Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA

SAM SG. SELISEK BILANGAN 2 TAHUN 2018

TARIKH : 02 OGOS 2018

HARI : KHAMIS

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA

KEHADIRAN:

1) PN. HAJAH ZUBAIKAH BINTI MUDA


2) EN. AZHARI BIN ASMAON
3) PN. ROHAIZAN BINTI ABD HAMID
4) EN. HISYAM BIN SULAIMAN
5) PN. BASYIRAH BINTI AHMAD
6) EN. ABD HAFIZ BIN MUSA
7) CIK NORHAMIZAH BINTI ILIAS

a) PERUTUSAN PENGERUSI:
a. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan memulakan mesyuarat
dengan bacaan Ummul Kitab.

b) PENGESAHAN MINIT MESYUARAT:


a. Minit mesyuarat diterima oleh ahli mesyuarat tanpa pindaan
b. Cadangan disahkan oleh En. Hisyam bin Sulaiman.
c. Disokong oleh En. Azhari bin Asmaon.

c) PERKARA BERBANGKIT:
a. Tiada

d) PEMBENTANGAN LAPORAN:
a. Keselamatan Asrama:
i. Membuat permohonan kepada PIBG untuk membeli loceng.
ii. Membuat permohonan untuk kerusi dewan asrama yang baru.
b. Keceriaan Asrama:
i. Pondok di hadapan asrama dipindahkan ke kawasan kantin. Sekiranya rosak
perlulah dibuang.
ii. Meletakkan penanda arah di kawasan sekolah/asrama.
iii. Dicadangkan untuk menambahkan pondok untuk kegunaan ibu bapa untuk
berjumpa dengan para pelajar.
c. Program Asrama:
i. Lawatan penanda aras ke Sek Men Agama Khairiah, Kuala Terengganu.
1. Tarikh cadangan: 5-7 Oktober 2018
2. Pentadbir dan warden diwajibkan untuk turut serta.
3. Pelajar yang terlibat ialah pelajar asrama tingkatan 4 dan 5
ii. Kelas tambahan asrama : Bayaran kelas tambahan perlu dikutip setiap bulan
sebanyak RM5 untuk setiap pelajar asrama. Tahun 2019 bayaran perlu mula
dikutip dari awal tahun (Januari)
iii. Mengadakan perhimpunan bulanan asrama – sekurang-kurangnya 1 kali
sebulan.
iv. Mengadakan uniform untuk warden dan pelajar asrama – Batik
d. Peraturan Asrama:
i. Pelajar yang “fly” akan diberi hukuman gantung asrama dan tidak akan
ditawarkan untuk duduk di asrama pada tahun berikutnya.
ii. Peraturan untuk tahun 2019 akan dipertingkatkan lagi.
iii. Pelaksanaan hukuman tegas terhadap pelajar yang melanggar peraturan
asrama.
e) HAL-HAL LAIN:
a. Tiada

f) PENUTUP:
Puan pengetua berharap pengurusan asrama dapat ditingkatkan lagi di masa akan datang.

Disediakan oleh,

...............................................
(PN. BASYIRAH BINTI AHMAD)
Warden Asrama
SAM SG. Selisek

Anda mungkin juga menyukai