Anda di halaman 1dari 4

Interaksi Antara Organisma Hidup : Mangsa-Pemangsa, Persaingan,

Simbiosis, Komensalisme, Mutualisme, dan Parasitisme

Organisma berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai cara dan bagi pelbagai tujuan.
Terdapat banyak interaksi atau hubungan antara organisma hidup, antaranya adalah mangsa-
pemangsa, persaingan intraspesies, persaingan interspesies, simbiosis, komensalisme,
mutualisme dan juga parasitisme. Jom kita kupas satu persatu.

1) Mangsa-Pemangsa
Ini adalah hubungan antara organisma yang memakan organisma lain dan juga organisma yang
kena makan. Bagi organisma yang memakan organisma lain, kita sebut sebagai pemangsa,
manakala organisma yang kena makan kita sebut sebagai mangsa.

Contoh hubungan ini adalah hubungan antara ular dan burung. Ular sebagai pemangsa dan
burung sebagai mangsa.

2) Persaingan
a) Persaingan Intraspesies
Hubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama
(makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang sama.
Sebagai contohnya, hubungan antara orang utan yang bersaing sesama spesies mereka sendiri
dalam mendapatkan makanan.

b) Persaingan Interspesies
Hubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama
(makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang berlainan.

Contoh hubungan ini adalah hubungan interaksi antara dubuk dan juga harimau ketika
berebutkan makanan yang sama.

3) Simbiosis
Hubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama. Ada yang mendapat faedah,
dan ada yang mendapat kerugian.

a) Komensalisme
Komensalisme ialah interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat
faedahdaripada organisma lain tanpa menjejaskannya.

Sebagai contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu. Ikan remora akan
memperolehi perlindungan dan makanan, manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa (faedah /
kerugian)

b) Mutualisme
Mutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengan kedua-duanya mendapat faedah.
Sebagai contohnya, hubungan antara kerbau dan burung gembala kerbau. Burung gembala
kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula
mendapat manfaat kerana tiada kutu yang menghisap darahnya. Kerbau tidak perlu garu sebab
gatal.

c) Parasitisme
Parasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat
faedah, manakala yang satu lagi mendapat kerugian.

Contohnya adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia. Cacing pita ini akan memperoleh
faedah kerana mendapat makanan percuma daripada manusia, tetapi manusia pula mendapat
kerugian kerana zat makanan habis diserap oleh cacing tersebut.

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Anda mungkin juga menyukai