Anda di halaman 1dari 25

PERSOALAN TENTANG

KHATAMUN NUBUWWAH,
NUR MUHAMMAD SAW
DAN AYAT RUQYAH

Mohd. Khafidz Soroni

1
$#" !

KJ I H G F E D

Khatamun Nubuwwah

Assalamu 'alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Soalan 1. Khatamun Nubuwwah, yang berbentuk tiga segi sering ditonjolkan dalam
tareqat2. Panel Kajian Aqidah Jakim dah keluarkan kenyataan (ia sbg bidaah dan
membawa syirik), ...

Jawapan:

Tiada khilaf di kalangan ulama tentang kewujudan Khatamun Nubuwwah (cap kenabian)
pada jasad Nabi SAW. Terdapat banyak riwayat hadis yang menyebutkan dari segi
kedudukan, bentuk dan saiznya. Kata al-Qurtubi: Hadis-hadis yang sabit menunjukkan
bahawa Khatamun Nubuwwah adalah sesuatu yang jelas menonjol kemerahan terdapat pada
belakang bahu kiri Nabi SAW. Apabila sedikit, kadar bentuknya adalah sebesar telur burung
merpati dan apabila banyak adalah besar sebuku tangan.

Namun, kita tidak akan membincangkan kesemua riwayat tersebut kerana yang akan
dibincangkan di sini ialah persoalan tentang tulisan yang terkandung padanya serta
khasiatnya sebagaimana yang banyak tersebar dalam kalangan masyarakat Islam. Apakah ia
mempunyai sandaran dan dalilnya?

Khatamun Nubuwwah yang popular di Nusantara berbentuk tiga segi. Namun di belahan
Timur Tengah, Khatamun Nubuwwah yang popular berbentuk bulat seperti telur. Ini

2
bertepatan dengan gambaran dalam hadis-hadis yang sahih. Kemungkinan bentuk tiga segi
adalah isyarat kepada saiz ukuran genggaman tangan sepertimana yang tersebut dalam satu
riwayat, bukannya betul-betul bentuk tiga segi sama sebagaimana yang banyak tersebar.
Kerana tiada satu riwayat pun yang menyebut ianya berbentuk tiga segi.

Manakala mengenai tulisan yang terkandung padanya serta khasiatnya sudah tentu
memerlukan dalil yang dapat dijadikan sandaran. Justeru, perbincangan akan dibahagi
kepada dua bahagian; pertama, mengenai tulisan yang terkandung padanya dan kedua,
mengenai khasiatnya.

Pertama: Tulisan Yang Terkandung Pada Khatamun Nubuwwah

Teks tulisan yang popular pada Khatamun Nubuwwah ialah;


.





Maksudnya: Allah jua yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, Muhammad itu hamba-Nya dan
utusan-Nya. Hadaplah ke mana sahaja yang engkau kehendaki, maka sesungguhnya engkau
pasti dibantu.

Perbincangan mengenai riwayat tulisan yang terdapat pada Khatamun Nubuwwah ini adalah
seperti berikut;

i. Riwayat 1:
Abu Saad Abdul Malik bin Muhammad al-Kharkusyi (m. 407H) menyebut dalam kitabnya
Syaraf al-Mustafa tanpa menyandarkannya kepada sebarang sumber:
: -
.
Terjemahan: Diriwayatkan bahawa khatam yang berada di antara belikat baginda SAW
adalah seperti telur burung, tertulis di atasnya: Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada
sekutu bagi-Nya. Hadaplah ke mana sahaja yang engkau mahu, maka sesungguhnya engkau
pasti dibantu.

Al-Hafiz Mughultay (m. 762H) dalam kitab az-Zahr al-Basim menukilkan - sepertimana
disebut dalam al-Mawahib al-Ladunniyyah oleh al-Allamah Syihabuddin al-Qastallani (w.
923H) -:

Terjemahan: Dan dalam kitab at-Tirmizi al-Hakim (m. 295H): (Ia) seperti telur burung
merpati, tertulis di sebelah dalamnya: Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan di
sebelah luarnya: Hadaplah ke mana sahaja engkau mahu, sesungguhnya engkau pasti
dibantu.

3
Al-Allamah al-Zarqani (m. 1122H) dalam Syarh ala al-Mawahib al-Ladunniyyah
menjelaskan ianya di dalam kitab Nawadir al-Usul karangan al-Hakim at-Tirmizi. Namun,
saya masih belum dapat menemukannya di dalam kitab berkenaan.

Sumber paling lama yang menisbahkannya kepada al-Hakim at-Tirmizi yang saya temukan
setakat ini ialah sumber al-Hafiz Abu al-Khattab Ibn Dihyah al-Kalbi, pengarang al-Tanwir
min Mawlid al-Siraj al-Munir (w. 633 H) sepertimana yang dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn
Kathir (w. 774H) dalam al-Bidayah wan Nihayah, al-Allamah Badruddin al-Ayni (m.
855H) dalam Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari dan al-Allamah Muhammad bin
Yusuf al-Salihi (w. 942H) dalam Subul al-Huda wa al-Rasyad.

Ibn Dihyah al-Kalbi telah menukilkan daripada al-Hakim at-Tirmizi (m. 295H) katanya:
Khatam yang berada di antara belikat Rasulullah SAW adalah seolah-olah seperti telur
burung merpati, tertulis di sebelah dalamnya: Allah yang Esa. Dan di sebelah
luarnya: Hadaplah ke mana sahaja engkau mahu, sesungguhnya engkau dibantu. Kata Ibn
Dihyah: Ini gharib, dan dilihat munkar.

Bagaimanapun, Ibn Dihyah juga tidak menyebut judul kitab al-Hakim at-Tirmizi itu. Namun,
beliau menyatakan bahawa orang di zamannya sudah mengingkari riwayat berkenaan.

Al-Hakim at-Tirmizi sebenarnya tidak berseorangan dalam mencatatkannya. al-Hafiz


Abdullah ibn Yusuf al-Zaylai (m. 762H) dalam Nasb al-Rayah fi Takhrij Ahadith al-
Hidayah dan al-Hafiz as-Suyuti (m. 911H) dalam al-Khasais al-Kubra telah menyebut satu
riwayat panjang tentang kisah Salman RA memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Abu
Nuaim dalam Dalail an-Nubuwwah daripada Salman RA:
:

..." :
" " : " " :
."...

Inilah riwayat-riwayat yang menyebut tentang tulisan yang terdapat pada Khatamun
Nubuwwah secara lengkap. Kebanyakan ulama pengkritik hadis mendaifkannya
sebagaimana yang akan diterangkan kemudian.

ii. Riwayat 2:
Riwayat kedua ini lebih ringkas berbanding riwayat yang pertama. Menurut al-Hafiz
Mughultay lagi dalam kitab az-Zahr al-Basim:

Terjemahan: Dan dalam Tarikh Naisabur (oleh al-Hakim): Ia seumpama gumpalan daripada
daging, tertulis padanya dengan daging: Muhammad Rasulullah.

