Anda di halaman 1dari 4

Sekolah Kebangsaan Kampong Sawah

KERTAS CADANGAN
PROGRAM MOTIVASI SKOR A
DAN
KEMAHIRAN BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6

TARIKH : 18 MAC
2019
HARI : RABU
MASA : 8.00
PAGI -12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN SKKS.

DISEDIAKAN OLEH :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SAWAH

1.0 PENDAHULUAN
Program Motivasi Skor A dan Kemahiran Belajar ini diadakan bagi meningkatkan
semangat dan usaha murid-murid untuk meningkatkan prestasi. Selain itu, program
ini dapat memberikan keyakinan kepada setiap murid tidak mengira tahap
penguasaan untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

2.0 MATLAMAT
Memastikan semua murid sedar tentang tanggungjawab sebagai murid dan dapat
menguasai teknik belajar yang betul.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan fokus murid-murid untuk persediaan JERIS untuk menghadapi
peperiksaan.
3.2 Mempertingkatkan keyakinan dan motivasi murid-murid dengan bimbingan
guru-guru dan penceramah motivasi
3.3 Mengenali potensi diri dengan lebih baik bagi persiapan menghadapi
Peperiksaan
3.4 mendedahkan murid dengan teknik belajar yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tahun 6 seramai 59 orang

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM


 Perbincangan dengan Guru Besar, PK Pentadbiran dan Penyelaras Tahun.
 Penetapan tarikh, tempat dan aktiviti program.
 Menyediakan kertas cadangan program.
 Menyediakan AJK bertugas serta bidang tugas masing-masing.
 Mengadakan mesyuarat dan taklimat.
 Pelaksanaan program.

6.0 CARTA ORGANISASI PELAKSANAAN PROGRAM MOTIVASI SKOR A DAN


KEMAHIRAN BELAJAR

PENASIHAT :
TN HJ KHAIRUDDIN BIN SA’DON (GB SKPN)
PENGERUSI :
PN NOR AINIZURAIMI BT MOHD NOAR (PK HEM)
SETIAUSAHA :
PN NOR ASMIRAH BT MAMAT
NAIB SETIAUSAHA :
PN SUZIYANA BT TUKIRAN

7.0 ATURCARA PROGRAM:

8.00 Pagi : Pendaftaran


8.30 Pagi : Motivasi Skor A
10.00 Pagi : Rehat
10.30 Pagi : Kemahiran Belajar dan Pengurusan Masa
12.00 TH : Penyampaian Cenderamata dan Bersurai

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:

BI ITEM KOSxBIL MURID JUMLAH


L
1. Makan Pagi RM5.00 x 59 RM295.00

JUMLAH RM295.00

9.0 PENUTUP:
Program motivasi ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran
dan keyakinan murid-murid dalam pelajaran. Keyakinan dan kesediaan murid harus
berterusan sepanjang tahun sebelum menghadapi peperiksaan kerana mereka ialah
produk sekolah yang akan menaikkan gred kecemerlangan sekolah.
Murid-murid akan menghadapi tekanan dalam mengharungi proses
pembelajaran di sekolah, kelas tambahan yang diadakan setiap hari selepas
persekolahan dan kelas tambahan pada setiap hujung minggu. Oleh itu, keadaan mental
dan fizikal mereka harus dititikberatkan untuk sentiasa berada dalam keadaan positif
menjelang peperiksaan.
Disediakan oleh,

.................................................
( NOR ASMIRAH BINTI MAMAT )
Guru Bimbingan Dan Kaunseling,
SK Kampong Sawah.

Disemak oleh,

.....................................................
( NOR AINIZURAIMI BT MOHD NOAR)
GPK Hal Ehwal Murid,
SK Kampong Sawah.

Disahkan oleh ,

...........................................................
( HJ KHAIRUDDIN BIN SA’DON)
Guru Besar,
SK Kampong Sawah.

Anda mungkin juga menyukai