Anda di halaman 1dari 3

Jenis Karangan : Dialog / Temuramah

Soalan : Temu ramah dengan tokoh murid

PENDAHULUAN
- Memberi salam
-perkenalkan diri
PENUTUP - menyatakan tujuan
Harapan tokoh ingin menemu ramah ISI 1
- terus berjaya dengan Biodata diri tokoh
lebih cemerlang -ucapan tahniah
-ucap terima kasih -Latar belakang diri
kerana sudi ditemu tokoh
ramah

Tokoh Murid

ISI 2
ISI 4 Perasaan tokoh murid
Nasihat tokoh - bangga dan
- meneladani yang gembira
baik -berterima kasih
- aktif dalam semua kepada semua
bidang.
- motivasi kepada
rakan-rakan ISI 3
supaya boleh Rahsia kecemerlangan
berjaya tokoh
- Akademik
- Sahsiah
- Kokurikulum
Temu ramah seorang tokoh murid

Ahmad : Assalamualaikum, apa khabar?

Salina : Waalaikumusalam, khabar baik.

Ahmad : Saya Ahmad dari buletin sekolah ingin menemuramah saudari kerana saudari
dinobatkan sebagai tokoh murid sekolah ini.

Salina : Boleh apa salahnya.

Ahmad : Pertama sekali, saya dengan besar hatinya ingin mengucapkan tahniah
kepada saudari kerana telah berjaya menjadi tokoh murid 2009.

Salina : Terima kasih.

Ahmad : Bolehkah saudari menceritakan serba sedikit tentang latar belakang saudari?

Salina : Baiklah. Nama penuh saya Salina bt Halim berasal dari Ipoh, Perak. Saya
merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Sebagai anak sulung
banyak juga tanggungjawab yang terpaksa saya pikul bagi membantu ibu bapa
saya. Ayah saya hanyalah bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat
mengedar barangan runcit. Manakala ibu saya hanyalah seorang suri rumah
tangga sahaja.

Ahmad : Apakah perasaan saudari apabila bergelar tokoh pelajar?

Salina : Semestinya saya berasa bangga dan gembira. Saya amat bersyukur kerana
usaha saya selama ini membuahkan hasil. Saya juga dapat berkongsi
kegembiraan ini bersama keluarga saya. Oleh itu, saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepda guru, keluarga
dan rakan-rakan kerana tidak jemu memberi semangat kepada saya untuk
terus berusaha sehingga berjaya mencapai kecemerlangan ini.

Ahmad : Apakah rahsia kecemerlangan saudari sehingga berjaya menjadi tokoh murid
ini?

Salina : Sebenarnya sesiapa pun boleh menjadi tokoh murid. Semuanya bergantung
kepada dua prinsip sahaja iaitu disiplin dan usaha yang gigih. Di samping itu,
kita hendaklah sentiasa mengerjakan suruhan Allah dan sentiasa berdoa
kepadaNya.

Ahmad : Mengikut pandangan saudari, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang
murid itu agar boleh terus berjaya?

Salina : Sesetengah pelajar tidak sanggup berkorban masa dan tenaga untuk
mencapai sesuatu yang mereka idamkan. Sebenarnya, sikap yang sentiasa
telus dan kesedaran tentang kepentingan pelajaran perlu ditanamkan dalam
diri kita Untuk pengetahuan saudara, saya sentiasa berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. Saya juga
mementingkan sahsiah diri dan ketatasusilaan yang tinggi. Hal ini sekaligus
dapat mengeratkan lagi hubungan saya dengan guru dan sesama rakan-rakan
di sekolah
Ahmad : Bolehkah saudari ceritakan kejayaan yang telah saudari capai dalam bidang
kokurikulum pula?

Salina : Sebenarnya, saya memang suka bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum
ini. Aktiviti-aktiviti kokurikulum sebenarnya banyak juga membantu
mencerdaskan pemikiran kita di samping dapat mencergaskan tubuh badan .
Saya merupakan wakil sekolah bagi Pertandingan Pidato sehingga berjaya
menjadi johan bagi peringkat negeri. Selain itu, saya juga terlibat dengan
pertandingan secara berkumpulan seperti koir, ‘Pertandingan ‘choral speaking’
, wakil sekolah bagi permainan bola baling, permainan sofbol dan sebagainya.
Lantaran itu, saya telah dilantik pula menjadi pengerusi persatuan Sains dan
Matematik, Pengerusi unit Pengakap dan pengerusi bagi permainan sofbol.

Ahmad : Memandangkan banyak pengetahuan dan pengalaman yang sudah saudari


timba di sekolah ini, bolehkah saudari berikan serba sedikit nasihat yang patut
diteladani oleh semua murid di sini?

Salina : Oh, boleh, boleh tidak menjadi masalah. Untuk menjadi pelajar yang dicontohi,
seseorang itu seharusnya melakukan semua perkara yang baik dan
menghindari segala yang buruk. Selain itu, bergiat aktif dalam aktiviti sukan
dan kokurikulum atau apa jua bidang sekalipun adalah sangat penting. Tidak
ketinggalan pula, sokongan dan kata-kata semangat daripada semua golongan
amat diperlukan . Kita harus saling menasihati sesama sendiri agar dapat
mendorong kita untuk terus berusaha. Kita jangan sesekali mengamalkan
sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Ahmad : Akhir sekali, saudari apakah harapan saudari untuk masa hadapan?

Salina : Saya harap saya akan terus berjaya dan maju ke hadapan. Sekiranya, saya
berundur satu tapak ke belakang, saya akan berusaha sedaya-upaya untuk
maju dua tapak lagi ke hadapan. Saya tidak akan berhenti berusaha untuk
menjadi murid cemerlang sekaligus memberi contoh kepada murid-murid lain
untuk bersaing secara sihat. Putus asa tidak pernah wujud dalam kamus hidup
saya.

Ahmad : Baiklah setakat itu sahaja temu ramah kita pada hari ini. Terima kasih kepada
saudari kerana sudi diwawancara. Semoga saudari terus berjaya dengan lebih
cemerlang lagi dan mencapai segala yang diinginkan. Saya wakil dari pihak
buletin sekolah sentiasa memberi sokongan kepada saudari untuk terus maju
jaya.

Salina : Sama-sama. Saya gembira kerana dapat membantu

Anda mungkin juga menyukai