Anda di halaman 1dari 2

FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat tiga jenis kegiatan
kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform,
kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua rakan-rakan pelajar
digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana mendatangkan banyak faedah.

Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah kita sebagai pelajar dapat
memanfaatkan masa lapang mereka dengan bijak. Dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, kita tidak akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tiada feadahnya
seperti merokok, melepak, mencuri dan lain-lain. Secara tidak langsung, pelajar akan
dapat menghindari diri sendiri daripada terjebak dengan gejala sosial
dalam kalangan remaja. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan
membuat latihan pada setiap petang dan akan mengisi masa petang kita dengan
melalukan perkara-perkara yang berfaedah. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat
memenuhi masa lapang kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih diri kita sebagai pelajar
untuk menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti
pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar
memegang sesuatu jawatan, maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan
aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada
jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar
akan belajar menjadi seorang pemimpin. Dengan adanya jawatan-jawatan seperti
ini, ini akan membuat pelajar-pelajar lebih bijak menguruskan sesuatu pekerjaan
tanpa bantuan guru-guru mereka. Aktiviti kokurikulum juga akan menambahkan
keberanian dalam diri seorang pelajar itu.

Malahan, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum.


Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri
daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Masyarakat Orang Asli dan
lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Oleh itu, kita
boleh berbincang atau bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan
sesuatu aktiviti. Kita juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka
walaupun berlainan agama atau kaum. Dengan ini, akan terjalinlah hubungan yang
erat sesama kita.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum kita juga


dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih
1
menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan
perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Disiplin juga memainkan peranan yang
penting dalam mencapai kejayaan. Justeru, pelajar haruslah menyertai aktiviti
kokurikulum untuk memantapkan lagi disiplin mereka.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan


kokurikulum. Oleh itu, saya menyarankan kepada rakan-rakan pelajar agar
memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Apalah
gunanya mempunyai otak yang pintar sekiranya tubuh badan kita tidak bermaya.
Pihak sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan lagi minat pelajar untuk menyertainya. Ibu bapa pula haruslah
menasihati anak-anak mereka supaya melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum
di sekolah. Dengan itu, sekolah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang
sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Anda mungkin juga menyukai