4
Ini sama seperti riwayat Sahih Ibn Hibban:
-
:
." "

Kata al-Hafiz Nuruddin al-Haythami (m. 807H) dalam () : Telah


terkeliru dan tercampur aduk pada sebahagian perawinya antara Khatamun Nubuwwah
dengan cincin yang baginda gunakan untuk mengecop surat-surat.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, perawi keliru tersebut ialah Ishaq bin Ibrahim, dan beliau
mengkategorikannya sebagai daif. Hadis ini juga daif kerana sifat tadlis Ibn Juraij. Kata al-
Hafiz Ibn Nasir ad-Din ad-Dimasyqi (m. 842H) dalam () : Ini juga
batil, tidak sah. Dan yang aneh ialah pada Ibn Hibban kerana menjadikannya sahih,
sedangkan orang yang dikecam ialah gurunya Nasr bin al-Fath, wallahu alam. Maka,
sanadnya adalah baik, kalaulah bukan kerana Nasr ini. Kata az-Zahabi: Aku duga dialah yang
memalsukan hadis ini.

Namun, jika diamati dan diteliti lebih dalam, hadis ini mungkin belum lagi dapat
dikategorikan sebagai palsu.

Pandangan Ulama Hadis:


al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (m. 852H) menyebut dalam Fath al-Bari:


"
"



]
"


"
] [ [ [ ]



. ] [



.
Terjemahan: Adapun apa yang warid bahawa ia (Khatamun Nubuwwah) seperti kesan
berbekam, atau seperti tahi lalat hitam, atau hijau, atau termaktub di atasnya Muhammad
Rasulullah atau berjalanlah sesungguhnya engkau dibantu atau sebagainya, maka tiada
satu pun yang sabit daripadanya. Al-Hafiz Qutbuddin (m. 735H) telah begitu panjang lebar
merekodkannya di dalam Syarh as-Sirah, serta diikuti oleh Mughultay (m. 762H) dalam
kitab az-Zahr al-Basim, namun beliau tidak menjelaskan sedikit pun tentang hal keadaannya.
Yang hak adalah apa yang telah saya sebutkan, dan janganlah anda terkesan dengan apa yang
terdapat mengenainya dalam Sahih Ibn Hibban, kerana beliau telah terlalai semasa
mensahihkannya. Wallahu alam.

Antara ulama yang menyebut dan menyepakati pandangan al-Hafiz Ibn Hajar ini ialah;

5
1. al-Hafiz as-Suyuti (m. 911H) dalam Zahr al-Khamail ala as-Syamail.
2. Al-Allamah Syihabuddin al-Qastallani (w. 923H) dalam al-Mawahib al-Ladunniyyah bi
al-Minah al-Muhammadiyyah.
3. Al-Allamah Muhammad bin Yusuf al-Salihi (w. 942H) dalam Subul al-Huda wa al-
Rasyad. Beliau menambah: Kata al-Qutb dalam kitab al-Mawrid dan al-Muhib bin as-
Syihab bin al-Haim dalam kitab al-Ghurar: Ianya hadis batil.
4. Al-Allamah Ibn Hajar al-Haitami (w. 974H) dalam Asyraf al-Wasail ila Fahm as-
Syamail.
5. al-Mulla Ali bin Sultan al-Harawi al-Qari (m. 1014H) dalam () .
6. Al-Allamah Abdur Rauf al-Munawi (w. 1031H) dalam Faidh al-Qadir.
7. Al-Allamah al-Zarqani (m. 1122H) dalam Syarh ala al-Mawahib al-Ladunniyyah.
Katanya: ... bahkan sesetengahnya batil dan sesetengahnya daif, maka tidak ada makna
untuk menyebutnya serta mendiamkannya.
8. Syeikh Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar (Fatawa al-Azhar: 8/125).
9. Allamah Tanta Sayyidi al-Arif billah Syeikh Muhammad Khalil al-Khatib (m. 1406H)
dalam Syarh as-Syamail al-Muhammadiyyah.
10. Syeikh Abdullah bin Said al-Lahji al-Hadhrami al-Makki (m. 1410H) dalam (
) .
11. dan lain-lain.

Sebagaimana yang dapat dilihat, ramai ulama hadis sufi seperti yang tertera di atas menerima
dan berpegang dengan kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar.

Kedua: Mengenai Khasiat Khatamun Nubuwwah

Antara sumber popular yang menyebut tentang khasiatnya ialah sumber Syeikh Muhammad
Nawawi al-Bantani al-Jawi (w. 1315H) yang menyebut dalam kitab Madarij as-Suud ila
Iktisa al-Burud (hlm. 52)1:

1
Ia syarah kepada Maulid al-Barzanji oleh as-Sayyid Ja'far bin Hasan al-Barzanji (w. 1177 H).

6
Maksudnya: Berkata az-Zarqani: Tertulis pada sebelah dalamnya Allah yang Esa, tiada
sekutu bagi-Nya, Muhammad hamba-Nya dan Rasul-Nya. Dan di atas belakangnya pada
sebelah kanan: Hadaplah ke mana sahaja engkau mahu dan pada sebelah kiri
pula: Sesungguhnya engkau pasti dibantu. Dan inilah misalnya; (iaitu seperti di atas).
Ianya mempunyai beberapa khasiat, sepertimana yang dinukilkan daripada at-Tirmizi r.a.
katanya: Sesiapa yang berwuduk dan melihat kepadanya pada waktu Subuh, Allah Taala
akan memeliharanya hingga ke petang. Dan sesiapa yang melihat kepadanya pada waktu
Maghrib, Allah Taala akan memeliharanya hingga ke waktu pagi. Dan sesiapa yang melihat
kepadanya pada awal bulan, Allah Taala akan memeliharanya hingga ke akhir bulan tersebut.
Dan sesiapa yang melihat kepadanya pada awal tahun, Allah Taala akan memeliharanya
hingga ke akhir tahun tersebut dari bala bencana dan kebinasaan. Dan sesiapa yang melihat
kepadanya pada waktu bermusafir, maka perjalanannya itu akan diberkati. Dan sesiapa yang
mati dalam tahun tersebut, maka Allah akan mematikannya dengan iman. Bahkan aku
berharap kepada Allah Taala, sesiapa yang melihat kepadanya dengan benar-benar rasa kasih
dan keimanan dalam seumur hidupnya sekali, Allah Taala akan memeliharanya dari semua
perkara yang ia benci sehinggalah ia bertemu Allah Taala.

Dalam petikan itu, Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani tidak pun menyebutkannya
sebagai hadis sebagaimana yang tersebar di kalangan segelintir masyarakat. Beliau hanya
merujukkannya sebagai kata-kata at-Tirmizi sahaja. Dan sebaiknya juga beliau sebut sebagai
al-Hakim at-Tirmizi agar orang tidak terkeliru dengan Imam Abu Isa at-Tirmizi,
pengarang kitab Sunan. Namun, sehingga kini saya masih belum dapat menemukan
kedudukan asal kata-kata al-Hakim at-Tirmizi tersebut sepertimana yang dipetik oleh Syeikh
Muhammad Nawawi.

