Anda di halaman 1dari 8

Mata Pelajaran Sains

Kelas 5 USM
Tema Sains Fizikal
Tajuk 8.1 Suhu dan haba

Masa 60 minit (9.20 – 10.20 pagi)


Tarikh 11 Julai 2019 (Khamis)
Bilangan Murid / 36 orang
Standard Pembelajaran 8.1.6 Menyatakan bahan mengembang apabila menerima haba
dan mengecut apabila kehilangan haba
Hasil pembelajaran Di akhir PDP, murid dapat:
 Menjelaskan bahawa bahan mengembang apabila
menerima haba dan mengecut apabila kehilangan haba
melalui aktiviti penyiasatan Bola Ping-pong Cikgu serta
Botol Kesayangan, dan perbincangan Satu-Dua-
Semua.
Pengetahuan Sedia 1. Murid didedahkan bahan yang menerima haba mengalami
Ada peningkatan suhu manakala bahan yang kehilangan haba
berlaku penurunan suhu.
Pentaksiran  TP4: Menjelaskan melalui contoh tentang pengembangan
Berasaskan Sekolah dan pengecutan bahan dari segi penerimaan dan
(PBS) kehilangan haba
Kemahiran Berfikir (KB) Meramalkan, Membuat kesimpulan, menghubungkait,
membuat inferens, membuat gambaran mental, menganalisis

Tabiat Berfikir (HOM) Berfikir secara fleksibel, menggunakan pengetahuan lepas ke


situasi baharu, ketakbergantungan berfikir
Elemen Merentasi Bahasa, sains & teknologi
Kurikulum (EMK)
Sikap Saintifik & Nilai Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta
Murni (SSNM) terhadap alam sekitar, Berfikiran kritikal dan analitis

KAK21 Bersifat ingin tahu, Pemikir

Sumber/ Bahan Bantu balang kaca, air panas, 2 buah cawan plastik, ais, lilin,
Mengajar pemetik api, set bebola besi dengan gelung, gabus, ais, bola
ping-pong kemek, air panas, botol plastik, cerek elektrik,
lembaran aktiviti dan lembaran kerja

4C Komunikasi, koloboratif, Pemikiran kritikal


Kemahiran Proses Meramal, memerhatikan, membuat hipotesis, membuat
Sains (KPS) inferens,
Strategi Pembelajaran Penyoalan, berpusatkan bahan, perbincangan, hands-on,
dan Pengajaran (PdP) Pembelajaran berasaskan kaedah penerokaan.
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Orientasi Pengembangan dan pengecutan 1. Guru menunjukkan demonstrasi balang kaca yang sukar dibuka KPS: memerhatikan
(5 minit) setelah beberapa jam disimpan di dalam peti ais.
Penutup balang kaca mengembang 2. Guru merendamkan penutup balang kaca tersebut dengan air KB: menghubungkaitkan
dan menjadi lebih mudah dibuka panas dan penutup mudah dibuka.
setelah direndam ke dalam air 3. Guru menunjukkan demonstrasi cawan plastik melekat dan sukar BBM: balang kaca, air
panas dipisahkan. panas, 2 buah cawan
4. Guru memasukkan ais ke dalam cawan yang berada di atas dan plastik, ais
Cawan plastik yang berada di cawan menjadi mudah untuk dipisahkan.
bahagian atas mengecut setelah ais 5. Guru memaklumkan kepada murid-murid tajuk pada hari ini.
dimasukkan ke dalam cawan
menjadikan ia tidak lagi melekat
dengan cawan yang berada di
bawah.
Pencetusan Bebola besi mengembang apabila Aktiviti 1: Silap Mata Guru KPS: memerhatikan,
idea (10 min) dipanaskan dan tidak dapat 1. Guru memegang bebola besi serta gelung bulatan dan meramalkan
melempasi gelung bulatan. menunjukkan kepada murid-murid bahawa bebola besi itu boleh
melepasi gelung bulatan. KB: meramalkan
Bebola besi mengecut semula 2. Kemudian, guru sembunyi di bawah meja selama 15 saat.
setelah dikenakan ais dan dapat Apabila guru berdiri semula, bebola besi itu sudah tidak dapat KAK21: Bersifat ingin tahu
melepasi gelung bulatan. melepasi gelung bulatan.
3. Selepas itu, guru sembunyi di bawah meja sekali lagi selama 15 SSNM: Bertanggungjawab
saat. Apabila guru berdiri sekali lagi, bebola besi itu dapat ke atas keselamatan diri
melepasi gegelung bulatan lagi sekali. dan rakan serta terhadap
4. Guru menyatakan bahawa guru telah menlakukan silap mata. alam sekitar
5. Guru mengedarkan bebola besi kepada setiap kumpulan.
6. Guru meminta murid bermain dengan bebola besi tersebut Strategi PdP:
dengan memasukkan bebola besi ke dalam gelung bulatan Pembelajaran berasaskan
bebola besi tersebut beberapa kali. kaedah penerokaan.
7. Murid mendapati bebola besi tersebut mudah memasuki gelung
bulatan. BBM: Lilin, pemetik api, set
8. Guru memberikan murid lilin dan ais untuk diuji ke atas bebola bebola besi dengan gelung,
besi. gabus, ais.
9. Setelah diuji, murid memerhatikan kesan ke atas bebola besi
semasa memasukkan ke dalam gegelung bulatan.
10. Murid mencatat kesan ke atas bebola besi apabila dikenakan
haba dan sebaliknya.
11. Guru menyatakan bahawa itulah Silap Mata yang telah dilakukan
guru sebentar tadi.
Penstrukturan Bebola besi tidak dapat memasuki Aktiviti 1: Saya-Dua-Semua KPS: membuat inferens,
semula idea gelung bulatan setelah dipanaskan 1. Berdasarkan aktiviti di fasa pencetusan idea, guru meminta murid
( 20 min) kerana saiz bebola mengembang mengenalpasti sebab bebola besi tidak lagi dapat memasuki KB: membuat inferens,
melebihi saiz gegelung bulatan gelung bulatan apabila dipanaskan dan boleh memasuki gelung membuat gambaran
bulatan semula selepas disejukkan. mental, menganalisis
Bebola berjaya melepasi gegelung 2. Murid diberikan masa selama 1 minit untuk memikirkan sebab
bulatan setelah direndam di dalam tersebut dan mencatatkannya ke dalam buku tulis. SSNM: Berfikiran kritikal
ketulan ais kerana saiz bebola 3. Selepas 1 minit, murid diberikan masa 2 minit lagi untuk dan analitis
mengecil menjadi lebih kecil berbincang secara berpasangan dan mencatatkannya ke dalam
daripada saiz gegelung bulatan. buku latihan. KAK21: Pemikir
4. Setelah itu, murid diberikan masa 5 minit untuk berbincang di
dalam kumpulan. Kemudian, guru meminta murid BBM: bola ping-pong
membentangkan secara lisan sebab kepada situasi berkenaan. kemek, air panas
5. Guru memberi bimbingan dan membetulkan sekiranya terdapat
kesalahan atau miskonsepsi semasa pembentangan.

Bola ping-pong akan kembali Aktiviti 2: Bola Ping-pong Cikgu


kepada bentuk asal setelah 1. Guru menunjukkan murid bola ping-pong yang kemek. Guru
dipanaskan kerana berlaku memaklumkan kepada murid bahawa guru perlu menggunakan
pengembangan akibat penerimaan bola ping-pong tersebut untuk latihan ping-pong.
haba. 2. Guru bertanya kepada murid bagaimana cara untuk
mengembalikan bola ping-pong tersebut kepada bentuk yang
asal.
Cadangan jawapan murid:
“Menekan bola tersebut sehingga kembali kepada bentuk asal”
3. Guru teringat bahawa haba boleh menyebabkan objek
mengembang. Jadi, guru mencuba cara merendam bola ping-
pong ke dalam air panas.
4. Guru meminta murid menjelaskan dan membuat kesimpulan
kepada Aktiviti 2 ini.

Aplikasi Botol akan mengembang dan Aktiviti 1: Botol Kesayangan KPS: Meramal, membuat
(20 min) kembali kepada bentuk asal apabila 1. Murid diberikan lembaran aktiviti dan sebuah botol plastik. inferens
dipanaskan. 2. Murid diberikan masa 1 minit untuk membaca dan
menyelesaikan masalah yang dinyatakan. KB: Menganalisis
3. Masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah
tersebut adalah sebanyak 10 minit. SSNM: berfikir rasional
4. Guru membuat perbincangan dengan murid berkenaan situasi untuk menyelesaikan
tersebut. masalah
Soalan guru:
“Apakah cara yang kamu gunakan untuk menyelesaikan PAK21: Kolaborasi,
masalah tersebut?” Komunikasi, Berfikiran
“Apa sebab kepada pemilihan cara tersebut?” kritikal,
5. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid-murid.
TB: Berfikir secara
fleksibel, menggunakan
pengetahuan lepas ke
situasi baharu,
ketakbergantungan berfikir

KAK21: Kerja sepasukan

EMK: Keusahawanan, nilai


murni

BBM: botol plastik, cerek


elektrik, lembaran aktiviti
dan lembaran kerja.
Penutup Soalan guru: 1. Guru mengajukan 3 soalan berkenaan pengembangan dan KBKK: Membuat
(5 min)  Adakah objek mengecut apabila pengecutan, serta aplikasi prinsip haba dalam kehidupan kesimpulan
dikenakan haba? seharian.
 Adakah objek mengembang Soalan guru: TB: Mencari humor
semasa dikenakan haba?  Adakah objek mengecut apabila dikenakan haba?
 Adakah kabel elektrik perlu  Adakah objek mengembang semasa dikenakan haba?
dipasang secara mengendur  Adakah kabel elektrik perlu dipasang secara mengendur semasa
semasa pemasangannya? pemasangannya?
2. Berdasarkan soalan guru, murid dikehendaki menjawab
Jawapan: menggunakan isyarat, iaitu:
 Tidak setuju Setuju: Mengangkat tangan
 Setuju Tidak setuju: Meletakkan tangan di sisi pada tahap bahu
 Setuju Tidak bersetuju: Memeluk tubuh
3. Guru memilih murid untuk menerangkan jawapan kepada soalan
nombor 3 sebagai kesimpulan kepada pembelajaran pada hari
ini.
4. Guru bermain permainan dan nyanyian lagu “Katak Kembang
dan Katak Kecut”
LEMBARAN AKTIVITI

Reena mempunyai sebuah botol plastik. Botol plastik tersebut merupakan sebuah botol yang sangat
istimewa kepadanya kerana ia merupakan pemberian gurunya. Pada suatu hari, botol plastik tersebut
menjadi kemek kerana ia telah dipijak oleh rakannya tanpa tidak disengajakan. Sebagai rakan Reena,
bagaimanakah anda dapat membantu Reena mengembalikan botolnya kepada bentuk asal?

1. Sila nyatakan kaedah yang digunakan.


2. Senaraikan langkah-langkah kaedah tersebut.
3. Berikan sebab kepada pemilhan kaedah yag anda pilih.

Anda mungkin juga menyukai