Anda di halaman 1dari 22

1

HALAMAN PENGAKUAN:

S U R A T P E N G A K U A N

Saya dengan ini mengaku bahawa semua tugasan saya dalam Kerja Kursus EDUP 3023 : Perkembangan
Kanak-kanak adalah kerja ASAL yang saya sediakan sendiri dalam perkataan saya dan saya juga TIDAK
MENCIPLAK, mahupun MEMPLAGIAT mana-mana bahagian dalam tugasan yang dihantar.
Saya dengan ini mengaku bahawa :
1. Kerja dan idea dalam tugasan saya diambil dari bahan bercetak dan elektronik yang didaftarkan;

2. Saya tidak menyalin bulat-bulat daripada sebarang sumber ataupun seseorang pelajar;

3. Saya tidak membenarkan seseorang pelajar untuk menyalin laporan saya; dan

4. Saya dengan ikhlas hati mengungkap setiap perkataan yang diucapkan oleh penulis tertentu dalam kertas kerja
saya.

Dengan ini, saya bernama YUTRA A/P R SIVAJI faham sekiranya perkara di atas TIDAK DIPATUHI atau
didapati MENIPU, mana-mana bahagian di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh mempunyai hak sepenuhnya
untuk mengambil tindakan tatatertib, seperti mana yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar yang terkini.

.............................................................
Nama : YUTRA A/P R SIVAJI

2
PENGHARGAAN

Saya , Yutra A/P R Sivaji , dari unit R7 , opsyen Sejarah ( SJKT ) , telah ditugaskan untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus matapelajaran EDUP 3023 yang bertajuk Perkembangan
Kanak-kanak. Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah berjaya
menyempurnakan tugasan dalam tempoh yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh kerana menyediakan kemudahan asas seperti perpustakaan bagi
memudahkan saya mendapatkan maklumat dan bahan rujukan yang berkaitan tugasan saya.

Selain itu , saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Baskaran
Kannan, pensyarah kursus ini kerana sudi memberi tunjuk ajar dan penerangan dengan sempurna
sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah menyempurnakan tugasan ini. Saya juga berterima kasih
kepada pensyarah saya kerana memberi kepercayaan atas saya untuk menyiapkan kerja kursus
ini.

Seterusnya , saya juga tidak boleh lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa
saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan untuk menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa
sokongan dan dorongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan saya dengan
sempurna.

Malah, juga jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya yang bersama-sama
membuat dan bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea untuk
menghasilkan tugasan ini.

Akhir sekali bahawa, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

3
SENARAI KANDUNGAN HALAMAN
Borang Maklum Balas 1
Halaman Pengakuan 2
Penghargaan 3
Senarai Kandungan 4
PENGENALAN 5
1.0-Hubungkait antara peringkat dan 6-13
teori perkembangan.
2.0-Faktor-faktor yang 14-15
mempengaruhi perkembangan
diri.
3.0-Kepentingan perkembangan 16-17
kanak-kanak dengan aspirasi
murid.
RUMUSAN 18
RUJUKAN 19
REFLEKSI 20
LAMPIRAN 21-22

PENGENALAN

Setiap manusia akan mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan


perkembangan daripada aspek fizikal, sosial, kognitif dan emosi sejak lahir sehinggalah memasuki

4
alam kanak-kanak, remaja, dewasa dan usia tua (Santrock, 2014). Perkembangan berlaku sebagai
urutan peringkat-peringkat yang diprogramkan secara genetik hasil daripada kematangan fisiologi
(Arnold Geselle, 1880-1961). Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma
sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu (Berk,
2003; Charlesworth, 2011).

Pertumbuhan boleh didefinisikan sebagai perubahan-perubahan fizikal yang terdapat pada


seseorang individu. Contohnya, berat badan, tinggi serta struktur badan. Manakala,
perkembangan pula didefinisikan sebagai perubahan berterusan yang berlaku dalam pola
kelakuan, keupayaan mental, dan personaliti seseorang individu. Contohnya kemahiran berfikir
dan kemahiran bersosial.

Ibu bapa atau guru-guru mestilah memahami perkembangan anak-anak dan murid-murid
mereka. Melalui pembelajaran psikologi ini, seseorang guru boleh mendapat pelbagai ilmu yang
bermanfaat yang akan membawa kesan baik kepada mereka sehingga seumur hidup. Hal ini
demikian kerana, dengan kefahaman mengenai aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak mereka dapat memperoleh pengetahuan yang luas dan dapat menjadi seorang guru yang
lebih prihatin dengan tugas, serta memahami setiap perubahan yang dialami oleh murid-murid.
Menurut Wong Kiet Wah et al., (2013) , ini dapat membantu guru untuk merancang, mengurus dan
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan. Oleh itu, jika seseorang
guru ingin mendidik anak bangsa menjadi seorang insan yang berketrampilan dan berakhlak
mulia, maka kefahaman mendalam tentang teori perkembangan kanak-kanak amatlah penting.

1.0- Hubungkait antara peringkat perkembangan diri saya dari lahir hingga awal remaja (12-15
tahun) dengan teori perkembangan.

5
Perkembangan bersifat kualitatif dan sukar diukur mengikut pandangan mata kasar
manusia. Perkembangan kanak-kanak dapat dilihat dari beberapa aspek iaitu fizikal, kognitif,
sosial dan emosi. Perkembangan kanak-kanak dalam setiap aspek ini bergantung kepada asuhan
yang diperoleh oleh kanak-kanak sama ada ia sempurna atau sebaliknya. Berikut merupakan
biografi diri saya mengenai peringkat perkembangan diri saya dari lahir hingga awal remaja.

Nama diberi ialah Yutra A/P R Sivaji. Saya dilahirkan pada 14 Ogos 1997 dan kini berumur
19 tahun. Saya telah dibesarkan di Rawang, Selangor. Saya mempunyai sebuah keluarga kecil
terdiri daripada ibu bapa, abang dan kakak saya. Berikut merupakan perkembangan diri saya
dalam bentuk jadual :

Peringkat Fizikal Kognitif Emosi & Sosial


Perkembangan
Pranatal • Bermula dengan • Tiada • Tiada
proses perkembangan perkembangan
persenyawaan, iaitu kognitif pada emosi dan
sperma daripada peringkat sosial pada
bapa dan ovum pranatal. peringkat
daripada ibu bersatu, pranatal.
dan membentuk
zigot.
• Sel zigot melalui
proses pembahagian
sel tertentu dan
berkembang menjadi
200 bilion sel yang
membentuk manusia.
• Menurut Rohani
Abdullah (2003),
terdapat tiga
peringkat
perkembangan
pranatal iaitu
germinal, embrio dan
fetus.
• Embrio berukuran 4
mm (1/8 inci)
panjang.
• Janin dianggap
cukup bulan pada
akhir minggu ke-37
umur gestasi.
• Panjangnya sekitar
48 hingga 53 cm (19
hingga 21 inci)
• Kuku menjangkau
hujung jari
• Rambut kepala

6
menjadi kasar dan
tebal sekali.
Bayi (0-2 tahun) • Berat saya semasa • Perkembangan • Pada peringkat
kelahiran ialah 2.8kg. kognitif saya ini,
• Menurut ibu bapa dapat dilihat perkembangan
saya, pada dua tahun melalui emosi saya
yang pertama, perkembangan dilihat melalui
pertubuhan dan bahasa dan tangisan dan
perkembangan saya psikomotor. ketawa oleh ibu
amat cepat iaitu • Seawal lima bapa saya.
pertambahan dari minggu • Perkembangan
segi saiz. selepas sosial saya
• Beberapa hari dilahirkan, turut
selepas kelahiran, saya sentiasa berkembang.
berat badan saya menunjukkan Semakin
berkurangan dari rasa teruja, membesar,
2.8kg ke 2.7kg mengeluarkan saya mula
kerana kehilangan bunyi-bunyi menunjukkan
cecair dari tubuh. ketawa dan keinginan untuk
• Berat badan saya memberi fokus berinteraksi
telah meningkat mata kepada dengan
semula 10 hari ibu saya. memberikan
kemudian. • Menurut ibu senyuman dan
• Semasa saya berusia bapa saya, pelbagai tindak
2 tahun, berat badan semasa saya balas jika
saya bertambah berusia 3-4 menerima
11.2kg iaitu 4 kali bulan saya sebarang
ganda daripada berat mula rangsangan
asal saya. memberikan daripada orang
• Ketinggian saya juga suara balasan lain.
berlaku dengan dan sekitar 5 Contohnya,
cepat. Saya bulan pula saya mula
dilahirkan dengan telah mula bermain
panjang berukuran meniru wajah dengan ahli
48cm. Semasa saya ekspresi orang keluarga saya.
berusia lima bulan, lain.
kadar ketinggian • Sekitar 9-12
saya telah meningkat bulan pula
sebanyak 62.4cm saya mula
dan terus meningkat menyatakan
kepada 72cm apabila kehendak saya
saya berusia satu melalui bahasa
tahun. kreatif.
• Menurut ibu saya, Contohnya,
gigi susu pada gusi sekiranya
bawah saya mula hendak
kelihatan apabila makanan saya
saya berumur 7 mula
bulan dan tulang mengatakan
saya masih lembut. “mammam”
• Pada peringkat ini, dan sekiranya
saya mula nak tidur saya
menunjukkan akan
mengatakan

