk menyebutkankenyataan
yang sukar dimengerti bahawa tokoh Melayu yang terkemuka yang
sanggup membela dan mempertahankan mitos tersebut adalah secara
signifikan dipengaruhi oleh kehidupan dunia penjajah.

Munshi Abdullah, sebagai contoh, mengajar dan menterjemahkan bahasa


Melayu kepada Stamford Raffles atas kebanyakan tokoh Orientalis
penting yang lain. Kedua-dua Za’ba dan Mahathir – yang tretis mereka
tentang subjek ini ditulis asalnya dalam Bahasa Inggeris – dididik melalui
sistem British. Ia sesungguhnya melalui suasana orbit ini di mana etos
kapitalis yang dibawa oleh British menemui penganjurnya di kalangan
nasionalis Melayu, bagaimana tidak langsung sekalipun.

Bagi memahami apa yang dipertaruh di sini, kita harus pertimbangkan


perbezaan sikap nasionalis Melayu yang tidak begitu bernasib baik.
Sebagai contoh, Rashid Maidin seorang buruh, atau Ahmad Boestamam
anak seorang petani, melihat tiada sedikit keutamaan di sebalik mitos
pribumi malas atau kapitalisme British, yang telah menyaksikan dan
merasai sendiri pemerasan pekerja yang keras yang diperlukan untuk
mengerjakan industri British. Golongan Melayu kiri, dengan siapa
mereka bergerak dan memobilisasi, menganjurkan sebaliknya lebih jalur
konfrontasi dan militan bagi menentukan nasib-sendiri. Secara
lumrahnya, British, dalam keruntuhan empayar mereka setelah perang
dalam kekhuatiran terhadap upaya Komunis mengambil alih Asia
Tenggara telah melakukan segala yang mungkin untuk menekan semua
manifestasi dari berontakan sayap kiri, sering dengan sedikit keraguan
untuk menggunakan kekerasan atau intervensi politik sekaligus.

Kenyataan bahawa golongan kiri Melayu dan British berakhir dengan


lebih asyik antara satu sama lain setelah merdeka juga bermakna bahawa
kapitalisme Melayu tidak menemui perlawanan yang jitu. Ini,
bagaimanapun, tidak bermakna ia tidak mendapat hadangan. Berlaku,
suatu masa, ketandusan massa Melayu yang kritikal: majoriti orang
Melayu pada zaman Merdeka adalah orang kampung, buta huruf, tidak
berpelajaran dan, lebih signifikan, tidak kenal dengan kepercayaan pada
“rahmat dengan kerja keras” yang dianuti oleh elit dan birokrat Melayu
yang awal.

Terdapat juga suatu masalah dalam bentuk elit Melayu yang apatis, orang
lama pendukung UMNO yang dekat dengan Tunku Abdul Rahman
(Perdana Menteri Malaysia yang pertama) yang tidak dilihat sebagai
cukup komited terhadap usaha pembangunan Melayu. Tunku mengingat
Melayu sebagai “masyarakat yang sederhana dan mudah puas, berpaut
dengan cara hidup mereka yang tersendiri, tradisi mereka yang khusus,
kepercayaan Islam mereka yang mendalam terhadap Tuhan dan hari
akhirat, dan hormat kepada Sultan. Pribumi kepada tanah dan laut,
mereka hidup hampir dengan alam di atas tanah yang melimpahkan hasil
mahsul. Mengapa hendak bekerja dengan begitu keras?”

Tetapi tiada sesuatu yang berdiri dalam kenyataannya sebagaimana


peritnya realiti demografik di semenanjung. Pada 1955, kaum Melayu
membentuk 84.2 dari seluruh pemilih. Setelah merdeka ia berkurang
kepada hanya 56.8% kerana penggabungan rasmi secara massa kaum
Cina dan India sebagai rakyat Malaysia. Ini bukan suatu kenyataan yang
mudah diterima terutama bagi kalangan yang hanya menganggap mereka
sebagai pekerja migran sementara yang kehadirannya di Semenanjung
adalah kerana penjajahan, berbanding dengan Melayu, memintanya. Ia
tidak membantu di mana kaum Cina kemudian dianggap sebagai
ancaman: kalau mereka tidak diburuk-burukkan sebagai saudagar yang
rakus, mereka ditakuti sebagai pengkhianat komunis.

Negara pelindung

Jadi sesuatu harus dilakukan, dan bagi kebanyakan orang Melayu ini
bermakna akses kepada kebajikan yang lebih besar, atau secara lebih
tepat perlindungan negara pada dekad berikutnya setelah merdeka:
bimbingan perniagaan dan perlindungan yang eksklusif, pembangunan
desa, sokongan pendidikan dan jaminan pekerjaan yang luas. Dasar
Ekonomi Baru, akhirnya mengawasi proses tersebut dengan pencapaian
yang penting dengan kepantasan kadar kemajuan kelas Melayu
pertengahan, profesional dan korporat dari tiga puluh tahun yang lepas
telah menyerlah.

Penekanan telah dibuat berulang kali bahawa ketiadaan rusuhan kaum


pada period ini tidak harus diambil mudah. Setidaknya, 13 Mei yang lain
telah dielakkan. Tetapi sementara dakwaan ini mungkin masuk akal, ia
mengabaikan bagaimana period yang diakui tenang itu juga ditindih oleh
usaha sentralisasi yang meningkat,penghakisan kebebasan sivil dan
tekanan yang keras ke atas pengkritik, yang direkayasa oleh politikus
yang membenarkan polisi tersebut di atas dasar ketuanan Melayu.
Rusuhan hanya dialihkan dari jalan raya kepada lapisan kuasa negara
yang dilegitimasi.
Tambahan, sementara mungkin tiada rusuhan di jalan yang langsung, ia
tidak boleh dinafikan bahawa kebajikan Melayu dilakar dan
diimplementasi dalam suasana permusuhan. Banyak polisi untuk
memindahkan kekayaan ke tangan orang Melayu sebenarnya digariskan
lebih awal, jauh sebelum 13 May.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Bank


Bumiputera, walaupun kini tidak berfungsi, didirikan sebagai alernatif
kepada pergantungan Melayu kepada pedagang Cina dan sumber kredit.
Beserta dengan pribumi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga
Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA), ia ditubuhkan ketika
sokongan kaum Cina kepada Perikatan merudum setelah krisis Julai 1958
dalam Malayan Chinese Association (MCA). Krisis ini muncul dari
pertikaian yang panas tentang sejauh mana kaum Cina harus menerima
sebagai rakan yang tak setara dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Kemungkinan MCA menarik diri dari perikatan ketika itu, malah,
menjadi kenyataan sebagai akibatnya.

Lewat 1967 Melayu disahkan sebagai satu-satunya bahasa yang sesuai


bagi transaksi negara, ini setelah ia diputuskan bahawa bantuan subsidi
harus dinafikan kepada sekolah-sekolah Cina yang tidak patuh pada
kurikulum kebangsaan. Yang lain adalah sejarah.

Alasan di belakangnya dengan perkataan lain bukan sepenuhnya bersifat


ekonomi. Hambatan terhadap kemajuan kaum Cina difikirkan sebagai
kondisi yang wajar bagi kemajuan Melayu. Seorang teman, yang patut
disebut adalah pendukung UMNO garis keras, merumuskannya dalam
istilah yang terang: rasisme membantu Melayu.

Titik-buta

Tetapi tidak semua Melayu: kita sering diberitahu tentang bagaimana


40% golongan bawahan dari isi rumah di Malaysia memperoleh RM
1500 atau kurang secara puratanya. Tetapi kita tidak banyak mendengar
tentang kenyataan bahawa ini menyamai sejumlah 2.6 juta isi rumah, atau
lebih tepat, 12.4 juta rakyat Malaysia.

Kajian terbaru yang dilakukan di Institut Kajian Malaysia dan


Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
memperlihatkan bahawa: purata Bumiputera hanya boleh bergantung
kepada satu bulan simpanan kewangan ketika berlaku pengangguran yang
mendadak. 50.8 % dari purata kekayaan Bumiputera dikuasai oleh 20%
peraih pendapatan dari Bumiputera atasan, sementara 40% golongan
bawahan hanya boleh mengklaim kumulatif perkongsian dari 7.6%. Ia
tidak mengejutkan lantaran itu bahawa 66% dari isi rumah Bumiputera
tidak memiliki aset kewangan.

Kekurangan kesedaran kelas dalam politik Melayu mencadangkan,


dengan membimbangkan (walaupun kebiasaannya, sepertimana selalu)
bahawa sikap terhadap persaingan etnik adalah yang paling siap untuk
mempengaruhi penafsiran figur tersebut. Semua ini, apa jua, tidak
mengungkap kenyataan bahawa Melayu telahpun membentuk bahagian
yang besar dari pekerja Malaysia yang berpendapatan rendah, yang
penghasilannya akan terus ditindas ketika mereka dikerah untuk terus
bersaing dengan peningkatan aliran masuk pekerja asing dengan
kemahiran rendah yang lebih diutamakan oleh majikan kerana kos
penyelenggaraan mereka yang murah dan tiada kepentingan politik.

Siapa Melayu

Terdapat omelan yang nyata terhadap bagaimana kesulitan ekonomi yang


dibiar terus bergulat tanpa visi terhadap perpaduan hanya akan menanam
benih identiti politik, tentang bagaimana sentimen rasis boleh mengguris
perasaan dan bagaimana ia boleh meleburkan mimpi kaum liberal
terhadap kebebasan individu yang sempurna dari semua hubungan sosial.
Tetapi di sini saya diingatkan pada kesan lain yang lebih pahit.

