Anda di halaman 1dari 5

DASAR KOKURIKULUM SMK SERI GOMBAK 2015

Mengubah persepsi negatif semua pihak terhadap bidang kokurikulum

Penglibatan semua guru di dalam ketiga-tiga unit kokurikulum.


Memastikan semua pihak memahami dan menghayati sepenuhnya konsep, dasar dan
prinsip kokurikulum
Menjadikan kokurikulum sebagai satu disiplin pendidikan yang memberi sumbangan
secara langsung kepada proses pembangunan modal insan (jasmani, emosi, rohani dan
sosial)
Kokurikulum diiktiraf sebagai suatu komuditi atau suatu kerjaya

1 : TENAGA PENGAJAR
1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan gelaran
Guru Penasihat.
1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu jenis kegiatan bagi setiap
bidang berikut :-
i) Persatuan / Kelab
ii Badan Beruniform
iii) Sukan dan Permainan

1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu :-


v) Meancang, mengurus dan melaksanakan program/aktiviti kokurikulum dengan baik dan mengikut
prosedur-prosedur yang ditetapkan.
v) Mengamalkan budaya kerja secara sepasukan.
vi)Mengamalkan semangat ”espirit de corp”.
vi) Menyediakan dokumentasi/laporan untuk program /aktiviti yang dijalankan
v) Membuat penilaian
vii) Semua guru mesti terlibat. TIDAK ADA ISTILAH TIDAK TAHU, TIDAK APA DAN TIDAK PAYAH

DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN


1.1 Kegiatan akan dijalankan mengikut jadual
1.4 Kegiatan akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :-
i) Cuaca buruk (hujan lebat atau ribut petir)
ii) Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
iii) Atas arahan Pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum
DASAR 4. PERJUMPAAN MINGGUAN/LATIHAN

i) Kedatangan guru/jurulatih wajib sepanjang sesi perjumpaan dan latihan berjalan. (Diisi
dan ditandatangani dalam Rrkod Kehadiran Guru Penasihat)

ii) Guru penasihat mengendalikan perjumpaan /latihan mengikut perancangan


mengawas,mengawal, mengurus dan menyelia aktiviti dan keselamatan pelajar.

iii) TIADA AKTIVITI/LATIHAN TANPA GURU.

v) Laporan diuat menggunakan borang yang disediakan untuk setiap aktiviti/latihan yag
dijalankan.

vi) Sebarang pembatalan perjumpaan MESTI dimaklumkan kepada jurulatih dan pelajar

vii) Tarikh dan masa perjumpaan (masa bermula dan masa berakhir) dipatuhi

viii) Kehadiran pelajar direkodkan dan Buku/Kad Kokurikulum pelajar ditandatanagani oleh
guru penasihat

xii) Aktiviti kokurikulum hendaklah diadakan mengikut jadual yang ditetapkan dan
aktiviti tambahan boleh dilaksanakan pada masa yang sesuai dan amat digalakkan.

xiii) Setiap kali perjumpaan guru penasihat dikehendaki mengambil fail unit masing-masing
dari bilik PK Kokurikulum dan disimpan kembali selepas perjumpaan dijalankan.

DASAR 5 : ETIKA BERPAKAIAN

i) Semua pelajar dan guru diwajibkan memakai uniform pada setiap hari Rabu dan hari
Isnin minggu ketiga setiap bulan.Bagi pentadbir digalakkan memakai uniform
Kadet Remaja Sekolah

ii) Semasa perjumpaan pelajar dibenarkan memakai t-shirt pasukan uniform masing-asing /t
shirt rasmi sekolah bersama track suit bagi aktiviti luar sahaja. Jika aktiviti yang
dijalankan berbentuk dalaman, pelajar dibenarkan memakai uniform sekolah lengkap.
.
ii) Mulai bulan Februari, diharap semua pelajar dapat memakai uniform lengkap pada
setiap hari Rabu. .
viii) Semua guru penasihat unit beruniform perlu memakai uniform lengkap seperti mana
yang ditetapkan oleh unit masing-masing.Guru-guru lain boleh memnilih uniform unit mengikut
kesesuaian. Pemakaian uniform lengkap, akan dicatat dalam buku pemantauan pemakaian
uniform guru.
ix) Bagi guru yang mengandung lima bulan ke atas dikecualikan memakai uniform.
19. Kehadiran Mesyuarat/taklimat kokurikulum

i) KEHADIRAN WAJIB
ii) Bagi guru, sebarang ketidakhadiran hendaklah dimaklumkan kepada pengetua secara bertulis sekurang-
kurangnya sehari sebelum mesyuarat/taklimat dan hendaklah menghantar wakil/pengganti ke mesyuarat
tersebut.
iii) Ketidakhadiran sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa sebab akan diberi surat penjelasan/tunjuk sebab.
iv) Buat/sediakan laporan aktiviti/perjumpaan/latihan yang telah dilaksanakan
v) DILARANG SAMA SEKALI BERSEMBANG,keluar masuk tanpa kebenaran, sila fokus pada agenda
mesyuarat.
vi) Sila urus dan selesaikan urusan peribadi sebelum mesyuarat bermula/tarikh mesyuarat.
vii) Patuhi protokol menghadiri mesyuarat sepenuhnya
viii) Bagi guru yang terlibat dengan mesyuarat diluar sekolah yang berkaitan kokurikulum sila buat minit curai
3 hari setelah menghadiri mesyuarat.
ix) Pastikan setiap guru membuat catatan semasa sesuatu mesyuarat/taklimat dijalankan
x) Setiausaha hendaklah menyediakan minit mesyuarat selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh mesyuarat
diadakan.

20. Menghadiri Kursus/mesyuarat/taklimat/seminar/bengkel anjuran PPD/JPN/KPM

i) KEHADIRAN WAJIB bila diarahkan kecuali atas alasan kritikal.


ii) Sebarang ketidakhadiran hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pengetua sekurang-kurangnya
sehari sebelum tarikh kursus/taklimat/seminar/bengkel anjuran PPD/JPN/KPM dan hendaklah diganti.
iii) Sila sediakan minit curai sekembalinya daripada kursus/mesyuarat/bengkel untuk makluman dan
tindakan pihak pentadbiran dan serahkan dalam masa 3 hari dari tarikh
kursus/mesyuarat/taklimat/seminar/bengkel.
iv) Bahan-bahan kursus hendaklah diserahkan/dimaklumkan kepada penolong kanan kokurikulum.
v) Sila isi borang kehadiran kursus untuk tindakan/makluman.
vi) Buku rekod mengajar hendaklah disediakan seperti biasa.
vii) In House training perlu disediakan selepas menghadiri kursus.
viii) Guru guru juga perlu akur pada arahan melalui edaran/surat siaran/pekeliling sekolah terutama berkaitan
dengan tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan supaya tidak menimbulkan kesulitan dan mengganggu
perjalanan pengurusan pentadbiran sekolah

21. Penggunaan Peruntukan Wang Kokurikulum


i) Bagi unit yang ingin menggunakan wang peruntukan kokurikulum samada wang Bantuan Sukan Sekolah
atau Wang Bantuan Kokurikulum Sekolah dan wang bayaran tambahan sekolah perlu membuat
permohonan secara bertulis kepada pengetua.
ii) Permohonan penggunaan hendaklah dibuat menggunakan nota minta dan perlu mematuhi prosedur
kewangan yang sedia ada.
iii) Permohonan penggunaan wang hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 3 hari sebelum sebarang aktiviti
dijalankan dan serahkan kepada ketua kerani sekolah.Sebarang permohonan yang dilakukan selepas
aktiviti berjalan tidak akan dibuat pembayaran.
iv) Permohonan penggunaan wang kokurikulum mesti melalui penolong kanan kokurikulum.
v) Pastikan semasa membuat permohonan, kepilkan bersama kertas kerja, surat panggilan/jemputan
program, senarai nama pelajar yang terlibat.
vi) Dapatkan invois daripada pembekal dalam tempoh 7 hari untuk tujuan pembayaran.Invois yang lewat
diterima(selepas 7 hari ) dari tarikh perlaksanaan aktiviti tidak akan dibuat pembayaran.Guru yang terlibat
perlu bertanggungjawab sepenuhnya diatas pembayaran tersebut.
vii) Dapatkan resit dari pembekal sebagai bukti pembayaran telah dibuat dan serahkan kepada kerani
kewangan/ketua kerani selepas pembayaran dibuat.
viii) Bagi program/aktiviti yang melibatkan pakej, sila dapatkan sebut harga dari pembekal semasa membuat
tuntutan.
DASAR 6. MEMBAWA PELAJAR MENYERTAI AKTIVITI LUAR/ PERTANDINGAN

i) Patuhi prosedur yang ditetapkan oleh pihak sekolah


ii) Guru perlu perlu menadapatkan kebenaran bertulis daripada waris
iii) Pakaian semasa menyertai pertandingan sukan ialah t shirt sekolah/sukan berkolar dan track
suit serta BERKASUT. Selipar tidak dibenarkan sama sekali
iv) Guru perlu memakai pakaian yang bersesuaian misalnya pakaian sukan.
v) Pakaian semasa menyertai pertandingan bagi aktiviti kelab/persatuan/unit uniform ialah
uniform sekolah/uniform pasukan yang lengkap.
vi) Pakaian semasa lawatan adalah uniform sekolah semasa bertolak dari sekolah dan ke
tempat-tempat lawatan yang melibatkan agensi luar.
vii) Sebarang jenis pakaian berbentuk JEANS ADALAH DILARANG.
viii) Jersey pertandingan/t shirt pertandingan dipakai semasa di tempat perlawanan dijalankan.
ix) Pelajar Islam DILARANG memakai seluar pendek sahaja tanpa thight.
x) Penerapan nilai –nilai agama dan moral merentas kokurikulum perlu ditekankan kepada
semua pelajar.
xi) Guru penasihat perlu memastikan soal ibadat khususnya sembahyang lima waktu dan soal
aurat tidak diabaikan oleh pelajar yang beragama Islam.
xii) Sekiranya guru perlu membawa murid dengan kenderaan sendiri, peraturan jalanraya perlu
dipatuhi. Kebenaran bertulis membawa kenderaan sendiri perlu diperoleh daripada pengetua.
xiii) Guru tidak dibenarkan membawa murid secara berlebihan di dalam sesebuah kenderaan.
xiv)Guru yang mengiringi murid tertakluk kepada jumlah 10 orang murid untuk seorang guru
bagi aktiviti yang tidak melibatkan air dan 5 orang murid untuk seorang guru bagi aktiviti yang
melibatkan air.
xv) Bagi aktiviti air, sila rujuk dan patuhi pekeliling yang sedia ada.
xvi)Sekiranya terdapat pelajar perempuan, seorang guru perempuan hendaklah mengiringi
pelajar tersebut

8. Keselamatan dan kebajikan pelajar semasa aktiviti/latihan/aktiviti luar


i) Rancang langkah-langkah keselamatan dan kebajikan semasa latihan/aktiviti seperti
makan, minum dan rawatan pelajar.
ii) Ambil tindakan segera bagi kes-kes kemalangan
i . Hubungi waris
ii . Hantar ke hospital/klinik
iii) Guru-guru mesti ada kemahiran asas memberi rawatan untuk kes seperti pengsang, pitam
luka, cedera ringan dan sebagainya.
iv) Pelajar yang mempunyai penyakit kronik seperti kepatahan, ashma, semput, masalah
jantung dan sebagainya tidak boleh dibenarkan/tidak boleh dipaksa mengambil bahagian
v) Bagi semua aktiviti lasak, pelajar dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih
dahulu.
vi) Lapor kepada pihak berwajib sekiranya ada gangguan dari luar
vii) Siasat hubungan lelaki dan perempuan yang terlalu intim semasa aktiviti kokurikulum.
viii) Siasat hubungan pelajar perempuan dengan orang luar yang menemani pelajar untuk
aktiviti/latihan
ix) Pastikan terlebih dahulu peralatan yang digunakan adalah dalam keadaan baik dan
selamat untuk digunakan semasa aktiviti.
x) Kawasan latihan/permainan juga perlu dipastikan dalam keadaan baik, teruurs dan
selamat untuk digunakan.
xi) Dilarang sama sekali menjalankan aktiviti di tempat lapang semasa cuaca buruk dan ada
kilat atau petir.
xii) Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan
kepada pengetua atau penolong kanan kokurikulum dengan segera/ Sila patuhi SOP 137.
xiii) Semua kemalangan yang berlaku semasa aktiviti kokurikulum hendaklah direkodkan.

8. Perhimpunan Bulanan kokurikulum


i) Perhimpunan Bulanan Kokurikulum akan diadakan pada hari Isnin minggu ketiga
setiap bulan

1. Fail Kokurikulum

Anda mungkin juga menyukai