Anda di halaman 1dari 4

BIL ACARA SKRIP CATATAN

1 Murid-murid Melati kuntum tumbuh melata, Diharapkan


dan guru Sayang merbah di pohon cemara, semua murid
berkumpul Assalammualaikum mulanya kata, bersedia dan
Saya sembah pembuka bicara. senyap kerana
Ketibaan upacara
Perasmi, majlis akan
bermula
2 Alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim.
Pengacara Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
Majlis.
Yang Berusaha,
Tn Hj Mohd Khairuddin B Sa’don
Guru Besar, Sek.Keb. Kampong Sawah

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;


1) Pn Salwa Bt Mohd Salleh - Penolong Kanan Pentadbiran.
2) Pn Nor Ainizuraimi Bt MOhd Noar – Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
3) Pn. Suriyati Bt Pardi – Penolong Kanan Kokurikulum.

Rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin


dan limpah rahmatNya dapat kita berkumpul pada pagi ini, dalam
melaksanakan Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda Sekolah
Kebangsaan Kampong Sawah bagi Tahun 2020.

3 Nyanyian Hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan 3 buah lagu iaitu Lagu
Lagu Negaraku,Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah.

……….nyanyian…………

Hadirin dipersilakan duduk.

4 Bacaan Doa Dari Perlis puspa ku mohon, Ustz Mohd


Puspa dipilis buat azimat, Yusri bin
Tangan ditadah doa dipohon, Kamarudin
Semoga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan …………………………………….
…………………………………………………………………………
……………….. untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan

…………………….Bacaan Doa………………

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih di atas


bacaan doa itu tadi, semoga majlis kita akan lebih diberkati dan
dirahmati .

5 Ucapan Aluan Hadirin Sekalian, MC


Pengacara
Majlis
Tujuan majlis perlantikan pemimpin muda ini diadakan adalah untuk
mengiktiraf peranan pemimpin pelajar dalam menyumbang kepada
kejayaan sekolah disamping menyemai sikap bertanggungjawab
terhadap tugasan yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga
dengan penyerahan tugas ini nanti akan menjadikan mereka pemimpin
pelajar yang berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas.

6 Ucapan Guru Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala Guru Besar
Pembimbing
hormatnya menjemput en. Mohamad Syarqawi Bin Mohamad Fadeli,
Guru Disiplin SK Kampong Sawah
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

………….Ucapan ………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada en. Mohamad


Syarqawi Bin Mohamad Fadeli di atas ucapan beliau itu tadi.

7 Ucapan Guru Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Ust
Pembimbing
Haszarul Affendy Hakkim Bin A Samad, Guru Pemimpin Kecil SK
Kampong Sawah
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

………….Ucapan ………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ust Haszarul Affendy


Hakkim Bin A Samad di atas ucapan beliau itu tadi.

8 Ucapan Majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Perasmian Majlis Watikah Perasmi
Perasmian Perlantikan Pemimpin Muda oleh Tn Hj Mohd Khairuddin Bin
Majlis Sa’don, Guru Besar SK Kampong Sawah. Dengan segala hormatnya
Pelantikan dipersilakan.
Pengawas dan
Ketua Kelas ………………….Ucapan perasmian………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Mohd


Khairuddin Bin Sa’don di atas ucapan beliau itu tadi. Semoga dengan
apa yang disampaikan oleh tuan Guru Besar sebentar tadi dapat kita
jadikan ikhtibar dan juga pedoman khususnya buat anak-anak SK
Kampong Sawah dalam meniti kehidupan sebagai insan yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara.

9 Penyampaian Hadirin sekalian,


sijil pelantikan Bagi menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda
Sekolah, majlis dengan ini menjemput Pn Salwa Bt Mohd Salleh,
Guru Pen. Kanan Pentadbiran bagi mengiringi Tn Hj Mohd
Khairuddin Bin Sa’don Guru Besar SK Kampong Sawah untuk
menyampaikan watikah perlantikan. Dipersilakan.
Watikah Perlantikan Pemimpin Muda dimulai dengan barisan
Pengawas Sekolah bagi sesi 2020
Dipersilakan……………….

Seterusnya barisan Pengawas Pusat Sumber..


Dipersilakan

Penyampaian watikah diteruskan kepada barisan Ketua dan Penolong


Kelas.
Dipersilakan………………..

Seterusnya barisan Pembimbing Rakan Sebaya,


Dipersilakan………………..

Majlis diteruskan dengan Perlantikan Ketua dan Penolong Ketua


Pengawas Bagi Tahun 2020,

Ketua Pengawas SK Kg Sawah, dipersilakan

…………………………………………………………………………
………………..

Seterusnya bagi jawatan Penolong Ketua Pengawas Sk Kg Sawah


Bagi Tahun 2020

Dipersilakan……………………………………………………………
………..

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mohd Khairuddin Bin Sa’don


di atas penyampaian watikah pelantikah itu tadi.

8 Ikrar Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini Zaim Hamidi
Pengawas rasmilah sudah pelantikan jawatan pengawas sekolah, pengawas pusat bin Mat Zam
sumber sekolah, ketua kelas dan penolong ketua kelas, Pembimbing
Rakan Sebaya Sekolah Kebangsaan Kampong Sawah bagi tahun
2020. Untuk itu, majlis diteruskan dengan menjemput dan
mempersilakan _Ketua Pengawas
________________________________________, untuk mengetuai
bacaan ikrar. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas bacaan lafaz ikrar sebentar tadi. Mudah-
mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi akan manjadikan barisan
pemimpin di sekolah ini lebih komited dan amanah dalam
menjalankan tugas mereka.

11 Penutup Dengan ini, berakhirlah majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda


SK Kg Sawah bagi tahun 2020. Pihak majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua jawatankuasa serta semua yang terlibat
dalam menjayakan majlis ini.

Sekian wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai