Anda di halaman 1dari 1

Kejayaan saya bermula ketika saya berumur 7 tahun.

Ibu saya merupakan pendorong


kepada segala kejayaan yang saya kecapi. Saya memasuki pelbagai kegiatan dan aktiviti luar
seperti Karate, Tennis, Catur dan yang paling saya gemari ialah Kelas ALOHA. ALOHA atau lebih
dikenali sebagai Brainy MIND merupakan kelas yang mengajar penggunaan aritmetik atau asas
matematik (mental calculation) dengan menggunakan alatan Abakus. Pada tahun 2017, saya
dipilih untuk mewakili Zon Perak untuk bertanding dalam satu Pertandingan antarabangsa yang
berlangsung di Parkroyal Hotel, Kuala Lumpur. Pertandingan ini disertai oleh murid dari pelbagai
negara lain. Saya sangat bangga dan bersyukur kerana dipilih untuk menyertai pertandingan
besar ini. Saya mendapat tempat ketiga bagi Kategori murid dibawah 12 tahun dan memenangi
piala, sijil dan pingat penyertaan.
Peristiwa bersejarah ini akan sentiasa menjadi kenangan manis selama-lamanya bagi saya
dan ahli keluarga saya.

Anda mungkin juga menyukai