Anda di halaman 1dari 6

Tajuk 5

Dua bahagian akad al-Ijarah yang dapat memenuhi keperluan masyarakat Islam di dunia pada
zaman ini. Nilaikan secara kritik setiap jenis akad tersebut dan kerelevanan pengaplikasiannya
pada masa sekarang di Malaysia.

Al-ijarah ke atas manfaat (al-ijarah al-maqsudah)

Al-ijarah ke atas manfaat (al-ijarah al-maqsudah) ialah ijarah ke atas manfaat fizikal yang
kelihatan dan dapat dirasa seperti penggunaan sesuatu barangan berbentuk tempat kediaman,
kenderaan dan sebagainya yang berkaitan dengan sewa menyewa. Ia boleh dibahagi pula kepada
sewa harta tak alih seperti sewa bangunan dan tanah, sewa harta alih seperti pakaian, alatan,
haiwan tunggangan dan sebagainya.

Pengaplikasian Al-Ijarah pada masa kini dalam konteks sistem kewangan Islam, al-ijarah
ialah akad iaitu institusi kewangan atau bank memajak peralatan atau bangunannya kepada
pelanggan dengan dikenakan sejumlah bayaran yang tetap. Akad al-ijarah merujuk kepada urus
niaga sewaan atau pajakan atas sesuatu aset yang bermanfaat seperti bangunan, mesin, jentera
berat dan seumpamanya. Al-ijarah tidak berkesudahan dengan pindahan hak milik. Dalam akad
al-ijarah, hak milik tidak berpindah kerana pada dasarnya ia adalah suatu kontrak sewa manfaat
dan bukan kontrak jual beli. Al-ijarah didefinisikan sebagai menjual manfaat iaitu penggunaan
atau perkhidmatan dengan harga atau bayaran yang dipersetujui oleh pihak-pihak berkenaan.

Maksud manfaat ialah kegunaan sesuatu barang seperti kediaman untuk rumah atau
bangunan, tunggangan bagi kenderaan dan sebagainya. Apabila sesuatu barang itu disewa oleh
seseorang, maka penyewa tersebut mempunyai hak dari segi menggunakannya tetapi bukan hak
pemilikan. Sebagai comtoh, Warda ingin menyewa rumah kepunyaan Ijaz maka Warda
mempunyai hak dari segi menggunakan rumah tersebut. Jika Ijaz ingin memasuki rumah
tersebut, maka beliau perlu meminta izin daripada Warda walaupun beliau ialah pemilik asal
rumah tersebut. Warda pula hanya mempunyai hak menggunakannya tetapi bukan hak
pemilikan. Oleh hal demikian, Warda tidak boleh menjualkan rumah tersebut kepada pihak lain.

Al-ijarah boleh juga diakhiri dengan pemilikan aset pada hujung tempoh sewaan dengan
kaedah al-ijarah thumma al-bai’. Dalam pembiayaan penggunaan harta yang menggunakan
prinsip atau kaedah al-ijarah, pihak bank juga menyediakan kemudahan pembiayaan penggunaan
harta berdasarkan konsep sewaan dan juga pajakan. Mengikut konsep ini bank akan membeli
harta yang mahu digunakan oleh pelanggan dan kemudiannya menyewakan atau memajakkannya
kepada pelanggan pada tempoh, kadar bayaran sewaan dan syarat lain-lain yang dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak.

Seterusnya, sewa barangan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi
daripada barangan tertentu. Contohnya pemilik berkata “aku sewakan rumah ini kepada kamu”
atau “aku sewakan sebuah kereta ini kepada kamu” yang dikenal pasti oleh kedua-dua pihak.
Atau seseorang menyewa (mengupah) orang tertentu untuk sesuatu kerja, atau untuk menjahitkan
baju tertentu. Terdapat syarat yang ditetapkan untuk sewaan barangan. Salah satunya ialah,
barangan yang di sewa mestilah ditetapkan. Tidak sah menyewa salah satu daripada dua buah
kereta seperti yang dibincangkan sebelum ini. Keduan ialah barangan yang disewa mestilah
wujud dan dipamerkan di hadapan kedua-dua pihak ketika memeterai kontrak sewa.

Jika pemilik berkata “aku sewakan rumah aku atau kerja aku atau baju aku”, sedangkan
mereka tidak berada di rumah tersebut, atau pun kereta atau baju tersebut tidak dipamerkan
dalam majlis kontrak tersebut, kontrak tersebut tidak sah kecuali jika kedua-dua pihak telah
melihat barangan yang akan di sewa sebelum majlis kontrak dan barangan tersebut biasanya
tidak mengalami sebarang perubahan dalam tempoh tersebut, kontrak ini sah.