Pada September 2012, seorang bayi perempuan yang baru lahir maut
setelah dicampak keluar dari tingkat tiga sebuah bangunan apartmen di
Petaling Jaya. Pengesahan bahawa ibunya adalah seorang Melayu pantas
disambut dengan keriuhan yang lazim pada penertiban moral Muslim
yang hambar. Cara bayi itu dibuang, ternyata, tidak begitu mengkagetkan
sebagaimana kenyataan bahawa pembuangan bayi di kalangan bangsa
Melayu kelihatan telah mencapai paras yang serius (sehingga itu
sekurang-kurangnya 31 kes ditemui sejak awal tahun). Segera kemudian,
sudah pastinya, tuntutan yang lazim terhadap hukuman yang lebih keras,
lebih pendidikan agama dan pengasuhan yang ketat dicetuskan sebagai
penyelesaian kepada masalah. Antara sebab yang dikenalpasti adalah
pengaruh Barat dan/atau rakan sebaya yang jahat.

Ia tidak kelihatan mengesankan orang Melayu bahawa ibu tersebut adalah


pekerja kilang berusia 21 tahun yang menetap di Desa Mentari, flat kos
murah dengan kepadatan yang tinggi di sektor industri di Petaling Jaya
yang juga menempatkan beratus kaum marhaen di Malaysia yang
berpendapatan rendah, yang kebanyakannya adalah pendatang. Ia tidak
tercetus kepada mereka pada sebarang poin bahawa keaiban dan tekanan
hidup sebagai orang muda, miskin, mengandung dan wanita Melayu
Islam di luar nikah, tanpa kebebasan untuk sekadar bersuara dan tinggal,
dalam sebuah negara yang menyusutkan semua identiti kepada
bahagiannya yang paling dasar dan gambaran yang paling kasar dapat
menarik mana-mana orang yang hidup bernafas menjadi gila. Tiada
lansung dari itu yang mengesankan: penyelesaiannya, sepertimana biasa,
yang melimpah, adalah lebih banyak kepatuhan: nilai, agama dan lebih
aturan.

Kepatuhan kita harus mengimbau apa yang ditunjuk oleh Hannah Arendt
sebagai tulang belakang kepada kondisi totaliter. Kerana ia menayangkan
di mana ketidakpastian dan ketangkasan dunia moden terlalu berat untuk
dipikul: kemacetan hirarki, tradisi dan mitos, adalah bagi kebanyakan
terlalu besar. Dalam rempuhan badai itu, identiti kumpulan (dan dalam
konteks yang ditulis oleh Arendt, Stalinisme dan anti-Semitisme) menjadi
perlindungan lain yang mendesak atau pertahanan, satu cara untuk
memahami ketidakpastian dari semua itu. Justeru, totaliter bukan suatu
rejim yang menentang demokrasi pada hakikatnya, bukan juga ia tentang
membenci bangsa lain. Ia, pertama dan terlebih dahulu, penenggelaman
manusia ke dalam massa sebagai pertukaran terhadap rasa – yang palsu –
terhadap suasana dan kestabilan.

Rasisme dan sekte agama justeru hanya sekadar tongkat, atau perisai
dalam pengembaraan, kerana seseorang tidak perlu menyingkirkan yang
lain jika dunia tidak difahami dengan begitu bercanggah, seolah dari
kekosongan, untuk dimulakan. Dan ini adalah inti dari nasionalisme
Melayu yang telah bertahan sepanjang waktu ini: dilahirkan dalam
kemiskinan di tengah-tengah hiruk pikuk tuntutan yang membingungkan
dari pelbagai etnik, bahasa, agama dan cara hidup yang lain di samping
bergaul harapan pada kemajuan Eropah, rejim yang kuat – sama ada ia
dipimpin oleh sebuah monarki, parti rasis atau Ulama – akan sentiasa
menjadi penebus yang ideal bagi kalangan yang menyimpan harapan
yang palsu terhadap ketenteraman dalam hiruk pikuk kehidupan yang
kompleks. Ditinjau dari cahaya rumah yang suram ini, kita mungkin lebih
hampir untuk menjawab persoalan siapakah Melayu.

Ahmad Fuad Rahmat adalah Pengurus Editor di Projek Dialog,


www.projekdialog.com, sebuah projek pembangunan sosial yang
berhasrat untuk mempelopori perbincangan yang sihat dan
pemahaman di antara dan merentas rakyat Malaysia.

Pautan: http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2012/12/02/the-
pathologies-of-malay-nationalism/
[Penterjemah]

Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front

Anda mungkin juga menyukai