Anda di halaman 1dari 1

Resepi Kuih Loyang Santan 😍 😍 😍 😍 😍

Bahan-Bahan :

500 gram tepung beras


5 sudu besar gula pasir
Santan secukupnya
2 biji telur
Sedikit kapur makan
Sedikit garam
Minyak masak

Cara Membuat:

1. Ayak tepung beras di dalam bekas dan masukkan gula, telur dan garam. Masukkan sedikit
air kapur dan santan sedikit demi sedikit.

2. Kacau hingga semuanya sebati dan adunan tidak berketul. Adunannya hendaklah tidak
terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan biarkan acuan dalam minyak tersebut sehingga betul-
betul panas.

5. Celupkan acuan yang panas tadi ke dalam adunan tepung dan seterusnya dicelup ke dalam
minyak pula.

5. Jangan celup kesemua acuan tenggelam ke dalam adunan kerana takut kuih melekat terus
pada acuan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai