Anda di halaman 1dari 4

CF MyPortfolio

Guru Besar
 Bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan
pelaksanaannya selaras dengan dasar KPM.
 Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
 Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
 Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67 1982 (Pindaan), iaitu sekurang-
kurangnya lima (5) waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.

PK Pentadbiran
i. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas (12)
waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
ii. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran
semasa.
iii. Membuat pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
iv. Mencerap PdP guru secara berkala dan melaksanakan bimbingan yang bersesuaian.
v. Menjadi Penilai Pertama dalam penilaian prestasi guru dan AKP sebagaimana yang
ditetapkan oleh PGB.
vi. Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
vii. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa dengan kelulusan PGB dari semasa ke
semasa.
viii. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa.
ix. Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB.

PK HEM
i. Sama seperti PK Pentadbiran (i-vii)
ii. Menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan
takwim sekolah berkaitan hal ehwal murid.
iii. Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB dan GPK Pentadbiran.

PK KK
i. Sama seperti PK Pentadbiran (i-vii)
ii. Menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan
takwim sekolah berkaitan kokurikulum.
iii. Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB, GPK Pentadbiran dan GPK HEM.

Guru Akademik/ Guru Matapelajaran


i. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara 22 hingga 30 waktu seminggu
bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
ii. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran
semasa serta melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya.
iii. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
iv. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum
v. Memegang portfolio tanpa jawatan dan menganggotai jawatankuasa dengan kelulusan PGB
dari semasa ke semasa.
vi. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid
apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan, tempat-tempat
lawatan dan sebagainya.
vii. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan (RPT) dan rancangan pengajaran harian (RPH)
bagi mata pelajaran yang diajar serta mengemaskinikankan untuk semakan PGB mengikut
masa-masa yang ditetapkan.
viii. Melaksanakan PdP berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi mata
pelajaran yang diajar.
ix. Merancang cadangan penambahbaikan program/aktiviti intervensi berdasarkan data
penilaian dan pentaksiran (data-driven decision making)
x. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

Guru Prasekolah
i. Sama seperti Guru Akademik (Perkara II hingga X)
i. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang ditetapkan antara 1,080 minit
hingga 1,200 minit seminggu.
ii. Mengemaskinikan data dan maklumat dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
(SMPK)

Guru Penyelaras Bestari


ii. Sama seperti Guru Akademik (Perkara II hingga X)
iii. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara lapan (8) hingga sebelas (11)
waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
iv. Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia matapelajaran untuk
menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah bagi tujuan pengintegrasian dalam
pengajaran dan pembelajaran.
v. Mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan penarafan SSQS di sekolah.

Guru Perpustakaan & Media (GPM)


i. Sama seperti Guru Akademik (Perkara II hingga X)
ii. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara lapan (8) hingga sebelas (11)
waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
iii. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
bersama-sama PGB, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid sekolah.
iv. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.

Guru Data (GD)


i. Sama seperti Guru Akademik (Perkara II hingga X)
ii. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan tidak melebihi lapan (8) jam seminggu
iaitu 16 waktu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
iii. Bertanggungjawab membantu pihak pengurusan sekolah dalam aspek pengurusan data pada
peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.
iv. Melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan,
pembekalan dan penyebaran data dan maklumat Modul Pengurusan Sekolah (MPS),
mengikuti kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan profil sekolah
termasuk fizikal dan maklumat am sekolah.
v. Membantu pengurusan data aplikasi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Online.

Guru Pemulihan
i. Sama seperti Guru Akademik (Perkara II hingga X)
ii. Merancang dan melaksanakan Program Pemulihan Khas mengikut prosedur yang
telah ditetapkan.
iii. Memastikan murid Tahap 1 dan Tahap 2 menguasai kemahiran asas 3M sebagai
sasaran kerja tahunan (SKT).
iv. Mentadbir Instrumen Penentu Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP)
dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) kepada murid yang kebarangkalian
mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas.

Pembantu Pentadbiran (Kewangan)


i. Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
ii. Mengurus dan mengawal peruntukan.
iii. Menyelenggarakan rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
iv. Mengurus, menyelenggara dan memantau semua jenis panjar dan semua akaun
(Kumpulan Wang Kerajaan, SUWA dan Asrama).
v. Mengendali semua buku daftar – Stok Buku Resit, Pesanan Sekolah, Cek, Cek Batal/Rosak,
Akaun Belum Bayar, Akaun Belum Terima.
vi. Mengurus pengebilan semua jenis terimaan wang awam.
vii. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

Penyelia Asrama
i. Membantu mengurus tugas-tugas domestik, penginapan dan kelengkapan asrama serta sajian
makanan.
ii. Memastikan kelengkapan asrama dan dewan makan berada dalam keadaan baik, menyelia
dapur dan dewan makan, membuat uji rasa makanan serta menyelia pekerja, peralatan dapur
dan asrama.
iii. Bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan asrama untuk memastikan peraturan
asrama dipatuhi.
iv. Turut bertanggungjawab menyediakan serta memastikan tempat tinggal penghuni asrama
berada dalam keadaan selamat, bersih dan kemas serta merancang anggaran keperluan
kewangan dan mengawal perbelanjaan.
v. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa

Pembantu Operasi
i. Menyampaikan tugas penyampaian atau kutipan surat/dokumen/saman/notis dengan
sempurnanya, cekapnya dan berkesannya.
ii. Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen
iii. Membantu dan menjadi urusetia bengkel/kursus/mesyuarat sekiranya diarahkan.
iv. Membantu merekod dan mengurus pengambilan dokumen-dokumen seperti sijil-sijil
peperiksaan UPSR dan Surat Akuan/Sijil Berhenti Sekolah
v. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

Pembantu Pengurusan Murid (Asrama)


i. Melatih dan menentukan murid ke sekolah mengikut masa yang sepatutnya.
ii. Membimbing dan mengasuh murid supaya sentiasa berakhlak, berdisiplin dan mematuhi
segala peraturan yang ditetapkan.
iii. Membimbing murid-murid membersih kawasan asrama, tandas, bilik mandi dan kawasan bilik
tidur
iv. Mengawasi murid ketika mereka bermain di luar waktu persekolahan dan waktu kegiatan
kokurikulum.
viii. Menjadi pengantara dengan ibu bapa kepada murid yang sakit atau menghadapi masalah
disiplin, kesihatan, gangguan emosi dan keperluan-keperluan lain.
ix. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah)


i. Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
ii. Menyedia (memasak atau mendapatkan bekalan tersebut daripada pembekal) dan
menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid
prasekolah berdasarkan cadangan menu standard prasekolah.
iii. Melayani kerenah murid prasekolah dan menolong memastikan mereka sentiasa berkeadaan
bersih.
iv. Membantu mengawasi murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

Anda mungkin juga menyukai