Anda di halaman 1dari 4

Apa yang dimaksudkan dengan upah bekerja ialah menyewakan manfaat kerja dan kemahiran diri.

Dalam kontek ijarah ini, apa


yang dijadikan al-ma'qud alaihi ( ) adalah kerja itu sendiri. Iaitu sebagai timbal balas kerja dan kepakarannya dalam
kerja, ia dibayar upah tertentu, seperti menggaji seorang pembantu rumah, tukang kasut, tukang jahit, jururunding, peguam,
kakitangan syarikat dan lain-lain.

Syarat-Syarat Upah Bekerja
Bayaran upah perlu mengikut syarat yang sama sebagaimana syarat pembayaran dalam kontrak jual beli. Ini kerana bayaran
ini sebenarnya ialah bayaran kepada perkhidmatan yang ingin dimiliki melalui kontrak sewa. Antara syarat-syarat upah bekerja
yang telah ditetapkan ialah:-

1. Bayaran sewa mestilah bayaran yang suci.

Kontrak sewa tidak sah jika bayaran sewa atau upah berupa anjing atau khinzir atau kulit yang belum disamak atau arak kerana
semua barangan ini najis. Menurut Sahih al-Bukhari dan sahih Muslim, Rasulallah s.a.w melarang bayaran berupa anjing.
Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: Allah dan rasulnya
mengharamkan jual beli arak, bangkai, khinzir dan berhala. Begitu juga dengan barangan yang terkena najis dan
tidak boleh dibersihkan seperti cuka, susu, minyak, cecair, minyak masak dan minyak sapi. Ini kerana Nabi s.a.w pernah
memerintahkan agar minyak yang cair dibuang jika terkena najis. Ibnu Hibban meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah r.a,
maksudnya: Rasulallah s.a.w pernah ditanya tentang tikus yang terjatuh ke dalam minyak, lalu mati? Baginda menjawab:
Jika ia beku, buang sekelilingnya dan makanlah. Jika ia cair, jangan dekatinya.
Dalam riwayat lain disebut: Hendaklah kamu buang.

Oleh kerana barangan ini tidak sah dijual kerana najis, ia juga tidak sah dijadikan sebagai bayaran upah dan sewa. Hukum ini
diqiaskan kepada semua barangan yang terkena najis.

2. Bayaran sewa boleh dimanfaatkan.
Tidak sah memberikan bayaran sewa atau upah berbentuk sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan kerana tidak bernilai seperti
serangga atau dua biji gandum, atau kerana bahayanya seperti haiwan buas, atau kerana diharamkan oleh syarak seperti alat
yang melalaikan, berhala, dan ukiran. Ini kerana barangan ini dan yang seumpamanya tidak bermanfaat dan tidak boleh dinilai
dengan harta. Oleh itu, ia tidak sah digunakan sebagai tukaran untuk menerima sesuatu yang lain. Perkhidmatan yang menjadi
isi kontrak sewa adalah suatu harta yang bernilai. Oleh itu, ia tidak boleh dibayar dengan sesuatu yang tidak diiktiraf sebagai
harta.

3. Mampu diserah.
Tidak sah bayaran sewa atau upah berupa burung yang masih di udara atau ikan yang masih dalam sungai. Tidak sah juga jika
ia berupa barangan rampasan kecuali jika diberikan kepada orang yang memegang barangan tersebut atau orang yang mampu
mengambilnya semula.

4. Pihak yang berkontrak mempunyai kuasa (wilayah) untuk menyerahkannya.
Maksud kuasa (wilayah) di sini sama ada sebagai pemilik atau sebagai wakil. Jika bayaran sewa atau upah tersebut di luar
kuasa pihak yang mengikat kontrak, kontrak tersebut adalah sama sekali tidak sah.

5. Bayaran sewa atau upah diketahui oleh kedua-dua pihak.
Tidak sah sewa rumah jika dibayar dengan keperluan baik pulih rumah tersebut. Tidak sah sewa kereta jika dibayar dengan
minyaknya. Tidak sah menyewa seekor haiwan jika dibayar dengan memberi makannya. Sebabnya kadar bayaran sewa tidak
dapat dipastikan. Termasuk dalam ertikata kadar bayaran sewa atau upah yang tidak pasti ialah sebahagian daripada upah
diperolehi daripada hasil kerja orang yang diupah. Contohnya, upah menyembelih kambing dan melapahnya dibayar dengan
kulit atau sebahagian anggota kambing tersebut. Ini kerana ketebalan kulit dan kadar anggota kambing tersebut tidak diketahui.

