Anda di halaman 1dari 4

SLT TUTORIAL 10

Internet dan keruntuhan moral

Anggota polis merekodkan peralatan komputer yang dirampas dalam serbuan ke


atas premis yang menjalankan perniagaan mesin judi di Kuantan, Pahang.
UTUSAN/Mahathir Ali
Lee Lam Thye
17 Disember 2015 6:05 PM
Perhatian saya sering tertarik kepada beberapa aspek negatif kafe siber yang kini
tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di seluruh negara. Pada awal
diperkenalkan, kafe siber adalah premis yang sering dikunjungi bagi mendapatkan
ilmu pengetahuan, merapatkan hubungan perniagaan atau bersosial atau melakukan
penyelidikan untuk pelbagai tugasan.

Tetapi kini kebanyakan kafe siber telah bertukar menjadi tempat perjudian dan
pertaruhan haram yang melanggar peraturan pelesenan.

Apa yang lebih membimbangkan, kafe siber sering dikunjungi oleh kanak-kanak
sekolah dan remaja tanpa pengawasan orang dewasa. Ini menyebabkan, kanak-
kanak dan remaja terbabit mempunyai akses kepada kegiatan perjudian dan
permainan online dan pornografi. Adalah lebih penting untuk melindungi generasi
muda kita daripada pengaruh negatif yang dibawa oleh Internet ini.

Dengan kemunculan era ICT dan persekitaran pembelajaran pintar, memperoleh


pengetahuan dan maklumat melalui komputer perlu dilakukan seiring dengan
pendidikan moral dan akhlak yang mencukupi. Jika tidak, apa saja maklumat yang
diperoleh boleh disalahguna sehingga menjejaskan masa depan generasi muda kita.

Dengan kemunculan maklumat tanpa sempadan, penekanan yang lebih perlu


diberikan kepada penerapan etika dan nilai murni di dalam pendidikan untuk
mengelakkan munculnya lebih banyak lagi penyalahgunaan IT dan jenayah siber.
SLT TUTORIAL 10

Sungguhpun kita perlu menghasilkan generasi celik IT, ini harus dicapai tanpa
mengorbankan atau mengabaikan keperluan untuk menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri manusia.Walaupun saya sedar mengenai Internet tanpa tapisan, saya
bagaimanapun mengambil berat tentang betapa mudahnya akses pornografi yang
boleh memudaratkan minda golongan muda dan seterusnya membawa kepada
gejala sosial.

Saya bersetuju dengan pandangan bahawa ada asas untuk mengkaji kemungkinan
membangunkan beberapa bentuk sistem penapisan untuk menyekat bahan-bahan
yang negatif ini.

Sekarang kita telah menerima Internet, ruang siber dan kandungan online sebagai
cara hidup kita yang tidak dapat diubah, jadi apa yang perlu dilakukan adalah untuk
membantu generasi muda untuk menjadi lebih bijak dan tidak menjadi mangsa sisi-
sisi negatif penggunaan Internet.

Selaras dengan ini, kita perlu memupuk anak-anak kita dengan disiplin dan nilai-nilai
murni supaya mereka akan dapat mentafsirkan apa yang baik dan buruk serta
menerima yang baik dan menolak yang buruk.

Ini memerlukan program ‘nilai untuk negara’ melalui intensif program yang perlu
diajar di sekolah-sekolah, di rumah serta di peringkat masyarakat.

Apa yang penting adalah untuk memperkukuhkan institusi keluarga sebagai teras
masyarakat yang sihat dan stabil di dalam memerangi keruntuhan sosial dan moral.

Keruntuhan moral disebabkan oleh kemerosotan nilai moral dan etika yang hanya
dapat diatasi bukan melalui undang-undang atau peraturan tetapi dengan
menaiktaraf kualiti hidup keluarga dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek
disiplin, integriti dan nilai-nilai murni.

Kerajaan sebelum ini menyatakan tidak menapis Internet tetapi jika pornografi di
Internet ini terus diedarkan dan dikongsi maka sudah tiba masanya untuk melihat
kembali kemungkinan melakukan sesuatu untuk memeriksa bahan yang boleh
meruntuhkan moral ini di Internet.

Terdapat keperluan untuk mengemudi golongan muda dari pornografi dan


kandungan yang menggalakkan keganasan melalui pendidikan yang betul, kempen
advokasi yang berterusan dan keibubapaan yang baik.

Dalam pada itu, kemunculan pelbagai jenis peralatan dan lain-lain alat komunikasi
digital yang lebih canggih boleh menyebabkan kegiatan jenayah siber semakin
berleluasa.

Peningkatan jumlah peralatan yang diperkenalkan akan meningkatkan penjenayah


siber termasuk penggodam yang mengambil kesempatan terhadap sistem
keselamatan yang lemah. Ancaman jenayah siber pada hari ini tidak terhad kepada
penipuan, pemalsuan, peras ugut, hasutan dan fitnah tetapi juga merangkumi
menggodam, penyebaran virus dan serangan ke atas institusi penting negara seperti
bank, perniagaan dan agensi kerajaan.

Peralatan terkini dan canggih adalah dialu-alukan pada masa kini kerana ini
menunjukkan teknologi maklumat semakin berkembang tetapi sistem keselamatan
juga perlu diperkukuhkan untuk memerangi jenayah siber.
SLT TUTORIAL 10

Sistem keselamatan bersepadu dan menyeluruh perlu diwujudkan oleh setiap


organisasi dengan mempunyai polisi keselamatan maklumat.

Satu mekanisme perlu untuk mengintegrasikan semua elemen keselamatan siber


sedia ada termasuklah peranti keselamatan, peranti rangkaian dan sistem
pengesanan pencerobohan untuk mengesan dan seterusnya mengelakkan
berlakunya aktiviti pencerobohan sistem komputer.

Dalam pada itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak
supaya generasi baru tidak mudah terpedaya dengan fitnah di Internet. Fenomena
penularan fitnah dan eksploitasi di Internet boleh dibanteras menerusi peranan ibu
bapa.

Kita dapat lihat media sosial menjadi medan pergaduhan, penyebaran fitnah dan
lebih menakutkan menjadi medium anti kaum yang sangat membimbangkan
terutama apabila muncul sesuatu isu yang dipaparkan dalam media massa.

Semua pengguna Internet terutamanya media sosial perlu tahu peranan serta
tanggungjawab mereka sebelum memuat naik bahan seperti gambar atau video
kerana mungkin menyinggung perasaan pihak lain.

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah
Malaysia (MCPF)
SLT TUTORIAL 10

Tajuk 4: Insan Bermoral

1.0 Dimensi moral individu

1.1 Penaakulan moral

· Berupaya membuat penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan
berautonomi (bebas).

· Individu dpt:-

- Memahami sst isu moral.

- Mengenal pasti alternatif2 yg ada dan kesannya.

- Memberi pertimbangan yg adil dan objektif terhadap stp pilihan alternatif itu.

- Memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional.

· Rasional, bebas, normatif, tepat, tajam, kreatif, inovatif, kritis.

1.2 Emosi moral

· Mpy emosi moral spt suara batin, perasaan ini membawa kpd perlakuan individu secara
moral. Emosi moral ini penting utk mengawal perlakuan, menghalang individu membuat sst
yg bersifat antisosial. Cth, perasaan empati menyebabkan seseorang individu membantu org
yg miskin tanpa mengira kepentingan diri.

· Inidividu dpt:-

- Mengetahui asal usul sst isu atau situasi.

- Memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran org lain.

- Menyatakan perasaan diri sendiri dlm keadaan yg sama.

- Membuat keputusan yg adil dan rasional.

· Empati, simpati, murah hati, kasih sayang, belas kasihan, altruistik, sentimen, berjiwa.

1.3 Tingkah laku moral

· Merujuk kpd segala kelakuan yg dilakukan oleh individu berdasarkan nilai2 dan norma2
msryk. Dpt bertingkah laku moral, iaitu bertindak dgn penuh tanggungjwab mengikut
kemampuan diri terhadap sst keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi moral.

· Bertanggungjawab, berdedikasi, berprihatinan, bekerjasama.

1.4 Ejen moral dan Penerima Moral

· Semua manusia ialah agen moral dan juga penerima moral. Apa yg beza ialah manusia mpy
penaakulan rasional dan bebas perasaan dan emosi yg boleh mempengaruhi perlakuan
manusia sendiri.

1.5 Perhubungan atr dimensi2 Etika

· Penaakulan, perlakuan dan perasaan individu akn membenarkan individu sentiasa berada
dlm keadaan yg berjaga-jaga spy sst yg dilakukan adalah mengikut kehendak normatif di
mana dia berada.

Anda mungkin juga menyukai