Anda di halaman 1dari 4

Kebolehjadian Tahun 6

Situasi 1:
Adakah salji selalu turun di Jepun?
Apakah kemungkinan salji berlaku di Malaysia? Kenapa?

Situasi 2:
Apakah kemungkinan untuk seekor kucing terbang di udara? Kenapa?

Latihan 1: Nyatakan samada peristiwa berikut mungkin berlaku atau todak


mungkin berlaku. Berikan sebab anda.
1. Terdapat 14 bulan dalam setahun.
2. Ayam boleh melahirkan anak.
3. 10 boleh dibahagi tepat dengan 4 tanpa baki.
4. Real Madrid akan memenangi perlawanan bola sepak menentang Barcelona.
5. Habitat harimau ialah lautan.
6. Farid akan mendapat semua A dalam ujian akhir tahun.

Kebolehjadian ialah kebarangkalian, kemungkinan sesuatu perkara berlaku.

Kita boleh meramalkan samada sesuatu perkara ______________ untuk berlaku


• mustahil - Ada 10 hari dalam seminggu
• kecil kemungkinan - Pelangi akan terbentuk sebelum hujan
• sama kemungkinan - Pelajar yang baru berpindah adalah perempuan
• besar kemungkinan - Baju yang dijemur lebih cepat kering pada hari cerah
• pasti - Nombor bulat selepas 7 adalah 8

Situasi 3:
Adam merupakan adik kepada Azizah. Pada suatu petang, hanya Azizah, Adam
dan seekor kucing mereka yang tinggal di rumah. Sebelum menyidai pakaian di
luar rumah, Azizah mengeluarkan cheesecake dari peti sejuk dan meletakkannya
di atas meja. Namun, apabila Azizah kembali ke dalam rumah, cheesecake
tersebut sudah habis dimakan. Apakah kemungkinan cheesecake itu dimakan
oleh Adam?

1
Kebolehjadian Tahun 6
Latihan 2: Rajah menunjukkan guli-guli yang terdapat di dalam sebuah kotak.

Tentukan dan terangkan kebolehjadian untuk memilih guli yang berwarna


a) merah:

b) putih:

c) hijau:

d) hitam:

Latihan 3:
Sejam lagi kamu nak balik dari sekolah. Tiba-tiba awan tebal menutup matahari
yang bersinar tadi. Kilat dan guruh kedengaran.

Apakah kemungkinan yang akan berlaku dalam masa satu jam lagi? 


2
Kebolehjadian Tahun 6
Latihan 4: Bekas A dan Bekas B mengandungi sekumpulan nombor.

5 13 16 11 17
14 15

19 19
7 19 18 22

Bekas A Bekas B

a) Apakah kebolehjadian memilih nombor perdana daripada Bekas A?

b) Nyatakan kebolehjadian memilih nombor yang boleh dibahagi tepat dengan 4


daripada Bekas B.

c) Anda dikehendaki memilih nombor ganjil. Bekas manakah yang anda akan
pilih? Mengapa?

3
Kebolehjadian Tahun 6
Latihan 5:
Lengkapkan jadual di bawah dengan menulis kebolehjadian yang sesuai.

mustahil kecil kemungkinan pasti

besar kemungkinan sama kemungkinan

Peristiwa Kebolehjadian

a) Saya akan menonton televisyen malam ini.

b) Seekeor kambing boleh bertutur Bahasa


Inggeris.

c) Saya akan makan sesuatu hari ini.

d) Saya akan terlihat kereta berwarna hijau hari


ini.

e) Sebuah bulatan mempunyai tiga sisi.

f) Selepas bulan April ialah bulan Mei.

g) Saya mendapat nombor 7 dalam balingan


dadu.

h) Esok akan berlaku banjir di Kajang.

i) Doktor di sebuah klinik merupakan doktor


perempuan.

j) Haikal menyukai warna merah jambu.

i) Pengawal keselamatan di sekolah adalah


seorang wanita.

k) Berlaku kesesakan jalan raya pada musim


perayaan.

l) Saya dan keluarga akan bercuti ke Sepanyol


minggu depan.

Anda mungkin juga menyukai