Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG

76300 SUNGAI UDANG


MELAKA

KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

TARIKH : 28 MEI 2014


HARI : RABU
TEMPAT LAWATAN:
UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE
DISEDIAKAN OLEH :
EN. MOHD REDZUAN BIN SNUSI
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

Muqaddimah

Konsep lawatan sambil belajar adalah salah satu kaedah pembelajaran dan
pengajaran secara tidak langsung di mana ia mempunyai kesan yang tersendiri
dan lebih berkesan. Murid-murid sekolah terutama di kawasan luar bandar perlu
didedahkan dengan realiti dan dunia yang sebenar dengan membawa mereka ini
melihat dengan mata mereka sendiri akan pembangunan negara kita yang kian
pesat membangun. Program lawatan sambil belajar ini juga dapat menambah lagi
pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan kepada murid-murid agar tidak menjadi
seperti ‘katak di bawah tempurung’. Selain itu, ia juga mampu memberi impak
semangat kepada murid-murid untuk mencapai kejayaan seiring dengan kejayaan
yang dicapai oleh negara kita.

Justeru itu, pihak kami telah mengambil inisiatif untuk mengadakan


program lawatan sambil belajar ini ke Universal Studis Singapore. Program ini juga
diadakan untuk memberi peluang kepada murid-murid khas yang datang dari
keluarga yang berpendapatan rendah dan miskin untuk turut sama merasai nikmat
dan suasana lawatan ke tempat yang belum pernah mereka lawati. Semoga
program yang sekecil ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT
dan ia juga dapat memberi semangat kepada anak-anak ini untuk berjaya dalam
kehidupan mereka pada masa akan datang.

Objektif

 Mendedahkan murid dengan perkembangan dan kemajuan negara yang


semakin pesat membangun terutama Singapura.
 Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat kepada murid agar lebih
peka dengan kemajuan yang telah dikecapi oleh negara.
 Membantu golongan yang berpendapatan rendah dan yang kurang
bernasib baik untuk turut sama merasai program lawatan ini.
 Menyedarkan serta mendidik murid akan pentingnya mencapai
kecemerlangan diri agar seiring dengan kemajuan negara.
Tarikh lawatan
28 Oktober 2014( Rabu)

Golongan Sasaran/Peserta
Murid Tahun 5, 6 dan guru dan keluarga guru

Tempat-tempat lawatan
Universal Studios Singapore

Ketua Lawatan
En. Mohd Redzuan Bin Snusi

Pembantu Ketua Lawatan


Pn. Norazlina Binti Che Deraman

Aturcara Lawatan

02.30 – 03.00 pagi - Berkumpul di Dataran SKSU


03.30 pagi - Perjalanan ke Singapura
06.00 pagi - Berhenti Solat Subuh
07.00 pagi - Sarapan pagi di RnR Gelang Patah
08.00 – 9.30 pagi - Urusan Imigresen Singapura
10.00 pagi -Dijangka tiba di Sentosa Island
10.30 pagi - Lawatan di Universal Studios Singapore
01.00 – 2.00 petang - Solat Zuhur dan Asar (Jamak Taqdim) dan
Makan Tengahari
06.30 petang - Perjalanan pulang ke SKSU
8.30 malam -Berhenti rehat di RNR Machap, Johor untuk
Makan Malam & Solat Isyak dan Maghrib
(Jamak Takhir)
10.30 malam -Dijangka tiba di SKSU
Anggaran Perbelanjaan

1. Pengangkutan ( 2 buah bas x RM 1200) = RM 2400.00

2. Bayaran masuk tiket ke Universal Studios Singapore


(RM 180 x 80 orang) = RM 14400.00

JUMLAH PERBELANJAAN = RM 16800.00

Sumber Pendapatan
Kutipan Perindividu (RM 210X80) = RM 16800.00

Penutup

Semoga program ini akan menaikkan semangat dan motivasi murid-murid


dan dapat memberikan pendedahan yang amat berguna kepada mereka.
Kerjasama semua pihak untuk menjayakan program lawatan ini amatlah dihargai
terutama pihak sekolah dan semua penyumbang ke arah kejayaan program ini.
Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan dan diredhai Allah SWT.

Disediakan oleh,

……………………..
(MOHD REDZUAN BIN SNUSI)
Guru Bimbingan
SK Sg Udang, Melaka.

