Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN REFLEKTIF

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan kurnianya saya telah dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Di dalam menyiapkan tugasan
yang diberikan ini pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah saya perolehi. Namun begitu
dalam proses menyiapkan tugasan ini juga pelbagai masalah dan halangan yang telah
terpaksa hadapi. Tetapi dengan berkat ketekunan dan kesabaran akhirnya saya dapat
menyiapkan tugasan in dengan jayanya dengan bimbingan pensyarah sebagai tempat
rujukan.tugasan yang diberikan ini banyak memberikan makna dan ilmu yang berharga dalam
diri saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa hadapan.

Hal ini kerana diawal tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan
rintangan seperti terpaksa mencari rancangan pengajaran harian yang sesuai dan selaras
dengan standard kandungan sekolah rendah. Saya juga telah mengalami kekangan masa
untuk menghasilkan rancangan pengajaran harian tersebut kerana kekurangan sumber serta
masa kerana terpaksa menghantar lima lagi tugasan kerja kursus pada masa yang sama.
Tetapi dengan sokongan ibu bapa, pensyarah serta rakan-rakan saya dapat dengan jayanya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Dalam tugasan ini, saya dikehendaki menghasilkan rancangan pengajaran harian bagi
permainan hoki di peringkat sekolah rendah. Saya telah menghasilkan rancangan
pembelajaran harian bagi permainan hoki ini dengan informasi-informasi yang penting dan
asas untuk memainkan permainan ini. Saya dapat mengetahui beberapa cara dan kemahiran
yang digunakan bagi memainkan permainan ini seperti cara menolak dan menahan, cara
memegang kayu hoki, kemahiran untuk menolak dan memahan bola dan sebagainya. Saya
juga dapat lebih mengenali strategi untuk mencapai objektif rancangan pengajaran harian
bagi permainan ini dari segi psikomotor, kognitif dan afektif.

Antara kebaikan rancangan pengajaran harian bagi permainan hoki ini, meningkatkan
kemahiran meneroka dan ingin tahu akan dipupuk dalam kalangan diri pelajar. Hal ini demikan
kerana selain mengenali selok-belok permainan lain, pelajar juga akan dapat mendapat
banyak maklumat secara jelas selain daripada buku teks tentang permainan hoki ini. Ianya
juga memupuk semangat kesukanan dalam diri murid melalui aktiviti ini. Hal ini kerana,
apabila murid melibatkan diri dalam permainan ini secara aktif, mereka dapat memantapkan
diri dalam permainan ini. Namun begitu, aktiviti ini juga mempunyai kelemahannya.
Kelemahan pertama, aktiviti ini tidak dapat dibuat oleh semua murid, hanya sesetengah murid
sahaja yang dapat menguasai kemahiran yang terdapat dalam permainan hoki ini. Saya telah
membahagikan murid-murid dalam beberapa kumpulan yang mempunyai murid yang cekap
menguasai kemahiran permainan hoki ini dan murid yang kurang cekap menguasai
kemahiran hoki ini dalam satu kumpulan.

Tamsilannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak pengajaran dan
kebaikan kepada saya serta menjadikan saya untuk mencintai profesion yang mulia ini.
Tugasan ini juga menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sempurna dari segi intelek, rohani,
emosi, jasmani dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai