Anda di halaman 1dari 2

4.3.2.

SYARAT HAD ZINA

Seseorang itu mestilah dikenakan had zina sama ada direjam atau disebat apabila mempunyai
syarat berikut :

 Cukup umur.
 Waras.
 Kemahuan sendiri.
 Jelas kelelakian dan kewanitaannya.
 Masuk kesemua hasyafah dalam faraj.
 Persetubuhan yang bukan syubhat.
4.3.3.SABIT ZINA

Sesuatu persetubuhan haram secara umumnya dikira sabit sebagai perbuatan zina dengan tiga cara
iaitu :

 Disaksikan oleh 4 orang lelaki yang cukup syaratnya.


 Pengakuan zina yang cukup syaratnya.
 Qarinah.1

4.3.4.HAD ZINA

Tentang had kesalahan zina secara umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu :

 Rejam.
 Sebat atau buang daerah.

4.3.5.HUKUMAN REJAM MENGIKUT PENDAPAT ULAMAK

Hukuman rejam sampai mati tersebut hanya dilaksanakan terhadap pasangan lelaki dan perempuan
yang telah berkahwin dan bersetubuh secara sah dengan orang lain. Hukuman tersebut terdapat

1
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 270-271.
dalam nash Al-Quran yang telah dimansuhkan bacaan serta tulisannya. Namun hukuman masih
terus dikekalkan di mana ayat tersebut sebelum dinasakhkan dari segi tulisan dan bacaan adalah
sebahagian daripada Surah An-Nur yang maksudnya berbunyi:

Lelaki tua dan perempuan tua apabila keduanya berzina maka rejamlah keduanya sebagai
balasan daripada Allah.

Hukuman rejam tersebut juga terdapat dalam hadith sahih serta Sunnah fi’liyyah Baginda.
Sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin al-Saamit yang bermaksud
:

Anda mungkin juga menyukai