Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN KETUA MURID

Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru guru penolong Kanan, guru-guru dan
rakan sekalian.

Assalamualaikum warahmatullohi wabarokatuh dan selamat pagi semua.

Sempena majlis ini, Saya mewakili semua murid Sk. Tagudon Lama, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
guru guru atas jasa mendidik dan mengajar kami. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang tak henti henti
memberikan kata perangsang dan semangat kepada kami untuk terus berjaya dalam hidup kami. Di kesempatan ini,
kami murid-murid Sk. Tagudon Lama memohon kemaafan sekiranya kami pernah melakukan salah dan silap samada
yg kami sedari atau tidak kami sedari.

Saya juga mewakili murid-murid tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah ini pada tahun hadapan untuk
meneruskan pembelajaran di tingkatan 1 mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru Sk.
Tagudon Lama atas segala tunjuk ajar yang diberikan sepanjang kami bergelar murid Sk. Tagudon Lama. Kami
murid-murid tahun 6 juga memohon kemaafan sekiranya kami ada berbuat salah kepada guru-guru, ibu bapa dan
rakan-rakan sekalian. Halalkan segala ilmu yang kami perolehi dari cikgu sekalian.

Rakan rakan sekalian,

Saya menyeru rakan sekalian agar terus menjaga disiplin diri, belajar bersungguh sungguh dan sentiasa mengambil
perhatian akan setiap nasihat dan tunjuk ajar guru-guru dan ibu bapa agar kejayaan sentiasa menjadi milik kita.

Wahai guru guru dan ibu bapa yang kami sayangi.


Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti
kepada kami semua. Terima kasih, cikgu, terima kasih ibu dan ayah, mohon maaf atas segala kesalahan
kami. Doakan kejayaan kami walau dimana kami berada.

Terima kasih padamu cikgu


Jasamu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarmu
Terima kasih ku kepadamu cikgu.

Sekian, dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai