Anda di halaman 1dari 1

LIRIK LAGU - BORIA LALU LINTAS

Mari semua rakan dan taulan


Boria lalu lintas kami dendangkan
ini hanyalah sekadar ingatan
untuk semua sebagai teladan

**(korus)
Mari semua rakan dan taulan
Boria lalu lintas kami dendangkan
ini hanyalah sekadar ingatan
untuk semua sebagai teladan

Memandu di jalan hendaklah sabar,


Jangan memandu secara bahaya,
Lampu merah jangan dilanggar,
Kerana itu kesalahan jalan raya.

**(ulang korus)
Semasa memandu janganlah terburu-buru,
Memandulah dengan cara yang berhemah,
Jangan kita memandu melebihi had laju,
Nanti surat saman sampai ke rumah.

**(ulang korus)
Berhati-hati keluar disimpang,
Pastikan tiada kenderaan yang datang,
Kiri dan kanan harus dipandang.
Semasa hendak membelok disimpang.

**(ulang korus)
Tamatlah sudah ragam dan suka
harap semua terhibur dan ceria
nasihat tadi jangan dilupa
inilah boria suka-suka

Anda mungkin juga menyukai