Anda di halaman 1dari 4

Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016

TOPIK : NOMBOR DAN OPERASI

1. Rajah menunjukkan sekeping kad angka.

0.43juta

i. Tukarkan nombor itu kepada nombor bulat.


( 1 markah )

ii. Bundarkan nombor itu kepada ratus ribu yang terdekat.

( 1 markah )

2. Rajah menunjukkan sekeping kad angka.

689 345

i. Apakah nilai tempat bagi digit yang digariskan?

( 1 markah )

ii. Cerakinkan nombor itu mengikut nilai digit yang betul.

( 1 markah )

3. Rajah menunjukkan satu pola nombor.

80 81 82 83 84 85
86 87 88 89 90
Berdasarkan pola nombor di atas:

i. Apakah pola nombor itu?

( 1 markah )

ii. Daripada pola nombor itu nyatakan bilangan nombor perdana di antara
nombor 80 hingga 90.

( 1 markah )
BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK
Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016

4. Rajah menunjukkan sekeping kad angka.

7 52 juta

i. Tuliskan nombor itu dalam nombor bulat.

( 1 markah )

ii. Tukarkan nombor itu dalam perpuluhan juta.

( 1 markah )

5. Rajah menunjukkan dua keping kad angka.

0.48 juta 4 700 000

i. Apakah hasil tambah kedua – dua nombor itu?

( 1 markah )

ii. Berapakah beza nilai di antara dua nombor itu?

( 1 markah )

6. Halim ada sebakul buah mangga. Dia membungkus 300 biji mangga ke dalam setiap
kotak. Selepas membungkus sama banyak kesemua mangga itu ke dalam 30 buah
kotak, dia masih ada 15 biji mangga yang tinggal.

i. Berapakah biji mangga yang ada di dalam bakul itu pada mulanya?

( 1 markah )

ii. Hitungkan jumlah kotak yang diperlukan oleh Halim sekiranya setiap kotak
mengandungi kurang 20 biji daripada setiap bungkusan yang awal.

( 2 markah )

BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK


Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016

7. Jadual yang tidak lengkap ini menunjukkan bilangan murid dalam tiga buah kelas.

Kelas Lelaki Perempuan


Melor 16 25
Seroja 16
Teratai 22

Kelas Seroja mempunyai 5 orang murid lelaki lebih daripada Kelas Teratai . Jumlah
murid dalam 3 kelas itu ialah 134 orang.

i. Hitungkan beza bilangan murid 6 Seroja dengan 6 Teratai.

( 2 markah )

ii. Hitungkan jumlah bilangan murid lelaki.

( 2 markah )

8. Jadual menunjukkan bilangan penduduk di empat buah bandar .

Bandar Populasi Penduduk

Bandar R 4.2 juta


Bandar S 1
Kurang juta daripada populasi Bandar R
4
Bandar T Lebih 2. 6 juta orang daripada Bandar S
Bandar P Lebih 345 000 orang daripada jumlah
populasi Bandar S dan Bandar T

i. Berapakah jumlah penduduk di Bandar S?

( 1 markah )

ii. Berapakah beza penduduk Bandar R dengan Bandar P?

( 1 markah )

iii. Sekiranya semua bandar mengalami pertambahan populasi sebanyak


0.3 juta orang, hitungkan jumlah semua penduduk .

( 3 markah )

BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK


Modul Unggul Prestasi Semarak Realiti (UPSR) 2016

9. Berikut adalah perbualan antara seorang guru dengan empat orang muridnya tentang
bilangan tin minuman yang dikumpul oleh mereka dalam Program Kitar Semula yang
dianjurkan oleh sekolah mereka bersempena Pesta Pantai yang diadakan selama
sebulan.

Guru: Berapa bilangan tin minuman yang dikumpul oleh kamu, Rahim?
Rahim: Saya mengumpul 400 tin minuman, cikgu.
Guru: Kamu pula, Kamal?
Kamal: Setengah daripada jumlah yang diperoleh Rahim, cikgu.
Guru: Bagaimana pula dengan kamu, Musa?

1
Musa: 1 kali bilangan tin minuman yang dikumpul oleh Rahim, cikgu.
4

Guru: Kamu, Iman?


Iman: Saya mengumpul sebanyak 180 tin lebih daripada kutipan Musa.

Berdasarkan perbualan di atas:


a) Hitung bilangan tin minuman yang dikumpul oleh Musa.
(1 markah)

b) Hitung jumlah bilangan tin minuman yang dikumpul oleh kesemua murid itu.

(2 markah)

BIDANG MATEMATIK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PERAK

Anda mungkin juga menyukai