Disahkan oleh,

………………………….
( HJH NORYATI BINTI CHEMAN )
Guru Besar,
SK Sg Udang, Melaka.
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG,
SUNGAI UDANG POS, Kod Sekolah : MBA 2027
76300 MELAKA. Tel. : 06-3512164

Rujukan Kami : SKSUM.F.700-16/2/01 ( 7-14 )


Bertarikh : 28 Februari 2014

Ibu Bapa / Penjaga,


Murid Tahun 5 dan 6,
S.K. Sungai Udang,
Melaka.

Tuan/ Puan,
Program Lawatan Sambil Belajar ke Universal Studios Singapore (USS).

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk:

2. Sukacita dimaklumkan bahawa unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Sungai Udang


akan mengadakan program lawatan sambil belajar ke Universal Studios Singapore (USS),
Singapura untuk murid tahun 5 dan 6 yang terpilih sahaja.

3. Butiran lawatan adah seperti dibawah :

Aktiviti : Lawatan Sambil Belajar


Tarikh : 28 Mei 2014 (Rabu)
Masa : 3.00 pagi hingga 10.30 malam.
Tempat : Universal Studios Singapore (USS).
Bayaran : RM 210.00 (Pengangkutan, Tiket USS, “Meal Voucher-10 Dolar
Singapore & Retail Voucher-5 Dolar Singapore”)
Passport : Tambahan RM10 dikenakan bagi tujuan Passport berkumpulan yang
akan diuruskan oleh ajk lawatan sekiranya murid tidak mempunyai
Passport.
Tentatif lawatan : Lihat lampiran 1 di belakang.

4. Justeru itu anak-anak tuan/puan boleh mendaftar kepada Encik Mohd Redzuan Snusi
(0133301608) berserta dengan bayaran untuk tujuan tersebut.Bayaran boleh dibuat
sebanyak 3kali bayaran. (Cadangan bayaran mengikut bulan : Mac-RM100, April-RM60, Mei-
RM50).

5. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan di dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

……………………………………
(HJH. NORYATI BTE CHEMAN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Udang.
PENGAKUAN KEBENARAN IBUBAPA / PENJAGA

1. Saya No. K/P :

ibu bapa / penjaga kepada (Tahun) __________

MEMBENARKAN anak jagaan saya untuk menyertai PROGRAM LAWATAN SAMBIL

BELAJAR DI UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS), SINGAPURA yang

akan diadakan pada 28 MEI 2014 (Rabu).

2. Saya sedar bahawa pihak sekolah telah pun mengambil langkah keselamatan. Walaupun

demikian, saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah

terhadap pihak pengelola / wakil mereka berkaitan apa-apa kemalangan, kematian, kecacatan

anggota atau kehilangan anggota dan sebarang kecederaan lain terhadap anak jagaan saya yang

berlaku samada dalam perjalanan pergi dan balik serta sepanjang aktiviti ini dijalankan.

3. Dengan ini saya juga memberi kebenaran kepada pihak pengelola aktiviti atau wakilnya

memberi apa-apa rawatan atau pertolongan perubatan kepada anak jagaan saya jika didapati perlu

oleh pihak berkenaan.

Tandatangan ibu bapa / penjaga :

No. Kad Pengenalan (Anak) :

Alamat rumah :

No. Telefon (R) :

No. Telefon (HP) :

Tarikh :
LAMPIRAN 1.

Aturcara Lawatan

02.30 – 03.00 pagi - Berkumpul di Dataran SKSU


03.30 pagi - Perjalanan ke Singapura
06.00 pagi - Berhenti Solat Subuh
07.00 pagi - Sarapan pagi di RnR Gelang Patah
08.00 – 9.30 pagi - Urusan Imigresen Singapura
10.00 pagi -Dijangka tiba di Sentosa Island
10.30 pagi - Lawatan di Universal Studios Singapore
01.00 – 2.00 petang - Solat Zuhur dan Asar (Jamak Taqdim) dan
Makan Tengahari di dalam kawasan USS
06.30 petang - Perjalanan pulang ke SKSU
8.30 malam -Berhenti rehat di RNR Machap, Johor untuk
Makan Malam & Solat Isyak dan Maghrib
(Jamak Takhir)
10.30 malam -Dijangka tiba di SKSU

Anda mungkin juga menyukai