Anda di halaman 1dari 20

BAB I

PENDAHULUAN

A. Latar Belakang
Perkembangan anak merupakan hal yang penting untuk kita pelajari dan
kita pahami selaku calon pendidik. Banyak para pendidik yang belum memahami
perkembangan - perkembangan anak. Sehingga masih ada pendidik yang
menerapkan sistem pembelajaran tanpa melihat perkembangan anak didiknya. Hal
ini akan berakibat adanya ketidakseimbangan antara sistem pembelajaran dengan
perkembangan anak yang akan menyulitkan anak didik mengikuti sistem
pembelajaran yang ada. Dengan mengetahui proses, faktor dan konsep
perkembangan anak didik kita akan mudah mengetahui sistem pembelajaran yang
efektif, efisien, terarah dan sesuai dengan Perkembangan anak didik. Untuk
mengembangkan potensi anak didik dan menciptakan generasi - generasi masa
depan yang berkualitas, maka diperlukan adanya pemahaman tentang
perkembangan anak didik. Dengan demikian, sebagai pendidik kita diharuskan
mengetahui dan memahami perkembangan peserta didik.
Pendidikan pada hakekatnya adalah upaya yang dilakukan oleh seorang pendidik
untuk membantu perkembangan peserta didik dan membantu membentuk serta
mengembangkan nilai – nilai, sikap, moral, pengetahuan dan keterampilan
tertentu dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya. Oleh karena itu
pendidikan perlu disesuaikan dengan proses dan tahapan perkembangan.

B. Rumusan Masalah
1. Bagaimana Teori Perkembangan atau Kematangan Arnold Gesell dan
Perkembangan Teori Etologi?
2. Apa Definisi Teori Etologi?
3. Siapa saja Tokoh- tokoh dalam teori Etologi?
4. Bagaimana Penerapan Etologi?

1
C. Tujuan
1. Untuk mengetahui Teori Perkembangan atau Kematangan Arnold Gesell
dan Perkembangan Teori Etologi
2. Untuk memberikan pemahaman tentang Definisi Teori Etologi
3. Untuk mengetahui Siapa saja Tokoh- tokoh dalam teori Etologi
4. Untuk memberikan pengetahuan Bagaimana Penerapan Etologi

2
BAB II
PEMBAHASAN

A. Definisi Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia


Pertumbuhan menunjukkan aspek perubahan pada badan seseorang yang
boleh diukur secara kuantitatif. Perubahan pada badan kanak-kanak yang boleh
diukur secara kuantitatif adalah seperti berat dan tinggi. Perubahan terebut dapat
diukur dalam unit gram dan sentimeter. Menurut Atan Long (1982) pertumbuhan
adalah perubahan yang dapat diukur daripada satu peringkat yang lain dan dari
satu masa kepada satu masa yang lain. Pertumbuhan yang biasa akan terhenti
apabila orgasma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa.
Pertumbuhan adalah perubahan bersifat kuantitatif yang boleh diukur dan
diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan kanak-kanak
dari satu peringkat ke peringkat perkembangan. Perkembangan adalah perubahan
kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku seperti perubahan dalam penggunaan
kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang
bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran.

B. Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan


Pertumbuhan dan perkembangan manusia mempunyai arah. Arah
perumbuhan dan perkembangan ialah dari kepala ke kaki, dari tengah ke tepi, dari
umum kepada khusus. Pertumbuhan manusia akan terhenti apabila seseorang itu
akan mencapai kematangan yang biasanya berlaku umur 17 hingga 19 tahun. Ini
bermak na individu tersebut telah sampai ke peringkat optimum dalam
perkembangan tingginya. Perkembangan akan berlaku berterusan dalam hidup
organisma dari percantuman sel dan sehinngalah dia meninggal dunia.
Urutan pertumbuhan untuk satu kumpulan spesis adalah sama walaupun
berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Contohnya seorang
kanak-kanak yang berumur tujuh bulan hingga 12 bulan akan mencapai kebolehan
merangkak , duduk, berdiri, bertatih dan berjalan. Terdapat perbezaan antara
Fahmi dan Fariz dalam jangka masa untuk mencapai kebolehan tersebut. Fahmi

3
boleh merangkak ketika berumur tujuh bulan, mula bertatih ketika berumur 10
bulan, dan berjalan ketika berumur 12 bulan. Sementara Fariz pula mencapai
kebolehan merangkak ketika berumur lapan bulan, bertatih ketika umur 10 bulan
dan boleh mula berjalan ketika berumur 13 bulan. Jangka masa untuk mencapai
tingkah laku adalah berbeza-beza tetapi tingkah laku yang dicapai adalah sama
urutan tertibnya.

C. Teori-teori Perkembangan ( Teori Perkembangan Manusia)


Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari empat
aspek perubahan iaitu jasmani, mental, emosi dan sosial yang dipengaruhi oleh
dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Dari aspek jasmani,
perkembangan seseorang kanak-kanak dapat dilihat apabila berlaku peningkatan
kemahiran dalam pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar,
membuat kerja dan sebagainya dan perubahan tersebut bersifat kualitatif iaitu sifat
perubahan yang tidak dapat di ukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata
berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terdahulu.
Manakala pertumbuhan kanak-kanak pula berlaku dari aspek pertumbuhan saiz
badan, berat, gigi, tinggi, struktur badan dan sebagainya yang boleh di ukur secara
kuantitatif. Perubahan tersebut dapat diukur dalam unit gram dan sentimeter dan
pertumbuhan yang biasa akan berhenti apabila organisma itu sampai ke peringkat
matang atau dewasa.
Dari aspek mental, perkembangan seseorang kanak-kanak dapat dilihat
apabila kanak-kanak tersebut sudah dapat menguasai kemahiran berfikir,
mengingat, menaakul, menganalisis dan sebagainya manakala pertumbuhan
kanak-kanak pula berlaku apabila meningkatnya keupayaan berfikir dalam diri
kanak-kanak. Seterusnya dari aspek emosi pula, perkembangan dalam diri kanak-
kanak berlaku apabila kanak-kanak tersebut dapat mengawal perasaan dalam
situasi tertentu. Emosi ialah gambaran perasaan pada wajah seseorang manakala
pertumbuhan kanak-kanak pula akan berlaku apabila kanak-kanak berusia pada
umur dua bulan setengah hingga tujuh bulan bayi dapat menggambarkan pada
wajahnya perasaan seronok, gembira, duka, takut, sedih, bimbang dan sebagainya.

4
Persaan gembira digambarkan oleh bayi apabila dia dapat menguasai sesuatu
seperti dapat berdiri, dapat memicit butang televisyen dan sebagainya dan akan
berasa marah jika keinginannya untuk melakukan sesuatu dihalang.
Akhir sekali, perkembangan dari aspek sosial iaitu kebolehan kanak-kanak
untuk berinteraksi dengan orang lain. Perkembangan sosial yang dialami oleh
kanak-kanak seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya iaitu
peningkatan kemahiran disiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan
orang lain manakala kanak-kanak dapat meningkatkan pertumbuhan apabila
berjaya meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain
kerana kanak-kanak pada usia sebegini sudah pandai untuk bersosialisasi dan
bergaul dengan kanak-kanak yang seusia denganya. Interaksi kanak-kanak boleh
dikesan melalui perkembanganya dalam aktiviti bermain iaitu merupakan satu
aktiviti penting kanak-kanak sejak lahir hingga berumur 12 tahun.

D. Teori Perkembangan/Kematangan Arnold Gesell


1. Profil Arnold Lucius Gesell
Nama sebenar beliau ialah Arnold Lucius Gesell. Rousseau mempercayai
bahawa tingkah laku berkembang menurut tahap-tahap atau jadual dalaman yang
berlaku secara semula jadi. Dengan perkataan lain kita namakan proses ini sebagai
kematangan biologis. Arnold Gesell (1880-1961) telah berusaha memulakan
kajian kematangan. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di
pinggir Sungai Mississippi bahagian utara.
Dalam sebuah penulisan autobiografi, beliau menerangkan zaman kanak-kanak
yang beliau alami hampir menyenangkan di mana ‘hills, valley, water and climate
concurred to make the seasons distinct and intense in my home town. Each season
had its own challenges and keen pleasures, accentuated by the everchanging yet
enduring river” (Gesell, 1952). Menurut Bakinsky (1983) Gesell menggunakan
bahasa yang sama untuk menerangkan keindahan yang dilihatnya dalam proses
pertumbuhan dengan “ its seasons and sequences”.
Beliau mengkaji pertumbuhan kanak-kanak dengan pemerhatian
bersungguh-sungguh. Untuk menambah pengetahuannya mengenai proses

5
psikologi yang tersirat, beliau menuntut di sekolah perubatan pada umur 30 tahun,
walaupun beliau telah memperolehi ijazah doktor falsafah dan bekerja sebagai
ahli psikologi yang berjaya. Sepanjang 50 tahun di klinik pertumbuhan kanak-
kanak Yale, Gesell dengan rakan sekerjanya melibatkan diri dalam sebuah kajian
teliti dan luas mengenai perkembangan neuromotor kanak-kanak dan bayi.
Mereka mamperkembangkan norma tingkah-laku yang menyeluruh yang masih
bertindak sebagai bahan asas informasi kepada ahli pediatik dan ahli psikologi.
Gesell juga memperkembangkan satu daripada kajian pertamanya “ kecerdikan
bayi” (Gesell, 1952). Gesell memperkatakan bahawa pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama. Pertama,
kanak-kanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri.
Tetapi secara khususnya, Gesell percaya bahawa perkembangan kanak-
kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka. Satu ciri perkembangan
yang penting mengenai perkembangan ialah ia terjadi dalam sekuen yang tetap.
Ini dapat dilihat dalam fetus yang berkembang misalnya, jantung selalunya adalah
organ pertama yang berkembang dan berfungsi dulu. Kemudian sel pembeza yang
pantas bermula membentuk pusat sistem saraf iaitu otak dan gentian saraf tulang
belakang. Perkembangan otak dan kepala bermula sebelum bahagian lain seperti
lengan dan kaki terbentuk. Urutan ini diarahkan oleh ‘blueprint’ genetik.
Sesuatu bentuk mungkin yang mempunyai rupa atau bentuk yang khusus,
misalnya kenyitan mata. Tetapi yang paling penting dalam proses pembentukan
itu dimana tingkah laku menjadi tersusun. Seterusnya beliau mengatakan bahawa
terdapat illustrasi yang jelas mengenai proses pembentukan dalam kes
pengilihatan bayi. Semasa kelahiran mata bayi lebih bergerak tanpa arah tetapi
setelah beberapa hari ataupun jam bayi dapat memberhentikan matanya dan
melihat benda untuk seketika masa.

Mereka dapat memberhentikan mata mereka dan melihat “at will” kerana
satu bentuk perkaitan baru telah terbentuk antara dedenyut saraf dalam otak dan
otototot kecil yang menggerakkan mata. Dalam waktu sebulan, bayi biasanya
boleh mengikutinya melalui sebuah organisasi baru iaitu antara otot mata dan otot

6
yang memusingkan kepala.Pembentukan berterusan dalam proses perkembangan
ialah apabila bayi dapat mengorganisasikan pergerakan mata mereka dengan
pergerakan tangan mereka apabila melihat apa yang mereka pegang. Dalam usia
empat bulan, bayi iasanya boleh memegang sebuah alat permainan dan
memerhatikannya dalam masa yang sama.

“This is significant growth gain. It means that eyes and hand are doing
team work, coming into more effective coordination. Mental growth cannot be
measured in inches and pounds. So it is appraised by patterns” (Gesell, 1952).

Walaupun demikian, koordinasi tangan dengan mata adalah tidak


menyeluruh pada usia empat bulan pertama. Untuk seketika mata terlibat terlebih
dahulu. Misalnya, pada empat bulan bayi biasanya boleh ‘mengangkat’ sebuah
kiub satu inci ataupun sebiji gula-gula yang kecil dengan matanya iaitu mereka
boleh memfokus kepada kiub itu dan menganggapnya dari sudut yang berlainan
sedikit. Tetapi mereka masih tidak dapat memegangnya dengan tangan mereka.

Prinsip Perkembangan Pemerhatian Gesell mencadangkan beberapa


prinsip perkembangan yang lain. Kita akan melihat kepada tiga prinsip iaitu
penggabungjalinan dua hala, fungsi tidak bersimetri dan peraturan kendiri.
Penggabungjalinan Dua Hala Manusia terbina daripada prinsip asas berpasangan
iaitu kita mempunyai bahagian otak yang terdiri daripada dua hemispera, sepasang
mata, sepasang tangan, sepasang kaki dan lain-lain lagi. Pergerakan kita juga ada
mempunyai cirri-ciri dualistic seperti apabila kita mengeliatkan badan..

Penggabung jalinan dua hal merujuk kepada proses perkembangan dua


keinginan yang akhirnya akan mencapai satu cara pengelolaan yang efektif.
Seperti contoh, dalam perkembangan menggunakan tangan, seorang bayi
menggunakan sebelah tangan, kemudian menggunakan kedua-duanya sekali,
kemudian menggunakan tangan sebelah yang lain, diikuti dengan penggunaan
kedua-dua belah tangan dan berulang-ulang sehingga dia mencapai dominasi satu

7
tangan. Perkara saling menggantikan penggunaan kedua-dua belah tangan
memberi contoh kepada kita tentang penggabungjalinan dua hala.

Gesell telah menunjukkkan bagaimana penggabungjalinan dua hala


memberi penjelasan tentang corak beberapa tingkah laku, termasuk tingkah laku
yang boleh dilihat, iaitu merangkak dan berjalan (Gesell,1946) Gesell juga
percaya bahawa penggabungjalinan dua hala akan menghuraikan perkembangan
sesuatu personaliti. Di sini kita melihat kepada penggabung organisma yang
memungkinkan kecenderungan introvert dan extrovert. Sebagai contoh, seorang
kanak-kanak yang tenang pada usia tiga tahun bertukar menjadi introvert pada
usianya tiga tahun setengah, yang akan bersikap pendiam dan resah.

Walau bagaimanapun kita jarang mencapai keseimbangan yang tepat atau


simetri, malah satu tahap keseimbangan tidak bersimetri yang selalunya berfungsi.
Kita selalunya menunjukkan kesan apabila kita menghadapi dunia darimsatu segi,
lebih kepada menggunakan sebelah tangan, sebelah mata dan lain-lain lagi.
Keadaan ketidakseimbangan bayi ini dapat dilihat pada ‘tonic neck reflex’ iaitu
satu tindak balas yang ditemui oleh Gesell dalam diri manusia. Gesell mendapati
bahawa bayi lebih suka berbaring dengan mendongak kepala pada satu arah dan
bila mereka berbuat demikian, maka mereka akan memperlihatkan kedudukan
badan ‘tonic neck reflex’ tersebut.

Mereka akan menjulurkan lengan pada arah kepala ditudingkan (seolah-


olah sedang memerhatikan tangan tersebut) manakala tangan yang satu lagi akan
dibengkokkan lalu diletakkan di belakang kepala. Kedudukan badan ‘tonic neck
reflex’ ini nampak seolah-olah seperti cara asas berdiri seorang pemain pedang .
Kedudukan badan ‘tonic neck reflex’ ini adalah dominan dalam jangkamasa tiga
bulan selepas kelahiran dan kemudian ianya akan diselubungi oleh perkembangan
baru dalam sistem saraf (Gesell, 1946).

Kendiri Gesell (1946) percaya bahawa mekanisma perkembangan intrinsik


terlalu kuat sehingga organisma tersebut pada sesuatu tahap akan dapat mengawal

8
perkembangan dirinya. Dalam satu siri penyelidikan beliau telah menunjukkan
bagaimana bayi dapat mengawal kitaran menyusu, tidur dan keadaan berjaga
mereka. Bila bayi diberi kebebasan menentukan masa menyusu dan tidur, mereka
secara pelahan-lahan memerlukan kala penyusuan yang kurang dan mereka juga
berada dalam keadaan berjaga lebih lama pada siang hari. Kemajuan tidak dapat
mengikut satu garisan lurus, malah telah dapat beberapa perubahan yang menerus
termasuk yang menurun.

Akan tetapi bayi tersebut secara perlahan-lahan telah mengalami jadual


yang stabil. Gesell juga telah menulis tentang peraturan kendiri ini dari pandangan
yang berbeza sedikit, iaitu memusatkan kepada keupayaan organisma untuk
mempertahankan satu integrasi yang menyeluruhdan seimbang. Pertumbuhan
tentu sekali akan melibatkan ketidakseimbangan. Sebagaimana yang kita lihat tadi
corak tidur dan penyusuan berubah selalu. Kita telah juga melihat
ketidakseimbangan dalam perkembangan personaliti di mana telah terdapat
jangkamasa stabil yang diikuti oleh jangkamasa yang tidak stabil semasa bayi ini
memasuki tahap introvet dan ekstrovet yang baru.

Dalam satu perbincangkan yang menarik (Gesell, 1943) telah


mempersembahkan keadaan tiga orang kanak-kanak secara hypotetikal, iaitu
seorang yang lambat membesar, seorang yang cepat membesar manakala seorang
lagi tidak sempurna tumbesarannya. Beliau telah mencadangkan cara bagaimana
setiap pembesaran yang mungkin dapat dilihat dari segi beberapa jenis cara
pembesaran secara persendirian. Kanak-kanak A, kanak-kanak B, yang membesar
dengan cepat, mungkin akan cepat bertindak balas, riang dan gembira, cergas dan
secara amnya cerdik dan pandai.

Kanak-kanak C, yang mengalami kebantutan pada pertumbuhannya,


mungkin kadang-kadang akan bersikap lebih berhati-hati dan ada kalanya kurang
berhati-hati, murung, tidak sabar dan kadang kala menunjukan kecerdikannya.
Gesell percaya bahawa tabii seseorang individu dan cara pembesarannya akan
mengakibatkan keinginan yang berbeza ke atas budaya dan budaya juga patut

9
cuba menyesuaikan diri dengan keunikan setiap kanak-kanak. Gesell (1946)
percaya bahawa untuk membesar dan mendidik anak perlu bermula dengan
memberi pengiktirafan kepada kebijaksanaan implisit.

Bayi memasuki ke alam duniawi dengan satu jadualyang semula jadi yang
dimana adalah hasil daripada perkembangan beransur-ansur selama lebih daripada
tiga juta tahun, dimana mereka sangat arif tentang keperluan diri dan juga tentang
perkara yang mereka sedia dan tidak sedia untuk berbuat sesuatu. Oleh kerana ini
para ibu bapa tidak harus memaksa anak-anak mereka untuk melakukan sesuatu
dengan menggunakan pola-pola perlakuan perangai mereka, tetapi mereka patut
mengambil iktibar daripada anak-anak mereka sendiri.

Dalam topik mengenai pemakanan, Gesell telah menyarankan memberi


makanan secara keinginan, iaitu memberi makanan kepada bayi apabila ianya
menunjukkan persediaan untuk menerima makanan, yang mana adalah
bertentangan dengan corak memberi makanan kepada bayi mengikut pola-pola
yang telah ditentukan. Bila ibu bapa berhenti memikirkan tentang apa yang bayi
mereka patut buat di samping mengikut isyarat daripada bayi mereka akan mula
menghargai keupayaan semula jadi bayi tersebut untuk perkembangan kendirinya.

Mereka akan dapat melihat bagaimana bayi dapat mengawal corak


pemakanan, masa tidur dan terjaga. Kemudian mereka akan dapat melihat
bagaimana bayi tersebut belajar untuk duduk, merayap dan merangkak dengan
sendiri tanpa perlu menolak atau menujah mereka. Ibu bapa akan percaya kepada
bayi tersebut dan juga kepada proses tumbesaran. Gesell menegaskan bahawa
tahun pertama masa yang paling sesuai untuk mempelajari tentang ciri-ciri
individu seseorang kanak-kanak. Ibu bapa yang bertindak balas dengan keperluan
kanak-kanak semasa bayi akan secara semulajadi sensitif terhadap kecenderungan
dan keupayaan unik kanak-kanak tersebut.

Mereka akan kurang meletakkan pengharapan dan cita-cita mereka sendiri


ke atas kanak-kanak tersebut malah lebih cenderung untuk memberikan ciri-ciri

10
individu kanak-kanak tersebut untuk berkembang dan mencari identiti dirinya
sendiri. Gesell menyatakan bahawa ibu bapa perlu pengetahuan teoritikal
mengenai trend dan corak perkembangan di samping memiliki rasa sensitif secara
intuitif terhadap kanak-kanak. Secara khusus mereka perlu tahu bahawa,
perkembangan ada tidak tetap dalam jangkasama antara stabil dengan tidak stabil.
Pengetahuan ini akan dibantu oleh pengetahuan yang menyatakan bahawa kanak-
kanak berusia dua tahun setengah akan mengalami satu jangkamasa yang
mengelirukan yang akan menjadikan mereka sangat degil.

Guru yang mengetahui sistem tumbesaran kanak-kanak, tidak akan


memaksa kanak-kanak yang berumur enam tahun untuk mempelajari sesuatu
bertentangan dengan daya semula jadinya tetapi akan mengajar latih tubi bila tiba
waktunya, kanak-kanak tersebut akan menerima faedah melalui pembelajaran
(Gesell, 1946) Pada waktu yang sama, adalah tidak mencukupi untuk mengajar
menggunakan teknik-teknik yang sesuai mengikut setiap umur atau kelas, kerana
peringkat pembesaran kanak-kanak berbeza termasuklah bakat-bakat istimewa
yang terpendam.

Sekolah perlu mengajar kemahiran hidup yang seragam tetapi dalam


pemerintahan demokrasi, matlamat terunggul ialah untuk membentu kanak-kanak
mengembangkan perlakuan kanak-kanak yang sepenuhnya. Untuk berbuat
demikian, guru perlu membiarkan kanak-kanak itu sendiri memberi panduan
kepada mereka sepertimana kanak-kanak itu sendiri dipandu oleh pelan asas
biologi bagi pembesaran optima (Gesell, 1946).

E. Definisi Teori Etologi


Teori adalah pernyataan-pernyataan tentang sebuah konsep yang tersusun
secara integrative yang berfungsi sebagai acuan saat harus menyebut/
mendeskripsikan saat membuat prediksi dan saat menjelaskan sebuah fenomena
atau sebuah perilaku yang muncul. Ada dua macam fungsi teori, yang pertama
sebagai kerangka berfikir dan yang kedua adalah memberikan dasar dan alasan
ketika melakukan invensi dan tindakan yang nyata. (2009)

11
Etologi berasal dari bahasa Yunani yaitu ethos yang berarti kebiasaan dan
logos yang berarti ilmu atau pengetahuan. Ethos bisa pula berarti etis atau etika
dan juga dapat berarti karakter. Jadi secara etimologi etologi berarti ilmu yang
mempelajari tentang kebiasaan atau karakter. Namun etologi lebih dahulu
dikenalkan sebagai ilmu prilaku hewan. Etologi adalah suatu cabang ilmu zoology
yang mempelajari prilaku atau tingkah laku hewan, mekanisme, serta faktor-faktor
yang mempengaruhinya.

Charles Darwin (1809-1882) telah mengemukakan teori evolusi didalam


buku yang ditulisnya dengan judul The Origin of Species (1859). Teori Darwin
membuktikan pertalian atau hubungan antara manusia dengan binatang dan itu
memberikan kemungkinan menggunakan binatang yang lebih rendah
peringkatnya, seperti monyet dan tikus sebagai alat untuk memahami tingkah laku
manusia. Pemikiran ini mulai mempenaruhi orang untuk memandang etologi
sebagai pola prilaku tipikal dari spesies binatang tertentu, termasuk manusia.
(Atang Bin Long,1978)

Sebagai kumpulan spesies, semua anggota dari hewan spesies tertentu


akan berprilaku berbeda dalam situasi yang tertentu. Sehingga tingkah laku yang
khas dari suatu spesies sesungguhnya muncul dari warisan genetik dari spesies
yang berkembang tersebut. Oleh karena itu dapat diambil kesimpulan bahwa
prilaku bersifat alamiah. (Haris,2009) Ilmu yang mempelajari prilaku atau
karakter hewan tersebut digunakan di dalam pendekatan ilmu psikologi
perkembangan. Teori ini mencoba menjelaskan prilaku manusia. Sehingga di
dalam ilmu psikologi, etologi berarti ilmu yang mempelajari prilaku manusia di
dalam seting alami. Semua prilaku manusia adalah bentuk reaksi dari apa yang
terjadi di lingkungan alaminya. Teori Etologi memahami bahwa prilaku manusia
mempunyai relevansi dengan prilaku binatang. Sifat-sifat yang menonjol deri
setiap binatang diantaranya adalah sifat mempertahankan teritori atau wilayahnya,
agresif, dan perasaan ingin menguasai sesuartu. Sifat-sifat ini ditemukan pula
pada diri manusia. Karena hal tersebut maka para Etolog memandang bahwa

12
insting, yang merupakan sifat dasar hewan, adalah aspek yang pentinhg dalam
memahami prilaku manusia.

F. Tokoh- tokoh dalam teori Etologi


a. Karl Ritter von Frisch (20 November 1886 – 12 Juni 1982)
Seorang etnolog Austria yang menerima Penghargaan Nobel dalam
Fisiologi atau Kedokteran pada tahun 1973 untuk prestasinya dalam
fisiologi perilaku komparatif dan merintis karya dalam komunikasi antara
serangga, bersama dengan Niko Tinbergen dan Konrad Lorenz. Ia belajar
zoologi dengan Richard von Hertwig dan menggantikannya sebagai
profesor zoologi di Munich, Jerman. Ia mempelajari indera lebah,
mengenali mekanisme komunikasi mereka dan menunjukkan sensitivitas
mereka pada cahaya ultraviolet dan polarisasi. Di antara karyanya adalah
studi persepsi sensorik lebah madu dan merupakan salah satu tokoh
pertama yang menerjemahkan arti tarian lebah. Teori ini dipertentangkan
oleh ilmuwan lain dan disambut dengan sikap skeptis saat itu. Hanya
sekarang karyanya terbukti sebagai analisis teoretis yang akurat (lihat
rujukan majalah Nature).
b. Sir Julian Sorell Huxley (lahir di London, 22 Juni 1887 – meninggal
14 Februari 1975 pada umur 87 tahun)
Seorang ahli biologi evolusioner, humanis, dan internasionalis asal
Inggris. Ia adalah pendukung teori seleksi alam dan salah seorang tokoh
penting dalam sintesis evolusioner pertengahan abad ke-20. Huxley adalah
Sekretaris Organisasi Zoologi London (Zoological Society of London)
(1935-1942), Direktur UNESCO yang pertama, dan salah satu pendiri
World Wildlife Fund.
Huxley banyak mendapatkan medali ataupun penghargaan dari
berbagau pihak. Diantaranya ia pernah dianugerahi Penghargaan Kalinga
UNESCO pada tahun 1953 karena dianggap berjasa mempopulerkan sains,
Medali Darwin Royal Society pada tahun 1956, dan Medali Darwin-
Wallace Linnaean Society pada tahun 1958. Dia juga digelari gelar
kehormatan Sir pada tahun yang sama, 1958. Tahun berikutnya ia

13
menerima Penghargaan Istimewa Yayasan Lasker dalam kategori Keluarga
Berencana – Populasi Dunia (Planned Parenthood — World Population).
c. Clinton Richard Dawkins (lahir di Nairobi, Kenya, 26 Maret 1941;
umur 68 tahun)
Dawkins adalah seorang penulis, ahli etologi, biologi evolusioner,
ilmu pengetahuan umum Britania Raya. Ia adalah seorang ateis yang
banyak menulis tentang etologi, biologi evolusioner dan ilmu pengetahuan
umum. Ia juga seorang kritikus kreasionisme dan perancangan cerdas yang
terkemuka. Pada tahun 1986, dalam bukunya yang berjudul The Blind
Watchmaker, dia memperdebatkan analogi sang pembuat jam (argumen
yang menyatakan bahwa terdapat seorang pencipta yang adikodrati yang
didasari oleh kompleksnya makhluk hidup yang ada di dunia ini). Dia
mendeskripsikan proses evolusi sebagai sesuatu yang analog dengan sang
pembuat jam yang buta. Sejak saat itu, dia telah menulis beberapa buku
sains populer dan beberapa kali muncul di televisi dan radio, biasanya
mendiskusikan topik-topik tersebut.
d. Konrad Zacharias Lorenz (7 November 1903 – 27 Februari 1989)
Seorang psikologi, zoologi, dan ornitologi berkebangsaan Austria.
Dia memenangkan hadiah penghargaan Nobel dalam bidang Kedokteran
pada tahun 1973 bersama Nikolas Tinbergen dan Karl von Frisch. Pada
musim gugur tahun 1936, Lorenz menghadiri sebuah simposium yang
diprakarsai Prof. Van der Klaauw di Kota Leiden, Belanda. Dalam
simposium ini, Lorenz bertemu dengan Nikolaas Tinbergen yang juga
seorang ahli tingkah laku hewan (ethologist). Pertemuan ini nampaknya
menjadi pertemuan bersejarah bagi kedua ilmuwan tersebut. Mereka
berdiskusi tentang hubungan antara respon penyesuaian tempat dengan
mekanisme pelepasan yang dapat menjelaskan timbulnya tingkah laku
berdasarkan insting. Pemikiran mereka merupakan cikal bakal lahirnya
ethologi.
e. Nikolas “Niko” Tinbergen (Den Haag, 15 April 1907 – 21 Desember
1988)
Seorang etolog dan ornitolog Belanda yang berbagi Penghargaan
Nobel dalam Fisiologi atau Kedokteran pada tahun 1973 bersama Karl von

