Anda di halaman 1dari 2

Latihan 1

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Peniaga itu _____________ daging yang bergantung di gerainya.


A. melapah
B. menyiang
C. memotong
D. mencencang

2 Sarina membantu ibunya ___________ ranting pokok bunga di halaman rumah.


A. mencanting
B. mencantas
C. menetak
D. menebang

3 Ibu _______________ badan ikan bawal itu sebelum digoreng.


A. mengelar
B. menghiris
C. memotong
D. mengerat

4 Pak Zaidi ________ hujung batang kayu supaya tajam untuk dijadikan kayu pagar kebunnya.
A. mengupas
B. mengikis
C. menarah
D. meraut

5 Lidia berasa gerun melihat harimau itu ________________ daging rusa dengan taringnya yang tajam.
A. melulur
B. menyiat
C. melapah
D. mengunyah

6 Opah Midah _____________ pinang sebelum makan sirih.


A. menghiris
B. mencencang
C. meracik
D. mengikis

7 Penjaja itu ________________ timun dan bawang untuk ditaburkan ke atas laksa sebelum dihulurkan
kepada pelanggannya.
A. memotong
B. mengerat
C. menghiris
D. mengupas
Latihan 2
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Sambil duduk-duduk, dia ___________ air pada kain bajunya yang hendak diseterika.
A. menjirus
B. mencurah
C. menyiram
D. merenjis

2 Dia ____________ baju-baju putih itu di dalam air sabun sebelum mencucinya.
A. merendam
B. membilas
C. menyiram
D. menuang

3 Pak Jali ____________ air di dalam perahunya yang bocor itu.


A. mengaut
B. menimba
C. menuang
D. menjirus

4 Ubat itu ____________ perlahan-lahan untuk melegakan batuk.


A. dilanggah
B. dihirup
C. dihisap
D. diteguk

5 Ahli-ahli bomba bertungkus-lumus ______________ air untuk memadamkan kebakaran.


A. menuangkan
B. mencurahkan
C. memancutkan
D. memercikkan

6 Semasa proses membuat batik, lilin _______________ menggunakan canting.


A. dititikkan
B. diretaskan
C. dicelupkan
D. direndamkan

Anda mungkin juga menyukai