Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 3: Laporan perbincangan hasil simulasi pengajaran mikro.

Melalui kemahiran penggunaan papan tulis, guru telah menggunakan teknik


persembahan yang mengetengahkan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, pada minit rakaman ke 6:30 hingga 7:20
guru telah memberi arahan kepada murid untuk melengkap peta pokok berkenaan
sumber asas bahan di papan tulis dengan menampal kad gambar berbentuk objek
yang murid jumpai dalam kehidupan seharian, daripada hasil perbincangan kumpulan.
Penglibatan murid semasa aktiviti pdp dapat mewujudkan suasana “hands-on” yang
memerlukan murid menggunakan pengalaman sendiri. Hal ini bertepatan dengan
tujuan fasa iaitu untuk mengenal pasti pengetahuan sedia ada dan pengalaman lepas
murid. Menurut Faiz (2012), aktiviti “hands-on” merupakan pembelajaran daripada
pengalaman sendiri. Malah, melalui kaedah aktiviti “hands-on” ini, guru juga dapat
mengetahui sejauh mana kefahaman murid tentang sesuatu isi pelajaran (Shukri,
1999).

Seterusnya, daripada kemahiran penggunaan papan tulis, guru telah


mempraktikkan teknik persembahan yang baik iaitu dengan memudahkan konsep
yang susah. Perkara ini boleh diperhatikan pada rakaman minit ke 3:27 dimana guru
menerangkan bahawa terdapat 4 kategori sumber asas bahan dalam bentuk peta
pokok yang terdapat pada papan tulis. Peta pokok yang ringkas, jelas dan tepat
mengenai kategori sumber asas bahan tersebut akan mempengaruhi murid untuk
lebih mudah menyusun pengetahuan baharu dalam kognitif mereka seperti yang
disarankan oleh David Ausubel dalam penggunaan Advance Organizer (AO). Menurut
Huda (2013), model pembelajaran AO bertujuan untuk memperkuat struktur kognitif
murid dan menambah daya ingatmuridterhadap maklumat yang bersifat baru.
Tambahan lagi, AO juga memudahkan siswa mempelajari pengetahuan baru dan
mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada iaitu proses asimilasi (Budiningsih,
2012).

Daripada kemahiran penggunaan papan tulis juga terdapat kelemahan yang


dapat dilihat iaitu dari segi kejelasan, peta i-think dan gambar pada papan tulis tidak
dapat dilihat dengan jelas. Hal ini dapat diperhatikan pada rakaman minit ke 7:24 iaitu
peta i-think dan gambar pada papan tulis adalah kecil dan murid sukar untuk melihat
dengan jelas dari jarak jauh. Namun begitu, perkara ini boleh diatasi sekiranya guru
menggunakan rajah yang lebih besar dan guru melihat sendiri papan tulis dari
belakang kelas untuk memastikan murid di barisan belakang dapat melihat dengan
jelas. Bantu mengajar membentuk visual membantu murid untuk mengingat dan
memahami dengan lebih cepat dan tepat. Lebih jelas sesuatu visual itu, maka
kemungkinan besar visual itu akan mudah dikenal pasti dan diingat, lantas menjadikan
kesan pandang suatu alat yang cukup berkesan dalam pembelajaran (Medina, 2008).

Kemahiran penyoalan guru dalam mengurus jawapan murid dapat


diketengahkan iaitu guru mengalih hala soalan kepada murid lain dan tidak memberi
pernyataan negatif pada jawapan yang kurang tepat. Sebagai contoh, pada rakaman
minit ke 7:57, guru kemukan soalan ‘Apakah sumber asas bahan bagi baju t-shirt?’
dan terdapat murid menjawab jawapan yang kurang tepat. Kemudian, guru
mengalihkan soalan kepada murid lain untuk menjawab tanpa memberi pernyataan
negatif. Kemahiran mengurus jawapan seperti yang dinyatakan akan mewujudkan
suasana pembelajaran yang aktif dimana murid tidak risau untuk menyuarakan
pandangan walaupun kurang tepat kerana diberi peluang oleh guru untuk menjawab.
Menurut Mohamad Johdi Salleh (2009), pengurusan jawapan murid yang baik akan
menggalakkan penglibatan murid terhadap memberi respon kepada jawapan guru
semasa proses pdp.

Walau bagaimanapun, kemahiran penyoalan guru untuk memberi soalan


beraras tinggi tidak dapat dikesan. Sebagai contoh, pada rakaman minit ke 7:42 guru
bertanyakan soalan aras kognitif mengingat kembali dan tidak mencapah iaitu
‘Apakah sumber asas bagi mozek?’ dan murid memberi jawapan ‘Batuan’. Sebaliknya
guru boleh bertanyakan soalan yang lebih mencapah dan aras lebih tinggi seperti
‘Mengapakah sumber asas bagi mozek adalah batuan?’. Hal ini kerana, soalan yang
mempunyai aras tinggi melatih murid untuk berfikir dan meransang daya pemikiran
mereka. Davies (2000) berpendapat bahawa teknik penyoalan merupakan satu
keperluan dalam proses P&P. Penyoalan terhadap soalan beraras tinggi akan
memotivasikan pelajar, menggalakkan pelajar berfikir dan mendapat respon yang baik
daripada pelajar.
RUJUKAN

Budiningsih, A. (2012). Belajar & Pembelajaran. Jakarta: Rineka Cipta.

Huda, M. (2013). Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran.Yogyakarta: Pustaka


Pelajar

Faiz. (2012). Definisi Aktiviti Hands-on. Dimuat turun dari


http://www.scribd.com/doc/8779 8076/Definisi-Aktiviti-Hands

Shukri bin Ismail. (1999). Konsepsi Guru Pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia
Pengajian Sains Terhadap Sains Dan Pembelajaran Konstruktivisme. Maktab
Perguruan Kuala Terengganu

Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam Noraini Idis dan
Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
McGraw Hill

Medina, J. (2008). Brain rules: 12 principles for surviving and thriving at work, home,
and school. Seattle,WA: Pear Press.

Davies, Ivor K. (2000). Instructional technique. Indiana: Indiana University Press.

Anda mungkin juga menyukai