Anda di halaman 1dari 6

SLOT 1

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) / HIGH ORDER THINKING SKILLS (HOTS)
Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan
kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara
kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di
harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan
dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa.
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk
kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai
dan mencipta.

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran


logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data
atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam
pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas
dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri.
Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai
bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya
pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan
kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur
pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih
produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan
memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan
guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah
didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan
di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan
keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid
dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan
KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT
semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan
murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada
sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

1
SLOT 2

SIX THINKING HATS

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘The Six Thinking Hats? Sebenarnya 'The Six Thinking
Hats' adalah alat berfikir yang telah dipelopori oleh Edward De Bono. Pada pendapat saya,
“The Six Thinking Hats’ ini merupakan satu teknik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran penulisan karangan. Hal ini demikian, kerana sekolah tempat saya
bertugas suatu ketika dahulu, sudah pernah melaksanakan teknik ini dan ternyata ia
berkesan. Walau bagaimanapun, pengaplikasian teknik ini memerlukan masa yang panjang
terutamanya jika ia diaplikasikan di peringkat sekolah rendah.

Berikut diterangkan serba sedikit tentang ‘The Six Thinking Hats’ untuk kita fahami.

1. Topi Hijau ( Green Hat )

Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif.

Warna hijau melambangkan otak yang subur dengan idea-idea.

Topi hijau digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada.

Topi hijau digunakan pada waktu mula-mula berfikir.

Situasi yang paling penting bagi menggunakan topi hijau ialah ketika ingin menyelesaikan
masalah.

2. Topi Kuning ( Yellow Hat )

Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstruktif.

Warna kuning melambangkan kecerahan yang bermakna positif.

Topi kuning digunakan bagi mencari segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang
dikeluarkan oleh topi hijau.

Situasi yang paling baik bagi menggunakan topi kuning ialah apabila mendapati idea-idea
mempunyai banyak kelemahan

2
3. Topi Putih ( White) Hat )

Topi putih melambangkan pemikiran objektif.

Warna putih melambangkan kebersihan yang bermakna tiada prejudis.

Topi putih digunakan untuk mencari fakta, angka dan maklumat semata-mata.

Topi putih dipakai sebelum membuat sebarang keputusan bagi memilih sebarang alternatif.

4. Topi Hitam ( Black Hat )

Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif.

Warna hitam melambangkan kegelapan yang bermakna tiada harapan.

Topi hitam digunakan untuk mencari segala yang salah , sukar , berisiko dan berbahaya.

Topi hitam berguna untuk menghasilkan rancangan kecemasan dan keselamatan.

Topi hitam dipakai sebelum membuat sebarang tindakan dengan memikirkan segala
keburukan dan kerugian yang akan dialami.

5. Topi Merah ( Red Hat )

Topi merah melambangkan pemikiran yang emosional.

Warna merah melambangkan perasaan yang ghairah.

Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu berfikir.

Masa yang paling sesuai memakai topi ini ialah selepas mengambil kira semua fakta yang
ada.

6. Topi Biru ( Blue Hat )

Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai.

Warna biru melambangkan langit yang bermakna paling atas.

Topi biru mengawasi topi-topi lain bekerja.

3
Orang yang paling sesuai untuk memakai topi ini ialah seseorang yang menjadi ketua.

Cara Implementasinya :

Jelaskan kepada pelajar mengenai keenam-enam topi ini.

Kemudian beri mereka keratan akhbar atau petikan.

Arahkan mereka untuk menganalisis keratan akhbar atau petikan tersebut berdasarkan warna
topi.

Proses terakhir, arahkan pelajar untuk membina sebuah karangan yang mempunyai tajuk
hampir-hampir sama dengan keratan akhbar atau petikan yang telah mereka analisis.

Pastikan mereka menggunakan peranan keenam-enam topi yang disediakan.

4
SLOT 3
PETA I-THINK
Peta Pemikiran atau peta i-Think adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk
peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia
boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh
digunakan. Rajah di bawah menunjukkan lapan bentuk peta i-Think yang dimaksudkan:

Berdasarkan rajah di bawah menunjukkan terdapat lapan bentuk peta i-Think iaitu peta
bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir,p peta pelbagai alir
dan peta titi.
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan
sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks. Peta bulatan
ini digunakan untuk mendefinisikan mengikut konteks. Bubble Map digunakan untuk
memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya
menggunakan perkataan deskriptif atau huraian. Peta buih digunakan untuk menerangkan
sifat, kualiti dan ciri-ciri.
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu. Peta buih berganda
ini mengandungi persamaan dan perbezaan mengenai sesuatu. Tree Map digunakan untuk

5
mengklasifikasikan bahan atau idea.peta pokok juga digunakan untuk mengelaskan,
mengasingkan, mengkategorikan, mengenalpasti antara idea utama dan penjelasannya.

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
Selain itu, peta dakap digunakan untuk menghubungkan sesuatu bahagian dengan bahagian
yang lain. Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses. Peta alir digunakan
untuk menyusun sesuatu maklumat mengikut aturan yang betul, menunjukkan kitaran atau
proses dan menceritakan langkah.
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan
akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah
kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah
akibat daripada peristiwa tersebut. Peta pelbagai alir digunakan untuk membincangakan
sebab dan akibat sesuatu peristiwa atau maklumat. Bridge Map digunakan untuk memberi
peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor
penghubungan. Petat titi digunakan untuk mengenal pasti perkaitan, dan meneka peraturan.

Anda mungkin juga menyukai