Anda di halaman 1dari 1

SALAM SEJAHTERA DALAM SALAM 1 MALAYSIA

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada pihak sekolah di atas
peluang ini untuk saya mencoretkan sepatah dua kata. Saya berasa amat gembira dan
bersyukur.

Tahun 2017 telah mencatatkan kenangan manis dan juga pahit bagi saya dari aspek akademik
dan kokurikulum. Sepanjang zaman persekolahan saya yang berada di sekolah yang begitu
hebat bagi saya, saya telah melihat ramai murid berjaya meraih kejayaan dalam pelbagai
pertandingan dari peringkat Daerah sehinggalah peringkat kebangsaan dan mengharumkan
nama sekolah ini.

Sebagai ketua murid sekolah ini, saya ingin meminta maaf atas tingkahlaku dan perangai
kami kepada semua guru di Sek. Keb. St. Paul ini. Namun mereka semua tetap mengajar
kami dengan penuh rasa kasih sayang.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua guru yang tidak mengenal erti penat lelah dan tidak pernah berputus asa dalam
memberikan segala ilmu dan mendidik kami dengan penuh amanah dan dedikasi.

Sebelum mengundur diri, saya ingin menasihati murid Sek Keb St Paul untuk terus berusaha
dan mengharumkan nama sekolah. Kepada murud-murid Tahun 6 tahun depan, janganlah
berputus asa dan dapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.
Semoga Berjaya !

Sekian,

(LECKARAJ RYO THILAGAGANESH)

KETUA PELAJAR SK ST PAUL 2017

Anda mungkin juga menyukai