Anda di halaman 1dari 3

Laporan Minit : Morning Prayer

Tarikh : 03 OKTOBER 2017


Hari : Selasa
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Sumber

Kehadiran : Semua Guru Sidang Petang

1. MAKLUMAN PK PENTADBIRAN
 Perjumpaan mentor diadakan untuk Program Gemilang A bagi calon murid yang
terpilih mengikut subjek.
 Semua Ketua Panitia perlu memastikan semua guru subjek telah memasukkan markah
percubaan SPM pada atau sebelum 04 Oktober 2017 dan PT3 pada atau sebelum 01
Oktober 2017.
 Sepanjang PT3 berlangsung, semua murid tingkatan 1 dan 2 diberikan cuti belajar
pada 09-11 Oktober 2017 sahaja dan akan kembali pada 12 Oktober 2017 untuk
menduduki Peperiksaan Akhir Tahun.
 Murid tingkatan 4 akan menduduki Peperiksaan Akhir Tahun dan murid tingkatan 5
akan mengikuti pdpc seperti biasa.
 Masa untuk murid balik pada minggu hadapan ialah pada jam 12.30 tengah hari.
 Program Motivasi KPPD akan diadakan pada 04 Oktober 2017 bagi murid tingkatan 3
sahaja di Dewan Harmoni.
 Taklimat PT3 dan restu guru untuk murid PT3 akan diadakan pada 06 Oktober 2017 di
Dewan Harmoni
 Pegawai PPD SISC+ dan SIPartner akan memantau PAK21 pada 03 Oktober 2017
bagi kelas tertentu terutamanya kelas showcase 1B dan 1H (inisiatif).
 PP1 dan PP2 perlu merujuk kepada kriteria SKPMG2. PYD2 perlu dicerap oleh PP1
atau PP2. Semua sekolah akan diaudit berkenaan dengan pelaksanaan SKPMG2 dan
perlu ke PPD untuk verifikasi. Ini semua bergantung kepada surat arahan PPD.

2. MAKLUMAN PENGETUA
 Pengetua menekankan PAK21 dan berharap agar semua guru masih mengingati
strategi dan teknik yang dikongsikan dalam PAK21.
 Semua guru yang mendapatkan memo semasa pemantauan EKSA pihak dalaman
diminta untuk mengambil tindakan segera.
 Guru kelas diminta untuk menyemak kriteria EKSA bilik darjah kerana masih ada
kelas yang tidak menepati kriteria tersebut.
 Bengkel SKPMG akan dijalankan.

3. MAKLUMAN PK PETANG
 Mengingatkan tentang keberadaan guru seperti berikut:
- Guru perlu punch in dan punch out pada setiap hari dan sekiranya lupa sila catat di
atas kad tersebut.
- Guru yang mengiring murid atau menghadiri mesyuarat perlu memaklumkan
kepada pihak sekolah (Pengetua, PK Pentadbiran, PK Petang). Guru juga boleh
memaklumkan lebih awal didalam group whatsapp sekolah sekiranya tidak berada
disekolah untuk memudahkan guru relief membuat jadual relief. Namun, cara ini
kurang selamat sekiranya guru yang membuat jadual tersebut terlepas pandang.
- Guru yang M.C, CRK atau mengadiri kursus/ mesyuarat perlu menyediakan
latihan kepada kelas yang diganti oleh guru lain.
 Makluman kepada PP1 dan PP2:
- PBPPP telah diberikan tempoh sehingga 30 Oktober 2017 sahaja.
- PP1 dan PP2 perlu berbincang dan perlu merujuk kepada pihak pentadbir.
- Guru perlu bersedia untuk dicerap

 Makluman tentang kebersihan kelas:


- Guru pada masa terakhir perlu memantau murid semasa membersihkan kelas.
Terdapat kelas yang masih kotor dan sampah masih banyak dibuang didalam laci
dan lantai.
- Semua pihak perlu bekerjasama agar EKSA dapat dijalankan dengan baik dan
diberikan pengiktirafan oleh MAMPU.
 Semasa PT3 berlangsung semua guru sidang Petang perlu datang pada waktu pagi
iaitu sebelum jam 6.45 am dan balik pada jam 2.00 pm.

4. HAL-HAL LAIN
 Cikgu Patrecia memaklumkan tentang senarai semak guru kelas seperti berikut:
- Kehadiran diambil sehingga 27/10/2017.
- Murid tidak akan didaftarkan sekiranya;
a) Kehadiran murid kurang daripada 96%
b) Murid yang ponteng dan mempunyai masalah kemeresotan disiplin yang
belum selesai (belum berjumpa Pengetua)
c) Murid yang belum mengembalikan buku SPBT (murid dapat dikenal pasti
pada 30/10/2017 (tingkatan 2) dan 31/10/2017 (tingkatan 1))
d) Tidak mengembalikan buku pusat sumber (tarikh akhir peminjaman ialah pada
25/10/17)
e) Murid yang masih berhutang (kompaun, Jogathon, Hari Koperasi)
f) Murid yang tidak menghantar PBS
- Guru kelas perlu menyemak dokumen murid yang tidak lengkap dan
melengkapkan maklumat tersebut.
- Tarikh pendaftaran semula murid diadakan pada 17/11/2017. Segala urusan
pembayaran PIBG perlu diserahkan kepada Cikgu Boniface dan Cikgu Sabariah
(koperasi)
- Surat makluman dan senarai semak murid akan diusahakan pada minggu ini.
- Murid juga boleh membayar awal iaitu sebelum 17/11/2017.

 Cikgu Nainey juga meminta guru kelas untuk menghantar laporan nilam.

 Cikgu Naseebah juga memaklumkan agar menyediakan senarai nama murid yang
masih berhutang (kompaun)

 Cikgu Patmawati berharap aga 18 orang staf sidang petang dapat menjelaskan Yuran
Kelab Guru.

 Cikgu Fauziah (PK Petang) juga memaklumkan bahawa guru bertugas yang tidak
dapat bertugas pada hari tersebut perlu mencari guru ganti dari kumpulan yang lain.

 Cikgu Coryna memaklumkan bahawa jadual Guru Penyayang adalah tetap.

 Cikgu Sarah bertanya sekiranya murid dibenarkan untuk ke tandas secara berdua. PK
Petang memberi respon dan mengingatkan agar semua guru tidak membenarkan murid
ke tandas secara berdua dan tidak boleh pergi ke tandas pada masa pertama dan masa
pertama selepas rehat.
 Cikgu Andrew memaklumkan bahawa kutipan wang Jogathon boleh diserahkan pada
minggu hadapan.

 Cikgu Hajah Rosnih membuat perkongsian seperti berikut:


- Beliau telah menghadiri Bengkel Pemimpin Pertengahan.
- Subjek Matematik dan Sains sangat kritikal. Walau bagaimana pun, murid tidak
boleh disalahkan sepenuhnya. Guru yang perlu memperbaiki cara kita mengajar
dan menarik perhatian murid.
- Beliau telah memberikan borang senarai semak kendiri pedagogi guru. Guru cuba
untuk membuat penilaian kendiri dan memperbaiki pengajaran bermula di
Tingkatan 1 lagi.
- Guru tidak perlu menulis nama, guru hanya perlu menulis bidang.

Meyuarat ditangguhkan pada jam 12.03 pm.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

(ELSA HONEY G. KUYUN) (FAUZIAH BINTI MAHROF)


Pencatat minit Penolong Kanan Petang
Kumpulan B SMK Datuk Peter Mojuntin

Anda mungkin juga menyukai