Maka menisbahkannya sebagai hadis Nabi SAW adalah satu kesalahan besar yang perlu
diperbetulkan. Oleh kerana belum dapat dipastikan sumber asal kata-kata tersebut sama ada
daripada kata-kata al-Hakim at-Tirmizi atau lain-lain, maka ada baiknya ditawaqqufkan
(ditangguhkan keputusannya) dahulu dan tidak terus disebarkan.

Dua Hadis Aneh


Tersebar di internet dua buah hadis palsu yang menyebut tentang khasiat Khatamun
Nubuwwah yang disandarkan kepada sebuah sumber yang sangat aneh dan pelik bagi saya.
Iaitu pertama, kononnya sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam
Kitab Mahamatnainiah/Mahamataniah (?), yang bermaksud: "Sesiapa yang menjadikan
lukisan Khatamun-Nubuwwah aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada
penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke
dalam syurga tanpa hisab."

Kedua, dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W
bersabda yang bermaksud: "Bermula rumah yang ada lukisan Khatamun-Nubuwwah aku di
dalamnya, maka dipelihara oleh Allah baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan
daripada tiap-tiap musuh, dan tidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan
oleh Allah kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."

7
Kedua-duanya jelas merupakan hadis palsu dan haram menyebarkannya. Jika tidak sudah
tentu ia turut dibincangkan oleh semua ulama hadis handalan yang telah saya sebutkan nama-
nama mereka sebelum ini, lengkap dengan tahun-tahun kewafatan mereka supaya kita
memahami isu yang berlaku bukan di dalam zaman kita sahaja.

Rumusan:
Setelah dijelaskan kedudukan tulisan Khatamun Nubuwwah dan khasiatnya, maka saya
berpendapat pengamalannya yang sebenar adalah merujuk kepada ilmu hikmah, bukan
merujuk kepada sumber hadis atau wahyu. Pengamalan ilmu-ilmu hikmah ini banyak
berdasarkan kepada mujarrabat (pengalaman rohani yang terbukti). Hal ini menjadi
perselisihan di kalangan para alim ulama antara yang mengharuskannya dan yang
melarangnya.

Mereka yang mengharuskan mungkin kerana mengambil pandangan bahawa hadisnya tidak
palsu dan kerana berpendapat ruqyah, azimat atau wafaq yang mengandungi ayat-ayat yang
boleh difahami dan tidak bercanggah dengan syarak adalah dibolehkan. Justeru, ada yang
menggantung rajah Khatamun Nubuwwah ini di rumah sebagai wafaq dan tawasul kepada
Allah SWT. Dan ada yang menjadikannya wirid dan zikir dalam amalan tertentu, malah juga
dalam rawatan. Ia termasuk dalam bab doa, usaha dan ikhtiar, bukannya dalam bab
kepercayaan akidah dan iman.

Manakala mereka yang melarangnya pula kerana mengambil pandangan bahawa hadisnya
palsu dan kerana berpendapat ruqyah, azimat atau wafaq yang bertulis walaupun difahami
adalah dilarang dan tidak dibolehkan oleh syarak. Ia termasuk dalam bab kepercayaan akidah
dan iman, bukan sekadar bab doa, usaha dan ikhtiar. Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-
45/2012 telah memutuskan bahawa kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" dengan
gambar rajah tertentu, tulisan tertentu dan khasiat tertentu adalah tidak mempunyai sebarang
asas daripada al-Qur'an dan al-Sunnah. Kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah"
seperti yang dinyatakan adalah perbuatan khurafat dan bid'ah munkarah serta boleh
membawa kepada syirik.

Saya yakin, kesemuanya sepakat percaya bahawa tiada yang dapat memberi manfaat atau
mudarat melainkan hanya Allah SWT semata-mata. Justeru, saya memilih untuk tidak
menyalahkan mana-mana pihak secara umum rata dan perlu melihat setiap kes secara khusus.
Maksudnya sebagai contoh, mereka yang percaya dengan khasiat "Khatamun Nubuwwah"
tersebut seolah-olah ianya sah daripada Nabi SAW dan yakin betul ia dapat memberi
perlindungan serta jahil tentang isi kandungannya, maka hal sebegini memang boleh
membawa kepada syirik. Adapun mereka yang sekadar berharap dengan keberkatan
"Khatamun Nubuwwah" tersebut dan tidak menganggapnya benar-benar sah daripada Nabi
SAW serta faham tentang isi kandungannya, maka hal sebegini belum lagi membawa kepada
syirik. Bagaimana boleh jadi syirik? Sedangkan isi kandungannya menyeru supaya
mentauhid dan mengesakan Allah SWT.

Wallahu alam.

-------------------------

8
Hadis Nur Muhammad SAW

Soalan 2. Adakah 'ulama' hadith yang tidak memawdhu'kan hadith nur Muhammad
itu, kata seorang guru, Syaikh Soleh Ja'fari mendha'ifkannya.

Jawapan:

Saya kongsikan sahaja apa yang telah saya tulis sebelum ini dan agak panjang lebar.

Topik Nur Muhammad SAW ini telah menjadi perbincangan penting di kalangan sebahagian
ulama mutaakhirin dalam membincangkan kemuliaan dan keunggulan baginda Nabi SAW. Ia
bersumberkan kepada sebuah riwayat hadis yang disandarkan kepada Nabi SAW sendiri.
Ramai ulama yang menisbahkan hadis nur Muhammad SAW kepada riwayat al-Hafiz Abu
Bakr 'Abdur Razzaq bin Humam bin Nafi' as-San`ani di dalam kitab Musannafnya daripada
Jabir RA. Namun, benarkah begitu?

Teks popularnya berbunyi:


.
Makhluk pertama yang diciptakan oleh Allah adalah nur (cahaya) Nabimu, wahai Jabir.

Berikut adalah teks penuhnya serta perbahasan lanjut mengenainya.

: :
:






.
. .

Terjemahan:
Diriwayatkan oleh `Abd ar-Razzaq dengan sanadnya daripada Sayyidina Jabir bin `Abdullah
al-Ansari RA yang berkata: "Wahai Rasulallah, demi ayah dan ibuku yang menjadi tebusan
bagimu, khabarkanlah kepadaku mengenai perkara pertama yang diciptakan Allah sebelum

9
segala sesuatu." Baginda s.a.w. menjawab: "Wahai Jabir, bahawasanya Allah Taala telah
mencipta, sebelum segala sesuatu, akan nur nabimu daripada nurNya (yakni nur yang
menjadi milikNya). Lalu nur tersebut berputar dengan kuasa kudrat menurut sekehendak
Allah, dan belum ada pada waktu itu lauh, qalam, syurga, neraka, malaikat, langit, bumi,
matahari, bulan, jin mahu pun manusia.

