Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR RAUB

27600 RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR.

KERTAS KERJA PROGRAM


BELAJAR BERBELANJA SEMPENA SAMBUTAN HARI
RAYA KE CHIN FATT, RAUB

TAJAAN :
SYARIKAT CHIN FATT

DISEDIAKAN OLEH:
PENYELARAS KELAS PENDIDIKAN KHAS
SK BANDAR RAUB

“PENDIDIKAN UNTUK SEMUA”


KERTAS KERJA PROGRAM
BELAJAR BERBELANJA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA KE CHIN
FATT, RAUB

1. NAMA PROGRAM
 Lawatan sambil belajar murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
ke Chin Fatt Raub, Pahang.

2. MATLAMAT
 Melalui program ini, murid dapat meluaskan pandangan dan
menambahkan pengetahuan berhubung dengan lokasi yang dilawati.
Disamping itu, program ini juga dapat melatih murid berdikari,
mengenal dan memilih barangan sempena sambutan hari raya serta
belajar untuk menjalinkan hubungan sosial dengan baik. Hasil dari
lawatan ini, pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan
pengalaman yang dilalui oleh mereka.

3. RASIONAL
 Secara amnya murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi kurang
mendapat pendedahan dan pengalaman dalam menguruskan wang.
 Murid-murid kurang diberikan kepercayaan untuk membuat sebarang
aktiviti jual beli.
 Memberikan pengalaman secara langsung dalam amalan perdagangan.

4. OBJEKTIF
4.1 Mengeratkan hubungan silatulrahim di antara guru, murid dan
masyarakat luar.
4.2 Meningkatkan tahap dorongan , keyakinan diri dan motivasi
pelajar.
4.3 Melengkapkan diri dengan sebahagian ilmu luar untuk menjadi seorang
pelajar yang berkesan dan dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari
dalam situasi yang sebenar.
5. JANGKAMASA PROGRAM
 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

5.1 TENTATIF PROGRAM


9.00 Pagi: Bergerak ke Chin Fatt.
9.10 Pagi: Tiba di Chin Fatt untuk berbelanja
11.00 Pagi : Bertolak balik ke sekolah.

6. TEMPAT
 Chin Fatt, Raub.

7. TARIKH
 13 OGOS 2012 (ISNIN)

8. ANGGARAN KOS
 Tajaan Chin Fatt berupa baucher RM 20.00

9. PENGANGKUTAN
 Kenderaan guru
10. JAWATANKUASA PELAKSANA:

Penasihat : Puan Norhasimah bt. Mohamed


(Guru Besar SK Bandar Raub)
Pengerusi : Puan Norhayati Bt. Awang
(GPK Kokurikulum)
Penyelaras Kelas : Puan Norrafidah bt. Abdul Rahman
Setiausaha Kerja : Puan Norsyuhada bt. Hazma
AJK Kerja : Puan Hana’ Nura bt. Halin
Puan. Fara Fadzleen bt. Mohd Hanipha
Cik Rozaini Bt. Alias
Cik Tan Sea
Cik Noranisah Bt. Isa

11. PENUTUP
 Diharap kertas kerja ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya
supaya ia dapat dilaksanakan demi memperkasakan perlaksanaan program
pendidikan khas.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………….. ……………………..
(PUAN NORRAFIDAH BT. ABDUL RAHMAN) (PN NORHASIMAH BT MOHAMED)
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Guru Besar
Sk Bandar Raub. Sk Bandar Raub.
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR RAUB
27600 RAUB
PAHANG DARUL MAKMUR.
\ TEL:09-3551585
FAX: 09-3556761

Ruj. Kami: CBA6001/10//03/001/Jld.3 ( )


Tarikh: 10 ogos 2012

Ibu bapa/ penjaga murid


Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Kebangsaan Bandar Raub

Tuan,

PROGRAM BELAJAR BERBELANJA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA KE CHIN FATT,


RAUB

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah ini akan mengadakan Program
Belajar Berbelanja Sempena Sambutan Hari Raya Ke Chin Fatt, Raub pada:

Tarikh : 13 OGOS 2012 (ISNIN)

Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 pagi.

3. Untuk makluman tuan, tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan dan
pengalaman sebenar kepada murid tentang urusan jual beli.

4. Bersama-sama ini disertakan borang pesanan yang hendak dibeli.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”.

Saya yang menurut perintah,

(PN. NORRAFIDAH BT. ABDUL RAHMAN)


Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Sk Bandar Raub
BORANG PESANAN BARANGAN

SILA TANDAKAN ( ) PADA BARANGAN YANG HENDAK DIBELI.

BIL SENARAI BARANG RM /


1. GULA

2. GARAM

3. TEPUNG

4. BIHUN

5. BISKUT

6. ROTI

7. BAWANG

8. SUSU TIN

9. KOPI

10. TEH

*SILA KEMBALIKAN BORANG PESANAN INI BESERTA WANG YANG


SECUKUPNYA.

TANDATANGAN PENYELARAS TANDATANGAN IBUBAPA

(PN. NORRAFIDAH BT. ABDUL RAHMAN) ( )


Penyelaras Kelas Pendidikan Khas
Sk Bandar Raub

Anda mungkin juga menyukai