Anda di halaman 1dari 1

Menyedarkan

Melalui 4M, salah satu cabangnya dalam menangani isu pedofilia adalah dengan
menyedarkan masyarkat mengenai isu ini agar kejadian yang sama tidak berlaku.
Menyedarkan ibu bapa, masyarakat dan kerajaan melalui penganjuran kempen atau
gerakan kesedaran mengenai gejala pedofilia ke seluruh Malaysia. Perkara ini
dilakukan melalui media sosial, media massa, kempen samada di peringkat sekolah,
universiti atau di tempat umum. Selain itu, dalam bahagian menyedarkan ini juga, kita
akan mendapatkan kerjasama dengan insta influencer untuk menyokong gerakan
membanteras gejala pedofilia kerana kebanyakkan masyarakat kini lebih terdedah
kepada isu-isu yang timbul di laman sosial. Melalui cara ini, dapatkan sedarkan
terutamanya golongan muda tentang bahayanya pedofilia ini jika ia terus berlaku.
Seterusnya, kita seharusnya menyedarkan pihak kerajaan agar menggiatkan lagi
penguatkuasaan undang yang termaktub iaitu melalui Seksyen 14(A) Akta Kesalahan
Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Hal ini disebabkan walaupun terdapat akta ini,
tetapi tindakan dan penguatkuasaannya kurang dilaksanakan dan tidak menyeluruh
terhadap isu pedofilia yang telah berlaku. Oleh itu, dalam konsep menyedarkan ini,
sebenarnya ia memainkan setiap peranan lapisan masyarakat samada ibu bapa,
masyarakat ataupun pihak kerajaan itu sendiri. Walaupun keadaan ini mengambil
jangka masa yang panjang untuk diselesaikan tetapi ia tetap perlu dilaksanakan agar
semakin hari semakin lama isu ini mampu diatasi dengan kerjasama semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai