Sejarah Akidah
Sejarah Akidah
SEJARAH AKIDAH
Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah yang diikat oleh ucapan
dua kalimah syahadah.
Ia merupakan inti dasar kepada kewujudan tamadun islam.
Seseorang yang berakidah islam harus faham bahawa dengan menyebut dua
kalimah syahadah tadi telah menyebabkan dirinya terikat dengan tanggungjawab serta
komitmen yang tinggi terhadap Allah.
Penanaman aqidah yang teguh telah menyebabkan seseorang itu sanggup
mempertahankan kebenaran dan menumpaskan kebatilan walaupun terpaksa
mengorbankan nyawa dan harta benda demi mempertahankan aqidah erta
membuktikan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
sahabat pada zaman rasulullah menerima terus segala ajaran yang dibawa oleh
rasulullah tanpa banyak persoalan.
Mereka terus menemui rasulullah sekiranya ada persoalan dan tidak faham
Rasulullah juga menjelaskan perkara yang menimbulkan kemusykilan sahabat.
Persoalan aqidah khasnya perkara yang berkaitan dengan sifat 20 atau tidak
timbul.
Hal ini kerana para sahabat dapat memahami ayat Al-Quran atau sifat
Allah sebagaimana didalam Al-Quran dan hadis.
Para sahabat memahami kandungan Al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan
aqidah dan sifat-sifat Allah khasnya tanpa mempersoalkan makna disebaliknya.
kepercayaan umat islam zaman nabi sangat kukuh dan teguh, contohnya :
dengan beberapa ayat daripada Al-Quran seperti dalam Surah Al-Ikhlas
Para sahabat pada masa itu disinari oleh cahaya hidayat dan Al-Quran,
Ada diantara mereka memiliki tabiat suka berfikir dan mendorong sesetengah
sahabat untuk memikirkan zat Allah.
Rasulullah menegah mereka berbuat demikian, sebagaimana sabda yang
diriwayatkan daripada Abu Nu’aim
nabi telah menegah dan melarang daripada berbantah dalam masalah Qadar.
pada masa itu tidak timbul permasalahan aqidah,hal ini kerana ketika wahyu
sedang diturunkan, mereka hidup ketika zaman rasulullah
Semua para sahabat beriman dan menerima sepenuhnya persoalan yang
berkaitan sifat-sifat Allah seperti dalam Al-Quran dan Hadis.
Para sahabat tidak berselisih dalam perkara berkaitan dengan al-Sifat,al-
Asma’al-Husna dan al-Af’al.
Sahabat tidak mengemukakan persoalan berkaitan Qada’dan qadar, sifat
Allah dan zatNyaatau ayat-ayat mutasyabihat.
Para sahabat hanyalah bertanya berkaitan dengan hukum hakam, ibadat dan
cara melakukannya dengan sempurna.
Sebagai rumusannya, zaman nabi segala kemusykilan dan masalah terus
dirujuk kepada nabi dan nabi dapat menjelaskannya dengan wahyu dan petunjuk
wahyu atau dengan ijtihad baginda. Secara umumnya, pada zaman nabi tidak ada
sebarang masalah dalam ilmu tauhid dan sahabat juga tidak ada sebarang
perselisihan dan mereka dapat merujuk terus kepada nabi dan sumbernya bersih.
Sebagai rumusannya, pada zaman awal khulafa’ al-Rasyidin juga masih belum timbul
perkara yang berkaitan dengan ilmu tauhid.Oleh kerana islam semakin berkembang,
ulama telah memecahkan dan membuat pengkajian khusus terhadap ilmu Tauhid atau
ilmu Aqidah yang terpisah daripada ilmu lain dengan sendirinya.
Pada masa zaman pemerintahan khalifah yang ketiga, lantaran
berlaku pertelingkahan dan kekacauan politik yang berakhir dengan terbunuhnya
Uthman.
Maka umat isslam menjadi terpecah kepada beberapa fahaman dan puak.
Masing-masing golongan dan fahaman itu ingin mempertahankan fahaman
mereka dan pendirian mereka.
Setelah negara jajahan takluk islam mulai meluas telah terbuka luas untuk
umat islam memikirkan perkara yang berkaitan aqidah.
jiwa orang yang baru memeluk islam masih dipengaruhi oleh unsur agama
mereka sebelumnya,
Untuk itu lahir segolongan umat islam yang mulai memperkatakan masalah
qadar, antara mereka ialah :
Sebagai rumusannya, pada zaman inilah dikatakan mulanya bermula untuk menyusun
kitab berkaitan dengan ilmu Kalam atau Tauhid. Namun kitab itu tidak ada yang sampai
ke tangan kita sekarang.