Anda di halaman 1dari 21

MAP Training & Consultancy Sdn.

Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

Handout: Positive Parenting


Disampaikan oleh:
Dr. Hj. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

1) Empat perkara penting dalam mendidik anak

Sabda Nabi SAW:


“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci (Islam). Kedua orang
tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(HR. Bukhari, Ibnu Hibban, Baihaqi dan lain-lain)

❉ Agama
❉ Akademi
❉ Skil / Soft skill
❉ Sahsiah / Akhlak

Contohnya:

Agama
- Solat 5 waktu
- Berpuasa
- Membaca al-quran
- Berzikir
- Tauhid yang mantap

  1  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

- Melakukan amalan sunat.


- Menhghidupkan adab dan sunnah.

Akademik
- Menyiapkan kerja sekolah
- Memberi tumpuan dalam kelas
- Rajin mengulangkaji pelajaran
- Bertanya apabila tidak faham
- Belajar berkumpulan

Sahsiah
- Akhlak yang baik
- Watak yang disenangi
- Gaya hidup yang berlandaskan syariat
- Harapan yang tidak pernah putus
- Nilai
- Motif
- Budi pekerti
- Sikap dan tabiat
- Ketahanan diri.
- Semangat juang.
- Etika
- Profesinalisma
- Integriti

Skil
- Kemahiran tertentu seperti
o memasak,
o menulis,
o membaikpulih,
o sukan,
o mewarna dan sebagainya.

- Kemahiran insani (soft skill) seperti


o kebolehan memimpin
o berkomunikasi
o mempengaruhi
o menyelami perasaan
o memujuk
o pandai bergaul
o bekerja dalam kumpulan
o kemahiran berunding
o versatiliti dan fleksibiliti
o kebolehan menyelesaikan masalah

  2  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

o kemahiran mengurus konflik


o kemahiran mengurus stres
o bersikap positif dan seumpamanya.

2) Bagaimana peribadi/sahsiah itu terbentuk.

Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah,


Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan
fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang
menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(HR. Bukhari)

❉ Minda Sedar
❉ Minda Separa Sedar
❉ Hati

Minda Sedar – Otak Kiri dan Otak Kanan.


Minda Separa Sedar – bagaimana programming berlaku.
Hati – Raja yang memutuskan.

Apa itu persepsi / tanggapan/andaian?

❉ Persepsi mentafsirkan sebarang maklumat yang diterima dan


bertindak sebagai penapis.

❉ Persepsi setiap individu berbeza

Mindset dan Paradigma.

❉ Mindset (cara fikir) membentuk paradigma (acuan). Mindset


dan cara fikir inilah yang mempengaruhi persepsi.
❉ Mindset dipengaruhi oleh Hati.
❉ Mindset kesan daripada programming.

Apa paradigma anda tentang rokok?


Apa paradigma anda tentang wang?
Apa paradigma anda tentang hidup?
Apa paradigma anda tentang kecemerlangan?
Apa paradigma anda tentang Islam?

  3  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

Ringkasnya:

Sahsiah/peribadi seseorang berdasarkan pengalaman masa silamnya


(input-input) sama ada baik atau buruk, positif atau negatif.

Pengalaman ini memprogramkan mindanya lalu menjadi asas kepada


perilaku, tindak tanduk dan setiap keputusan yang dibuatnya.

Programming ini membentuk paradigma dan mindset yang menjadi


asas kepada persepsinya. Cara dia melihat dunia, kehidupan dan
dirinya berdasakan kepada programming ini.

Sewaktu kecil anak-anak tidak mampu mengubah programming.


Tetapi apabila dewasa, kita punya kuasa memilih sama ada mahu
menerima atau menolak sesuatu perkara malah memprogramkan
semula mindset dan paradigma itu.

Tugas ibu bapa adalah membentuk keperibadian positif dalam diri


anak-anak bertunjangkan kepada iman dan takwa.

3) Sistem Nilai (Mesti berasaskan Islam)

Apa itu Sistem Nilai?


Dari mana datangnya?
Kenapa ia penting?
Bagaimana membentuk Sistem Nilai yang baik?
Menghidupkan Adat dan Sunnah.

4) Anak terbahagi kepada 3 zaman

Sabda Nabi SAW:


“Ajarkanlah, mudahkanlah dan jangan dipersulit”.
(HR. Ahmad)

Nabi s.a.w. bersabda (ertinya):


Arahkanlah anak-anak kamu supaya mengerjakan sembahyang ketika
berusia 7 tahun, dan pukullah ketika mereka berusia 10 tahun (jika
enggan sembahyang), dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.
(HR Abu Daud)

Zaman Pertama (0 hingga 7 tahun)

  4  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

0 – 3 tahun : Fasa awal


4 – 7 tahun : Fasa akhir

Dalam zaman yang pertama ini anak-anak dididik dengan cara gurau
senda, peluk cium, dan menunjukkan contoh tauladan yang baik.
Ketika dalam usia ini, terutamanya usia 4 – 7 tahun, ajak anak-anak
bersolat. Malah kalau mereka ikut sedikit pun sudah memadai atau
sekurang-kurangnya dia memerhatikan kita solat itu juga sudan
merupakan satu didikan. Apabila masuk usia 7 tahun anak sepatutnya
sudah pandai solat.

Konsep solat ini perlu dilihat dari aspek perkara yang lain-lain juga
termasuk belajar (tadika), mengemas, berpuasa, dan sebagainya.
Maknanya, anak-anak sudah diajarkan tetapi tidaklah hingga memaksa
mereka.

Zaman Kedua (8 hingga 14 tahun)

8 – 10 tahun : Fasa awal


11 – 14 tahun : Fasa akhir

Zaman kedua anak-anak sudah mumayyiz iaitu dapat membezakan


antara baik dan buruk. Zaman yang kedua adalah zaman yang paling
kritikal. Ramai ibu bapa gagal mendidik anak kerana kegagalan
mereka untuk bertegas dalam zaman yang kedua ini. Apabila Nabi
SAW berpesan agar memukul anak yang tidak solat pada usia 10
tahun, bermakna Nabi SAW mahukan ibu bapa bertegas dalam banyak
perkara ketika anak dalam usia ini. Ini adalah usia rebung yang sangat
kritikal dalam membentuk pelbagai nilai-nilai murni dalam diri anak.

Pada usia inilah soal disiplin, tanggung jawab, amanah, saling


menghormati, bersungguh-sungguh, mengurus masa, mengurus diri
dan seumpamanya perlu dititikberatkan.

Pada usia ini juga perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak dan
peribadi seperti bercakap bohong, mencuri, mengejek, mengata,
memukul dan seumpamanya wajib dihalang dengan ketegasan dan
tiada kompromi.

Pada usia ini anak-anak jika dimarah, dihukum, didenda malah dipukul
(bagi tujuan mendidik) tidak akan lari dari rumah.

Zaman Ketiga (15 hingga 21 tahun)

  5  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

15 – 17 tahun
18 – 21 tahun

Zaman ketiga anak-anak sudah pun akil baligh. Dalam usia ini anak-
anak sudah masuk alam remaja. Mereka mula hormon-hormon
dibadan juga turut berubah. Mereka mula ada kecenderungan
terhadap gender yang berlawanan. Mereka mula rasa diri mereka
dewasa. Mereka mahu pendapat

Antara perkembangan yang berlaku:

❉ Mula cenderung bercinta.


❉ Mula ada kecenderungan seks.
❉ Rasa diri mereka sudah dewasa.
❉ Mahu pendapatnya diterima.
❉ Mahu dihargai.
❉ Dia tidak mahu haknya dicerobohi.
❉ Malu untuk keluar bersama ibu bapa.
❉ Mula menolak untuk diajak ke sana sini.
❉ Banyak simpan rahsia.
❉ Lebih cenderung kepada rakan-rakan.
❉ Mencari identiti diri.
❉ Mahu berdikari.
❉ Mencari model ikutan dan tauladan.
❉ Cara berpakaian dan dandanan rambut berubah.

Dalam zaman yang ketiga ini ibu bapa perlu menjadi kawan kepada
anak-anak mereka. Banyak berbincang, menjadi pendengar yang baik,
menghormati dan menyedari yang mereka mula membesar, tidak
sewenang-wenangnya masuk ke bilik anak, meminta pandangan atas
sesuatu keputusan yang melibatkan dirinya dan seumpamanya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis sebanyak 6,270


kes remaja lari dari rumah telah dicatatkan antara tahun 2004 hingga
2007. Daripada jumlah ini sebanyak 4,097 kes (iaitu 65.3%)
melibatkan remaja berusia 14 hingga 17 tahun.

Malah banyak kes-kes juvana seperti gangterisma, rempit, buli, gaduh,


lumba haram, dadah, mencuri, ragut dan seumpamanya melibatkan
remaja dalam usia ini.

  6  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

5) Kesilapan Lazim Ibu Bapa

Diekstrak dari buku ‘Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif’, tulisan Dr.
Tengku Asmadi, terbitan PTS Millinea Sdn. Bhd., 2009.

Mendidik anak-anak merupakan suatu perkara yang sering memeningkan


kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak
mereka membesar sebagai orang gagal dan bermasalah. Sebagai ibu bapa
kita perlu ingat bahawa anak-anak adalah amanah Allah s.w.t. kepada kita
untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Mereka lahir seperti kain yang
putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang
mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna yang
tertentu. Sebahagian besarnya mengikut acuan yang telah kita sediakan
untuk mereka.

Dalam membesarkan anak-anak pelbagai kesilapan telah dilakukan tanpa


kesedaran kita. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan tentang
aspek keibubapaan. Dalam mendidik anak-anak perlu diingatkan bahawa
didikan bukan melalui paksaan tetapi tauladan. Anak-anak lebih percaya apa
yang dilihat daripada apa yang didengar. Kalau kita suruh anak-anak
menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak
menepati masa dan sering bertangguh, maka mereka lebih terikut-ikut kepada
apa yang mereka lihat kita lakukan. Maka wajarlah dalam mendidik anak-
anak, kita dalam masa yang sama perlu mendidik diri kita juga.

Kesilapan yang sering dilakukan dalam mendidik anak-anak bolehlah


dibincangkan seperti dibawah:

Membanding-bandingkan.

Ibu bapa seringkali membanding-bandingkan sama ada kebolehan atau


kelemahan anaknya dengan orang lain. Ada ketikanya perbandingan ini
dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak
jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja. Memanglah
tujuan perbandingan ini dibuat ialah untuk mendorong atau memberi
semangat kepada anak. Tetapi kerap kali anak-anak akan salah tafsir akan
tujuan ibu bapa berbuat demikian. Sekiranya perbandingan itu dibuat antara
adik beradik, maka subur perasaan cemburu dan irihati dalam diri anak-anak.
Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak akan merasa rendah
diri dan hilang kekuatan untuk bersaing.

Yang dikatakan membanding-banding itu ialah kerana kita mengambil contoh


seseorang, atau menyebut nama seseorang, ketika kita merasa tidak puas
hati dan sedang memarahi anak.

Faktor orang lain itu hanya boleh digunakan ketika tiada tekanan emosi
antara ibu bapa dan anak. Iaitu ketika perbincangan berlaku secara terbuka.
Ketika itu, barulah boleh ambil orang lain untuk dijadikan sebagai contoh
tauladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak boleh
menerimanya. Cuba lihat contoh perbualan dibawah:

  7  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

Contoh 1: “Apa nak jadi kamu ni... lihat si Ali tu, tiap kali petang pasti dia balik
awal. Lepas tu terus mandi, solat dan belajar. Tak macam kamu, entah apa
nak jadi nanti”.

Contoh di atas ternyata ibu bapa membuat perbandingan langsung antara


anak dengan si Ali. Anak kita cukup tidak menggemarinya.

Contoh 2: “Orang berjaya ialah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu
main, mainlah sepuas-puasnya tapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan
sebagainya perlu diseimbangkan pula. Kalau kita balik ke rumah awal
sempatlah untuk solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tak penat,
betul tak?”

Lihat, contoh diatas tiada langsung unsur perbandingan. Tujuannya tetap


sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselitkan pula dengan alasan
yang munasabah disamping meminta anak berfikir dengan menjuruskan
perkataan... betul tak?

Jadi cubalah cari jalan agar kita tidak lagi membuat perbandingan ketika
memarahi anak. Seperti yang telah dikatakan awal-awal tadi, contoh
kejayaan orang lain boleh diceritakan sewaktu tiadanya tekanan atau
desakan emosi dalam diri anak.

Merendahkan kebolehan anak.

Kita sering kali tanpa sedar merendahkan kebolehan anak secara langsung.
Kerap kali ibu bapa yang resah tentang masalah anak akan meluahkan
keluhannya kepada orang lain dihadapan anak-anak. Ada ketikanya apabila
bertemu jiran, kita beritahu mereka akan kelemahan anak kita. “Anak saya ni
Cik Jah... entah apa lagi saya nak cakap.. malas betul nak belajar”. Itu salah
satu contoh ungkapan. Ungkapan ini pula dibuat dengan kehadiran anak,
maka anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu
telah suburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.

Ada ketikanya pula ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara
langsung apabila marah. “Kau ni besar nanti apa nak jadi? Dah lah malas,
degil pulak tu..”. Kata-kata begini menghiris perasaan anak-anak dan
tentunya bila sentiasa diulang-ulang akan membuatkan mereka percaya itulah
sahaja kemampuan diri mereka. Ibu bapa perlu ingat setiap patah perkataan
yang kita ucapkan atas diri anak-anak merupakan suatu doa. Janganlah
nanti kata-kata yang tidak baik pula dimakbulkan Allah s.w.t. Oleh itu, carilah
kebaikan dalam diri anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.
Mendidik anak-anak merupakan suatu proses yang berterusan. Jangan
menyangka untuk melihat perubahan yang mendadak dalam diri anak.
Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.

Memarahi anak tidak pada tempatnya.

  8  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

Apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan setelah dinasihat dan


ditegur maka ibu bapa akan marah. Tidak salah memarahi anak demi untuk
kebaikannya tetapi kita kena pastikan marah itu kena pada orang, cara, masa,
tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh memarah secara melulu sahaja.
Sebab itulah Nabi Muhammad (s.a.w) dalam salah satu hadisnya ada
berpesan orang yang paling kuat itu adalah orang yang boleh menahan
marahnya ketika dia marah.

Ibu bapa seringkali memilih waktu yang salah memarahi anak-anak. Ramai
ibu bapa mengadu bahawa anak-anak mereka tidak suka berterus terang
atau berbincang masalah dengan mereka. Sebenarnya kenyataan
sedemikian agak kurang tepat. Anak-anak tidak mahu berbincang atau
berterus terang sebab ibu bapa sendiri tanpa disedari telah menutup pintu
perbincangan tersebut. Waktu anak masih kecil, sama ada di alam tadika
atau sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka
mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai
pelindung kita. Misalnya, anak kita mungkin pulang dari sekolah dan
mengadu yang guru telah memarahinya. Kita pasti bertanya kenapa guru
marah. Anak memberitahu yang dia telah dimarahi guru kerana mengejek,
mengusik, memukul atau mengambil barang kawan.

Apa tindak balas kita? Ramai ibu bapa apabila mengetahui bahawa guru
memarahi anak disebabkan kesilapan anak itu sendiri akan segera marah
anak itu sekali lagi. Apa pula perasaan anak? Tindakan mengadu hal tadi
menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara sebegini berlaku
berulang-ulang kali maka anak tidak akan berterus terang dan berbincang lagi.
Sebab mereka tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang
membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak
membesar.

Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan
pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak bahawa perbuatan mereka
sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar. Dengan cara begini anak-
anak akan belajar dari kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga makin
akrab.

Tidak menjadi pendengar yang baik.

Ramai ibu bapa yang tidak merasa penting tentang aspek ini. Menjadi
pendengar yang baik bukanlah sesuatu yang sukar dipraktikkan cuma ibu
bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.
Anak-anak apabila dewasa cuba merahsiakan banyak perkara daripada
pengetahuan ibu bapa disebabkan sewaktu kecilnya luahan dan keluhan hati
mereka tidak diberikan perhatian oleh kedua ibu bapa. Cuba perhatikan
kehidupan kita dengan anak-anak. Adakah kita berhenti membaca akhbar
apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah kita
sebagai ibu berhenti menggoreng ikan apabila tiba-tiba anak datang ke dapur
dan bertanyakan sesuatu? Kemungkinan jawapannya ialah tidak. Kita
menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak
sambil menggoreng ikan. Pada kita apa yang ditanya itu tidak penting.

  9  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting tetapi cara kita
memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila
dewasa mereka tidak mengganggap kita sebagai penyelesai masalah yang
boleh diharap.

Tidak mewujudkan kemesraan.

Ini juga satu masalah yang sering kali timbul. Dapatkah kita bersabar
sebelum memarahi atau menegur kesilapan anak? Ramai ibu bapa yang
mudah hilang kesabarannya. Apa tindakan kita apabila guru sekolah
memberitahu bahawa anak ponteng sekolah? Pastinya kita terus memarahi
anak tanpa terlebih dahulu cuba memahami situasi atau konflik emosi dalam
dirinya. Kalau itu merupakan kesilapannya yang pertama, maka kita perlu
menasihatinya dengan baik. Ceritakan kepadanya yang kita juga pernah jadi
pelajar. Kita juga pernah ada ketikanya rasa jemu belajar, tertekan dan
sebagainya. Katakan pada anak yang kita memahaminya. Tanya anak apa
yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan untuk ponteng itu. Setelah
anak kita mula rasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa tindakannya
itu boleh mendatangkan malu dan merosakkan masa depannya.

Sekiranya anak terus ponteng, sekali lagi kita duduk berbincang. Sekali lagi
cuba fahami perasaan dan fikirannya. Gunakan sentuhan bagi
menambahkan kemesraan. Pegang bahunya ketika berkata-kata. Lihat tepat
ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil maka melulutlah agar kedudukan
mata kita berada searas dengan matanya.

Setelah dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar
untuk kita terima yang dia masih melakukan kesilapan yang serupa. Kita
perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu lepaskan geram
tetapi marahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya. Terdapat
perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak akan lebih
menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan
kita atas kesalahan yang mereka lakukan. Sebab kalau kita selalu marah
maka anak akan katakan pada dirinya, “Alah... bapa aku memang macam itu”.
Lihat! walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri
anak. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Suka membebel dan mengkritik.

Ada pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa yang
sedemikian membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada
ketenangan. Sebab itu ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan
masa diluar. Mereka rasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui
ketenangan setiap kali berada di luar rumah. Cuba lihat anak-anak kecil kita
setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah kenapa perangainya
menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang
kita larang. Mereka melompat-lompat di atas sofa. Mereka membuat
pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Sebab
mereka tahu bahawa diri mereka merdeka ketika itu. Ibu bapa tidak akan
mungkin memarahi mereka di hadapan tetamu yang hadir. Mereka juga

  10  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

mahu menunjukkan kebolehan dan kepandaian di hadapan tetamu. Mereka


tahu kita tidak akan membebel ketika itu. Ada ketikanya bebelan kita sampai
ketahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya akan
membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur. Kita boleh mengkritik
dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada anak apa yang mereka perlu
lakukan. Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya
kritikan mencari salah semata-mata.

Terlalu manjakan anak.

Sekiranya kita terlalu manjakan anak-anak maka mereka akan kehilangan


sikap berdikari. Mereka akan malas berusaha. Mereka mengharapkan orang
lain mengubah kehidupan mereka. Kita rosakkan masa depan anak-anak
sekiranya kita memanjakan mereka. Ingat sayangkan anak tangan-
tangankan bukan manja-manjakan. Memang benar kita hidup dizaman susah.
Kita terpaksa bekerja keras untuk mencapai tahap kehidupan dan keselesaan
yang dinikmati seperti hari ini. Kita terpaksa mengayuh basikal atau berjalan
kaki ke sekolah. Ada ketika jaraknya berbatu-batu. Memang benar hari ini
segala-galanya mudah diperolehi. Tetapi itu semuanya bukanlah tiket untuk
kita memenuhi setiap kehendak dan permintaan anak kita. Tidak perlu terlalu
sentimental dalam mendidik anak-anak hinggakan kita tidak mahu mereka
merasa susah seperti kita dahulu. Kalau kita tidak mahu mereka susah hari
ini, mereka akan tetap hidup susah kemudiannya nanti kerana tiada
keyakinan diri dan tidak boleh berdikari.

Walau pun kita susahkan sedikit kehidupan mereka, pasti tetap tidak akan
sama seperti susahnya kita sewaktu kecil dulu. Perhatikan mana-mana
permintaan anak-anak yang tidak wajar maka katakan sahaja yang kita tidak
akan memenuhinya. Ada ketikanya pula kita sengaja lambat memenuhinya
(dengan syarat kita tidak pernah berjanji pada anak). Ada ketikanya
permintaan anak dipenuhi pada ketika mereka sama sekali tidak
menjangkakannya. Sekiranya mereka mencapai satu kejayaan, ada ketika
kita belikannya hadiah. Ada ketikanya pula kita berikan sekadar puji-pujian
sahaja. Ada ketikanya sekadar membawanya makan di luar. Pelbagaikan
cara kita memberikan mereka ganjaran, dengan cara ini mereka akan kekal
melakukan yang terbaik dalam hidupnya.

Tidak menjadi model ikutan yang baik.

Ketika anak perempuan saya masih kecil, saya memerhatikan gelagatnya.


Dia mahu pakai pakaian yang sama warna dengan ibunya. Mahu mencuba
lipstik ibunya. Mahu memasak dan mengemas rumah, juga seperti ibunya.
Pendek kata apa sahaja yang yang dilakukan oleh si ibu mahu diturutinya.
Kalau dalam aspek sebegini anak-anak mahu mencontohi ibu bapa maka
pastinya mereka turut mencontohi aspek-aspek yang lain juga. Sebab itu ada
pepatah yang menyebut, ‘bapa borek anak rintek’. ‘Kemana kuah kalau tidak
tumpah ke nasi’. ‘Seperti ketam mengajar anak berjalan betul’. ‘Kalau bapa
kencing berdiri anak pula kencing berlari’. Semua ini membuktikan bahawa
kalau anak-anak bermasalah maka faktor utama yang perlu dilihat terlebih
dahulu ialah ibu bapa mereka.

  11  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

Ibu bapa perlu faham, didikan sebenarnya melalui tauladan bukannya melalui
paksaan. Anak-anak lebih percaya apa yang dilihat berlaku sekelilingnya
daripada apa yang didengar. Kalau ibu bapa menyuruh anak menghormati
masa tetapi mereka sendiri tidak menghormatinya, maka anak-anak tetap
tidak akan mendengar saranan ibu bapa ini. Kalau kita mahukan anak-anak
berjanji berkelakuan baik dan sebagainya, kita mesti buktikan yang kita
sebagai ibu dan bapa sentiasa berpegang teguh pada janji. Cuba hitung
berapa banyak janji kita dengan anak-anak, sejak mereka kecil, yang belum
kita tunaikan? Dimana kredibiliti kita? Ingat mereka membesar dengan kita
24 jam sehari. Mereka tahu kehebatan kita dan juga kelemahan kita.
Buktikan kepada mereka yang kita sentiasa memperbaiki diri barulah anak-
anak akan mencontohi kita. Begitu juga dalam soal ibadah. Ramai anak-
anak malas sembahyang semata-mata sebab ibu bapa mereka sendiri tidak
pernah mengambil berat tentang sembahyang. Apatah lagi untuk berjemaah
satu keluarga. Kalau kita tidak memperbaikinya hari ini maka bila lagi?
Apakah kita mahu tunggu sehingga anak kita tidak boleh ditegur dan
diperbaiki lagi?

Ingat hubungan seorang anak dengan kedua ibu bapa tidak akan putus
sehingga ke akhirat. Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang akan
bersama iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang
soleh yang mendoakan kita.

6) Teknik Memuji

Diekstrak dari buku ‘Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif’, tulisan Dr.
Tengku Asmadi, terbitan PTS Millinea Sdn. Bhd., 2009., dengan sedikit
tambahan dan pengubahsuaian.

Berikut adalah cara memuji yang berkesan:

1. Disegerakan

Pujian mestilah disegerakan dan paling berkesan ialah ketika sesuatu


kebaikan itu sedang dilakukan. Misalnya kalau kita lihat anak kita tiba-tiba
datang rajinnya menolong kita di dapur sedangkan selama ini bila dipaksa
baru mahu membantu maka pujilah sedikit anak itu, “Haaa… macam ini lah
anak mak, cepat kerja-kerja ni siap bila adik mahu bantu mak”. Pujian yang
disegerakan ini meninggalkan kesan yang lebih besar berbanding dengan
menunggu segala-galanya selesai dan barulah mahu dipuji.

2. Puji ketika kehadiran orang lain

  12  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

Pujian akan menjadi lebih berkesan lagi apabila disampaikan ketika kehadiran
orang lain. Misalnya abang dipuji di depan adik atau ayah akan
meninggalkan kesan yang lebih besar berbanding jika dia dipuji seorang diri.
Sebab dia tahu ada orang lain yang turut tahu apa yang telah dilakukannya
dan dia punya sebab untuk merasa bangga. Lebih-lebih lagi jika
perbuatannya itu dijadikan contoh kepada yang lain.

3. Ikhlas dari hati

Anak dapat membaca sejauh mana kita ikhlas apabila memuji dia. Oleh itu,
biarlah puji-pujian itu datang daripada hati agar ia benar-benar dihargai.
Jangan memuji dengan nada menyindir kerana ia akan menyakitkan hati anak
tersebut. Kalau anak yang dipuji itu berada hampir dengan kita maka
gunakanlah seni sentuhan seperti digosok kepalanya, dipegang tangannya,
ditepuk-tepuk bahunya dan dicium dahinya sebagai bukti kita benar-benar
seronok dengan tingkah lakunya.

4. Puji secara spesifik

Puji-pujian pula biarlah dibuat secara spesifik bukan secara umum. Misalnya,
apabila anak kita menunjukkan sebuah lukisan yang telah dihasilkannya, tidak
cukup dengan berkata “wahh, cantik lukisan adik!”. Tetapi nyatakanlah
dengan lebih specifik apa yang cantiknya, misalnya “wahh, cantik lukisan
adik! Mak suka adunan warna yang adik gunakan”. Atau pun “wahhh, cantik
pokok yang adik lukis dalam gambar ini”. Begitu juga apabila anak
memberitahu kita bahawa terdapat peningkatan dalam markah yang
diperolehi dalam peperiksaannya baru-baru ini, kita mintalah anak tunjukkan
markah-markah itu dan puji secara spesifik. Misalnya, “Syabas, kakak dah
ada peningkatan dalam markah Sejarah dan Matematik. Bahasa Inggeris ni
pula tidak mengapa, teruskan lagi usaha kakak seperti yang kakak lakukan
dalam dua subjek tadi”. Apabila kita memuji secara spesifik maka anak tahu
bahawa kita memang memberikan perhatian terhadap apa yang mereka
tunjukkan. Dia juga sedar bahawa puji-pujian tersebut bukan sekadar untuk
mengambil hati.

5. Realistik dan tidak keterlaluan

Adalah penting bagi kita memuji sesuatu yang benar dan bukan sesuatu yang
sengaja kita ada-adakan. Jangan juga memuji dengan cara yang keterlaluan
sehingga ketara yang pujian itu sengaja dibuat-buat. Yang penting adalah
bersederhana dalam memuji agar orang yang dipuji itu tidak rosak akhlak dan
peribadinya kerana termakan pujian. Berkata benarlah dalam mengeluarkan
puji-pujian kerana ia melambangkan keluhuran hati kita sendiri. Pujian yang
sengaja diada-adakan merosakkan hubungan kita dengan anak-anak.

6. Tidak disulam dengan kata-kata negatif

  13  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

Apabila memuji jangan disusuli pula dengan ungkapan-ungkapan yang


negatif.

Misalnya:

“Amboi, kemasnya bilik adik sekarang, alangkah baiknya kalau sejak


dulu lagi macam ini”.

Kata-kata ‘alangkah baiknya kalau sejak dulu lagi macam ini’ itu
adalah kata-kata negatif yang tidak sepatutnya diungkit ketika memuji.

“Macam inilah yang emak mahukan dari anak emak, hasil kerja yang
kemas, rapi dan bersungguh-sungguh, tetapi jangan setakat seminggu
dua sudahlah”.

Kata-kata ‘tetapi jangan setakat seminggu dua sudahlah’ adalah


negatif.

Kalau sudah dipuji itu puji sahajalah. Tidak perlu untuk mengungkit atau
mengandaikan perkara yang buruk-buruk lagi. Sebab setiap pujian yang
disulam dengan kata-kata negatif menunjukkan bahawa kita tidak seratus
peratus ikhlas. Lebih malang lagi orang yang dipuji itu tidak akan mengulangi
kebaikan yang dilakukan kerana merasakan kebaikan tersebut tidak dihargai.
Tidak ada sesiapa pun yang tidak suka dipuji oleh itu kita sebenarnya
bertindak bijak dengan memberikan apa yang mereka harapkan lebih-lebih
lagi jika kita seseorang yang lebih dihormati oleh mereka.

7. Menggunakan orang ketiga

Ibu bapa boleh menggunakan orang ketiga bagi menyampaikan puji-pujian


kepada anak-anak secara tidak langsung. Misalnya, ayah berkata kepada
anaknya, “Semalam emak kamu ada beritahu ayah yang dia rasa cukup
seronok dengan perubahan sikap kamu sejak naik tingkatan lima ini. Dia kata
kamu sekarang sudah rajin belajar dan solat lima waktu pun cukup”. Pujian
melalui orang ketiga ini ada ketikanya lebih berkesan apabila disampaikan
kepada anak-anak.

8. Puji orang kecil depan orang besar

Puji anak di depan orang besar seperti abang atau kakak, ayah, bapa
saudara, jiran dan seumpamanya. Sebab apabila dipuji di depan orang besar
dia pasti akan rasa sangat bangga dan seronok serta mengulangi semula
perbuatan yang telah dilakukannya itu.

9. Puji perbuatannya bukan orangnya

Setiap kali memuji, anak perlu tahu perlakuan manakah yang ibu bapa suka.
Memuji dengan berkata, “Emak suka kakak baik hari ini”, tidak memadai
sebab anak tidak tahu apa perbuatannya hingga membuatkan emaknya suka.
Lagi pula, kalau puji orangnya akan membuatkan satu hari dia mengada-ada
atau besar kepala.

  14  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

7) Ganjaran VS Hukuman

Setiap manusia terdorong atas dua perkara iaitu ganjaran (pleasure)


atau hukuman (pain). Ibu bapa harus bijak memanfaatkan kedua-
duanya agar anak-anak terbentuk secara positif.

GANJARAN

1) Berikan ganjaran atas setiap perlakuan positif atau baik


(pengiktirafan).

2) Berikan ganjaran setiap kali anak tidak melakukan perkara


negatif atau buruk (pengesahan).

3) Berikan ganjaran atas setiap pencapaian yang diperolehi.


Malah boleh nyatakan bentuk ganjaran lebih awal.

4) Berikan ganjaran atas usaha yang telah dilakukan meskipun


tidak mencapai apa yang dihasrat atau disasarkan.

Beberapa bentuk ganjaran yang boleh diberikan:

1) Kata-kata pujian.
2) Kata-kata perangsang.
3) Pelepasan tugas.
4) Penghormatan dan pengiktirafan.
5) Pemberian hadiah.
6) Diberi peluang melakukan apa yang disukai.
7) Dibawa bercuti.
8) Diceritakan pada orang lain.
9) Lafaz ucap tahniah atau terima kasih.
10) Pelukan, belaian atau sentuhan.

HUKUMAN

Pada dasarnya terdapat dua bentuk hukuman iaitu:

1) Menghukum mereka dengan melakukan, atau menyuruh mereka


lakukan sesuatu yang mereka tidak sukai.

Contoh:

Memarahi, merotan, menegur, menyuruh dia berdiri lama, minta


dia bercakap dengan dinding, dan bermacam cara lagi.

  15  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

AMARAN: Usah jadikan perkara baik sebagai satu denda.


Misalnya didenda cuci tandas. Cuci tandas itu satu perkara baik
dan apabila dijadikan denda membuatkan anak benci cuci
tandas dilain masa kesan daripada denda tersebut.

2) Menyekat, menghalang, membatasi atau menidakkan sesuatu


yang anak sukai.

Misalnya:

Mengurangkan masanya berinternet,


Menghalangnya keluar rumah dan jumpa kawan,
Mengurangkan wang sakunya,
Menyimpan komik atau buku ceritanya,
Dan bermacam cara lagi.

Pastikan anak faham kenapa dia dihukum dan apa kesalahannya.

Setiap bentuk hukuman, pastikan anak telah dimaklumkan lebih awal


apa yang akan dilakukan padanya. Oleh itu dia tidak boleh
memberontak seolah-olah tindakan yang diambil itu tidak adil.

Pastikan hukuman itu konsisten atas semua anak.

Jelaskan, peringkat-peringkat hukuman jika kesalahan yang sama


berulang.

Kreatif dalam memberikan hukuman, yang penting mesej yang mahu


diberikan pada anak itu sampai.

  16  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

40 Senarai Semakan Buat Ibu Bapa


1) Sentiasa solat hajat dan doakan anak.
2) Beri makan dari sumber rezeki yang halal.
3) Pastikan anak balik sebelum Maghrib.
4) Tahu dan kenal siapa kawan-kawan mereka.
5) Libatkan diri dengan pihak sekolah dan PIBG.
6) Adakan masa bersama dan dengan anak secara individu.
7) Bercerita dengan anak.
8) Berikan anak kepercayaan.
9) Nyatakan keyakinan pada anak.
10) Bantu anak kenal bakat dan kebolehan mereka yang unik.
11) Ajar anak fardu ‘ain terutamanya bab mandi wajib.
12) Ajar anak baca quran.
13) Ajar anak zikir dan doa.
14) Ajar anak solat dan wuduk yang betul.
15) Dedahkan anak dalam pelbagai aktiviti lasak.
16) Temani anak dalam perkara yang ia perlu ditemani.
17) Menjadi pendengar yang baik.
18) Puji mereka apabila patut dipuji.
19) Bertegas dan tidak ragu-ragu menghukum dan mendisiplin.
20) Ambil tahu aktiviti dan lokasi anak.
21) Lakukan ‘spot check’ aktiviti dan bilik anak.
22) Tahu apa yang dilakukan oleh anak apabila berinternet.
23) Ajar anak nilai-nilai murni.
24) Jemput rakan-rakan anak ke rumah.
25) Kenali ibu bapa kepada rakan-rakan anak.
26) Asuh anak dengan pakaian yang sopan dan menutup aurat.
27) Sentiasa adakan waktu makan bersama.
28) Lakukan solat secara berjemaah.
29) Adakan tazkirah pendek secara konsisten.
30) Berikan ganjaran atas setiap pencapaian, usaha atau perilaku positif.
31) Buat peraturan di rumah.
32) Usah percaya 100% apa yang disampaikan oleh anak, sentiasa
semak kebenarannya.
33) Ajar anak hargai wang ringgit dan tidak boros.
34) Tidak manjakan anak. Sayang tidak bertempat.
35) Masukkan anak-anak ke program motivasi, kem ibadah, kelas
tuisyen dan sebagainya bagi membantu mereka.
36) Dorong anak belajar dan cari ruang bantu mereka.
37) Terima anak seadanya, usah obses dengan sindrom ‘Straight A’.
38) Dorong anak terlibat dengan ko-kurikulum.
39) Bercakap secara positif dengan anak.
40) Sentiasa menasihati mereka, sabar dan tidak jemu.

  17  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

Lampiran Doa dan Amalan

  18  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

 
 
 

 
 

  19  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

 
 

  20  
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd Siri Powertalk – Positive Parenting

 
 

  21  

Anda mungkin juga menyukai