Anda di halaman 1dari 3

Tutorial 1

Bincangkan sejauh manakah kepentingan memahami konsep budaya dan pelbagai


kelompok membantu seseorang guru di dalam bilik darjah.

Tutorial 2
Bincangkan Teori Sistem Ekologi Bronfenbrener dan Teori Perkembangan
Sosiobudaya Lev Vygotsky. Buat perbandingan di antara kedua-dua teori ini.

Tutorial 3

Bincangkan akibatnya seorang guru baharu yang ditempatkan di sebuah sekolah


dan mempunyai sedikit pengetahuan tentang sosiobudaya kumpulan etnik majoriti
pelajar di sekolah tersebut.

Cadangkan bagaimana anda boleh membantu guru baharu tersebut untuk


memahami tentang sosiobudaya etnik tersebut. Apakah yang akan anda titik
beratkan mengenai sosiobudaya etnik tersebut.

Tutorial 4
Bincangkan kepentingan seseorang guru mempunyai kesedaran tentang
kepelbagaian sosiobudaya di negara kita.

Tutorial 5
Huraikan konsep dan komponen budaya pelbagai kaum. Seterusnya bincangkan
kepentingan mendedahkan pelajar dengan budaya pelbagai bangsa di sekolah.
Tutorial 6
Bincang tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya dari aspek guru, murid,
sekolah dan kurikulum tersirat.

Tutorial 7

Dalam bentuk forum kecil, buat satu perbincangan mengenai faktor-faktor


kesamarataan peluang pendidikan di negara kita dan implikasinya terhadap individu,
keluarga, masyarakat dan negara.

Tutorial 8

Jelaskan tentang perancangan, pelaksanaan serta kesan beberapa program atau


rancangan pendidikan untuk memastikan kesamarataan peluang pendidikan dan
kualiti pendidikan di negara kita.
Bincangkan...

Tutorial 9

Dapatkan satu artikel mengenai isu perpaduan dalam negara kita. Huraikan secara
ringkas isu yang dibincangkan dan ulasan anda terhadap artikel tersebut.

Tutorial 10

Buat satu pembentangan mengenal pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk


Perpaduan (RIMUP). Sejauh manakah rancangan tersebut telah mencapai
matlamatnya. Berikan cadangan anda bagaimana rancangan tersebut dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Tutorial 11

Bincangkan kepentingan dan pengaruh persekitaran bilik darjah ke atas pelajar.

Buat lakaran pelan lantai di sekolah rendah untuk Kelas Biasa, Kelas Pendidikan
Pemulihan dan Kelas Pendidikan Khas dan bincang tentang persekitaran bilik darjah
yang mesra budaya, terutamanya dari aspek fizikal dan sosio-emosi. Berikan
rasional bagi pelan lantai anda.

Tutorial 12

Dengan menggunakan beberapa contoh sumber pengajaran dan pembelajaran


pedagogi relevan budaya, bincangkan bagaimana anda dapat menerapkan konsep
pembinaan bangsa negara di dalam bilik darjah.

Tutorial 13

Sebagai seorang guru, bincangkan tindakan anda dalam merancang pentaksiran


untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik serta aspek-aspek yang
perlu diambil kira semasa menyediakan soalan. Perbincangan perlu merangkumi
tujuan pentaksiran, peranan guru, prinsip-prinsip, ciri-ciri serta jenis-jenis pentaksiran
berasaskan mesra budaya.

Tutorial 14

Dengan merujuk pada suatu gambar/foto pelajar di dalam bilik darjah, bincangkan
mesej yang anda fahami daripada renungan, mimik muka dan postur badan pelajar-
pelajar tersebut.

Tutorial 15

Cadangkan program-program mesra budaya yang boleh dilaksanakan di sekolah


serta bincangkan peranan guru sebagai agen mesra budaya.

Anda mungkin juga menyukai