Anda di halaman 1dari 3

BIL ACARA SKRIP CATATAN

1 Murid-murid Melati kuntum tumbuh melata, Diharapkan


dan guru Sayang merbah di pohon cemara, semua murid
berkumpul Assalammualaikum mulanya kata, bersedia dan
Saya sembah pembuka bicara. senyap kerana
Ketibaan upacara
Perasmi, majlis akan
bermula
2 Alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim.
Pengacara Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
Majlis.
Yang Berusaha,
Tn Hj Mohd Khairuddin B Sa’don
Guru Besar, Sek.Keb. Kampong Sawah

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;


1) Pn Salwa Bt Mohd Salleh  - Penolong Kanan  Pentadbiran.
2) Pn Nor Ainizuraimi Bt Mohd Noar – Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
3) Pn. Suriyati Bt Pardi – Penolong Kanan Kokurikulum.

Rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin


dan limpah rahmatNya dapat kita merealisasikan Majlis Watikah
Pelantikan Pemimpin Muda Secara Norma Baharu peringkat Sekolah
Kebangsaan Kampong Sawah bagi Tahun 2021.

3 Nyanyian Semua murid diminta berdiri bagi menyanyikan 3 buah lagu iaitu
Lagu Lagu Negaraku,Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah.

……….nyanyian…………

Semua murid dipersilakan duduk.

4 Bacaan Doa Dari Perlis puspa ku mohon, Ustz Mohd


Puspa dipilis buat azimat, Yusri bin
Tangan ditadah doa dipohon, Kamarudin
Semoga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan PRS Muhammad Haziq B
Kamahabzanizam untuk memimpin bacaan doa. Majlis
mempersilakan

…………………….Bacaan Doa………………

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih di atas


bacaan doa itu tadi, semoga majlis kita akan lebih diberkati dan
dirahmati .

5 Ucapan Aluan Murid-murid dan pemimpin muda Sekalian, MC


Pengacara
Majlis Tujuan majlis perlantikan pemimpin muda ini diadakan adalah untuk
mengiktiraf peranan pemimpin pelajar dalam menyumbang kepada
kejayaan sekolah disamping menyemai sikap bertanggungjawab
terhadap tugasan yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga
dengan penyerahan tugas ini nanti akan menjadikan mereka pemimpin
pelajar yang berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas.

8 Ucapan Tanpa melengahkan masa, marilah sama-sama kita mendengar ucapan


Perasmian daripada yang berusaha Tn Hj Mohd Khairuddin Bin Sa’don, Guru
Majlis Besar SK Kampong Sawah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Pelantikan
Pengawas dan ………………….Ucapan perasmian………………………..
Ketua Kelas
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Mohd
Khairuddin Bin Sa’don di atas ucapan beliau itu tadi. Semoga dengan
apa yang disampaikan oleh tuan Guru Besar sebentar tadi dapat kita
jadikan ikhtibar dan juga pedoman khususnya buat anak-anak SK
Kampong Sawah dalam meniti kehidupan sebagai insan yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara.

9 Penyampaian Seterusnya, bagi menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan


sijil pelantikan Pemimpin Muda Sekolah, dengan ini menjemput wakil guru di setiap
kelas mewakili Guru besar untuk menyampaikan watikah perlantikan.

Watikah Pelantikan bagi sesi 2021 dimulai dengan barisan Pemimpin


Muda daripada kelas 6 Ibnu Sina
Dipersilakan……………….

Seterusnya daripada kelas 6 Ibnu Khaldun..


Dipersilakan…..

Terima kasih diucapkan kepada wakil guru kelas di atas penyampaian


watikah pelantikah itu tadi.

Majlis ingin mengumumkan,Ketua Pengawas dan Penolong Ketua


Pengawas Bagi Tahun 2021,

Ketua Pengawas bagi tahun 2021 ialah

MUHAMMAD AQEEF FAHIM BIN MOHAMAD NAZRIE

Penolong Ketua Pengawas bagi tahun 2021 ialah

NUR AALIYAH BINTI KAMAHABZANIZAM

Tahniah diucapkan di atas pelantikan.

Seterusnya,

Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Tahun


2021

Ketua Pengawas Pusat Sumber Tahun 2021 ialah

MUHAMMAD ADAM ZIKRI BIN ABDULLAH


Manakala

Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Tahun 2021 ialah

EJA JEEHAN BT. MOHD. LIZA

Tahniah diucapkan di atas pelantikan

Seterusnya

Ketua Pembimbing Rakan Sebaya bagi Tahun 2021 ialah

MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ B ABDULLAH

Tahniah diucapkan di atas pelantikan

8 Ikrar Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini


Pengawas rasmilah sudah pelantikan jawatan pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya , ketua kelas dan
penolong ketua kelas, Sekolah Kebangsaan Kampong Sawah bagi
tahun 2021. Untuk itu, majlis diteruskan dengan menjemput dan
mempersilakan _Ketua Pengawas MUHAMMAD AQEEF FAHIM BIN
MOHAMAD NAZRIE untuk mengetuai bacaan ikrar.

Terima kasih diucapkan atas bacaan lafaz ikrar sebentar tadi. Mudah-
mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi akan manjadikan barisan
pemimpin di sekolah ini lebih komited dan amanah dalam
menjalankan tugas mereka.

11 Penutup Dengan ini, berakhirlah majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda


SK Kg Sawah bagi tahun 2021. Pihak majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua jawatankuasa serta semua yang terlibat
dalam menjayakan majlis ini.

Sekian wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai