Anda di halaman 1dari 2

Ruj.Kami MS.

1300-4/12 (09)
Tarikh :13 J.Akhir 1440
Bersamaan :18 Februari 2019

Ybhg Ketua Balai Bomba & Penyelamat,


Pejabat Bomba Daerah Pasir Puteh
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.

Tuan,

JEMPUTAN CERAMAH KESELAMATAN DAN DEMONTRASI LATIHAN KEBAKARAN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa MAAHAD SANIAH Pasir Puteh menjemput pihak tuan untuk
mengadakan satu program ceramah keselamatan dan demontrasi latihan kebakaran Fire Drill.
Program tersebut akan diadakan pada tarikh yang berikut:

Tarikh : 25 Februari 2019


Masa : 8:00 pagi - 11:00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan Maahad Saniah

3. Untuk maklumat pihak tuan, tujuan utama program ceramah keselamatan dan latihan
kebakaran ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang langkah-langkah yang
perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah. Pihak sekolah memberi sepenuhnya
kawalan dan tugasan kepada pihak tuan sepanjang program ini berlangsung.

4. Berserta dengan surat ini juga dilampirkan bersama-sama beberapa maklumat tentang tentatif
program bagi rujukan pihak tuan.

5. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami dahalui dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“RAJA BERDAULAT, RAKYAT SEPAKAT, NEGERI BERKAT”

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”


“KEUNGGULAN PENDIDIKAN ASAS KETAQWAAN”

Yang menjalankan amanah,

(HJ. RUSDI BIN ARIFFIN)


Pengetua Maahad Saniah
Pasir Puteh.
Lampiran A

Aturcara Program Ceramah Latihan Kebakaran dan Keselamatan


Maahad Saniah 2019

Tarikh : 25 Februari 2019

Hari : Isnin

PELAKSANAAN CERAMAH DAN DEMONTRASI LATIHAN KEBAKARAN

7:40 pagi : Pelajar berhimpun dan membaca Al-quran

8:00 pagi : Bacaan doa

8:05 pagi : Kata aluan pengerusi

8:15 pagi : Ceramah keselamatan

9:15 pagi : Demontrasi latihan dari pihak bomba

11:15 pagi : Jamuan ringan

11:30 pagi : Tamat

AKTIVITI

1. Ceramah latihan kebakaran dan keselamatan


2. Demonstrasi memadam kebakaran

Anda mungkin juga menyukai