Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan Usrah

Pengenalan Usrah
sumber : http://tip-usrah.com

Apabila menyebut kalimah Usrah, ia sering dinamakan dan dikaitkan dengan pelbagai nama lain
antaranya halaqah, Circle, Quranic Group, Islamic Group dan pelbagai nama lagi. Umumnya Usrah
berasal daripada Bahasa Arab iaitu ‫ أسرة‬yang membawa maksud keluarga. Keluarga di sini tidak
merujuk kepada hubungan darah tetapi hubungan persaudaraan yang lahir daripada aktiviti Usrah
yang seolah-olah berfungsi sebagai sebuah keluarga.

Usrah biasanya digunakan untuk menggambarkan sekelompok kecil orang yang secara berkala
mengadakan pertemuan untuk memahami Islam dan berlitizam untuk beramal dengannya. Jumlah
peserta lazimnya sekitar 2 hingga 10 orang yang dipimpin atau dipandu oleh seorang Naqib bagi
lelaki dan Naqibah bagi perempuan.

1. Manfaat
Pasti ramai dikalangan pembaca yang tertanya-tanya apakah manfaat jika saya mengikuti Usrah?
Berdasarkan pengalaman mengikuti dan mengendali Usrah, terdapat pelbagai manfaat apabila kita
terlibat dalam Usrah sama ada sebagai seorang Naqib/ah mahupun ahli . Lazimnya, kita tidak perlu
jadi baik untuk mengikut aktiviti ini tetapi kita ikut Usrah untuk jadi lebih baik. Berikut ialah
manfaat apabila kita mengikutinya :

a) Faham Islam

Usrah secara umumnya difahami sebagai berkumpul dengan tujuan untuk mendekatkan diri dengan
Islam dan sekaligus mempraktiskannya. Setiap aktiviti yang dirancang dalam halqah biarpun dalam
bentuk permainan atau sebagainya, adalah untuk mencapai matlamat akhir iaitu ahli lebih faham
tentang Islam biar pun dalam sekecil-kecil ilmu. Matlamat hujung mengikuti halaqah ialah untuk
faham Islam, justeru perjalanan halaqah akan terarah kepada matlamat itu. Faham Islam di sini
bererti, ahli memahami dan menjadikan Islam sebagai cara hidup sekaligus melaksanakan segala
perintah dan meninggalkan segala larangan Allah s.w.t yang menepati tujuan penciptaan iaitu
sebagai hamba Allah s.w.t .

Sebagaimana firman Allah s.w.t :


56. dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu. (Surah Adz Dzariat 51:56)

b) Sistem Sokongan dalam hidup

Dalam menghadapi cabaran hidup kita seringkali tewas apabila keseorangan dan lazimnya menjadi
kuat apabila kita bersama-sama rakan-rakan yang saling menyokong antara satu sama lain. Hal ini
dapat diperhatikan dalam al-Quran :

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah
kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah
kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar
perintahNya). (Surah al-Maidah 5:2)

Dalam hal ini, halaqah merupakan sistem sokongan yang baik untuk membantu kita menjadi kuat
dan bersemangat. Bagaimana hal ini boleh berlaku? jawapannya apabila ahli saling berkongsi
masalah, rahsia, idea, dan saling tolong menolong dalam menghadapai pelbagai cabaran dalam
hidup.

Usrah, bukanlah satu aktiviti kecil yang memberikan impak yang biasa-biasa. Kita boleh
mengatakan halqah adalah aktiviti kecil yang menanam impak yang besar, malah mungkin
mempengaruhi hidup seseorang. Boleh jadi seseorang yang datang atas tujuan bersuka-suka pada
awalnya. Akhirnya membuat keputusan yang paling penting, meluruskan semula objektif hidupnya.
Seringkali kita dengar Usrah disebut sebagai bulatan gembira yang memberi persepsi bahawa jika
nak gembira, sertailah halaqah. Hidup yang sibuk dan kusut juga boleh jadi ceria dan
menyeronokkan

c) Mendapat kenalan baru

Halaqah adalah salah satu medium terbaik untuk mendapat kenalan baru. Sesi taaruf atau santainya
ice breaking ketika sesi usrah selalunya diadakan hampir setiap sesi halaqah, adalah medan paling
menyeronokkan kerana kita dapat mengenali setiap ahli kita dengan lebih dekat.

Pernah ketika satu sesi dahulu, kami menjalankan ice breaking dengan aktiviti yang sangat menarik,
iaitu kami diminta menulis apakah persepsi kami terhadap kawan yang lain di atas satu kertas yang
ditampal di belakang mereka. Sesi itu pula berlatarkan music “James Bond” yang pastinya
memeriahkan suasana. Selepas itu, kami membaca kertas masing-masing dan bertaaruf dengan
lebih mendalam lalu membuat perbandingan adakah persepsi yang kita buat terhadap rakan kita itu
tepat atau sebaliknya. Sungguh menarik dan ianya adalah salah satu aktiviti yang diingati hingga ke
hari ini. Melalui sesi itu, kita dapat mengenali ramai kenalan baru, dan belajar banyak perkara baru
dalam meletakkan persepsi terhadap seseorang.

َُّ ‫علَيْهُ اجْ ت َ َمعَا‬


.. ُ‫َللا في ت َ َحابَّا َو َرجُ ََلن‬ َ ‫علَيْهُ َوتَف ََّرقَا‬
َ …

“..Dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya..”
Menariknya, persahabatan yang dibina di dalam rangkaian Usrah ini juga, pastinya tidak berakhir di
saat kita membaca tasbih kifarah dan surah al-Asr di akhir sesi, tetapi juga di luar sesi , kami juga
saling bertemu dan berkongsi masalah bersama. Indahnya sebuah persahabatan yang lahir dari
sebuah aktiviti yang menyeronokkan !

Anda mungkin juga menyukai