Anda di halaman 1dari 42

DEFINISI RIBA

Riba dari segi :-


Bahasa : lebih, bertambah
Istilah : kontrak yang dimeterai sebagai pertukaran barangan
tertentu tetapi pada ketika kontrak dimeterai pertukaran ini tidak
diketahui kesamarataannya menurut ukuran syarak ataupun
penyerahan salah satu atau kedua – dua barangan tersebut
dilewatkan.
JENIS RIBA
Riba

Jual Beli Berhutang

Riba Riba
Riba Yad
Fadhl Nasi’ah
1. RIBA AL FADHL
(bayaran tambahan)

• Riba al-fadhl ialah jual beli barangan berunsur riba


dengan barangan yang sama dan disertakan dengan
bayaran tambahan oleh satu pihak.
CONTOH RIBA AL-FADHL
• Penjual menjual secupak gandum dengan pembeli membayar dua
cupak gandum.
• 100 gram emas ditukar dengan 130 gram emas atau mungkin
kurang daripada itu atau lebih daripada itu.
HUKUM RIBA AL-FADHL
• Riwayat al-bukhari dan muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah
S.A.W bersabda , ‘ Janganlah kamu menjual emas dengan emas
kecuali sama dengan sama dan janganlah kamu melebihkan
sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Janganlah kamu menjual
perak dengan perak kecuali sama dengan sama dan janganlah
kamu melebihkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain.’
• Hukum ini juga berpandukan hadith Al-bukhari dan Muslim, Abu
Said Al-khudri R.A berkata ‘Bilal R.A datang menemui Nabi S.A.W
dengan membawa tamar barni. Lalu Nabi S.A.W bertanya “dari
manakah tamar ini?” Bilal menjawab “pada asalnya kami
mempunyai tamar yang tidak elok, lalu saya jual dua gantang tamar
itu dengan segantang (tamar yang elok ini ), untuk kami beri makan
kepada Nabi S.A.W..” Lantas Nabi S.A.W bersabda: oh! Itulah riba
yang sebenarnya, itulah riba yang sebenarnya. Janganlah kamu
lakukan..’.
2. RIBA YAD
(tangan)

• Riba yad (tangan) ialah apabila pertukaran barang di mana terdapat


perbezaan nilai transaksi apabila penyerahan salah satu atau
kedua-duanya diserahkan di kemudian hari.
CONTOH RIBA YAD
• Yusof menjual kereta kepada syahmi. Mereka telah berakad bahawa yusof
menjualnya dengan harga RM 30 ribu. Mereka berdua berpisah dari majlis akad
dan syahmi telah menangguhkan pembayaran. Apabila syahmi ingin membayar
hutang pembelian kereta tersebut kepada yusof, yusof telah minta RM 32 ribu
daripadanya, lebih daripada apa yang telah dipersetujui dalam akad.
3. RIBA NASI’AH
(bayaran bertangguh)

• Riba nasi’ah (bayaran bertangguh) ialah pertambahan bersyarat


yang diterima oleh pemberi hutang dari orang yang berutang
kerana penangguhan pembayaran.
CONTOH RIBA NASI’AH
• Penjual menjual 10 gram emas dan dibayar dengan 10 gram emas
atau perak atau dengan nilai yang lebih atau kurang, dalam tempoh
sehari atau lebih barulah pembayaran dibuat.
• Tambahan yang diketahui sejak awal : hutang tempoh setahun
dengan bayaran balik tambahan 15%
• Tambahan yang dikenakan apabila gagal membayar hutang pada
tempoh yang ditetapkan : tambah 10%
HUKUM RIBA

•HARAM
DALIL

ً‫عفَة‬ َ ‫ضعَافًا ُم‬


َ ‫ضا‬ ِّ ِ ‫ين آ َمنُوا ال تَأ ْ ُكلُوا‬
ْ َ ‫الربَا أ‬ َ ‫ي ََا أَيُّ َها الَّ ِذ‬

• Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba


dengan berlipat ganda (QS. Ali imran 3: 130).
“Hai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan
tinggalkanlah sisa riba yang belum dipungut, jika kamu
orang yang beriman” Surah Al-Baqarah 2:278
KESIMPULAN
• Islam sudah sangat jelas dalam mengharamkan riba. Baik itu riba nasi’ah atau riba
fadhl kerana kerosakan yang diakibatkan riba tersebut. Baik kerosakan yang terjadi
dalam ekonomi negara, rosaknya akhlak umat ataupun dalam usaha-usaha lain dalam
masyarakat. Dalam bertindak, islam mengajar kita untuk mendalami sesuatu ilmu
terlebih dahulu . dalam masalah ibadah, islam mengajarkan hal ini agar amalan
seseorang tidak sia-sia. Dalam masalah muamalah juga begitu kerana jika tidak
diendahkan, malah boleh terjerumus dalam sesuatu yang diharamkan.
1. DEFINISI SEWA
• Bahasa : Upah
• Istilah : Menurut istilah fuqaha’ , seperti yang dinyatakan
oleh pengarang Mughni al Muhtaj, sewa ialah kontrak
untuk mendapatkan khidmat (manfaat) tententu yang
boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tertentu.
2. DALIL-DALIL

Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Wahai bapaku ambillah
dia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang
yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang
yang kuat lagi dapat dipercaya". Surah Al-Qasas 28:26
• Aisyah R.A berkata “Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar mengupah
seorang lelaki dari bani al-dil, seorang penunjuk jalan yang mahir dan
masih menganut agama kafir quraysh. Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar
mempercayainya dan menyerahkan dua ekor tunggangan mereka
kepadanya dan berjanji untuk bertemu di gua thur selepas tiga malam
(hari), maka dia membawa tunggangan keduanya pada subuh hari ketiga”
-RIWAYAT MUSLIM
3. RUKUN SEWA

A.Pemberi sewa dan penyewa


B.Bayaran sewa
C.Manfaat atau faedah barang yang disewa
D.Sighah
4. SYARAT SEWA
A - PEMBERI SEWA DAN PENYEWA
• Keduanya hendaklah berakal
• Baligh
• Dengan kemahuan sendiri
• Tidak disyaratkan kedua-duanya beragama islam
SYARAT SEWA
B - BAYARAN SEWA
• Bayaran mestilah bayaran yang suci tidak mengadungi unsur-unsur
riba
• Bayaran sewa boleh digunakan dimanfaatkan dan bernilai seperti
duit
• Bayaran sewa diketahui oleh kedua-dua belah pihak
SYARAT SEWA
C – PERKHIDMATAN (MANFAAT) ATAU FAEDAH BARANG YANG DISEWA
• Perkhidmatan mestilah mempunyai nilai.

Maksudnya, perkhidmatan tesebut diterima dan diperlukan menurut syara’ dan uruf
(amalan kebiasaan orang ramai), supaya ia boleh dibayar dengan bayaran yang
setimpal. Contohnya, sewa rumah untuk didiami, atau kenderaan untuk dinaiki. Jika
khidmat tersebut tidak bernilai menurut syara’, bayaran tersebut dianggap sia-sia dan
membazir. Sedangkan syara’ melarang segala bentuk pembaziran.
• Manfaat dinilai dari syarak – tidak boleh sewa suatu yang tidak
bernilai seperti menyewa buah durian untuk dicium baunya
sahaja. Tidak sah disewa duit emas, perak untuk hiasan.
• Manfaat diharuskan mengikut syarak – tidak boleh manfaat
digunakan untuk tujuan maksiat. Rumah dijadikan tempat
pelacuran.
• Manfaat haruslah diserahkan kepada penyewanya
• Pemilik perkhidmatan mestilah mampu menyerahkan perkhidmatannya supaya
penyewa boleh menggunakannya.

Jika pemilik tidak mampu menyerahkan khidmat tersebut secara fizikal atau syara’,
penyewaan tidak sah. Oleh itu, tidak sah menyewakan barangan yang telah dirampas
kepada orang yang tidak memgang barangan tersebut, sedangkan dia tidak mampu
mengambil semula barangan tersebut daripada orang yang sah memegangnya pada
ketika kontrak, tidak menyewakan kereta yang hilang, tidak sah menyewakan tanah
untuk tujuan pertanian tetapi tiada sumber air yang tetap, sementara hujan atau
seumpamanya seperti salji dan embun tidak dapat memenuhi keperluan pengairannya.
SYARAT SEWA
D - SIGHAH (IJAB DAN KABUL)
• Penawaran - Apa jua lafaz yang dilahirkan pemilik
• Persetujuan - Apa jua lafaz yang dilahirkan penyewa yang dapat menunjukkan persetujuan
• Ijab dan kabul tidak diselangi dengan perkataan lain
• Hendaklah difahami antara kedua duanya
5. JENIS SEWA

•SEWA MANFAAT
•UPAH BEKERJA
• SEWA MANFAAT (IJARAH AL-MANAFI’)
i. Seperti sewa bilik
ii. Sewa kereta
iii. Sewa rumah
iv. Sewa kedai
v. Sewa binatang tunggangan
vi. Sewa pakaian
vii.Sewa pinggan mangkuk
• UPAH BEKERJA( IJARAH AL-A’MAL)

Akad sewa untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang diketahui seperti :-


• Buruh binaan
• Tukang jahit
• Buruh angkat barang
• Tukang cap kain
• Tukang kasut
6. PERKARA MEMBATALKAN
SEWA
 Kematian salah seorang dari penyewa dan pemberi sewa – imam hanafi
pendapat jumhur ulama tidak terpisah akibat kematian salah seorang dari dua
orang yang mengakadkan ijarah.
 Melebihi tempoh masa kontrak.
 Tidak menepati syarat-syarat yang terdapat dalam kontrak.
7. AL-IJARAH THUMMA AL-
BAI’
Definisi
• Sewa kemudian beli.
• Muamalah jenis ini adalah suatu daripada kaedah jual beli harga
tangguh ataupun pada hari ini lebih dikenali hire purchase yang
dibuat mengikut prinsip muamalat islam.
• Mengandungi dua akad *akad sewa *akad beli selepas tamat
tempoh sewa.
RUKUN AKAD PERTAMA
• Pemberi sewa –al muaajjir
• Penyewa – al musta’jir
• Harta yang disewa – al ma’jur
• Manfaat
• Bayaran sewa
• Sighah
RUKUN AKAD KEDUA

• Penjual
• Pembeli
• Harta yang hendak dibeli
• Harga
• Sighah
PINDAHAN HAK MILIK

• Pindahan hak milik harta yang disewa daripada pemberi sewa kepada pihak yang
menyewa tidak berlaku secara automatic selepas tamat tempoh sewaan atau
selepas semua bayaran sewa di bayar.
• Ianya hanya berlaku apabila di buat akad jual beli ke atas harta yang disewa
antara pihak pemberi sewa dengan pihak yang menyewa.
HIKMAH SEWA
• Tidak semua orang memiliki barang yang diperlukannya , dengan diharuskan
ijarah maka bolehlah mereka mendapatkan sesuatu yang diperlukan itu.
• Pemilik barang akan mendapat hasil dari barang sewaan itu.
• Dapat mengeratkan ikatan silaturrahim antara satu sama lain
• Menggalakkan orang yang berada sentiasa mengambil berat dan memberi
kemudahan kepada orang yang kurang bernasib baik
DEFINISI GADAIAN

• Menurut kitab fiqh mazhab shafie jilid 7 ini, gadaian atau ar-rahnu
dari segi bahasa bermaksud menahan dan menghalang.
• Dari segi istilah menurut syarak, sesuatu barangan yang dijadikan
cagaran oleh pemiliknya bagi mendapatkan pinjaman.
HUKUM GADAIAN
HARUS
Berdasarkan dalil:-
Surah Al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud:

“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang
yang bertempoh), sedangkan kamu tidak mendapati juru tulis, maka hendaklah
diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang).”
1. “Sesungguhnya, Nabi SAW membeli bahan makanan dari seorang yahudi
dengan cara berutang, dan beliau menggadaikan baju besinya.” (Hr. Al-bukhari
no. 2513 dan muslim no. 1603).

2. “Anas Ibn Malik suatu saat mendatangi Rasulullah dengan membawa roti
gandum dan sungguh Rasulullah SAW telah menangguhkan baju besi kepada
orang Yahudi di Madinah ketika beliau mengambil (meminjam) gandum dari
orang Yahudi tersebut untuk keluarga Nabi.”
RUKUN GADAIAN
1. PEMBERI GADAI (RAHIN) DAN PENERIMA BARANG GADAIAN (MURTAHIN).
2. HUTANG (MARHUN BIH)
3. SIGHAH (IJAB DAN QABUL) IAITU MAJLIS PENYERAHAN DAN PENERIMAAN
GADAIAN
4. PENERIMAAN BARANG GADAIAN OLEH PEMBERI HUTANG SECARA MUTLAK.
5. BARANG GADAIAN. TERDIRI DARI BARANG-BARANG YANG HALAL DAN SAH
UNTUK DIJUAL BELI MENURUT PANDANGAN SYARAK.
SYARAT GADAIAN
• Akad gadaian mestilah dilakukan melalui ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan)
• Orang yang menggadai (ar-rahin) dan orang yang memegang gadaian (al-murtahin)
hendaklah terdiri daripada orang yang mempunyai kelayakan yang sewajarnya untuk
mentadbir harta (mutlaq al-tasarruf). Oleh itu, orang yang gila atau kanak-kanak yang
belum baligh tidak sah melakukan atau menerima gadaian.
• Barang yang digadaikan (al-marhun) mestilah barang yang dimiliki dan boleh dijual.
HIIKMAH GADAIAN
• Membolehkan orang yang sedang kesempitan wang mendapatkannya dengan cara yang
bersih dan di bolehkan oleh syarak.
• Menjadi jaminan bagi hutang sekiranya orang yang berhutang tidak dapat menjelaskan
hutangnya.
• Memberi keyakinan terhadap pemberi hutang dalam mendapatkan kembali wang yang telah
dihutangkan.
• Mengelakkan sebarang perbalahan antara pemberi hutang dengan orang yang berhutang
sekiranya hutng tidak dapat dilangsaikan.Memberi dorongan kepada orang yang berhutang
agar membayar hutangnya bagi mendapatkan kembali barang yang menjadi barang gadaian

Anda mungkin juga menyukai