Anda di halaman 1dari 4

(Kertas Kerja)

’1 MURID 1 SUKAN’
TARIKH : 6 – 10 JANUARI 2019
TEMPAT : GELANGGANG BOLA JARING SKPN
MASA : 7.30 PG HINGGA 9.00 PAGI
ANJURAN : KELAB BOLA JARING SKPN

1
KERTAS KERJA
PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA JARING 2019

1. Tajuk : Latihan Insentif Pasukan Bola Jaring 2019

2. Tarikh : Setiap Hari (6 hingga 10 Januari 2019)

3. Anjuran : Kelab Bola Jaring SK Pekan Nanas

4. Tempat : Gelanggang Bola Jaring SK Pekan Nanas

5. Objektif :
5.1 Pendedahan jangka panjang kepada murid-murid tentang permainan bola jaring
agar lebih bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum pertandingan.
5.2 Meningkatkan kemahiran mengawal bola, membuat hantaran, menjaringkan gol
dan sebagainya.
5.3 Membentuk disiplin diri di kalangan murid-murid.
5.4 Memupuk semangat bekerjasama, muhibbah, bertoleransi dan bersefahaman di
kalangan murid tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa, bahasa mahupun
agama.

6. Tema : ”Usaha Berterusan Melahirkan Kesempurnaan”

7. Jawatankuasa Induk :
Penasihat : En Ahmad Firdauz Bin Abdullah Tahrin
Guru Besar SK Pekan Nanas
Pengerusi : En Syaipul Idaham B Mohamad Nur (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Pn Suraiti Bt Md Yusop(GPK 1)
Pn Salwa Bt Mohamed Salleh (GPK HEM)
Setiausaha : Pn Nor Asmirah Bt Mamat
Penyelaras Program : Pn Zuhrah Bt Mohd Ataillah

2
8. Tentatif Program :

HARI MASA
6 hingga 10 Januari 2019 7.30 – 9.00 pagi

9. Pelaksanaan :
-Latihan adalah pada setiap hari.
-Latihan insentif ini adalah sebagai persediaan menghadapi pertandingan Bola Jaring
Perempuan Bawah 12 MSSD.
-Pertandingan adalah antara ahli pasukan sahaja.
-Lokasi latihan adalah di gelanggang bola jaring SK Pekan Nanas
10. Anggaran Perbelanjaan :

BIL ANGGARAN PERBELANJAAN HARGA JUMLAH

1. Sarapan pagi -
Makanan Peserta RM400.00
1
RM2 X 40 Murid X 5 Hari
1. 2 buah Tiang Gol Bola Jaring
2. Peralatan Sukan Bola Jaring RM1200.00
Saiz 12 kaki

JUMLAH RM1600.00

11. Penutup

Melalui program pembangunan bola jaring ini, adalah diharapkan agar murid-murid
dapat membina semangat kesukanan dan menunjukkan bakat terpendam yang ada pada
mereka. Selain daripada itu, program ini juga diharap dapat mewujudkan semangat kerjasama,
hormat menghormati di samping meningkatkan pengetahuan murid dalam sukan dan
permainan.

3
Disediakan oleh,

.................................................
( PN NOR ASMIRAH BT MAMAT)
Setiausaha Kelab Bola Jaring,
SK Pekan Nanas.

Disemak oleh,

.....................................................
( EN SYAPUL IDAHAM BIN MOHAMAD NUR )
GPK Ko-Kurikulum,
SK Pekan Nanas.

Disahkan oleh ,

...........................................................
( EN AHMAD FIRDAUZ BIN ABDULLAH TAHRIN)
Guru Besar,
SK Pekan Nanas.

Anda mungkin juga menyukai