7
autonomi dan perkataan
kekuatan melalui “pattha”.
perkembangan • Sekitar 1 tahun
motor, pertuturan, pula, bahasa
penglihatan dan saya
pendengaran. mempunyai
• Perkembangan motor corak tertentu
kasar saya seperti manakala 18-
merangkak dan 20 bulan pula
berjalan serta motor saya mula
halus yang membina ayat
menggunakan jari mudah
seperti memegang daripada dua
objek turut atau tiga patah
berkembang pada perkataan.
peringkat ini.
• Misalnya, sekitar 4
hingga 6 minggu
saya mula
menghisap jari dan
telah memberikan
senyuman kepada
ibu bapa saya.
• Sekitar 5 bulan pula,
saya telah
memusingkan badan
dan memasukkan
objek ke dalam mulut
dan suka akan
dengar lagu.
• Sekitar 9 hingga 11
bulan pula, saya
mula merangkak dan
telah duduka tanpa
sokongan.
Percakapan saya
pada usia ini tidak
jelas. Saya juga
dapat dengar apabila
objek dijatuhkan.
• Sekitar 24 bulan
pula, saya telah
dapat berlari dan
menaiki tangga tanpa
bantuan serta
membina ayat
mudah.
Awal Kanak-kanak • Sekitar 3 tahun, • Menurut ibu • Pada peingkat
(3-6 tahun) tubuh badan saya saya, pada ini, emosi saya
menjadi lebih besar, peringkat awal cepat berubah.
tegap dan tinggi. saya mula Misalnya, saya
Misalnya berat badan menggunakan meluahkan
saya semasa saya perkataan emosi dengan

8
berusia 3 tahun ialah, berunsur keras dan kuat
14kg dan ketinggian sosial. apabila tidak
ialah 41cm. Contohnya, mendapat
• Menurut ibu saya, “bye-bye, nak, sesuatu yang
pada masa ini saya tak suka, diingini. Ibu
sudah mempunyai sayang” dan saya
satu set gigi susu. sebagainya, mengatakan
• Kemahiran motor • Saya juga saya juga
kasar serta motor telah mula mudah berasa
halus saya turut membuat cemburu
berkembang dengan perwakilan sekiranya
pesat. secara abang atau
• Perkembangan motor simbolik. kakak saya
kasar saya dapat Misalnya, saya mendapat
dilihat apabila saya berpura-pura hadiah seperti
mula berjalan di atas menaiki teksi alat permainan.
papan seimbang, semasa duduk Semasa saya
menaiki kereta di atas kerusi berusia 5
mainan dan naik dan berpura- tahun,saya
turun tangga semasa pura nyanyi mula meniru
saya berusia 4 tahun. semasa ekspresi
• Saya turut mula memegang pelakon dari
berlari dengan lancar botol air. drama dan
, melompat dan melakonkannya
meloncat dengan di hadapan
sebelah kaki, cermin. Ibu
menunggang basikal saya
roda tiga dengan laju mengatakan
serta meloncat di bahawa
atas dua kaki dan semasa saya
bergerak di atas berusia 5 tahun
'monkey bar' semasa saya pernah
berusia 6 tahun. memenangi
• Perkembangan motor hadiah dalam
pertandingan
halus saya dapat
lukisan kerana
dilihat apabila ibu
lukisan saya
saya mendapati saya
sangat kreatif.
dapat mengezip zip
• Kemahiran
yang besar serta
menggunakan sudu sosial saya
untuk makan semasa turut
berusia 2 tahun. berkembang
• Semasa saya berusia dengan
peredaran
4 tahun, saya dapat
masa.
makan sendiri tanpa
• Sekitar 3 tahun,
bantuan ibu saya
serta dapat saya sudah
menggunakan garpu mula
dengan berkesan. menggunakan
• Semasa saya berusia perkataan dan
bahasa yang
6 tahun,saya mula
mudah.
mahir memakai baju
Keinginan saya
saya sendiri dan
untuk bersosial
dapat melukis

9
gambar serta menulis dengan ahli
perkataan yang keluarga saya
ringkas. telahpun
meningkat.
Menurut bapa
saya, saya
selalu
menggunakan
permainan
sebagai satu
cara untuk
berinteraksi
dengan abang
dan kakak
saya.
Contohnya,
permainan
“doktor-doktor”
dan “masak-
masak”
merupakan
antara
permainan
kegemaran
saya semasa
kecil.
Pertengahan dan • Pada usia 7 tahun, • Pada peringkat • Pada peringkat
Akhir Kanak- gigi susu saya telah ini,saya sudah ini, dari segi
kanak (7-11 tahun) mula tanggal dan berupaya emosi saya
pertukaran kepada untuk belajar, mula sedar
gigi kekal telah dan akan perasaan
bermula. mengaplikasik orang lain dan
• Pada usia 11 tahun an hukum- akan peka
berat badan saya hukum terhadap
ialah, 30kg dan sintaksis kritikan. Saya
susuk tubuh saya dalam tidak suka
menjadi lebih penggunaan untuk menerima
langsing serta tinggi. bahasa. kritikan serta
Ketinggian saya Misalnya, sangat sukar
ialah, 124cm. tatabahasa untuk menerima
• Di hujung peringkat dan ayat-ayat kegagalan.
pertengahan kanak- saya menjadi Contohnya,
kanak, iaitu kompleks dan saya akan
menghampiri akil saya telah nangis kepada
baligh (pre-puberty) menguasai ibu bapa
terdapat beberapa sintaksis dan sekiranya guru
perubahan pada struktur ayat menegur saya
saya sebagai tanda dengan lenih atau kalah
awal bahawa akan mantap. dalam
masuk ke peringkat • Saya juga sesebuah
remaja dan baligh. telah dapat pertandingan.
Contohnya, memasukkan • Saya juga
perubahan struktur elemen- selalu
tubuh pada elemen kata menginginkan

10
punggung, dada hubung dalam kemenangan
serta pertumbuhan ujaran saya. serta
jerawat pada muka “Dan” , “Tetapi” penerimaan
merupakan antara “Kadangkala” sahaja.
perubahan yang merupakan • Dari segi sosial
telah berlaku pada antara kata pula, saya mula
saya. hubung yang berinteraksi dan
saya sering menjadi rapat
gunakan. dengan kawan-
kawan saya di
sekolah. Saya
turut
mempelajari
nilai-nilai seperti
bertolak ansur,
bekerjasama
dan bertimbang
rasa melalui
persahabatan.
Remaja (12-15 • Pada peringkat ini, • Pada peringkat • Semasa saya
tahun) ketinggian saya mula ini, saya sudah berusia 14
meningkat iaitu pada mula tahun, saya
awal tahun 12 mempunyai mendapati diri
ketinggian saya ialah keupayaan saya kurang
148cm manakala untuk berfikir di sabar dan
akhir tahun 15 pula luar kotak kerap marah.
ketinggian saya ialah serta logik. Saya
156cm. Idea-idea yang mendapati diri
• Berat badan saya diluahkan itu saya terlalu
juga turut bertambah bukan sekadar sensitif dan
iaitu pada awal tahun tentang alam cepat
12 ialah 35kg kenyataan tersinggung
manakala akhir tahun (realiti) yang sekiranya
15 ia telah meningkat konkrit tetapi dikritik.
ke 45kg. tentang • Saya juga mula
• Saya mula giat dalam kemungkinan- menginginkan
aktiviti sukan. Saya kemungkinan perhatian
telah mewakili yang abstrak. daripada
sekolah untuk • Contohnya, kalangan yang
pertandingan bola saya dapat bertentangan
jaring 5 tahun membezakan jantina.
berturut-turut. antara “apa • Menurut Siti
• Semasa puberti pula yang mungkin Nor Yaacob
saya telah berlaku?” dan (2008), pada
mengalami beberapa “apa yang zaman remaja
perubahan seperti nyata seseorang
pinggang menjadi berlaku?” individu itu akan
ramping, kulit dalam mula menuntut
semakin licin, sesebuah kekbebasan.
pembesaran buah masalah. • Contohnya,
dada dan Semasa saya semasa saya
sebagainya. berusia 12 berusia 15
tahun saya tahun, saya
telah

11
mendapat 7A mula menuntut
dalam kebebasan
peperiksaan daripada ibu
UPSR. bapa saya.
• Cara Misalnya, saya
penyelesaian telah meminta
masalah saya ibu bapa saya
juga telah untuk
menjadi lebih membelikan
terancang dan saya telefon
sistematik bimbit
dengan walaupun telah
kombinasi ditegur banyak
pengetahuan, kali. Saya juga
pengalaman cepat marah
dan dan
kemahiran. memberontak
Misalnya, saya terhadap ibu
telah bapa saya
menggunakan sekiranya tidak
kaedah “I diberi
Think” untuk kebenaran
melukiskan untuk keluar
gambar rajah dengan kawan-
dan kawan.
mengembangk • Saya juga
an idea saya mendapati diri
tentang saya terlalu
sesuatu isu. teruja dan
• Saya juga gembira apabila
dapat berfikir melakukan
secara abstrak sesuatu yang
tentang disukai seperti
sesuatu menari,
kemungkinan berenang dan
dalam berlakon.
matematik dan • Semasa saya
sains. berusia 12
Contohnya, tahun saya,
saya dapat mewakili
menggunakan sekolah saya
simbol seperti untuk
“x” untuk pertandingan
mewakili bercerita di
sesuatu simbol peringkat
dan kebangsaan
menyelesaikan dan telah
sesuatu berjaya menjadi
soalan. johan
• Dalam pertandingan
sesebuah tersebut.
eksperimen • Semasa saya
juga, saya berusia 13
telah dapat tahun, saya

12
menaakul pernah
secara mewakili
hipotetik- sekolah dalam
deduktif. pertandingan
• Misalnya, drama dan
semasa telah mendapat
berusia 15 anugerah
tahun saya pelakon terbaik
telah (perempuan).
mendapat 8A • Saya juga
dalam pernah menjadi
peperiksaan pengawas di
PMR. sekolah
• Saya juga menengah saya
mula berfikir sehingga
tentang masa tingkatan 3. Ini
depan saya telah dapat
dan cuba menyemai sifat
untuk kepimpinan
menentukan dalam diri saya.
yang terbaik
bagi diri saya.

Teori Perkembangan Diri

Para ahli falsafah telah mengemukakan pelbagai teori yang berkaitan dengan
perkembangan kanak-kanak. Menurut Faridah Nazir et al., (2014) teori-teori tersebut dapat
memberi kefahaman kepada kita tentang perkembangan kanak-kanak dengan lebih jelas dan
mendalam serta dapat mendekatkan diri dengan mereka. Kita juga dapat membimbing serta
menolong mereka untuk menghadapi setiap peringkat perkembangan mereka yang dipenuhi
dengan cabaran dan dugaan.

Pertamanya, Teori Ekologi Bronfenbrenner. Teori ini menjelaskan bahawa sistem


persekitaran memepengaruhi perkembangan seseorang individu. Persekitaran yang dikemukakan
oleh Urie Bronfenbrenner ialah termasuk, mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan
kronosistem. Sebagai contohnya, saya telah memenangi pertandingan bercerita di peringkat
kebangsaan semasa saya berusia 12 tahun. Hal ini boleh dikaitkan dengan teori Ekologi
Bronfenbrenner kerana, persekitaran di rumah saya membolehkan saya untuk mengembangkan
bakat saya dan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Misalnya, ayah saya pandai
berlakon dan semasa zaman sekolahnya beliau sangat aktif dalam persatuan teater dan drama.
Maka, beliau selalu memberikan saya dorongan dan sokongan serta idea-idea untuk memberikan
ekspresi yang baik untuk sesebuah situasi dalam cerita. Kakak saya juga sangat berbakat dalam

13
bidang lakonan dan kesenian. Maka, dia juga selalu memberikan saya cadangan untuk
meningkatkan mutu persembahan saya.

Disingkap dari perspektif lain, Teori Bahasa Behaviorisme turut boleh dikaitkan dengan diri
saya. Teori ini mentakrifkan bahawa pembelajaran berlaku akibat latihan dan ulangan sehingga
menjadi kebiasaan. Misalnya, ibu bapa saya telah membuat peraturan bahawa setiap hari abang,
kakak dan saya harus berkomunikasi antara kami serta dengan mereka dalam Bahasa Inggeris
sekurang-kurangnya untuk 1 jam selepas waktu persekolahan. Ini telah menjadi satu amalan di
rumah saya setiap hari sehinggakan kami bertiga mula suka untuk berbual dan berbincang dalam
Bahasa Inggeris. Amalan ini telah menjadi sebahagian daripada rutin harian dan telah menjadi
satu kebiasaan dalam keluarga saya. Ini secara tidak langsungnya, telah mengembangkan
potensi saya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan telah meningkatkan penguasaan
kosa kata saya. Hasil daripada amalan yang telah menjadi satu kebiasaan ini, sekarang saya
dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan fasih dan lancar. Ini merupakan hasil
daripada latihan yang berterusan yang telah diberi oleh ibu bapa saya pada setiap hari,
sehinggakan sekarang saya mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menggunakan bahasa
tersebut.

Seterusnya, saya juga dapat mengaitkan diri saya dengan Teori Introvert-Extrovert yang
dikemukakan oleh Carl Jung pada 1875-1961. Teori ini membawa maksud bahawa personaliti
seseorang yang telah mencapai keseimbangan antara aspek luaran dan dalaman. Misalnya, saya
sebelumnya merupakan seorang yang introvert pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-
kanak. Mencecah peringkat remaja iaitu bermula dar usia 12 tahun, saya telah menjadi seorang
yang sangat aktif dalam aktiviti luar kelas seperti sukan, pertandingan dan sebagainya. Saya juga
telah mendapati diri saya lebih suka bergaul,berinteraksi serta bergurau senda dengan kawan-
kawan saya tetapi sebelumnya saya lebih suka bersendirian dan seorang pendiam. Hal ini
demikian kerana, kawan-kawan saya kebanyakkannya bersifat extrovert dan ini telah
mempengaruhi serta membawa perubahan kepada diri saya. Perubahan ini telah menjadikan saya
seorang yang stabil dan seimbang dari aspek luaran dan dalaman dan personaliti saya menjadi
lebih kukuh.

Kesimpulannya, teori-teori yang dikemukakan oleh ahl-ahli falsafah merupakan sesuatu


yang amat penting serta harus dihargai dan ia tidak boleh dipandang enteng. Hal ini demikian
kerana, teori-teori tersebut berkait rapat dengan diri seseorang individu dan dapat menjelaskan
personaliti mereka dalam proses pertumbuhan dan perkembangan. Teori-teori ini juga
memudahkan kita untuk memahami personaliti serta masalah yang dihadapi oleh orang lain pada
peringkat perkembangan tertentu.

14
2.0- Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Diri

Perkembangan manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah, faktor baka
dan faktor persekitaran. Faktor baka merupakan ciri-ciri biologi atau genetik yang diwarisi oleh
anak-anak daripada ibu bapa mereka. Manakala, faktor persekitaran pula merujuk kepada
kehidupan keluarga dan kemasyarakatan memberi sokongan, dorongan dan sumbangan terhadap
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Kedua-dua faktor ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan diri saya.
Pertamanya, faktor baka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan diri saya.
Misalnya, saya mewarisi beberapa kriteria dari sebelah ibu dan bapa saya. Antara kriterianya ialah
seperti, struktur badan, kumpulan darah, struktur hidung, ketinggian serta tahap kognitif.
Contohnya, saya mempunyai hidung mancung seperti ayah saya dan struktur badan saya pula
tegap seperti ibu saya. Saya merupakan seorang yang tinggi kerana saya mengikut gen ibu bapa
saya. Kedua-dua ibu bapa saya sangat tinggi maka saya dan adik-beradik turut mewarisinya
daripada mereka. Selain itu, saya turut mempunyai kumpulan darah seperti kedua-dua ibu bapa
saya iaitu A+. Tambahan pula, tahap kognitif saya turut dipengaruhi oleh ibu bapa saya di mana
saya seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan seperti ibu saya dan sangat aktif dalam
pertandingan-pertandingan seperti bercerita, drama dan lakonan seperti ayah saya.
Perkembangan personaliti saya sama seperti ibu saya iaitu bersifat lebih introvert pada peringkat
akhir kanak-kanak dan mula menjadi sangat aktif dan lebih extrovert di peringkat remaja. Ibu saya
mengatakan bahawa semasa di sekolah rendah beliau sangat malu untuk bersukan manakala di
sekolah menengah beliau telah menjadi atlit sekolah. Saya sedar bahawa saya juga telah
mengalami perkembangan seperti ibu saya kerana personaliti saya berkembang daripada seorang
yang malu dan pendiam kepada seorang yang sangat aktif serta suka bersosial.

Disingkap dari perspektif lain, faktor persekitaran turut memainkan peranan yang dominan
dalam perkembangan diri saya. Seperti yang dinyatakan, saya merupakan seorang yang introvert
dan akhirnya telah menjadi seorang extrovert. Ini dipengaruhi oleh ibu bapa, guru serta kawan-
kawan saya. Misalnya, saya selalu lihat ibu bapa saya beramah mesra dan bergaul dengan jiran-
jiran di kawasan perumahan saya. Ia telah menyemai minat dalam diri saya untuk mula
berinteraksi dengan orang lain dan bertukar-tukar pendapat. Selain itu, guru-guru saya turut
mempunyai sumbangan yang besar terhadap perkembangan diri saya. Tamsilnya, mereka selalu
memberikan saya sokongan dan dorongan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai
pertandingan supaya dapat meningkatkan keyakinan diri, kemahiran bersosial serta tidak bermalu-
malu lagi. Kawan-kawan saya kebanyakkannya bersifat extrovert. Maka, saya selalu lihat mereka

15
berbual dan bergurau senda dengan rakan-rakan sekelas dan ini secara tidak langsung telah
membantu saya untuk mengubah diri saya dan menjadi lebih mesra. Di samping itu, pencapaian
saya dalam bidang akademik iaitu mendapat 7A dan 8A dalam peperiksaan UPSR serta PMR
merupakan hasil daripada persekitaran di rumah saya. Hal ini demikian kerana, kakak saya
merupakan ulat buku dan dia sangat rajin mengulangkaji pelajarannya. Dia selalu membuat
aktiviti-aktiviti tambahan di rumah selain kerja sekolah seperti menjawab soalan-soalan
peperiksaan sebenar dari tahun-tahun lepas. Maka, secara tidak langsung ia telah memberi
semangat kepada saya untuk belajar dan menggunakan segala kaedahnya supaya saya dapat
menjadi seorang yang berilmu pengetahuan serta mendapat keputusan yang cemerlang seperti
kakak saya. Hal ini boleh dikaitkan dengan mesosistem yang diterangkan oleh Urie
Bronfenbrenner, 1979 dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner.
Secara keseluruhannya, perkembangan saya pada setiap peringkat dipengaruhi oleh faktor
baka dan persekitaran. Hal ini demikian kerana, perkembangan diri saya dari aspek fizikal, kognitif,
sosial dan emosi dipengaruhi oleh kedua-dua faktor tersebut.

