Anda di halaman 1dari 7

Unit 1

Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Aktiviti 1
Mengenali Pengguna Jalan Raya

Aktiviti 1 A) Bulatkan setiap pengguna jalan raya mengikut warna yang berikut: pejalan kaki merah penunggang basikal biru penumpang kereta hijau pembonceng motosikal perang

B) Senaraikan pengguna jalan raya yang lain (selain yang dibulatkan) dan bina ayat. 1. penunggang motosikal Penunggang motosikal itu menunggang motosikal dengan berhati-hati. 2. pemandu kereta Setiap pemandu kereta hendaklah mematuhi peraturan jalan raya. 3. penumpang pengangkutan awam Penumpang pengangkutan awam haruslah bertolak ansur dengan penumpang yang lain.

21

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Aktiviti 2
Mengenali Pengguna Jalan Raya

Aktiviti 2 Baca petikan di bawah dan nyatakan jenis pengguna jalan raya yang terlibat dalam perjalanan yang dinyatakan.

penumpang pengangkutan awam pejalan kaki pembonceng motosikal

pengguna kerusi roda

penumpang kereta

1. Cikgu Anis pergi ke sekolah dengan menaiki bas. ( penumpang pengangkutan awam ) Dia turun dari bas lalu menggunakan

lintasan pejalan kaki untuk melintas ke kawasan sekolah. ( pejalan kaki )

2. Rakesh hendak ke kedai yang berdekatan. Dia memakai topi keledar dan membonceng motosikal yang ditunggang oleh ayahnya. ( pembonceng motosikal ) Dia turun dari motosikal lalu pejalan kaki )

membeli sebungkus gula untuk ibunya. (

3. Kamal berjalan ke taman permainan pada waktu petang. ( pejalan kaki ) Dia bertemu dengan kawan-kawannya

dan ternampak seorang wanita berkerusi roda. ( pengguna kerusi roda ) penumpang kereta )

4. Puan Siti menaiki kereta ke terminal bas. (

Kemudian, dia menaiki bas untuk balik ke kampungnya. ( penumpang pengangkutan awam )

22

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Aktiviti 3
Mengenali Pengguna Jalan Raya

Aktiviti 3 Siapakah saya? Dalam perjalanan ke tempat-tempat berikut, anda boleh menjadi lebih daripada seorang pengguna jalan raya. Namakan dua daripadanya.

PUSAT BELI BELAH

Jenis pengguna jalan raya: 1) 2) penumpang kereta pejalan kaki

Jenis pengguna jalan raya: 1) 2) penumpang pengangkutan awam pejalan kaki

23

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Aktiviti 4
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berbeza

Aktiviti 4

Bantu Muzaffar untuk sampai ke sekolah dengan selamat menggunakan peta di bawah. Nyatakan jenis pengguna jalan raya di dalam setiap petak kosong.

Perjalanan 3
pejalan kaki

Perjalanan 2
NB AS
penumpang pengangkutan awam

Perjalanan 1
pejalan kaki

26

HEN

TIA

HEN TIA NB AS

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Aktiviti 5
Semua Orang Pejalan Kaki

Aktiviti 5 Bantu Ramli melintas jalan raya untuk pulang ke rumahnya. Senaraikan lima langkah melintas, kemudian tulis cara untuk melintas dengan selamat.

Langkah 1

berhenti Berhenti dan undur setapak ke belakang.

Langkah 2

melihat Lihat ke kanan, ke kiri, ke hadapan dan ke belakang.

Langkah 3

mendengar Dengar arah bunyi kenderaan.

Langkah 4

berfikir Fikirkan sama ada situasi jalan raya selamat sebelum melintas.

Langkah 5

berwaspada Melintas dengan berwaspada walaupun keadaan jalan raya kelihatan selamat.

30

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Aktiviti 6 Aktiviti 6

Semua Orang Pejalan Kaki


Aktiviti 6 Baca dialog di bawah. Kemudian jawab soalan yang diberikan.
Empat orang murid dalam perjalanan balik dari sekolah. Mereka baru belajar Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dan berbincang tentang bahaya di jalan raya. Abu Bala Chin Donald Bala Chin Donald Abu Donald : Banyaknya kenderaan. Bahayanya. : Betul tu. Banyak kenderaan dan semuanya bergerak laju. : Tak mungkin kita dapat melintas jalan raya itu dengan selamat. : Yalah! Bagaimana nak melintas? : Ingat tak lagu yang kita belajar hari tu? : Lagu tentang lima langkah melintas itukah? : Mari kita ulang lima langkah melintas bersama-sama. : Satu, dua, mula. : Pertama, berhenti di tempat yang selamat dan melangkah setapak ke belakang. Chin : Kedua, lihat sekeliling dan awasi lalu lintas. Bala : Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan. Keempat, fikir sama ada selamat untuk melintas. Abu : Kelima pula, berwaspada semasa melintas jalan raya. Chin : Jalan raya ini masih kelihatan berbahayalah. Donald : Apa kita nak buat sekarang? Abu : Ingat tak apa cikgu ajar supaya lebih selamat di jalan raya? Bala : Ya. Sentiasa berpimpin tangan dengan orang dewasa semasa berada di jalan raya. Donald : Mintalah bantuan mereka untuk melintas jalan dengan lebih selamat. Chin : Eh, itu Encik Ravi dan Pak Akob! Mari kita minta bantuan mereka. Abu : Pak cik, boleh tolong kami melintas? En. Ravi : Boleh. Empat orang murid melintas jalan raya dengan bantuan orang dewasa.

1. Mengapakah jalan raya kelihatan berbahaya? Jalan raya kelihatan berbahaya kerana banyak kenderaan dan semuanya bergerak laju. 2. Apakah yang perlu dilakukan sewaktu berhenti? Kita hendaklah melangkah setapak ke belakang. 3. Apakah yang perlu dilakukan selepas mendengar? Kita hendaklah berfikir sama ada selamat atau tidak untuk melintas. 4. Siapakah yang membantu mereka melintas jalan raya? Encik Ravi dan Pak Akob yang membantu mereka melintas jalan raya. 5. Apakah pengajaran yang diperoleh daripada dialog? Pengajaran yang diperolehi daripada dialog di atas ialah kita hendaklah mengamalkan lima langkah melintas dan meminta bantuan orang dewasa.

31

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Aktiviti 7
Berjalan dengan Selamat di Tempat Letak Kereta

Aktiviti 7

Pilih dan tulis ayat yang diberi berdasarkan gambar.


Mereka menunggu sehingga kereta itu beredar dari petak tempat letak kereta. Leong dan ibunya berjalan secara berpimpin tangan dan sentiasa mengawasi pergerakan kereta. Mereka memerhati sekeliling dan berjalan dengan berhati-hati. Mereka melihat lampu kereta mengundur bernyala dan terdengar penggera undur berbunyi.

Leong dan ibunya berjalan secara berpimpin tangan dan sentiasa mengawasi pergerakan kereta.

Mereka melihat lampu kereta mengundur bernyala dan terdengar penggera undur berbunyi.

Mereka menunggu sehingga kereta itu beredar dari petak tempat letak kereta.

Mereka memerhati sekeliling dan berjalan dengan berhati-hati.

36

Anda mungkin juga menyukai