Anda di halaman 1dari 6

Soalan 1

Rajah menunjukkan ciri-ciri yang dimiliki oleh biji benih tumbuhan N.

Warna
Isi yang yang Bau yang
boleh menarik menarik
dimakan

Biji benih
tumbuhan N

Apakah agen pencaran yang sesuai untuk menyebarkan biji benih tumbuhan N?

A. Angin

B. Haiwan

C. Air

D. Mekanisme letupan

Petunjuk:

Sebuah bangunan yang hanya digunakan untuk membaca buku. Bangunan itu juga mempunyai jumlah
buku yang sangat banyak. Tekalah saya????????

***cari kertas soalan diluar kawasan tersebut


Soalan kedua

Rajah 8 menunjukkan resipi yang digunakan oleh dua orang tukang masak iaitu tukang masak J dan
tukang masak K untuk menghasilkan roti yang terbaik. Ditunjukkan juga roti yang telah dihasilkan
menggunakan kedua-dua resepi tersebut.

Tukang masak J Tukang masak K

Tepung gandum 3 cawan Tepung gandum 3 cawan


Gula 4 sudu Gula 4 sudu
Susu pekat 2 sudu Susu pekat 2 sudu
Yis kering 1 sudu Yis kering 1.5 sudu
Air suam 1 cawan Air suam 1 cawan
Telur 1 biji Telur 1 biji
marjerin 2 sudu Marjerin 2 sudu

15 cm

10 cm

Apakah yang perlu dilakukan oleh tukang masak L jika dia ingin menghasilkan roti lebih tinggi
berbanding roti yang dihasilkan oleh tukang masak K?

A. menggantikan air suam dengan air panas.

B. Memasukkan dua biji telur ayam ke dalam adunan.

C. Memasukkan dua sudu yis ke dalam adunan.

D. Menambahkan secawan lagi tepung gandum ke dalam adunan.

Petunjuk:

Kawasan yang sering digunakan untuk perhimpunan. Ada tiga tiang bendera. Cari soalan diantara tiang
tersebut.
Soalan ketiga

Encik Hadad memulakan perjalanannya dari Banting ke Tawau sejauh 600km pada jam 8.00 pagi.
Sekiranya dia memandu dengan kelajuan malar 100km/jam dan berhenti selama 1 jam di Ranau, pada
pukul berapakah Encik Hadad akan tiba di Bandar Tawau?

A. 1.00 tengah hari

B. 2.00 petang

C. 3.00 petang

D. 3.30 petang

Petunjuk:

Struktur kayu yang agak usang. Tempat berteduh untuk murid-murid yang berkayuh ke sekolah. Tekalah
saya???
Soalan keempat

Apakah yang dimaksudkan dengan bahan berasid?

A. Bahan yang berasa licin apabila disentuh dan tidak mengubah warna ke atas kertas litmus.

B. Bahan yang menukarkan kertas litmus merah kepada biru dan berasa masam.

C. Bahan yang menukarkan kertas litmus biru kepada merah dan berasa masam.

D. Bahan yang akan melecurkan tangan apabila disentuh dan berasa pahit.

Petunjuk:

Struktur bangunan yang telah roboh akibat bencana alam. Tempat berteduhnya kenderaan tenaga
pengajar. Tekalah saya???
Soalan kelima

Rajah 15 menunjukkan satu gabungan litar selari dan litar bersiri.

S1

S2

M1

S3

M2

Apakah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan nyalaan mentol yang paling terang?

A. Membuka suis S1, S2 dan S3

B. Menutup suis S1, dan S2 tetapi membuka suis S3.

C. menutup suis S1 dan S3 tetapi membuka suis S2.

D. Menutup suis S1, S2 dan S3.

Petunjuk:

Bangunan yang sangat penting kepada murid-murid dan guru. Tanpanya kita akan berasa lapar
sepanjang hari. Perut berkeroncong, gundah gulana, hati tidak tenteram, jiaw kacau. Jika hendak
mendapatkan sesuatu perlu berbaris terlebih dahulu.

Tekalah saya?????
Soalan keenam

Apakah yang dimaksudkan dengan penyahtinjaan?

A. Penyingkiran air kencing daripada tubuh manusia.

B. menyingkirkan bahan tidak tercerna daripada tubuh manusia.

C. penyingkiran air berlebihan daripada tubuh manusia.

D. Penyingkiran bahan buangan toksin daripada tubuh badan manusia.

Petunjuk:

Petunjuk terakhir. Menuju ke bilik Guru. Semoga Berjaya.

Anda mungkin juga menyukai