Ketika Allah Ta`ala berkehendak untuk menciptakan makhluk, Dia membahagikan nur
tersebut kepada empat bahagian, maka Dia menjadikan daripada bahagian pertama qalam,
dan daripada bahagian kedua lauh, dan daripada bahagian ketiga arsy. Kemudian Dia
membahagikan bahagian keempat kepada empat bahagian lagi, lalu Dia menciptakan
daripada bahagian pertama akan malaikat penanggung/pemikul arsy, dan daripada bahagian
kedua kursi, dan daripada bahagian ketiga malaikat-malaikat lain.

Kemudian Dia membahagikan pula bahagian keempat kepada empat bahagian, lalu Dia
menjadikan daripada bahagian pertama akan segala langit; dan daripada bahagian kedua akan
segala bumi; dan daripada bahagian ketiga syurga dan neraka. Kemudian Dia membahagikan
lagi bahagian keempat kepada empat bahagian, lalu Dia menciptakan daripada bahagian
pertama cahaya (nur) pandangan orang-orang mukmin; dan daripada bahagian kedua cahaya
(nur) hati-hati mereka, iaitu ma'rifah billah ta`ala (yakni mengenal akan Allah Ta`ala); dan
daripada bahagian ketiga cahaya (nur) ucapan mereka, iaitulah tauhid; La Ilaha illa Allah,
Muhammadur Rasulullah SAW."

Satu lagi versi yang dikatakan riwayat Abd al-Razzaq berbunyi;


- - : - -
)) :
:

:
:
: .

- -

: ]

10
[
:




.((
Terjemahan:
Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: Aku bertanya pada Rasulullah SAW tentang
perkara pertama yang Allah Taala ciptakan? Maka baginda menjawab: "Ia adalah nur
Nabimu, wahai Jabir. Allah menciptakannya, kemudian menciptakan padanya akan setiap
kebaikan dan menciptakan sesudah nur itu segala sesuatu... dan seterusnya...".

Ada lagi versi lain yang juga dinisbahkan kepada riwayat Abd al-Razzaq daripada Jabir RA.
Ada juga yang menisbahkannya kepada Sayidina Ali RA. Bagaimanapun, saya berpendapat
versi-versi lain selain versi pertama di atas adalah jelas rekaan semata-mata berdasarkan isi
kandungannya yang tidak menampakkan gaya dan roh hadis Nabi SAW.

Hadis Jabir RA ini menjadi isu besar di kalangan ulama di antara pro dan kontra terhadapnya.
Terutama apabila tidak ditemukan sumber asalnya oleh ramai pengkaji hadis yang cuba
untuk memastikan keasliannya. Bahkan kitab-kitab hadis palsu juga tidak merekodkan hadis
ini. Namun, ramai ulama yang menisbahkan hadis ini kepada kitab al-Musannaf susunan
Abd al-Razzaq, terutama Imam Syihab al-Din Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr al-
Qastallani (w. 923H) dalam () .

Penisbahan ini kemudian diikuti oleh ramai ulama sesudahnya seperti;


1. Imam al-Allamah Ibn Hajar al-Haytami (w. 974H) dalam ( ) dan () .
2. al-Allamah Mulla `Ali al-Qari (w. 1014H) dalam karya mawlid beliau al-Mawrid ar-
Rawi fi Mawlid an-Nabi SAW. Juga ada disentuh secara ringkas dalam kitabnya Syarh
Misykah al-Masabih.
3. al-Allamah Mari bin Yusuf al-Karami al-Hanbali (w. 1033H) dalam (
).
4. al-Allamah Ali bin Burhan al-Din al-Halabi (w. 1044H) dalam (
).
5. al-Allamah Muhammad bin Abd al-Baqi al-Zarqani (w. 1122H) dalam (
) .

11
6. al-Allamah Syeikh Ismail bin Muhammad al-'Ajluni (w. 1162H) dalam (
) dan 'Iqd al-Jawhar at-Thamin (
) .
7. al-Allamah Abd al-Hayy al-Laknawi (w. 1304H) dalam () .
Malah beliau turut memberi rumusan:
.
Terjemahan:
Telah sabit daripada riwayat Abd al-Razzaq akan keawalan kejadian Nur
Muhammadi dan kedahuluannya ke atas semua makhluk.
8. al-Allamah Muhammad bin Jafar al-Kattani (w. 1345H) dalam (
) .

Manakala al-Zarqani menambah, ia juga diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dengan sedikit


perbezaan! Syeikh Muhammad al-Diyar bakri dalam ( ) juga
menyandarkan sumbernya kepada al-Bayhaqi. Namun setakat ini, tiada ditemui hadis
tersebut di dalam mana-mana kitab al-Bayhaqi sama ada () , () , (
), () , () , () , ( ) mahupun () .
Barangkali ia wujud dalam kitab al-Bayhaqi yang tidak sampai kepada kita...?

Imam Jalal al-Din as-Suyuti (w. 911H) yang sezaman dengan Imam Syihab al-Din al-
Qastallani dalam al-Hawi lil Fatawa (1/223-225) pernah ditanya tentang hadis ini, lalu beliau
menjawab : Hadis yang dipertanyakan itu tidak mempunyai sebarang sanad yang dapat
dipegang.

Dan ternyata hadis ini tidak terdapat dalam Musannaf Abd al-Razzaq yang dicetak pada hari
ini. Walaupun dikatakan kitab yang dicetak itu masih tidak lengkap kerana ada juzuk yang
masih hilang.

Sebuah manuskrip tunggal bagi juzuk Musannaf Abd al-Razzaq yang hilang tersebut
dikatakan telah ditemui lalu ditahkik dan diterbitkan kemudiannya oleh Dr. Isa bin
Abdullah al-Himyari berdasarkan manuskrip tunggal itu. Juzuk tersebut diterbitkan dengan
judul ( ) pada tahun 2005 dan telah diberi kata pengantar oleh Dr.
Syeikh Mahmud Said Mamduh. Terkandung di dalamnya hadis Jabir RA mengenai nur
Muhammad SAW ini. Malangnya manuskrip tersebut kemudian ternyata tidak benar dan
terbukti dipalsukan. Mereka telah menerima kecaman dan kritikan tajam dari pihak lawan
sehingga ada yang menuduh mereka sebagai pemalsu hadis pula dan menulis kitab (
) . Meskipun mereka telah memohon maaf
dan menarik balik penerbitan juzuk berkenaan. Inilah akhlak ulama yang terpuji.

Sekadar catatan, Mahmud Ali al-Rifai telah merekodkan sanad Abd al-Razzaq ini secara
lengkap kepada Jabir RA di dalam bukunya (
) begini;

12

: . - -
.

