Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH AKIDAH

SEJARAH AKIDAH

 Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah yang diikat oleh ucapan
dua kalimah syahadah.
 Ia merupakan inti dasar kepada kewujudan tamadun islam.
 Seseorang yang berakidah islam harus faham bahawa dengan menyebut dua
kalimah syahadah tadi telah menyebabkan dirinya terikat dengan tanggungjawab serta
komitmen yang tinggi terhadap Allah.
 Penanaman aqidah yang teguh telah menyebabkan seseorang itu sanggup
mempertahankan kebenaran dan menumpaskan kebatilan walaupun terpaksa
mengorbankan nyawa dan harta benda demi mempertahankan aqidah erta
membuktikan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

SEJARAH PERKEMBANGAN AQIDAH

1. Aqidah zaman nabi dan Sahabat


2. Aqidah akhir zaman sahabat
3. Aqidah zaman Umaiyyah

AQIDAH ZAMAN NABI DAN SAHABAT

 sahabat pada zaman rasulullah menerima terus segala ajaran yang dibawa oleh
rasulullah tanpa banyak persoalan.
 Mereka terus menemui rasulullah sekiranya ada persoalan dan tidak faham
 Rasulullah juga menjelaskan perkara yang menimbulkan kemusykilan sahabat.
 Persoalan aqidah khasnya perkara yang berkaitan dengan sifat 20 atau tidak
timbul.
 Hal ini kerana para sahabat dapat memahami ayat Al-Quran atau sifat
Allah sebagaimana didalam Al-Quran dan hadis.
 Para sahabat memahami kandungan Al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan
aqidah dan sifat-sifat Allah khasnya tanpa mempersoalkan makna disebaliknya.
 kepercayaan umat islam zaman nabi sangat kukuh dan teguh, contohnya :
dengan beberapa ayat daripada Al-Quran seperti dalam Surah Al-Ikhlas
 Para sahabat pada masa itu disinari oleh cahaya hidayat dan Al-Quran,
 Ada diantara mereka memiliki tabiat suka berfikir dan mendorong sesetengah
sahabat untuk memikirkan zat Allah.
 Rasulullah menegah mereka berbuat demikian, sebagaimana sabda yang
diriwayatkan daripada Abu Nu’aim
 nabi telah menegah dan melarang daripada berbantah dalam masalah Qadar.
 pada masa itu tidak timbul permasalahan aqidah,hal ini kerana ketika wahyu
sedang diturunkan, mereka hidup ketika zaman rasulullah
 Semua para sahabat beriman dan menerima sepenuhnya persoalan yang
berkaitan sifat-sifat Allah seperti dalam Al-Quran dan Hadis.
 Para sahabat tidak berselisih dalam perkara berkaitan dengan al-Sifat,al-
Asma’al-Husna dan al-Af’al.
 Sahabat tidak mengemukakan persoalan berkaitan Qada’dan qadar, sifat
Allah dan zatNyaatau ayat-ayat mutasyabihat.
 Para sahabat hanyalah bertanya berkaitan dengan hukum hakam, ibadat dan
cara melakukannya dengan sempurna.
Sebagai rumusannya, zaman nabi segala kemusykilan dan masalah terus
dirujuk kepada nabi dan nabi dapat menjelaskannya dengan wahyu dan petunjuk
wahyu atau dengan ijtihad baginda. Secara umumnya, pada zaman nabi tidak ada
sebarang masalah dalam ilmu tauhid dan sahabat juga tidak ada sebarang
perselisihan dan mereka dapat merujuk terus kepada nabi dan sumbernya bersih.

AKIDAH AKHIR ZAMAN SAHABAT

 tidak ada perselisihan faham dalam aqidah kerana mereka sibuk


menghadapi peperangandalam usaha mempertahankan kesatuan islam
 Mereka memahami al-Quran tanpa ada ta’wil
 Mereka mengikuti al-quran dan menjauhi apa yang ditegah
 Mereka juga mensifatkan Allah dengan apa yang Allah sifatkan sendiri
 mereka mensucikan Allah daripada sebarang sifat yang tidak layak bagi
kemuliaan dan keagungan Allah.
 mereka beriman dengannya mengikut dengan menyerahkan penta’wilan
kepada Allah sendiri.
 sahabat menerima apa sahaja perkara berkaitan dengan Usul atau aqidah
daripada rasulullah
 sahabat tidak gemar membahaskan perkara yang berkaitan dengan aqidah.
 Hal ini kerana persoalan aqidah boleh menimbulkan perselisihan dan
perpecahan dikalangan umat islam.
 Untuk itu, para sahabat lebih mengutamakan dan memberi penekanan dalam
perkara yang berkaitan dengan hukum amali sahaja.
 Untuk itu, juga dalam perkara amali seandainya mereka tidak jelas atau
berselisih, mereka akanmerujuk kepada al-Quran dan hadis untuk mencari keputusan
yang tepat dan untuk mencari penyelesaiannya.
 Sekiranya ada yang tidak dapat diselesaikan berdasarkan nas al-Quran dan
hadis, para sahabat akan mengkiaskan dengan perkara yang berlaku pada zaman
nabi

Sebagai rumusannya, pada zaman awal khulafa’ al-Rasyidin juga masih belum timbul
perkara yang berkaitan dengan ilmu tauhid.Oleh kerana islam semakin berkembang,
ulama telah memecahkan dan membuat pengkajian khusus terhadap ilmu Tauhid atau
ilmu Aqidah yang terpisah daripada ilmu lain dengan sendirinya.
 Pada masa zaman pemerintahan khalifah yang ketiga, lantaran
berlaku pertelingkahan dan kekacauan politik yang berakhir dengan terbunuhnya
Uthman.

 Maka umat isslam menjadi terpecah kepada beberapa fahaman dan puak.
Masing-masing golongan dan fahaman itu ingin mempertahankan fahaman
mereka dan pendirian mereka.

 Justeru itu, terbukalah ruang untuk mentakwilkan terhadap nas al-Quran


dan hadis, serta timbullah periwayatan hadis palsu.
 Pada zaman akhir sahabat telah lahir golongan yang telah cuba menta’wilkan
ayat-ayat al-quran
 mereka cuba menimbulkan persoalan syubahat dan telah mentasybihkan
dan mentajsimkanAllah. Golongan tersebut adalah golongan sabi’iyyah.
 Golongan yang menentang mentajsimkan Allah itu bermula dengan Ja’d Ibn
darham dan selepasnya diikuti pula oleh Jaham Ibn Safwan dan seterusnya aliran dan
penentangan tersebut diteruskan pula oleh golongan Muktazilah.

AKIDAH ZAMAN BANI UMAIYYAH

 Setelah negara jajahan takluk islam mulai meluas telah terbuka luas untuk
umat islam memikirkan perkara yang berkaitan aqidah.
 jiwa orang yang baru memeluk islam masih dipengaruhi oleh unsur agama
mereka sebelumnya,

 Untuk itu lahir segolongan umat islam yang mulai memperkatakan masalah
qadar, antara mereka ialah :

 a. Ma’bad al-Juhani, beliau mengambil fahamannya itu daripada seorang Iraq


yang beragama nasrani yang murtad selepas memeluk islam. Ma’bad telah dibunuh
kerana memberontak pada tahun 80 Hijrah.
 b. Ghailan al-Dimasyqi.
Nama beliau ialah Abu Marwan Ghailan Ibn Muslim. beliau mengikuti fahaman Ma’bad
dalam masalah qadar.
 c. Ja’d Ibn Dirham
Beliau merupakan seorang guru kepada Marwan Ibn Muhammad. Beliau berfahaman
qadar dan merupakan orang yang mula-mula mengatakan al-Quran itu makhluk. Dia
dibunuh oleh Khalid Ibn Abdullah al-Qasri.
 Selepas daripada kemunculan 3 tokoh diatas lahir pula golongan yang
menafikan Qudrat dan Iradat manusia. Golongan ini dipelopori oleh Jaham Ibn
Safwan.

 Beliau bertemu dengan Ja’d dan kemudiannya menganut beberapa pendapat


Ja’d. Selepas itu beliau bersama-sama dengan harith Ibn Syuraij telah melancarkan
pemberontakan terhadap Bani Umaiyyah di Khurasan lalu beliau dapat ditawan dan
dibunuh.
 Golongan atau puak ini dikenali dengan golongan Jabariah/puak jahmiyah, iaitu
pengikut Jaham Ibn Safwan. Antara lain juga, mereka dikenali dengan puak
Mu’aththilah kerana mereka menafikan Sifat-Sifat Allah.
 Jaham juga berpendapat bahawa Allah itu tidak bersifat kecuali dengan
sifat Khaliq, Qadir dan Fa’il sahaja.
 segala perbuatan manusia itu tidak ada kuasa melakukan sesuatu, apa sahaja
yang dilakukan oleh manusia adalah dari Allah.
 Jaham berpendapat bahawa tidak harus sama sekali disifatkan Allah dengan
sifat yang boleh disifatkan kepada manusia atau makhluk kerana hal tersebut boleh
menyebabkan Allah itu sama atau menyerupai makhluk –Nya.
 Untuk itu Jaham menafikan Allah bersifat dengan sifat ‘Alim, Murid dan Hayy.
 Apa yang boleh disifatkan kepada Allah ialah Qadir, Maujud, Fa’il, Khaliq, Muhyi
dan Mumit.
 Kerana semua sifat tersebut berkaitan dengan sifat kemudiannya dikembangkan
oleh golongan Muktazilah.
 Mereka yang mengatakan al quran itu qadim dan menafikan sifat allah
menggunakan method kefahaman akal.
 Pada penghujung abad pertama hijrah tersebar pula fahaman dan puak serta
aliran Khawarij.
 Mereka ini telah mengkafirkan orang yang mengerjaka dosa besar.
 Pendapat tersebut telah disanggah oleh Hassan al- Iaitu orang yang melakukan
dosa besar adalah fasiq dan tidak kafir
 Wasil Ibn ata (ank murid Hassan) berpendapat orang yang melakukan dosa
besar berada diantara dua martabat diikuti pula oleh ‘Amru Ibn ‘Ubaid.
 Lantaran mereka telah mengasingkan diri daripada majlis gurunya, mereka
dikenali sebagai Muktazilah.

Sebagai rumusannya, pada zaman inilah dikatakan mulanya bermula untuk menyusun
kitab berkaitan dengan ilmu Kalam atau Tauhid. Namun kitab itu tidak ada yang sampai
ke tangan kita sekarang.

Anda mungkin juga menyukai