Seterusnya, penggunaan khidmat (manfaat) barangan tersebut tidak ditangguh selepas


kontrak dimeterai. Contohnya, pemilik menyewakan rumahnya untuk disewa pada tahun
hadapan, atau dia menyewakan (menawarkan) dirinya bahawa dia akan memulakan kerjanya
bulan hadapan, atau dia menyewakan keretanya esok atau dia menyewakan rumahnya selama
setahun atau sebulan bermula dari awal bulan hadapan dan begitulah seterusnya. Kecuali jika
sewa masa hadapan tersebut membabitkan orang yang sama yang sedang menyewa barangan
tersebut pada ketika kontrak tersebut dibuat. Dan kontrak tersebut akan berakhir pada tarikh
permulaan kontrak baru. Kontrak ini sah kerana kedua-dua tempoh tersebut bersambung untuk
penyewa yang sama seolah-olah penyewa menyewa barangan tersebut untuk dua tempoh dalam
satu kontrak. 

Sebagai tambahan, hukum kontrak sewa. Apabila kontrak sewa memenuhi rukun dan
syarat yang ditetapkan, kontrak tersebut sah dan segala hukum yang berkaitan (implikasi syariat)
akan terpakai sebaik sahaja kontrak dimeterai. (Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan Ali al-
syarbaji ,jilid 5, 2009 : 22). Hak milik pemilik sewaan terhadap bayaran sewa iaitu bayaran bagi
perkhidmatan yang diserahkan kepada penyewa pada masa kontrak disahkan.
Suatu perkara yang perlu diberikan perhatian dalam soal pemindahan hak milik ini ialah setiap
kali masa berjalan dan barangan yang disewa masih di tangan penyewa dalam keadaan baik,
maka pemilik mengesahkan hak miliknya ke atas sebahagian bayaran sewa sebagai timbal balas
kepada perkhidmatan yang diberikan dalam tempoh tersebut.

Apabila khidmat barangan tersebut selesai digunakan atau tempoh yang ditetapkan
berakhir, maka pemilik mengesahkan hak miliknya ke atas semua bayaran sewa. Walaupun
barangan yang disewakan tidak digunakan oleh penyewa, dengan syarat ia masih dalam keadaan
baik di tangan penyewa. Ini kerana khidmat barangan tersebut luput dalam tangan penyewa,
dengan itu pemilik berhak memperolehi timbal balasnya. Kes ini sama seperti barangan yang
rosak dalam tangan pembeli, maka penjual berhak memperolehi bayarannya.

Jika barangan yang disewa rosak selepas sebahagian khidmatnya sahaja yang digunakan,
beberapa perkara perlu dilihat, jika bahagian yang telah digunakan pada kebiasaannya boleh
dimanfaatkan, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa bagi bahagian yang telah digunakan.
Contohnya jika penyewa menyewa sebuah kereta untuk membawanya ke suatu tempat lalu
kereta ini rosak sebelum tiba, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa untuk jarak yang telah
dilalui hanya jika penyewa boleh meneruskan perjalanan dari tempat tersebut tanpa perlu
bersusah payah atau pun penyewa mempunyai urusan tertentu di tempat tersebut.

Jika khidmat (manfaat) daripada bahagian yang digunakan biasanya tidak boleh
dimanfaatkan. Contohnya, tempat kereta tersebut rosak biasanya bukan tempat yang dituju atau
sukar untuk meneruskan perjalanan dari tempat tersebut, pemilik tidak berhak memperolehi
walau sedikitpun bayaran sewa. Kes ini sama seperti barangan yang dijual rosak sebelum
diserahkan atau sebelum sesuatu barangan boleh digunakan khidmatnya sedikitpun atau
digunakan sepenuhnya. Hak milik bagi bayaran sewa disahkan sama ada bayaran dibuat secara
tunai atau hutang.

Penamatan sewaan. Di dalam ijarah, akad tidak membolehkan adanya fasakh pada salah
satu pihak, kerana ijarah merupakan akad pertukaran, kecuali bila didapati hal-hal yang di
wajibkan fasakh (batal). Ijarah akan menjadi batal (fasakh) apabila berlaku hal seperti berikut
terjadi cacat pada barang sewaan yang kejadian itu terjadi pada tangan penyewa dan rosaknya
barang yang disewakan, seperti rumah menjadi runtuh dan sebagainya. Selain itu, rosaknya
barang yang diupahkan kerana baju yang diupahkan untuk dijahitkan. Dan yang terakhir ialah
terpenuhinya manfaat yang diakadkan, berakhirnya masa yang telah ditentukan
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan fuqaha terhadap isu penamatan sewaan (Ala’eddin
Kharofi, 2007: 114). Ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa sewaan akan terbatal dengan
kematian salah seorang daripada pihak yang berkontrak, kerana kontrak sewaan melibatkan
manfaat yang tidak boleh diwariskan dan majoriti ulama berpendapat bahawa sewaan tidak
terbatal dengan kematian salah seorang.

Terdapat juga kontrak sewa. Kontrak sewa mempunyai empat rukun iaitu dua pihak yang
berkontrak, sighah, perkhidmatan (manfaat) yang diberikan dan bayaran sewa atau upah. Rukun
pertama ialah dua pihak yang berkontrak iaitu pemilik perkhidmatan (manfaat) dan penyewa.
Pihak yang berkontrak mestilah baligh dan berakal. Kontrak sewa tidak sah jika membabitkan
kanak-kanak dan orang gila kerana kedua-dua golongan ini tidak mempunyai kuasa hak milik
pada diri sendiri dan harta meraka. Rukun kedua ialah sighah kontrak iaitu penawaran dan
persetujuan. Penawaran iaitu apa jua lafaz yang dilahirkan oleh pemilik perkhidmatan manakala
persetujuan iaitu apa jua lafaz yang lahir daripada penyewa dapat menunjukkan persetujuan dan
ia difahami dengan jelas. Seterusnya, persetujuan dan penawaran mestilah selari, tidak wujud
jurang masa yang lama antara penawaran dan persetujuaan dan tidak bersyarat.

Rukun ketiga ialah perkhidmatan (manfaat). Perkhidmatan mestilah mempunyai nilai.


Sebagai contoh Ali menyewa rumah untuk didiami oleh keluarganya. Maka pemilik
perkhidmatan seharusnya mampu menyerahkan perkhidmatannya supaya penyewa iaitu Ali
boleh menggunakannya dengan sempurna. Contohnya, pemilik tidak boleh menyewakan rumah
yang sudah rosak kepada penyewa. Khidmat diperoleh oleh pengupah bukan oleh orang yang
diupah. Contohnya mengupah orang untuk menunaikan haji, maka pahala haji akan diperoleh
oleh pengupahnya dan bukan orang yang dipah menunaikan haji. Khidmat mestilah
dimaklumkan oleh kedua-dua pihak dari segi barangan, sifat dan kadarnya.

Rukun keempat ialah syarat bayaran sewa. Bayaran itu mestilah bayaran yang suci
dimana tidak mengandungi unsur-unsur riba. Bayaran sewa juga boleh digunakan dan bernilai
seperti duit dan bayaran sewa diketahui oleh kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, penyewa
perlulah memaklumkan kepada pemilik mengenaikan kemasukkan duit sewa rumah untuk
memudahkan urusan pemilik.

Sewa barangan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperoleh daripada
barangan tertentu. Contohnya sewa rumah. Syarat sewa barangan ialah barangan yang disewa
mestilah ditetapkan. Barangan sewa harus wujud dan dipamerkan di hadapan kedua-dua pihak
ketika memeterai kontrak sewa. Penyewa boleh menggunakan perkhidmatan serta-merta selepas
kontrak ditandatangani.

Musta’jir dibolehkan menyewakan lagi barang sewaan kepada orang lain, dengan syarat
penggunaan barang itu sesuai dengan penggunaan yang dijanjikan ketika akad seperti yang
disewakan seekor kerbau, ketika akad dinyatakan bahawa kerbau tersebut disewakan lagi timbul
Musta’jir kedua, maka kerbau itu pun harus digunakan membajak pula.

Bila ada kerosakan pada benda yang disewa, maka yang bertanggungjawab adalah
pemilik barang (Mu’jir) dengan syarat kecelakaan itu bukan akibat dari kelalaian Musta;jir, maka
yang bertanggungjawab adalah musta’jir itu sendiri, seperti menyewakan kenderaan, kemudian
kenderaan tersebut hilang atau di curi kerana di simpan bukan pada tempatnya.

Di dalam ijarah, akad tidak membolehkan adanya fasakh pada salah satu pihak, kerana
ijarah merupakan akad pertukaran, kecuali bila didapati hal-hal yang di wajibkan fasakh (batal).
Ijarah akan menjadi batal (fasakh) apabila terdapat cacat pada barang sewaan yang kejadian itu
terjadi pada tangan penyewa. Selain itu, rosak barang yang disewakan, seperti rumah menjadi
runtuh dan sebagainya. Rosak barang yang diupahkan (ma’jur ‘alaih), seperti baju yang
diupahkan untuk dijahitkan. Apabila memenuhi manfaat yang diakadkan, maka berakhirnya
masa yang telah ditentukan dan selesainya pekerjaan. Menurut Hanafiyah, boleh fasakh ijarah
dari salah satu pihak, seperti yang menyewakan kedai untuk dagang, kemudian dagangannya ada
yang mencuri, maka ia dibolehkan memfasakhkan sewaan itu.

Jika ijarah telah berakhir, penyewa berkewajiban mengembalikan barang sewaan, jika
barang sewaan itu tanah, ia wajib menyerahkan kepada pemiliknya dalam keadaan kosong dari
tanaman, kecuali bila ada kesulitan untuk menghilangkannya. Mazhab Hanbali berpendapat
bahwa ketika ijarah telah berakhir harus melepaskan barang sewaan.
Rujukan.
1. Bulan Hijau. (2012, March 6). Konsep Al-Ijarah Dalam Islam [Blog post].
Diambil daripada http://transformasiummah.blogspot.my/2012/03/konsep-al-
ijarah-dalam-islam.html
2. Nasri, H. N., & Sollehudin, S. (2013). Mengurus harta menurut fiqh muamalat. Sintok,
Kedah: Universiti Utara Malaysia UUM Press.

Anda mungkin juga menyukai