14
Frisch dan Konrad Lorenz atas penemuan mereka di bidang biologi.
Tinbergen terkenal untuk 4 pertanyaan yang dipercayainya harus
ditanyakan berkenaan dengan berbagai perilaku binatang. Selain itu,
dengan metodenya ia menerapkannya untuk menangani gejala autism pada
anak.
Nikolas memiliki dua orang saudara. Saudaranya Jan Tinbergen,
adalah seorang ekonom yang dianugerahi Penghargaan Bank Swedia
dalam Ilmu Ekonomi untuk mengenang Alfred Nobel. Adiknya Luuk
Tinergen juga berprofesi sama seperti dirinya.
Kolaborator Lorenz, Niko Tinbergen, mengemukakan bahwa
etologi selalu perlu memperhatikan 4 jenis penjelasan tiap hal perilaku:
 fungsi: bagaimana perilaku berpengaruh kuat pada kesempatan
hewan untuk kelangsungan hidup dan reproduksi?
 yang menyebabkan: apakah stimuli yang mendapatkan tanggapan
itu, dan bagaimana telah diubah oleh pembelajaran terkini?
 pengembangan: bagaimana perilaku berubah dengan umur, dan
apakah pengalaman awal yang perlu untuk perilaku untuk
diperlihatkan?
 sejarah evolusioner: bagaimana perilaku dibandingkan dengan
perilaku bersama dalam spesies terkait, dan bagaimana mungkin
telah timbul melalui proses filogeni?
Langkah penting, dihubungkan dengan nama Konrad Lorenz walau
kemungkinan pada gurunya, Heinroth, ialah pengenalan pola aksi tertentu.
Lorenz membuatnya terkenal sebagai tanggapan naluriah yang akan terjadi
yang dapat dipercaya dalam kehadiran stimuli yang dapat dikenali (disebut
stimuli tanda atau stimuli pembebasan). Pola aksi tertentu ini kemudian
dapat dibandingkan melintasi spesies, serta persamaan dan perbedaan
antara perilaku yang dibandiangkan dengan persamaan dan perbedaan
dalam morfologi yang mana taksonomi berdasar. Studi dari Anatidae
(bebek dan angsa) yang penting dan banyak dikutip oleh Heinroth
menggunakan teknik ini. Para etolog mencatat bahwa stimuli yang
membebaskan pola aksi tertentu umumnya menonjolkan kemunculan atau
perilaku anggota lain spesies mereka sendiri, dan mereka dapat

15
menunjukkan bagaimana bentuk penting komunikasi hewan dapat
ditengahi dengan pola aksi tertentu yang sedikit sederhana. Pengamatan
yang paling berpengalaman dalam bidang ini ialah studi oleh Karl von
Frisch dari yang disebut “bahasa tarian” mendasari komunikasi lebah.
Lorenz mengembangkan teori menarik dari evolusi komunikasi binatang
berdasarkan pada pengamatannya terhadap alam pola aksi tertentu dan
keadaan yang mana hewan memancarkannya. (2006b)
f. John Bowlby (26 Februari 1907-2 September 1990)
Seorang psikiater dan psikoanalis, terkenal karena minatnya dalam
perkembangan anak. Bowlby lahir di London ke atas keluarga kelas
menengah. Ia adalah anak keempat dari enam anak dan dibesarkan oleh
seorang pengasuh di gaya Inggris kelasnya pada saat itu. Ayahnya, Sir
Anthony Bowlby, pertama Baronet, adalah ahli bedah ke King’s Rumah
Tangga, dengan sebuah sejarah tragis: pada umur lima tahun, Sir Anthony
ayah sendiri (Yohanes kakek) tewas saat bertugas sebagai wartawan
perang dalam Perang Opium.
Biasanya, Bowlby melihat ibunya hanya satu jam sehari setelah
minum teh, meskipun selama musim panas ia lebih tersedia. Seperti
banyak ibu-ibu lain dari kelas sosial, ia menilai bahwa perhatian dan kasih
sayang orang tua akan menyebabkan berbahaya memanjakan anak-anak.
Bowlby beruntung dalam bahwa pengasuh dalam keluarganya hadir
sepanjang masa kecilnya. Bowlby mempelajari psikologi dan pra-klinis
ilmu di Trinity College, Cambridge, memenangkan hadiah untuk kinerja
intelektual yang luar biasa. Setelah Cambridge, ia bekerja dengan
tunggakan maladjusted dan anak-anak, kemudian pada usia dua puluh dua
berkuliah di University College Hospital di London. Pada usia dua puluh
enam, ia memenuhi syarat dalam obat-obatan. Sementara masih di sekolah
kedokteran, ia mendaftar diri di Institut Psikoanalisis. Setelah sekolah
kedokteran, ia dilatih di dewasa psikiatri di Rumah Sakit Maudsley. Pada
tahun 1937, ia memenuhi syarat sebagai psikoanalis.

G. Contoh Penerapan

16
Contoh penerapan teori etologi dapat kita lihat dalam perkembangan
emosi dan social. Secara genetis bayi sudah terprogram untuk mengikat ibunya
dan memotifasi ibu untuk memberikan perhatian yang memadai, contohnya:
dengan cara menangis dan merangkak. Selain itu ada juga teori kelekatan.
Menurut teori Etologi (Berndt, 1992) tingkah laku lekat pada anak manusia
diprogram secara evolusioner dan instinktif. Sebetulnya tingkah laku lekat tidak
hanya ditujukan pada anak namun juga pada ibu. Ibu dan anak secara biologis
dipersiapkan untuk saling merespon perilaku.
Pada bayi, teori etologi ini menerangkan bahwa ada beberapa fase
kelekatan yang akan dialami oleh bayi. Fase-fase kelekatan :
1. Merespon tak terpilah kepada manusia. Fase ini akan terjadi pada bayi
lahir sampai berusia 3 bulan.
2. Fokus hanya terhadap orang-orang yang dikenalnya. Fase ini terjadi pada
bayi berusia 3 sampai 6 bulan. Hal ini terjadi karena adanya intensitas
aktivitas antara bayi dan orang-orang yang sering berinteraksi dengannya
Sehingga bayi muli dapat membedakan antara orang yang dikenal dan
yang tidak
3. Kemelekatan yang intens dan pencarian kedekatan yang aktif terhadap
orang-orang sekitarnya. Fase ini terjadi saat bayi berusia 6 bulan sampai 3
tahun.
4. Menunjukkan tingkah laku persahabatan. Pada fase ini, anak mulai
menunjukkan sikap kelekatan dan ketertarikan terhadap teman sebayanya
dan orang-orang yang baru ditemuinya. Fase ini terjadi pada usia 3 tahun
sampai akhir masa kanak-kanak.
H. Perkembangan Teori Etologi
Lorenz, Timbergen dan von Frisch merupakan peraih nobel melali karya-
karya mereka dalam etologi perkembangan. Berkat karya yang di hasilkan Lorenz
dan Tinbergen, etologi berkembang secara kuat di benua Eropa dalam tahun-tahun
sebelum PD II. Konnsep ini dikenal dengan teori etologi modern. Setelah perang,
konsep etologi menjadi lebih kuat di Britania Raya, hal ini dimulai dengan
kepindahan Tinbergen ke Universitas Oxford dan ditabah dengan pengaruh dari
William Thorpe, Robert Hinde dan Patrick Bateson. Pada masa yang sama, teori
etologi juga mulai berkembang secara kuat di Amerika.

17
Pada tahun 1970, etolog Inggris John H. Crook menerbitkan naskah
penting dimana ia membedakan etologi komparatif dengan etologi sosial, dan
mengemukakan bahwa banyak dari etologi yang telah ada sampaio kini
sesungguhnya merupakan etologi komparatif, memandang hewan sebagai
individu, sedangkan di masa depan, para etolog akan memerlukan konsentrasi
pada perilaku kelompok sosial dari hewan dan struktur sosial di dalamnya. Ini
telah mengetahui sebelumnya. Buku E. O. Wilson ‘’Sosiobiologi’’ muncul pada
1975, dan sejak saat itu studi perilaku telah lebih banyak berkaitan dengan aspek
sosial. Juga telah didorong dengan yang lebih kuat, namun lebih njlimet,
Darwinisme yang dihubungkan dengan Wilson dan Richard Dawkins.
Pengembangan terkait ekologi perilaku juga telah membantu mengubah etologi.
Di saat yang sama persesuaian substansial dengan psikologi komparatif telah
terjadi, maka studi ilmiah modern pada perilaku menawarkan spektrum
pendekatan tanpa kelim secara kurang lebih, dari kesadaran hewan, psikologi
komparatif yang lebih tradisional, etologi, sosiobiologi dan ekologi perilaku.

BAB III

PENUTUP

A. Kesimpulan
Pertumbuhan adalah perubahan bersifat kuantitatif yang boleh diukur dan
diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan kanak-kanak
dari satu peringkat ke peringkat perkembangan. Perkembangan adalah perubahan
kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku seperti perubahan dalam penggunaan
kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang
bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran.

18
Etologi berasal dari bahasa Yunani yaitu ethos yang berarti kebiasaan dan logos
yang berarti ilmu atau pengetahuan. Ethos bisa pula berarti etis atau etika dan juga
dapat berarti karakter. Jadi secara etimologi etologi berarti ilmu yang mempelajari
tentang kebiasaan atau karakter. Namun etologi lebih dahulu dikenalkan sebagai
ilmu prilaku hewan. Etologi adalah suatu cabang ilmu zoology yang mempelajari
prilaku atau tingkah laku hewan, mekanisme, serta faktor-faktor yang
mempengaruhinya.

B. Saran

Untuk mengembangkan potensi anak didik dan menciptakan generasi -


generasi masa depan yang berkualitas, maka diperlukan adanya pemahaman
tentang perkembangan anak didik. Dengan demikian, sebagai pendidik kita
diharuskan mengetahui dan memahami perkembangan dari peserta didik.

Daftar Pustaka

Abdul Aziz Shukor, Ramlah Jantan, Suppiah Nachiappan. 2007. Psikologi Pendidikan.
Kuala lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Carol Seefeldt & Barbaraa A. Wasik Palatini. 2006. Early Education Three, Four and
Five Years Olds Go To School. Pearson Education Inc.

Consult G. E. Partridge. 2010. Genetic Philosophy of Education. Diperoleh pada Januari


2, 2010 daripada.http://en.wikipedia.org/wiki/G._Stanley_Hall.

Fuchs, Estelle, and Havighurst, Robert J. 1973. To Live on This Earth: American Indian
Education. Garden City, NY: Anchor Press/Doubleday.

Husdarta,Nurlan Kusmaedi. 2010. Pertumbuhan & Perkembangan Peserta Didik.


Bandung: Alfabeta.

19
Desmita. 2012. Psikologi Perkembangan Peserta Didik. Bandung: Rosda Karya.

20

Anda mungkin juga menyukai