Kontrak sewa adalah suatu kontrak atau transaksi yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak. Maksudnya, selepas kontrak atau
transaksi tersebut disahkan, pemilik dan penyewa, atau pengupah dan orang upahan tidak oleh membatalkan kontrak atau
transaksi tersebut begitu sahaja pada bila-bila masa yang mereka kehendaki. Kontrak atau transaksi ini hanya boleh dibatalkan
kerana sesuatu sebab. Apabila ia dibatalkan, kontrak atau transaksi tersebut dianggap tamat.

1. Barangan yang disewa rosak.

Jika penyewa menyewa sebuah rumah atau kereta dan kemudian rumah tersebut musnah atau kereta tersebut rosak sebelum ia
digunakan, kontrak tersebut terbatal. Ini kerana khidmat barangan tersebut yang menjadi subjek sewaan tidak lagi boleh
digunakan. Selain kerosakan, termasuk dalam erikata ini ialah jika barangan tersebut cacat sehingga tidak boleh digunakan
untuk tujuan yang dikehendaki. Jika kerosakan atau kecacatan tersebut berlaku selepas sebahagian khidmatnya digunakan,
kontrak tersebut terbatal bermula daripada kerosakan tersebut berlaku dan seterusnya. Pemilik berhak memperolehi bayaran
sewa bagi khidmat yang telah digunakan iaitu sebahagian daripada jumlah bayaran sewa yang telah dipersetujui bersama. Jika
kontrak sewa ialah kontrak sewa jaminan. Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta yang dinyatakan sifat-sifatnya secara
jaminan pemilik supaya dia dihantar ke sesuatu tempat, dan kereta tersebut dibawa kepada penyewa tetapi kemudiannya rosak
atau cacat, kontrak ini tidak terbatal. Sebaliknya pemilik perlu menggantikannya dengan kereta lain, sama ada kerosakan
berlaku sebelum atau selepas khidmat tersebut digunakan. Ini kerana khidmat yang dijanjikan tidak luput hanya kerana kereta
yang disediakan itu rosak, disebabkan kontrak tersebut tidak merujuk kepada kereta tertentu, sebaliknya merujuk kepada kereta
yang dinyatakan dengan ciri-ciri tertentu dan ini boleh diganti. Sepertimana barangan sewaan yang dinyatakan tadi, begitu juga
dengan orang upahan. Apabila pengupah mengupah orang tertentu untuk melakukan sesuatu kerja, kemudian orang upahan
ini mati atau sakit yang menyebabkan dia tidak boleh melakukan kerja tersebut, kontrak sewa tersebut terbatal. Jika kontrak
sewa tersebut dalam bentuk jaminan, lalu orang upahan ini datang membawa seseorang untuk bekerja, kemudian orang ini
mati atau sakit, kontrak tersebut tidak terbatal kerana khidmat tersebut boleh diperolehi melalui orang lain.

2. Barangan sewaan tidak diserahkan pada masa yang ditetapkan.

Bagi kontrak sewa yang membabitkan barangan sewaan dan khidmatnya ditetapkan hanya untuk tempoh tertentu, apabila
tempoh ini tamat dan pemilik masih tidak menyerahkan barangan sewaan yang ditetapkan, kontrak tersebut terbatal. Ini kerana
barangan tidak dapat diserahkan pada masa yang ditetapkan. Hukum yang sama berlaku kepada kontrak sewa jaminan,
sekiranya pemilik tidak menyerahkan khidmat yang dipersetujui pada masa yang ditetapkan. Namun jika tiada masa yang
ditetapkan untuk pemilik menyerahkan khidmat tersebut dan tindakan tidak menetapkan waktu penyerahan tidak memberi
kesan kepada tujuan asal penyewa, manakala pemilik pula hanya menyerahkan khidmat tersebut setelah masa perkhidmatan
tersebut boleh digunakan telah berlalu, kontrak ini tidak terbatal kerana kontrak ini ibarat hutang yang lewat ditunaikan. Jika
pemilik menyerahkan atau membawa barangan yang disewa setelah tamat sebahagian daripada tempoh sewa. Kontrak bagi
tempoh sebelum penyerahan tersebut dianggap terbatal. Sementara tempoh selebihnya terserah kepada penyewa untuk
membuat pilihan. Jika khidmat yang ditawarkan ditetapkan berdasarkan kerja dan barangan yang perlu digunakan lewat
diserahkan bagi membolehkan kerja tersebut diselesaikan, kontrak tersebut tidak terbatal kerana kontrak tersebut hanya
melibatkan khidmat bukan masa. Oleh itu tiada sebab untuk ia tidak selesaikan sehingga kontrak tersebut perlu dibatalkan.
Bayaran sewa atau upah diketahui oleh kedua-dua pihak.
Tidak sah sewa rumah jika dibayar dengan keperluan baik pulih rumah tersebut. Tidak sah sewa kereta
jika dibayar dengan minyaknya. Tidak sah menyewa seekor haiwan jika dibayar dengan memberi
makannya. Sebabnya kadar bayaran sewa tidak dapat dipastikan.
Termasuk dalam ertikata kadar bayaran sewa atau upah yang tidak pasti ialah apabila sebahagian
daripada upah diperolehi daripada hasil kerja orang yang diupah. Contohnya, upah menyembelih
kambing dan melapahnya dibayar dengan kulit atau sebahagian anggota kambing tersebut. Ini kerana
ketebalan kulit dan kadar anggota kambing tersebut tidak diketahui. Al-Daruqutni meriwayatkan:

Maksudnya: bahawa sesungguhnya Nabi SAW melarang qafiz pengisar.
Hadith ini ditafsirkan sebagai menetapkan upah kerja mengisar sebanyak satu qafiz tepung gandum
daripada gandum yang dikisar. Qafiz ialah sejenis sukatan yang digunakan pada zaman dahulu.
Jika upah dibayar berupa sejumlah gandum, sementara bakinya dikisar, kontrak ini sah kerana punca
larangan yang disebutkan iaitu ketidakpastian dan bekerja untuk diri sendiri tidak wujud di sini.

2.1 Jenis dan syarat penyewaan.
Terdapat dua jenis kontrak sewa: sewa barangan dan sewa jaminan.: ( (Mustafa al-Khin, Mustafa al-
Bugha dan Ali al-syarbaji ,jilid 5, 2009 : 20)
1. Sewa barangan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan
tertentu. Contohnya pemilik berkata: aku sewakan rumah ini kepada kamu atau sebuah kereta yang
dikenal pasti oleh kedua-dua pihak. Atau seseorang menyewa (mengupah) orang tertentu untuk sesuatu
kerja, atau untuk menjahitkan baju tertentu.

2. Sewa jaminan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi melalui jaminan pemilik.
Contohnya, penyewa menyewa (mengupah) seseorang untuk menghantarnya ke suatu tempat
menggunakan sebuah kereta yang dinyatakan sifatnya berdasarkan jaminan pemiliknya untuk tempoh
tertentu.

Sewaan (upah) jenis ini digunapakai oleh pelbagai perkhidmatan pengangkutan hari ini. Sewa ini
merujuk kepada perkhidmatan yang dinyatakan cirri-cirinya melalui jaminan pemilik bukan
perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu.
Syarat sewa barangan.
i. Barangan yang disewa mestilah ditetapkan. Tidak sah menyewa salah satu daripada dua buah kereta
seperti yang dibincangkan sebelum ini.
ii. Barangan yang disewa mestilah wujud dan dipamerkan di hadapan kedua-dua pihak ketika
memeterai kontrak sewa.

Jika pemilik berkata: aku sewakan rumah aku atau kerja aku atau baju aku, sedangkan mereka tidak
berada di rumah tersebut, atau pun kereta atau baju tersebut tidak dipamerkan dalam majlis kontrak
tersebut, kontrak tersebut tidak sah kecuali jika kedua-dua pihak telah melihat barangan yang akan
dosewa sebelum majlis kontrak dan barangan tersebut biasanya tidak mengalami apa-apa perubahan
dalam tempoh tersebut, kontrak ini sah.

iii. Penggunaan khidmat (manfaat) barangan tersebut tidak ditangguh selepas kontrak dimeterai.
Contohnya, pemilik menyewakan rumahnya untuk disewa pada tahun hadapan, atau dia menyewakan
(menawarkan) dirinya bahawa dia akan memulakan kerjanya bulan hadapan, atau dia menyewakan
keretanya esok atau dia menyewakan rumahnya selama setahun atau sebulan bermula dari awal bulan
hadapan dan begitulah seterusnya. Kecuali jika sewa masa hadapan tersebut membabitkan orang yang
sama yang sedang menyewa barangan tersebut pada ketika kontrak tersebut dibuat. Dan kontrak
tersebut akan berakhir pada tarikh permulaan kontrak baru. Kontrak ini sah kerana kedua-dua tempoh
tersebut bersambung untuk penyewa yang sama seolah-olah penyewa menyewa barangan tersebut
untuk dua tempoh dalam satu kontrak.

Syarat sewa jaminan.
1. Bayaran sewa adalah serta-merta dan diserahkan dalam majlis kontrak.
Ini kerana sewa ini ialah jual salam perkhidmatan. Dengan itu, penyerahan modal salam (sewa)
mestilah dilakukan ketika majlis kontrak. Mensyaratkan penangguhan penyerahan bayaran dikira sama
seperti tidak menyerahkannya.

2.3 Hukum kontrak sewa.
Apabila kontrak sewa memenuhi rukun dan syarat yang ditetapkan, kontrak tersebut sah dan segala
hukum yang berkaitan (implikasi syariat) akan terpakai sebaik sahaja kontrak dimeterai. (Mustafa al-
Khin, Mustafa al-Bugha dan Ali al-syarbaji ,jilid 5, 2009 : 22)

1. Hak milik penyewa terhadap khidmat yang disewa disahkan dan penyewa berhak menggunakannya.

2. Hak milik pemilik sewaan terhadap bayaran sewa iaitu bayaran bagi perkhidmatan yang diserahkan
kepada penyewa pada masa kontrak disahkan.
Suatu perkara yang perlu diberikan perhatian dalam soal pemindahan hak milik ini ialah setiap kali
masa berjalan dan barangan yang disewa masih di tangan penyewa dalam keadaan baik, maka pemilik
mengesahkan hak miliknya ke atas sebahagian bayaran sewa sebagai timbal balas kepada perkhidmatan
yang diberikan dalam tempoh tersebut.
Apabila khidmat barangan tersebut selesai digunakan atau tempoh yang ditetapkan berakhir, maka
pemilik mengesahkan hak miliknya ke atas semua bayaran sewa. Walaupun barangan yang disewakan
tidak digunakan oleh penyewa, dengan syarat ia masih dalam keadaan baik di tangan penyewa. Ini
kerana khidmat barangan tersebut luput dalam tangan penyewa, dengan itu pemilik berhak
memperolehi timbal balasnya. Kes ini sama seperti barangan yang rosak dalam tangan pembeli, maka
penjual berhak memperolehi bayarannya.

Jika barangan yang disewa rosak selepas sebahagian khidmatnya sahaja yang digunakan, beberapa
perkara perlu dilihat, jika bahagian yang telah digunakan pada kebiasaannya boleh dimanfaatkan,
pemilik berhak memperolehi bayaran sewa bagi bahagian yang telah digunakan. Contohnya jika
penyewa menyewa sebuah kereta untuk membawanya ke suatu tempat lalu kereta ini rosak sebelum
tiba, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa untuk jarak yang telah dilalui hanya jika penyewa
boleh meneruskan perjalanan dari tempat tersebut tanpa perlu bersusah payah atau pun penyewa
mempunyai urusan tertentu di tempat tersebut.

Jika khidmat (manfaat) daripada bahagian yang digunakan biasanya tidak boleh dimanfaatkan.
Contohnya, tempat kereta tersebut rosak biasanya bukan tempat yang dituju atau sukar untuk
meneruskan perjalanan dari tempat tersebut, pemilik tidak berhak memperolehi walau sedikitpun
bayaran sewa. Kes ini sama seperti barangan yang dijual rosak sebelum diserahkan atau sebelum
sesuatu barangan boleh digunakan khidmatnya sedikitpun atau digunakan sepenuhnya. Hak milik bagi
bayaran sewa disahkan sama ada bayaran dibuat secara tunai atau hutang.

Anda mungkin juga menyukai