Anda di halaman 1dari 8

MENGENAL PASTI ISU-ISU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NOMBOR DAN

OPERASI DENGAN PENGGUNAAN RESOS.

1.0 PENGENALAN

Nombor adalah elemen yang penting dan asas kepada kurikulum Matematik. Keseluruhan
isi pelajaran yang ditertibkan dalam Matematik adalah berasaskan nombor dari peringkat pra
persekolahan hinggalah ke sekolah rendah. Semua isi kandungan Matematik yang digariskan
untuk murid dari peringkat pra persekolahan hingga ke sekolah rendah. Standard Nombor dan
Operasi adalah suatu keperluan bagi kefahaman murid secara berkesan dan kepintaran bagi
kemahiran mengira, nombor dan aritmetik. Peringkat sekolah rendah menekankan kurikulum
Matematik dengan membangunkan ‘number sense’, pengiraan aritmetik, memperoleh
kemahiran, dan memahami nombor dan operasi. Ianya juga merupakan pendidikan asas
kepada kurikulum Matematik. Murid-murid perlulah mempunyai kefahaman yang mendalam
tentang nombor ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Konsep dan
algoritma bagi aritmetik peringkat rendah juga adalah sebahagian daripada nombor dan
operasi. Perhatian khusus diperlukan kepada murid-murid yang tidak dapat menguasai operasi
asas Matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Hal ini kerana, bukan semua murid
dapat menguasai kemahiran tersebut dalam tempoh yang sama. Oleh itu, penggunaan bahan
resos merupakan pendekatan yang berkesan bagi kejayaan proses pembelajaran dan
pengajaran serta mencapai objektif dan hasil pembelajaran dalam sesuatu topik yang diajar.
Bahan resos adalah suatu unsur yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi membentuk suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
Ianya juga memudahkan murid-murid untuk memahami dan meneliti konsep-konsep Matematik
melalui penggunaan bahan konkrit. Hal ini kerana bahan konkrit tersebut dapat dipegang dan
disentuh oleh murid dengan menggunakan pancaindera serta mereka juga dapat berfikir,
merasainya, membentuk dan membina pemahaman konsep Matematik tersebut.

Namun, murid-murid Tahun 2 masih menghadapi pelbagai masalah rintangan dalam topik
Nombor dan Operasi walaupun mereka diberi pendedahan awal di Tahun 1. Hal ini demikian,
mereka tidak mengaplikasikan penggunaan nombor dalam kehidupan seharian mereka dan
mereka masih baru terhadapnya. Contohnya, murid menilis angka di tempat yang salah akibat
daripada tidak mengenalpasti nilai tempat.

1
Contoh : 18 + 6 =

18
+ 6

Selain itu, murid menghadapi masalag dalam matematik ketika pengiraan. Murid mengira
dari kiri ke kanan dimana sepatutnya dari kanan ke kiri. Mereka juga tidak mengenali simbol
tambah (+) dan juga simbol tolak (-). Murid-murid juga tidak tahu apa yang mereka sepatutnya
mereka buat dengan tanda (+) dan (-). Mereka juga tidak mengetahui kegunaan operasi
penambahan dan penolakan. Bukan sahaja penambahan dan penolakan, sama juga kepada
pendaraban dan bahagi.

Di samping itu, segelintir murid menghadapi masalah ketika menyelesaikan masalah


matematik. Mereka menyelesaikan masalah melalui pengiraan bercampur aduk dengan nombor
yang diberi. Misalnya, murid diminta untuk menyelesaikan masalah yang mempunyai tiga angka
dan mereka mula menyelesaikannya dari kiri. Terlebih dahulu, mereka menambah angka yang
pertama, dan menolak angka yang kedua serta menambah angka yang ketiga. Mereka juga
msaih tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dala kaedah menolak yang merangkumi
konsep pinjam dan membawa nombor ke atas dalam operasi penambahan. Ianya juga
merupakan salah satu masalah yang serius dalam kalangan murid terhadap Matematik. Maka,
kami berpendapat bahawa penggunaan resos dapat menjadi satu penyelesaian masalah yang
efektif kepada murid-murid Tahun 2. Kami telah menyediakan “Magical Eggs” untuk mengatasi
masalah murid-murid Tahun 2 dalam topik Nombor Bulat. Untuk mengaplikasikan penggunaan
“Magical Eggs”, kami telah menggunakan resos kami untuk membantu murid-murid Tahun 2
dalam Topik Nombor Bulat semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Kami juga
mendapati bahawa penggunaan “Magical Eggs” memberikan impak yang positif kepada murid-
murid Tahun 2.

2
2.0 PROFIL MURID (KES KAJIAN)

Resos ini dituju kepada murid-murid Tahun 2 berdasarkan standard kandungan yang
terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 2 iaitu operasi
tambah, tolak, darab dan bahagi dalam lingkungan 100. Mereka juga menyelesaikan masalah
mengikut situasi harian. 5 orang murid Tahun 2 yang berbeza jantina telah terlibat dalam kajian
ini. Bahan resos ini juga dapat menjadikan suatu wadah untuk mengukuhkan lagi pengetahuan
murid dalam topik ini.

Gambar 1 : Murid-murid Tahun 2 yang menggunakan “Magical Eggs”.

3.0 METODOLOGI

Penghasilan resos ini menepati Lima Teras bagi Profisiensi Matematik (5TPM) yang
dikemukakan oleh the National Research Council (“NRC”) of the National Academies of
Science. Lima Teras yang dinyatakan adalah:-

 Kefahaman Konseptual(Conceptual Understanding)


 Kefasihan Prosedural (Procedural Fluency)
 Kompetensi Strategik (Strategic Competence)
 Kesesuaian Penaakulan (Adaptive Reasoning)
 Kegunaan Produktif (Productive Disposition).

3
Lima teras tersebut saling bergantung antara satu sama lain dalam proses perkembangan
profisiensi matematik seseorang individu.

CARA PENGGUNAAN RESOS

(i)

Langkah 1: Murid-murid diminta untuk menghitung bilangan emoji yang terdapat


dalam kad board. Kad emoji digunakan sebagai set induksi bagi mengetahui tahap
penguasaan murid dalam menghitung.

4
(ii)

Langkah 2: Saya menerangkan cara-cara penggunaan “Magical Eggs” untuk


operasi penambahan dan penolakan.

(iii)

Langkah 3: Saya membuat demontrasi kepada murid-murid supaya mereka dapat


mengetahui penggunaan “Magical Eggs”

5
(iv)

Langkah 4: Saya memberi contoh kepada mereka dengan memberi soalan mengikut
standard pembelajaran. Mereka juga dapat menjawab jawapan yang tepat dengan
menggunakan “Magical Eggs”.

6
(v)

Langkah 5: Saya telah menyemak bahawa mereka menggunakan resos ini sama
ada betul ataupun tidak bagi soalan-soalan yang diberi. Murid- murid Savisha telah
menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan “Magical Eggs” dengan
tepat.

4.0 RANCANGAN BAHARU UNTUK PENAMBAHBAIKAN

Nombor yang dilekatkan pada kotak tersebut adalah kecil dan sukar dilihat oleh murid.
Oleh itu, nombor tersebut dibesarkan lagi untuk murid melihatnya dengan jelas. Selain itu,
bahan resos ini hanya untuk kegunaan 2-3 orang murid sahaja dalam satu masa. Hal ini dapat
diperbaiki dengan menambahkan elemen-elemen tertentu pada bahan resos tersebut dan
menjadikannya untuk kegunaan ramai murid dalam tempoh masa yang sama dan panjang.
Justeru itu, boleh memperlebarkan lagi lubang tersebut dengan menggunakan kotak yang besar
melalui menghasilkan lubang sendiri dan murid juga berasa selesa ketika menggunakan bahan
resos ini.

7
5.0 KESIMPULAN

Tamsilannya, matematik merupakan suatu wadah bagi pembangunan dan


perkembangan dalam bidang Sains dan Teknologi. Penguasaan konsep dan kemahiran
Matematik amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bertemakan
Matematik. Maka, gurulah yang perlu mengambil insentif yang berkesan bagi melahirkan murid
yang Berjaya dalam bidang matematik. Hal ini dapat mencapai hasrat negara iaitu menjadi
sebuah negara yang maju dan gemilang serta bersaing di peringkat global.

Anda mungkin juga menyukai