Tidak dapat dipastikan daripada mana beliau memetik sanad di atas. Sedangkan ia berbeza
dengan sanad yang terdapat dalam ( ) sepertimana berikut;

Dan juzuk ( ) berkenaan diragui dan tidak dapat dijadikan sandaran


hujah. Ini kerana tiada langsung sebarang tanda dan bukti yang dapat menyokong
ketulenannya.

Sebahagian ulama mengatakan kitab Musannaf Abd al-Razzaq itu telah ditemui secara
lengkap yang ditahkik oleh Aiman Nasr al-Din al-Azhari dan diterbitkan oleh Dar al-Kutub
al-Ilmiyyah, Beirut pada tahun 2000. Namun, tiada ditemukan di dalamnya hadis Jabir RA
mengenai nur Muhammad SAW ini. Menurut Syeikh Abdullah al-Ghumari: Menisbahkan
hadis ini kepada riwayat Abd al-Razzaq adalah satu kesilapan kerana ia tidak terdapat di
dalam kitab Musannaf beliau, kitab Jaminya mahupun kitab Tafsirnya.

Jika diandaikan juzuk Musannaf Abd al-Razzaq yang hilang tersebut masih wujud di zaman
Imam Syihab al-Din al-Qastallani (w. 923H) dan beliau sempat memetik hadis berkenaan
daripadanya. Tetapi yang membingungkan, beliau tidak pun menyentuh tentang nur
Muhammad ini di dalam membahaskan perihal makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah
SWT di dalam kitab syarah Sahih al-Bukharinya () . Malah beliau memilih pendapat,
makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah SWT ialah air dan ia adalah asal kepada semua
makhluk dengan dalil;
: :
[ ] .
Terjemahan:
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Aku bertanya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku
apabila melihatmu jiwaku akan tenang dan mataku menjadi sejuk. Khabarkanlah kepadaku
tentang segala sesuatu? Jawab baginda: Segala sesuatu itu dicipta daripada air.

Perlu diingatkan, kitab ( ) selesai dikarang pada 15 Syaaban 899H.


Manakala kitab ( ) selesai dikarang pada 27 Rabiul akhir 916H. Apakah
kemungkinan Imam Syihab al-Din al-Qastallani terlupa dengan apa yang ditulisnya dalam al-
Mawahib al-Ladunniyyah?

13
Oleh kerana hadis ini tidak ditemukan sumber asalnya, ramai ulama yang menghukumkannya
sebagai palsu yang dianggap datang dari golongan yang berlebih-lebihan dalam memuliakan
Baginda Nabi s.a.w. Antaranya:

1. al-Hafiz Sayyid Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari dalam (


).
2. al-Allamah Sayyid Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari dalam (
).
3. Syeikh Muhammad Ahmad Abdul Qadir al-Syanqiti di dalam risalahnya (
) .
4. Syeikh Udab Mahmud al-Himsy dalam ( :) .
5. Syeikh Abdullah al-Habasyi al-Harari dalam () .
6. Sayyid Hasan bin Ali al-Saqqaf dalam () .
7. Ahmad Murtadha dalam () .
8. Syeikh Nasir al-Din al-Albani.
9. Dr. Yusuf al-Qaradhawi
10. dan lain-lain.

Sanad Hadis Ditemui


Rupa-rupanya Abd al-Razzaq jika wujud riwayatnya tidak bersendirian dalam
meriwayatkan hadis Jabir RA tentang nur Muhammad SAW ini kerana ia juga diriwayatkan
secara bersanad oleh Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Tamimi
al-Basri (wafat sekitar awal kurun ke-5 H) dalam kitabnya (
). Sumber ini tidak disebut oleh mana-mana ulama pengkritik hadis terdahulu.
Bagaimanapun, sanadnya mengandungi perawi-perawi lemah sebagaimana yang telah dikaji
oleh pentahkik manuskrip kitab tersebut dalam tesis Ph.D.nya.

Berikut adalah sanadnya, meskipun matannya kelihatan sedikit berlainan:





:
: :

:

14

.
][
]
[

Terjemahan: Dikhabarkan pada kami oleh Abu al-Qasim Abd al-Malik bin Ali katanya:
Diberitakan pada kami oleh Ali bin Harun katanya: Diberitakan pada kami oleh Abu Bakr
Muhammad bin al-Hasan bin Sulaiman al-Qazwani katanya: Diberitakan pada kami oleh
Ali bin Jafar al-Farghani katanya: Diberitakan pada kami oleh Ibrahim bin Ali al-
Maarri katanya: Diberitakan pada kami oleh Muhammad bin Abdillah daripada Jafar
bin Muhammad daripada bapanya daripada Jabir bin Abdullah RA yang berkata: Aku
bertanya Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, yang pertama yang diciptakan Allah, apakah
yang Dia ciptakan?

Baginda s.a.w. menjawab: "Dia menjadikan nur nabimu sebelum Dia menciptakan para nabi
dalam tempoh 2,000 tahun. Dan nur tersebut pun berpusing keliling dengan kuasa kudrat, dan
apabila ia sampai ke makam keagungan ia pun bersujud. Maka asal sujud adalah daripada nur

15
tersebut. Lalu Allah membahagikan nur tersebut kepada empat bahagian, maka Dia
menjadikan bahagian pertama daripadanya akan nur arsy, dan Dia menjadikan daripada
bahagian kedua nur qalam, kemudian Dia berkata kepadanya: Tulislah, lalu qalam pun
menulis selama 4,000 tahun sehingga ia menulis syahadah La Ilaha illa Allah, Muhammadur
Rasulullah SAW. Dan Dia mengisyaratkan bahagian ketiga supaya ke syurga. Dan tinggallah
bahagian keempat.

Kemudian Dia membahagikannya pula kepada empat bahagian, lalu Dia menjadikan
bahagian pertama daripadanya sesuatu yang paling indah, mulia, terhormat dan bersinar iaitu
nur nabimu Muhammad SAW, dan Dia menjadikan bahagian kedua pada pandangan orang
mukminin, dan Dia menjadikan bahagian ketiga pada kepala orang mukminin, dan Dia
menjadikan bahagian keempat pada hati orang mukminin, dan itulah marifah.

Maka nur arsy adalah daripada nur Muhammad, nur qalam adalah daripada nur Muhammad,
nur orang mukminin yang baik adalah daripada nur Muhammad, nur kepala orang mukminin
adalah daripada nur Muhammad, dan nur akal orang mukminin adalah daripada nur
Muhammad. Justeru, apakah ada yang paling mulia di sisi Allah Taala lebih daripada
Muhammad SAW?

Demikian sanad dan matan hadisnya.

Syeikh Ahmad ibn Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam ( ) dan al-
Allamah Muhammad bin Jafar al-Kattani (w. 1345H) dalam (
) pula merekod sebuah hadis riwayat Sayyiduna Umar RA yang hampir
semakna. Teksnya berbunyi;

: :



.
Terjemahan:
Diriwayatkan Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Wahai Umar,
tahukah kamu siapa aku ini? Akulah yang Allah Taala ciptakan nurku sebagai yang terawal
bagi segala makhluk, lalu ia pun bersujud kepada-Nya. Maka ia terus kekal bersujud selama
700 tahun. Maka makhluk pertama yang bersujud kepada-Nya adalah nurku, namun tiada
kebanggaan. Wahai Umar, tahukah kamu siapa aku ini? Akulah yang Allah ciptakan arsy
daripada nurku, kursi daripada nurku, lauh dan qalam daripada nurku, matahari dan bulan
daripada nurku, cahaya penglihatan mata daripada nurku, cahaya akal yang berada di dalam
kepala para makhluk daripada nurku, dan cahaya marifah yang berada di dalam hati orang
mukminin daripada nurku, namun tiada kebanggaan.

16
al-Allamah Muhammad bin Jafar al-Kattani menyandarkan sumbernya kepada Abu
Marwan Abd al-Malik bin Ziyadah Allah at-Tabni, seorang ahli hadis dari Andalus yang
wafat dibunuh pada tahun 457H dalam kitab Fawaidnya. Namun, penulis belum dapat
memastikan bagaimana hal kitab tersebut dan sanad pengarangnya.

Oleh kerana sanad Abd al-Razzaq tidak dapat ditemui asalnya dan sanad Muhammad al-
Tamimi itu pula lemah, maka mereka yang mengatakan sanad hadis Jabir RA ini sahih sudah
tentu tidak dapat diterima sepenuhnya. Manakala, jika riwayat Abu Marwan Abd al-Malik
at-Tabni daripada Umar RA itu benar-benar tidak palsu, maka ia pasti dapat menyokong
riwayat Muhammad al-Tamimi daripada Jabir RA di atas. Justeru, mereka yang mengatakan
hadis tersebut palsu juga sudah tentu belum dapat diterima sepenuhnya..

Ramai ahli sufi mutaakhirin yang menerima konsep Nur Muhammad SAW berdasarkan
hadis Jabir RA ini serta riwayat-riwayat lain yang dapat dijadikan sandaran.

Hadis Jabir RA ini atau maksudnya telah dipetik oleh mereka yang menerima konsep Nur
Muhammad SAW. Antaranya;
1. Syeikhul Akbar Ibn al-Arabi al-Hatimi (w. 638H) dalam () .
2. al-Hafiz Abu Yala al-Hamdani, seperti yang dipetik oleh al-Qastallani.
3. Syeikh Abd al-Salam ibn Masyisy (w. 622H) dalam selawatnya yang terkenal
menyebut;
...

...
4. Syeikh Muhammad bin Said al-Busiri (w. 696H) dalam Qasidah Burdahnya yang
masyhur menyebut;
**
***
5. al-Allamah Ibn al-Haj al-Maliki (w. 737H) dalam kitab al-Madkhal, yang
memetiknya daripada kitab ( ) oleh al-Faqih al-Khatib Abu al-Rabi.
6. al-Faqih al-Khatib Abu al-Rabi [Ibn Sab] dalam kitab () .

7. al-Allamah Sad al-Din al-Taftazani (w. 793H) dalam ( ) .

8. Syeikh Safiyuddin Ahmad al-Qusyasyi dalam () .
9. Syeikh Abu al-Barakat Ahmad bin Muhammad al-Dardir al-Adawi dalam (




).
) dan
10. Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Sawi (w. 1241H) dalam (
(

).
11. Syeikh Sulaiman al-Jamal dalam (

).
12. Sayyid Jafar bin Ismail al-Barzanji dalam Nuzhah an-Nazirin.
13. al-Allamah Yusuf bin Ismail an-Nahbani dalam al-Anwar al-Muhammadiyyah min
al-Mawahib al-Ladunniyyah.

17
14. Imam Anwar Shah al-Kasymiri, meskipun beliau silap dalam menisbahkan hadis ini
kepada al-Hakim dalam Mustadraknya.
15. Sayyid Sulaiman al-Nadwi dalam Sirah an-Nabi SAW.
16. Sayyidi Abd al-Aziz al-Dabbagh dalam kitab al-Ibriz.
17. Sayyid Abd al-Rahman al-Aidarus dalam () .
18. Syeikh Ahmad bin Binnis dalam () .
19. Syeikh Muhammad al-Diyar bakri dalam ( ) . Beliau
menyandarkan sumbernya kepada al-Bayhaqi, namun tiada ditemui hadis ini di dalam
mana-mana kitab al-Bayhaqi.
20. Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam (
) .
21. Syeikh Ismail Haqqi dalam () .
22. al-Allamah Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Maliki yang terkenal dengan
gelaran al-Amir al-Kabir (w. 1232H) telah memaparkan mafhum hadis Nur
Muhammad di dalam kitabnya Sadd al-Arab min 'Ulum al-Isnad wal Adab.
23. Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam Bad Khalq as-Samawat wal Ardh.
24. al-Allamah Syeikh Daud al-Fatani dalam Muswaddah.
25. al-Allamah Syeikh Nawawi al-Bantani dalam Bughyah al-Awwam.
26. al-Allamah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani dalam Badr al-Tamam.
27. Musnid al-Dunya Syeikh Yasin al-Fadani, seperti yang diriwayatkan Tuan Guru Haji
Abdullah Abdur Rahman Lubok Tapah (lihat: Mohd. Zaidi Abdullah dalam karyanya
Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jama`ah, hlm. 116).
28. Sayyid Muhammad bin Jafar al-Kattani di dalam () .
29. Sayyid Abd al-Aziz al-Ghumari dalam () .
30. al-Allamah Syihab al-Din Mahmud bin Abdullah al-Alusi (w. 1270H) dalam (


) ketika mentafsir ayat (()
).
31. Syeikh Muhammad al-Khidr al-Syanqiti (w. 1354H) dalam (
) .
32. Syeikh Muhammad Mutawalli al-Syarawi dalam Tafsirnya ketika mentafsir ayat (


()


).
33. Syeikh Abdullah bin Said al-Lahji al-Hadhrami (w. 1410H) dalam (
) .
34. Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki dalam al-Zakhair al-Muhammadiyyah.
35. Dr. Isa bin Abdullah al-Himyari dalam Nur al-Bidayat wa Khatm al-Nihayat.

Mereka yang memegang konsep nur Muhammad SAW berpendapat hadis-hadis yang
menunjukkan makhluk pertama yang dijadikan ialah qalam atau arsy atau air atau lauh
mahfuz ditafsirkan secara nisbi sebagai makhluk pertama pada jenisnya. Sedangkan
kedahuluan kejadian nur Muhammad adalah secara hakiki. Ia adalah yang awal daripada
jenis makhluk yang diberi taklif, sedangkan yang lain-lain itu tiada diberikan taklif.

18
Manakala yang menolak konsep nur Muhammad SAW pula kerana melihat kelemahan
dalilnya dan kekuatan dalil-dalil yang lain. Dalam hadis berikut misalnya, tidak disebutkan
tentang nur Muhammad SAW;

:

.


.


:


[ ] .
.

Terjemahan:
Daripada Imran bin Husain bahawa pernah ahli Yaman datang kepada Rasulullah SAW, lalu
bertanya: Ya Rasulullah, kami datang kepadamu untuk bertafaqquh (mempelajari) tentang
agama dan untuk bertanya kepadamu tentang awal kejadian ini dahulu? Jawab baginda: Allah
wujud dan tiada suatu apa pun selain-Nya. Kedudukan arsy-Nya di atas air, dan Dia pun
menulis di dalam zikr (isyarat kepada qalam dan lauh mahfuz) segala sesuatu. Kemudian
Dia menciptakan segala langit dan bumi.

Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam (
) menyebut: Hadis (nur Muhammad) ini walaupun daif, namun ia mempunyai
beberapa sokongan yang dapat mengukuhkannya.

Antara riwayat-riwayat sokongan berkenaan yang boleh direnungkan walaupun martabat


sebahagiannya daif ialah;

1- Hadis ;
: :
: :
] .
[
Terjemahan:
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya: Ketika Allah azza wajalla
menjadikan Adam, Dia menunjukkan kepadanya keturunannya. Lalu ia melihat kelebihan
sesetengah mereka ke atas setengah yang lain. Maka ia pun melihatku sebagai nur yang
terpancar di bawah mereka semua. Lantas dia bertanya: Ya Tuhan, siapakah ini? Jawab-Nya:
Ini adalah anakmu Ahmad. Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan dialah pemberi
syafaat yang pertama.

2- Hadis ;
:
:

19
] .
. ) (
) ( :


.



{ ] [ :
: }
[.
Terjemahan:
Daripada Ibnu Abbas RA: Sesungguhnya Quraisy dahulu adalah nur di sisi Allah Taala
sebelum Dia menciptakan Adam dalam tempoh 2,000 tahun. Nur tersebut terus bertasbih dan
para malaikat pun bertasbih dengan tasbihnya. Tatkala Allah menjadikan Adam, Dia
mencampakkan nur tersebut ke dalam sulbinya. Sabda Rasulullah SAW: Lalu Allah
menurunkanku ke bumi dalam sulbi Adam dan seterusnya menjadikan aku dalam sulbi Nuh.
Seterusnya mencampakkan aku ke dalam sulbi Ibrahim. Kemudian Allah terus memindahkan
aku daripada sulbi-sulbi yang mulia dan rahim-rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan
aku daripada dua ibu bapaku yang tidak pernah melakukan sumbang sedikit pun.

; 3- Hadis
- - :
] . .


[
Terjemahan:
)Diriwayatkan oleh Ali bin al-Husain dari bapanya dari datuknya (Ali bin Abi Talib RA
bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Dahulu aku adalah nur di sisi Tuhanku sebelum diciptakan
Adam dalam tempoh 14,000 tahun. [Disebut oleh al-Hafiz Ibnu al-Qattan di dalam
]Ahkamnya

;4. Hadis
:




:














. :

] .

: . : [
Terjemahan:

20
Dari 'Irbadh bin Sariyah RA berkata; Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Sesungguhnya aku di sisi Allah adalah penutup para Nabi. Sedang
sesungguhnya Adam AS masih tersemadi di dalam tanah acuannya. Aku akan khabarkan
kepada kamu sekalian tentang hal itu, iaitu doa Nabi Ibrahim, perkhabaran gembira Isa
tentang kedatanganku, dan penyaksian ibuku yang dilihat olehnya, demikian juga ibu para
Nabi melihatnya. Sesungguhnya ibu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melihat
ketika melahirkannya satu cahaya yang bercahaya kerananya istana-istana Syam." Dalam
riwayat lain: dan penyaksian ibuku yang mana ia lihat telah keluar daripadanya (saat
melahirkanku) satu cahaya yang bercahaya kerananya istana-istana Syam. Demikian juga
(yang dialami) ibu-ibu para Nabi". (Hadith riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Bazzar dan al-
Bayhaqi dalam Syuab al-Iman)

Terdapat perbezaan riwayat pada awal matan hadis di atas, iaitu dalam riwayat lain: "Aku
adalah hamba Allah dan penutup para Nabi", dan riwayat lain: "Aku di sisi Allah di dalam
Umm al-Kitab adalah penutup para Nabi. Bagaimanapun, perbezaan ini tidak
memudaratkan. Menurut Imam al-Bayhaqi: Sesungguhnya yang baginda maksudkan
wallahu alam ia sememangnya demikian di dalam qadha dan takdir Allah sebelum
wujudnya Adam AS lagi. Adapun doa Ibrahim AS, iaitu ketika baginda mula membina
baitullah baginda telah berdoa kepada Allah Taala katanya:


Terjemahan: "Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan
mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan
mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan
membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (al-Baqarah: 129) Lalu Allah memakbulkan
doanya pada Nabi kita Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Adapun khabar gembira Isa
AS, iaitu semasa Allah Taala memerintahkan Isa AS, lalu baginda pun memberitakannya
kepada kaumnya. Maka Bani Israil pun mengenalinya sebelum baginda dijadikan lagi
tamat nukilan.

Adapun cahaya yang dilihat oleh ibu Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, Aminah,
maka ianya sudah menjadi satu khabar berita yang begitu masyhur. Sehingga kerana
banyaknya riwayat yang menceritakannya, al-Hafiz Ibn Nasir ad-Din ad-Dimasyqi (w. 842H)
menyatakan dalam Jami al-Athar fi as-Siyar wa Mawlid al-Mukhtar: Cahaya yang muncul
ini telah mutawatir disebut-sebut dan tersebar ceritanya. Ini merupakan satu kemuliaan buat
Aminah yang melahirkan penghulu sekalian manusia.

Baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam merupakan cahaya baik secara zahir mahupun
secara maknawi. Sejak baginda lahir, cahaya baginda sudah pun terpancar dengan terang
benderangnya.

Demikian perbincangan mengenai kejadian nur Muhammad SAW. Isu nur Muhammad
bukanlah isu pokok dalam akidah Islam. Jika seseorang meninggal dunia tanpa tahu dan

21
maklum mengenainya, ia tidaklah berdosa. Adapun perbincangan mengenai Nabi
Muhammad SAW sebagai nur tidaklah sehebat sebagaimana perbincangan mengenai nur
Muhammad SAW ini. Namun sedikit sebanyak ia menyokong konsep nur bagi Nabi
Muhammad SAW. Firman Allah Taala:

Terjemahan:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian dari Allah nur (Nabi Muhammad SAW)
dan kitab yang jelas nyata keterangannya (al-Quran). [al-Maidah: 15]

Perbincangan ini juga tidak menyentuh kedahuluan nubuwwah Nabi Muhammad SAW yang
sabit dalam beberapa hadis. Antaranya:
] .

:


: :
[. :
Terjemahan:
Daripada Abu Hurayrah radiyallahu anhu berkata: Para sahabat bertanya : Wahai
Rasulullah, bilakah tuan dilantik menjadi Nabi? Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
bersabda, Ketika Adam masih antara ruh dan jasad. (Hadith riwayat al Tirmizi)

Saya melihat isu ini tidak sewajarnya sampai ke tahap sesat menyesatkan antara satu sama
lain dek kerana menyangkakan konsep nur Muhammad SAW adalah termasuk dalam pokok
(usul) akidah. Perbahasannya sepertimana yang telah saya ungkapkan di atas masih dapat
diterima sebagai satu bentuk perselisihan pendapat yang harus dalam masalah cabang (furu)
akidah sahaja. Bahkan semua perbahasan tentang makhluk pertama yang dijadikan Allah
Taala sama ada qalam atau arsy atau air atau lauh mahfuz tidak pun termasuk dalam bab
usul akidah. Wallahu alam.

Peringatan Tambahan:

Ada sebuah karya yang disusun oleh Syeikh al-Bakri berjudul ( ) yang masyhur
dengan nama () . Ia berkaitan kisah perpindahan nur Muhammad daripada Adam AS
sehinggalah kepada bapa baginda, Abdullah. Bagaimanapun, kebanyakan isi kandungannya
adalah batil dan dusta serta tidak harus dibaca, sepertimana kata al-Suyuti dan al-Haytami
dalam () . Adapun kitab karangan Imam Muhammad bin Umar al-Waqidi,
pengarang kitab al-Maghazi dan kitab al-Futuh (w. 206 H/ 209 H), yang berjudul Intiqal al-
Nur al-Nabawi tidak dapat dipastikan isi kandungannya kerana ianya tidak sampai kepada
kita pada hari ini. Kemungkinan ia adalah kitab terawal yang membicarakan khusus tentang
nur Muhammad SAW.

---------------------------

22
Ayat-ayat Ruqyah

Soalan 3. Saya tercari-cari ruqyah nabawiyyah yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah
dan Imam Ahmad dalam Zawaid Musnadnya. Saya cuba cari dalam software hadith
saya x jumpa... Saya cari untuk menambahkan keyakinan, set bacaan tu ia ma'thur,
harap ustaz boleh tolong nombornya, kitabnya, status hadithnya. Ayat-ayat ruqyah
tersebut meliputi:

1. Fatihah
2. Awail Baqarah - 1-5
3. Baqarah 163
4. Baqarah 255, Ayatul Kursiyy
5. Baqarah 284-286
6. Ali 'Imran 18
7. A'raf 54
8. Mu'minun 116-117
9. Jin 3
10. Saffaat 1-10
11. Al-Hasyr 23-24
12. 13. 14. 3 Qul

Harap dpt penjelasan ustaz bila berkelapangan.

Jawapan:

Kebetulan sebelum ini saya telah mentakhrijkan hadis tersebut. Ruqyah Nabawiyyah ini juga
dipopularkan di India dengan nama Manzil yang turut disebarkan oleh Syeikhul-Hadith
Mawlana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi (m. 1402H).

Matan dan takhrijnya;




: ( )
:

: .
- -





: .
: .
:


( ] ) :









) :


-

[
( - (


)
)


] )(

[
(
)

23



.

(
)




.() ] .


( )
( )


: .

( )

.



.
:

( )
:

. : .
. :

:
. : . :
:
[
Terjemahan:
Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam Sunannya (3539): daripada jalan riwayat Abu Janab
dari Abdur Rahman bin Abu Laila dari ayahnya Abu Laila dia berkata, "Ketika aku sedang
duduk di samping Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi
seraya berkata, 'Sesungguhnya aku mempunyai saudara yang menderita sakit." Baginda
bertanya: "Apa sakit yang menimpa saudaramu?" Dia menjawab, "Dia terserang ayan (sawan
babi)." Baginda bersabda: "Pergi dan bawalah dia ke sini." Maka dia pergi dan kembali
semula bersama saudaranya dan mendudukkannya di depan baginda, maka aku dengar
baginda memberikan perlindungan kepadanya dengan al-Fatihah, empat ayat dari permulaan
surat al-Baqarah, dua ayat dari tengahnya dan (ayat) (dan Tuhan kalian adalah Tuhan yang
satu), ayat kursi, tiga ayat dari penghujung surat al-Baqarah, dan satu ayat dari surat Ali
'Imran. Aku duga baginda mengucapkan: (Allah bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak
disembah kecuali Dia) '. Baginda juga membaca satu ayat dari surat al-A'raf: (Sesungguhnya
Tuhan kalian adalah yang menciptakan)', satu ayat dari surat al-Muminun: '(Dan barang
siapa yang menyeru bersama dengan Allah iaitu tuhan yang lain, maka tidak ada petunjuk
baginya), satu ayat dari surat al-Jin: (Dan bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami,
Dia tidak beristeri dan tidak (pula) beranak) '. Sepuluh ayat dari surat as-Saffat, tiga ayat dari
akhir surat al-Hasyr, dan Qulhuwallahu Ahad, dan mu'awwizatain. Kemudian orang Arab
Badwi itu bangun dan sembuh seakan-akan tidak menderita sakit."

Selain Ibn Majah, ia turut diriwayatkan oleh at-Tabarani, Abdullah bin Ahmad, al-Hakim,
Abu Yala al-Mawsili dan Ibn as-Sunni (lihat takhrij di atas). Namun, pada kesemua
sanadnya terdapat Abu Janab al-Kalbi, merupakan seorang perawi mudallis (pengkabur
riwayat), walaupun ada yang mengatakan beliau tidak daif. Beliau mempunyai tiga jalur
riwayat dalam meriwayatkan hadis ini iaitu; (1) dari Abdur Rahman bin Abu Laila dari

24
ayahnya Abu Laila, (2) dari Abdullah bin Isa dari Abdur Rahman bin Abu Laila dari Ubay
bin Kaab RA, (3) dari Abdur Rahman bin Abu Laila dari seorang lelaki dari ayahnya.

Mungkin jalur-jalur riwayat Abu Janab tersebut menyebabkan tanda tanya kepada para
pengkaji sanad, apakah ia benar-benar begitu atau ada kekeliruan dalam menyebut sahabat-
sahabat yang meriwayatkannya? Justeru, dengan kedudukan beliau tersebut tidak dapat
menjadikan hadis ini mencapai darjat sahih. Walaupun al-Hakim menghukumkannya sahih,
kemungkinan beliau belum sempat mendalami kedudukan Abu Janab al-Kalbi ini, atau yang
beliau maksudkan hadis ini sudah masyhur diamalkan orang. Secara ringkasnya, meskipun
sanad hadis ini daif, ia telah diamalkan oleh ramai alim ulama dan didapati mujarrab dengan
izin Allah SWT. Alhamdulillah.

Wallahu alam.

25

Anda mungkin juga menyukai