Anda di halaman 1dari 1

Faedah Memanfaatkan Perpustakaan

Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak


buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah,
jurnal, dan lain-lain lagi. Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di
mana-mana sahaja untuk kemudahan orang ramai membaca. Ini kerana
dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan
ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak
memberi faedah kepada kita.

Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan


memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan
akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini
secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala
yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu,
murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka
akan lebih cerah.

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri.


Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi
seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh,
menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru,
murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini
diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.

Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita


juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak
perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di
perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli
buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau membeli
barang keperluan yang lain.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak


faedahnya. Oleh itu, kita perlu memanfaatkna perpustakaan yang
disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-
murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar
dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan seperti komik,
majalah dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai