Anda di halaman 1dari 1

Selain itu, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya perlu

memberikan perhatian penuh tanpa kompromi. Pada hari yang sama, saya perlu membuat
nota ringkas untuk memudahkan saya membuat ulang kaji pada bila-bila masa. Mungkin
setiap orang mempunyai cara belajar yang tersendiri dan berbeza tetapi bagi saya kaedah
perbincangan antara rakan sebaya atau belajar secara berkumpulan merupakan kaedah
yang terbaik untuk kita mengingati fakta. Setiap ahli kumpulan mesti bersifat tegas,
berdedikasi dan berdisiplin untuk memastikan tiada perkara lain yang dibincangkan
selain intipati pelajaran. Debat dan perbincangan boleh diadakan sesama sendiri untuk
memahami sesuatu topik. Maklumat yang dikongsi bersama juga mampu mendatangkan
impak yang positif kepada setiap individu.

Bersesuaian dengan era globalisasi, saya tetap tidak akan ketinggalan menggunakan
prasarana teknologi maklumat dan komunikasi secara positif untuk menimba ilmu. Saya
sentiasa melayari Internet di rumah bagi mendapatkan pelbagai maklumat. Antara laman
web yang saya layari termasuklah portal pelajaran dan berita tentang hal-ehwal dunia
semasa. Kadang-kadang saya turut bersembang siber dengan sahabat pena sama ada dari
negara kita atau dari luar negara untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris saya
lagi. Kami juga sering bertukar-tukar pendapat di dalam blog masing-masing. Prasarana
Internet amat membantu saya untuk menambahkan ilmu dan kemahiran tanpa perlu kita
menyalahgunakan kemudahan canggih tersebut.

Kebanyakan pelajar pada milenium ini mengadu bahawa mereka tidak mempunyai masa
yang mencukupi kerana mereka terlalu sibuk akan pelbagai aktiviti selain pelajaran.
Istilah tidak ada masa bukan merupakan alasan yang jujur kerana pada dasarnya kita
semua memiliki masa 24 jam setiap hari. Yang perlu ditingkatkan sebenarnya ialah usaha
kita untuk membahagikan masa dengan lebih cermat dan berhemah. Kita digalakkan
membuat jadual waktu dan menuruti jadual itu tanpa gagal agar perjalanan hidup seharian
kita sistematik, berdisiplin dan seimbang. Kita perlu membahagikan masa kita untuk
membuat ulang kaji, beriadah atau bersenam, dan berinteraksi dengan ahli keluarga
secara seimbang. Jadual waktu kita tidak semestinya penuh dengan aktiviti ulang kaji dan
kelas tambahan, sebaliknya kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan
pelbagai akitiviti yang dapat mengurangkan tekanan hidup seperti bersenam, menyertai
kem, menonton televisyen dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai