Anda di halaman 1dari 2

Pembahagian kumpulan

Aktiviti 2 : Dunia ku dunia baru


Masa : 30 Minit
Alatan : Tiada
Objektif : 1. Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama
lain dalam suasana yang menyeronokkan.
2. Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila berada
dalam kelompok yang belum dikenali.
Langkah :
1. Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1 –6.
2. Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu.
3. Peserta lelaki dan perempuan diminta berbaris sebelum kad diedarkan kepada
mereka.
4. Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru. Di dunia ini tiada
siapa yang boleh bertutur. Mereka hanya boleh melakukan gerakan yang tertentu.
Mereka semua perlu mencari rakan yang sama jenis untuk membentuk satu
perkampungan. -
 Aksi kanggaru
 Aksi katak
 Aksi peguin
 Aksi orang utan
 Aksi kuda

5. Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari
rakan lain yang sama jenis.
6. Ketua memastikan peserta tidak bercakap selain bunyi tertentu.
7. Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama. Maka mereka perlu buat
gerakan itu dan rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk kelompok.
Perbincangan: 1. Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti
2. Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.
Pengajaran : Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat
peramah, sedia menghampiri dan tidak menunggu ditegur oleh orang lain.
Aktiviti : Akukah itu?
Masa : 30 minit
Alatan :Kertas A4 dan pen/pensel
Objektif : 1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.
2. Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.
3. Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.

Langkah :
1. Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan
masing-masing. (Kecantikan lukisan itu tidak penting)
2. Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa
melakukan tugas ini.
3. Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing.
Tetapi jangan tulis nama pada lukisan tersebut..
4. Masa diberikan antara 5 – 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut..
5. Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian
menyerahkan semula kepada peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang
dibuat itu tidak diserahkan kepada empunya lukisan.
6. Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar
tersebut dengan hanya menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa
bergerak atau bangun dari kerusi.
7. Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah
susah untuk mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang
meneka dengan betul ketua akan menanyakan sebab mereka bolah meneka
dengan betul.
Pengajaran/ Rumusan :
1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat pada luaran
sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama dengan sikapnya yang
sebenar.
2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri tidak
kenal siapa diri kita

Anda mungkin juga menyukai