3.0- Kepentingan Perkembangan Kanak-kanak dengan Aspirasi Murid

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 telah dilancarkan oleh


mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September 2013. PPPM
merupakan manifestasi transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan besar, dalam
mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara.
Ia memberi tumpuan kepada keberhasilan murid merangkumi semua peringkat persekolahan iaitu
daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat lepasan menengah. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah berasaskan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke
arah menyediakan pendidikan seimbang untuk setiap murid. Pelaksanaan pelan ini adalah
merujuk kepada sistem pendidikan yang berprestasi tinggi bagi membina kemahiran khusus dan
atribut kepada murid sebagai persediaan menghadapi cabaran pembangunan ekonomi dan
globalisasi. PPPM ini telah menggariskan enam ciri-ciri utama yang menjadi asas aspirasi bagi
setiap murid di negara ini iaitu, Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin,
Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian serta Identiti Nasional.

Pada peringkat paling asas, setiap kanak- kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran
literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti
Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh
tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga
digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik,
dan sukan. Selain daripada pengetahuan dalam bidang-bidang ini murid-murid juga wajar terdedah

16
kepada cara-cara untuk mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka.
Tindakan ini dapat diaplikasikan melalui Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979). Misalnya, teori ini
menyatakan bahawa sistem persekitaran mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Maka,
persekitaran di rumah mahupun sekolah haruslah menerapkan budaya mencari ilmu pengetahuan
melalui pelbagai sumber dalam kalangan pelajar sejak peringkat pertengahan dan akhir kanak-
kanak. Hal ini demikian kerana, penyerapan ilmu sekitar usia 7 hingga 11 tahun amat tinggi.

Seterusnya, setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang
kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang
baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan
pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau menjana sesuatu
idea di luar kotak, kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk
mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik. Kemahiran ini
dibincangkan dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1978). Menurut Jean Piaget, keupayaan
memori jangka pendek berkembang dengan pesat sekitar 2 hingga 7 tahun manakala selepas usia
7 tahun pula keupayaan memori jangka panjang pula akan meningkat. Walaubagaimanapun,
latihan serta usaha yang berterusan amat penting bagi meningkatkan prestasi kognitif kanak-
kanak.

Kesimpulannya, inovasi dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan mempunyai
matlamat untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Sebagai pengurus dan
pendidik, mereka harus memahami peranan dan bersedia dalam menghadapi perubahan ini. Hal
ini disebabkan inovasi dan perubahan akan memberi implikasi dalam setiap aspek program
pendidikan yang dilaksanakan. Perubahan ini juga akan meningkatkan kualiti modal insan guru
yang dihasilkan. Sebagai panduannya, Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia akan mengawal hala
tuju perubahan yang berlaku. Misalnya, guru tidak harus mementingkan pencapaian akademik
kanak-kanak sahaja malahan afdal mementingkan perkembangan mereka yang lain. Selanjutnya,
kanak-kanak juga harus dibimbing secara perlahan mengikut peringkat perkembangan mereka
kerana tugas-tugas yang terlalu berat bagi usia mereka dapat menghilangkan minat kanak-kanak
dalam pelajaran. Sebaliknya, usaha-usaha yang kreatif harus dilaksanakan oleh guru bagi
menjayakan aspirasi murid. Misalnya, aktiviti yang disukai oleh kanak-kanak seperti tayangan
video atau permainan di luar atau dalam kelas, kuiz merupakan antara kaedah bagi mendapatkan
tumpuan pelajar. Teori-teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah mengenai perkembangan
kanak-kanak menjelaskan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap kognitif serta keupayaan
yang berbeza. Menurut Mohd Sharani Ahmad (2006), terdapat kanak-kanak yang dapat
memahami sesuatu perkara dengan amat pantas sekali dan ada juga pelajar yang tidak akan

17
faham walaupun diajar berulang kali. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa, perkembangan
kanak-kanak amat penting bagi menjayakan aspirasi murid seperti yang dinyatakan dalam PPPM
kerana, perubahan yang berlaku kepada kanak-kanak pada setiap peringkat perkembangan
adalah berbeza.

RUMUSAN

Kesimpulannya, setiap manusia akan mengalami perubahan terhadap perkembangan dan


pertumbuhan dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Peranan ibu bapa, guru, dan masyarakat
amat penting dalam memahami serta peka terhadap perkembangan anak-anak dan membimbing
mereka di setiap peringkat kehidupan mereka. Menurut Rozumah Baharudin (2008) ,
perkembangan individu berlaku pada kadar yang berbeza bagi setiap individu mengikut
kematangan serta pengalaman masing-masing. Maka, sudah jadi tanggungjawab semua pihak
bagi membantu anak-anak untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan pada setiap peringkat
perkembangan mereka.

RUJUKAN
Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh & Zairinah Mohd Shukur (2014). Perkembangan Kanak-

kanak. Puchong. Selangor: Penerbit Multimedia.

18
Mohd Sharani Ahmad (2006). Psikologi Kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.

Rohani Abdullah (2003). Keibubapaan pada Peringkat Pralahir dan Kelahiran: Melindungi Potensi
Zuriat. Dalam Jayaletchumy, Rohani dan Abdullah Al-Hadi (pnyt). Keluarga dan

Keibubapaan. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Rohani Abdullah dan Mohd Sharani Ahmad (2002). Keibubapaan Anak Kecil: Melentur Buluh, Biar

dari Rebung. Dalam Jayaletchumy Mottan, Rohani Abdullah & Abdullah Al-Hadi Hj.

Muhamed (pnyt). Keluarga dan Keibubapaan. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Siti Nor Yaacob (2008). Perkembangan Remaja. Dalam Rozumah Baharudin & Rahimah Ibrahim

(pnyt). Keluarga, Kanak-kanak dan Remaja. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Piaget, J., & Inhelder, B. (1969). The Psychology of the Child. New York: Basic Books.

Rozumah Baharudin & Rahimah Ibrahim (2008). Keluarga, Kanak-kanak dan Remaja. Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Atas Talian :
http://www.slideshare.net/nursabiqah/peringkat-peringkat-perkembangan-kanakkanak-dan-

teoriteori-perkembangan (tarikh akses : 1 Ogos 2016)

http://www.slideshare.net/syafie90/pringkat-pringkat-perkembangan-kanakkanak-dan-

teoriteorperkembangan-yang-berkaitan (tarikh akses : 8 Ogos 2016)

http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%204_Peringkat-peringkat

%20perkembangan%20kanak-kanak.pdf (tarikh akses : 8 Ogos 2016)

http://www.moe.gov.my/my/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025 (tarikh akses 10

Ogos 2016)

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf(tarikh akses

20 Ogos 2016)

http://bendahari.uthm.edu.my/v2/PPPM/Ringkasan-Eksekutif-PPPM-2015-2025.pdf (tarikh akses

23 Ogos 2016)

REFLEKSI

Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Perkembangan Kanak-kanak (EDUP 3023). Sepanjang

19
menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.

Pertama sekali menerima tugasan ini, hati saya berdebar-debar dan pelbagai soalan
muncul di kotak minda saya. Pada masa yang sama saya juga terdapat kerja kursus subjek lain
yang perlu hantar pada tanggal yang sama.Hal ini menyebabkan saya mengalami tekanan yang
tinggi serta kerisauan berlegar-legar. Walau bagaimanapun, saya tidak beputus asa malah
menyahut sebagai cabaran dan mengambil inisiatif untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Antara inisiatif yang saya ambil ialah merujuk buku rujukan di pusat sumber. Manakala
bahan rujukan di pusat sumber terhad. Oleh itu,saya dikehendaki berkongsi bahan-bahan dengan
kawan-kawan saya. Selain itu,saya juga melayari internet untuk mendapatkan lagi maklumat yang
lebih lanjut. Saya mengambil masa selama seminggu untuk mencari nota-nota dan bahan-bahan
berkenaan.

Dengan ini, saya dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan yang berkenan dengan kerja
kursus ini. Selain itu, saya juga berpeluang untuk memahami setiap perubahan yang saya alami
pada setiap peringkat perkembangan mengikut usia. Lebih-lebih lagi, saya merujuk pensyarah
saya untuk mendapatkan penjelasan yang sahih dan teliti untuk menjalankan tugasan kerja kursus
ini.

Intihanya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan
kepuasan. Walaupun hasil ini menyebabkan saya mengalami tekanan yang tinggi malah ia dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya. Saya berharap agar kursus Perkembangan Kanak-kanak
akan menjadi salah satu subjek yang wajib didedahkan kepada semua murid dan pelajar pada
masa akan datang.

LAMPIRAN

20
Rajah 1.1 menunjukkan Peringkat Perkembangan Kanak-kanak

Rajah 1.2 menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

21
Rajah 2.1 menunjukkan aspirasi murid mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM).

Rajah 2.2 menunjukkan aspirasi sistem pendidikan Malaysia.

22

Anda mungkin juga menyukai