Anda di halaman 1dari 1

Ancaman Orang Yang Tidak Solat Berjemaah Di Masjid

Posted on September 18, 2017 · Leave a Comment


Ancaman Orang Yang Tidak Solat Berjemaah Di Masjid

َ ‫اس ث ُ هم أَ ْن‬
َ‫طلِق‬ ِ ‫ي بِالنه‬ َ ُ‫ام ث ُ هم آ ُم َر َر ُج اَل فَي‬
َ ‫ص ِل‬ ‫سله َم لَقَدْ َه َم ْمتُ أ َ ْن آ ُم َر بِال ه‬
َ َ‫ص ََلةِ فَتُق‬ ‫صلهى ه‬
َ ‫َّللاُ َعلَ ْي ِه َو‬ َ ِ‫َّللا‬ ‫سو ُل ه‬ ُ ‫َع ْن أَبِي ه َُري َْرة َ قَا َل قَا َل َر‬
ُ
‫ص ََلة َ فَأ َح ِرقَ َعلَ ْي ِه ْم بُيُوتَ ُه ْم ِبالنهار‬
‫ب ِإلَى قَ ْو ٍم ََل يَ ْش َهد ُونَ ال ه‬ ٍ ‫ط‬َ ‫َم ِعي ِب ِر َجا ٍل َم َع ُه ْم ُحزَ ٌم ِم ْن َح‬

Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh saya ingin sekali
menyuruh solat, lalu dikumandangkan iqamah, kemudian saya menyuruh seseorang mengimami
solat berjamaah (menggantikan saya), lalu saya pergi bersama beberapa orang yang membawa
longgokan kayu bakar ke rumah orang-orang yang tidak mengerjakan solat berjamaah, kemudian
saya bakar rumah-rumah mereka dengan api.” [HR. Abu Daud No: 461]. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah menekankan kepentingan untuk lelaki Muslim mengerjakan solat fardu di Masjid.

2. Ancaman Rasulullah untuk membakar orang berserta rumahnya kerana tidak mengerjakan
solat fardu di masjid (tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak). Menunjukkan kepentingan
solat fardu berjemaah di masjid.

3. Lelaki Muslim yang mendengar azan dan tidak menunaikan solat berjemaah di masjid, solat
yang dilaksanakan di rumahnya tidak akan sempurna tanpa alasan yang dibenarkan syarak. Hadis
Rasulullah SAW:

‫يظ‬ َ ‫ض أَ ْه ِل ْال ِع ْل ِم َهذَا‬


ِ ‫علَى الته ْغ ِل‬ ُ ‫ص ََلة َ لَهُ و قَا َل َب ْع‬
َ ‫الندَا َء فَلَ ْم ي ُِجبْ فَ ََل‬
ِ ‫س ِم َع‬ َ ‫سله َم أَنه ُه ْم قَالُوا َم ْن‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ ‫صلهى ه‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ِ ‫ب النه ِبي‬ ْ َ ‫ِم ْن أ‬
ِ ‫ص َحا‬
ْ‫عذ ٍر‬ ْ َ
ُ ‫صةَ ِِل َح ٍد فِي ت َ ْر ِك ال َج َما َع ِة إِ هَل ِم ْن‬
َ ‫َوالت ه ْشدِي ِد َو ََل ُر ْخ‬

Dari sahabat Nabi SAW dengan banyak jalur, mereka mengatakan, “Barangsiapa mendengar
seruan azan lalu tidak memenuhi panggilannya (hadir untuk solat), maka tidak ada solat
baginya.” Dan sebahagian para ahli ilmu berkata; “Hal ini sangat ditekankan dan tidak ada
keringanan bagi seseorang untuk meninggalkan solat berjamaah kecuali bila ada uzur.” (Sunan
Tirmidzi No: 201) Status: Hadis Sahih

Marilah kita imarahkan Masjid dengan menjadikan masjid sebagai rumah kedua kita.

Anda mungkin juga menyukai