Anda di halaman 1dari 4

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk


melahirkan insan yang berkemahiran , berhaluan, berupaya , beriman,
berdikari, berkemampuan merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Huraian Falsafah Pendidikan Khas

 Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan


Khas
 Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan
kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan
dan lain-lain.

 Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara


menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan
seimbang dalam masyarakat.

 Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all).

 Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan


kebolehan kefungsian, bukan kepada kategori / labelling.

 Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-


keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan
dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan
percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial,
intergrasi berfungsi, intergrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming).

 Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan,


aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan
di kalangan masyarakat majmuk.

 Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara.


 Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang
baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi
sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara.

 Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas


dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar
bersama-sama mereka.

 Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan


pengubahsuaian dimana perlu.

 Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP).

 Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari


aspek tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat sokongan khas seperti
jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding,
guru khas beredar (intinerant teacher) dan lain-lain.

 Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripada


pasukan multi disciplinary.

 Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat


pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan.

 Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan


keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam
budaya kerja.

 Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan


vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-
keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri.

 Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan


kepada pelbagai model perkhidmatan.

 Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperlaun-keperluan khas


rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi
mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM.
 Menentukan perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di
sekolah menengah khas untuk persediaan SPM.

 Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan


pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil peperiksaan
SPM(Vokasional).

 Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas cacat


pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil peperiksaan
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia.

 Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan


pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil
peperiksaan SPMV dan MLVK.

 Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas


cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil
peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber
Manusia di bawah sayap Vokasional.

OBJEKTIF

 Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk individu


dengan keperluan khas
 Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada individu
dengan keperluan khas.

 Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi diri


murid-murid.

 Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup


dan terkini.

 Memastikan tenaga pengajar mencukupi dan terlatih

VISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid berkeperluan khas kearah
kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

MISI

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas untuk
menjadikan mereka insan yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi
sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai