Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KELIMA
(8 Julai 2019 – 12 Julai 2019)
ISU : INTERAKSI DENGAN MURID

1. Isu :
Setelah dinilai oleh pensyarah pembimbing, saya dapati bahawa saya mempunyai
masalah berkaitan interaksi saya bersama murid-murid saya. Komunikasi antara
saya dengan murid juga masih lagi bermasalah. Saya telah beberapa kali ditegur
akan perkara ini dan saya masih dalam usaha memperbaikinya. Masalah ini berlaku
kerana saya mempunyai nada yang sekata dan tidak mempelbagaikan intonasi
suara saya. Suara yang kuat sahaja tidak menjamin keberkesanan dalam
berkomunikasi. Komunikasi yang memerlukan penggunaan gaya tubuh dan pelbagai
gaya bahasa merupakan perkara yang perlu banyak saya pelajari. Komunikasi ini
turut mempengaruhi proses penyampaian maklumat saya kepada murid.

2. Analisis Isu :

Secara umum, komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari
seorang kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain
mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang
dikongsi bersama. Oleh yang demikian pengamalan komunikasi yang berkesan amat
penting bagi memastikan murid dapat memahami isi pelajaran ataupun mesej yang
cuba disampaikan oleh guru kepadanya. Masalah komunikasi ini berlaku di atas
beberapa sebab seperti

 Gaya percakapan guru sewaktu berinteraksi. Guru perlu menekankan


beberapa faktor utama dalam memastikan keberkesanana berkomunikasi.
Faktor yang ditekankan adalah faktor intonasi suara, kecepatan bercakap,
nada suara serta kekuatan suara. Masalah interaksi ini adalah daripada
penguasaan kemahiran berkomunikasi yang kurang baik oleh guru. Guru yang
lemah dalam menjalankan komunikasi berkesan akan menyebabkan
penyampaian isi pelajaran tidak dapat di peroleh oleh murid. Gaya
percakapan yang lemah menyukarkan lagi interaksi dan komunikasi antara
guru dengan murid.
 Selain daripada komunikasi secara lisan, masalah turut timbul secara tidak
lisan. Murid melihat dan menilai guru. Interaksi bukan sahaja berlaku melalui
perucapan, malah ia boleh berlaku tanpa ada suara. Interaksi secara bukan
lisan ini boleh dilakukan dengan penglihatan melihat riak muka, perbuatan
serta gaya tubuh penyampai mesej. Guru yang mempunyai kemahiran
interaksi bukan lisan akan menyukarkan lagi proses penyampaian mesej
kerana interaksi bukan lisan ini bertujuan untuk menekankan lagi mesej yang
cuba disampakan oleh guru. Guru sering dilihat masuk ke dalam kelas dengan
keadaan yang kurang bersedia dan kurang bersemangat disebabkan gaya
tubuh yang dipamerkan.
 Interaksi yang kurang baik antara guru dengan murid juga disebabkan guru
yang lemah dalam mengingati nama murid yang terlalu ramai. Kelemahan
guru dalam mengingati nama murid ini akan menyukarkan interaksi guru untuk
memastikan komunikasi yang berkesan mengikut tahap murid yang berbeza-
beza. Guru sukar untuk mengenalpasti masalah murid tanpa mengingati nama
murid. Hal ini akan menyukarkan guru untuk mendidik murid dengan baik dan
berkesan.
 Gaya percakapan dan gaya tubuh guru yang kurang baik menyebabkan guru
sukar untuk membuat penerapan nilai kepada murid. Guru gagal
menyampaikan mesej berkaitan nilai yang tersirat kepada murid. guru juga
gagal menunjukkan pengamalan nilai baik yang boleh dicontohi oleh murid.
Kelemahan guru dalam menguasai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi
ini menyebabkan murid-murid mudah bosan dan kawalan kelas semakin sukar
untuk dikawal. Penegasan guru perlu dilakukan melalui penyampaian suara
yang berintonasi dan unsur kecindan turut memerlukan gaya tubuh serta nada
suara guru yang pelbagai. Oleh yang demikian, proses PdP menjadi kurang
menarik dan penting disebabkan kelemahan guru dalam proses interaksi
bersama murid.

3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Masalah interaksi ini adalah berpunca daripada pelbagai perkara termasuklah


daripada segi penyampai mesej, medium penyampaian, penerima serta gangguan
luar. Guru atau penyampai mesej itu sendiri perlu mantap agar mesej yang
disampaikan dapat diterima oleh penerima. Guru perlu menguasai kemahiran
berinteraksi bagi memastikan komunikasi berkesan dapat berlangsung antara guru
dan murid. Murid yang tidak menerima isi pelajaran yang disampaikan dengan baik
akan menyebabkan murid tersebut tidak akan mencapai objektif pembelajaran pada
hari tersebut. Antara penyelesaian masalah yang boleh dilakukan oleh guru bagi
menangani masalah interaksi ini ialah,
 Guru perlu melatih diri bercakapa tidak kiralah bersama orang lain ataupun diri
sendiri. Guru perlu sentiasa mempraktikkan gaya percakapan yang bauk agar
mudah difahami oleh murid. guru perlu berlatih berucap dengan suara yang
jelas dan melatih diri bercakap dalam pelbagai nada dan intonasi mengikut
situasi. Guru perlu mempelbagaikan gaya percakapan secara lisan agar murid
berminat untuk mendengar penerangan daripada guru. Gaya percakapan
yang menarik mampu mewujudkan komunikasi berkesan di samping
memastikan mesej isi pelajaran dapat disampaikan dan diterima dengan baik
oleh murid.
 Gaya interaksi bukan lisan ini berkait rapat dengan sikap guru. Guru perlulah
sentiasa mengawal gaya tubuh supaya kelihatan bersemangat dan sentiasa
ceria. Guru perlu mengajar secara aktif dengan mempamerkan gaya-gaya
tubuh yang sesuai sewaktu menyampaikan isi pelajaran kepada murid.
Peneguhan melalui gaya tubuh ini akan membantu murid menerima mesej
dengan lebih baik dan kukuh dalam ingatan. Guru perlu lebih berani dan
bersungguh-sungguh dalam mengajar tanpa perasaan segan silu bagi
memastikan murid dapat menerima mesej yang disampaikan.
 Penerapan nilai daripada guru juga perlu dibuat secara langsung dan tidak
langsung. Guru perlu mengamalkan nilai murni yang baik untuk dicontohi
murid melalui penglihatan serta dikukuhkan lagi dengan penerangan berkaitan
nilai-nilai tersirat yang tidak disedari oleh murid.Guru perlu mempunyai
hubungan yang baik dan mengenal murid dengan lebih lanjut agar penerapan
nilai ini lebih berkesan.
 Masalah interaksi yang disebabkan masalah guru mengingati nama muri ini
boleh ditangani dengan melukis peta lantai kelas. guru boleh melukis susunan
meja dan tempat duduk murid di dalam bilik darjah agar guru dapat merujuk
nama dan memanggil murid serta melihat muka murid. Guru perlu menyebut
nama murid dengan lebih kerap agar nama tersebut melekat dalam ingatan
guru.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :
15 Julai 2019 - 19 Julai 2019

Disediakan oleh : Disemak oleh:

Nama:: ABDUL MUHAIMIN BIN MUHSIN


Nama:
Tarikh: 14 Julai 2019
Jabatan:
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai